Kanser Prostat Lelaki – Tanda-Tanda, Rawatan & Cara Pencegahannya untuk Anda

A Hasan Hamdani

Hadi Idham

Kanser prostat merupakan kanser yang berlaku pada bahagian prostat.

.

Iaitu bahagian kelenjar berbentuk seperti walnut pada lelaki yang menghasilkan cecair untuk menyuburkan dan mengangkut air mani.

.

.

Ia merupakan diantara kanser yang paling kerap berlaku pada lelaki. 

.

Ia biasanya akan berlaku secara perlahan-lahan yang mana pada permulaannya ia berada pada kelenjar prostat sahaja yang tidak cukup untuk memberi bahaya.

.

Sumber video: MyHEALTH – Pembengkakan Prostat Bukan Kanser

.

Ada sesetengah yang akan membesar secara perlahan-lahan dan memerlukan anda mendapatkan rawatan minima atau langsung tidak perlu.

.

Namun, ada juga yang akan merebak dengan cepat dan sangat agresif yang anda tidak boleh biarkan ia berlarutan.

.

Kanser prostat yang berjaya dikesan lebih awal iaitu sewaktu ia masih berada dalam saiz kecil dan pada kelenjar prostat mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dirawat.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Tanda Kanser Prostat

.

Kanser Prostat

.

Ia berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom pada peringkat permulaannya.

.

Bagi yang dah masuk ke tahap yang lebih bahaya, ia akan mula menunjukkan tanda dan simptom seperti:

  • Sukar untuk kencing
  • Pancutan sewaktu kencing tidak kuat
  • Darah didalam air mani
  • Rasa tidak selesa pada bahagian zakar
  • Sakit tulang
  • Mati pucuk

.

Baca Juga : Ubat Mati Pucuk – Ini Rawatan Sebenar jika Anda Mengalami ED

.

.

Bila Kena Jumpa Doktor?

.

.

Kalau anda ada simptom dan tanda-tanda kanser ini, lebih baik sekiranya anda terus berjumpa dengan doktor.

.

Namun, terdapat banyak perdebatan berkenaan risiko dan kebaikan jika anda menjalankan pemeriksaan kanser prostat.

.

Ada sesetengah organisasi kesihatan tidak berapa menggalakkan anda untuk melakukan pemeriksaan ini dan mencadangkan perkara lain.

.

Apapun, anda boleh berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan tindakan susulan yang sepatutnya.

.

.

Punca Kanser Prostat

.

Kanser Prostat

.

Sebenarnya tiada punca yang jelas bagaimana kanser ini boleh berlaku. 

.

Apa yang berjaya dibuktikan melalui kajian daripada pakar adalah ia akan berlaku apabila sel pada bahagian prostat anda mula menjadi tidak normal.

.

Mutation yang berlaku terhadap DNA sel yang abnormal ini akan menyebabkan sel membiak dan terbahagi dengan lebih cepat berbanding sel biasa.

.

Sel yang abnormal ini akan kekal hidup manakala sel yang normal pula akan mati.

.

Sel yang abnormal ini apabila berkumpul akan membentuk tumor yang seterusnya berkembang dan membesar untuk menyerang tisu.

.

Sesetengah sel yang abnormal itu akan berpecah dan merebak ke bahagian badan yang lain.

.

.

Faktor-faktor Meningkatkan Risiko Penyakit Ini

.

Kanser Prostat

.

  • Umur. Risiko untuk anda mengalaminya meningkat seiring usia anda.
  • Bangsa. Atas sebab yang tidak dapat dikenal pasti, “black men” lebih berisiko untuk mengalami penyakit ini berbanding dengan bangsa lain. Ia juga lebih agresif dalam bangsa tersebut.
  • Sejarah keluarga. Jika anda dalam kalangan ahli keluarga anda yang mengalami kanser ini, risiko untuk anda untuk mengalaminya akan meningkat. Begitu juga kalau keluarga anda ada sejarah kanser payudara, risiko untuk anda mendapatkan kanser ini adalah lebih tinggi.
  • Obesiti. Lelaki yang mengalami obesiti dan didiagnos mempunyai kanser prostat biasanya akan mengalami kanser yang lebih sukar untuk dirawat.

.

Baca Juga : Saiz Zakar – Adakah Saiz Batang Anda Normal? Cukup Besar & Panjangnya?

.

.

Tahap-tahap Kanser Prostat

.

.

Cara paling mudah untuk mengelaskan tahap-tahap kanser ini adalah dengan melihat sejauh mana ia tersebar daripada kedudukan asalnya.

.

1. Localized Cancer

.

Sel kanser masih lagi berada dikawasan dimana ia bermula dan dalam kes kanser prostat, ia berada pada kelenjar prostat.

.

2. Regional Cancer

.

Kanser dah merebak ke tisu yang berdekatan dan berkemungkinan juga ke kelenjar limpa tapi bukan ke bahagian badan yang lain.

.

3. Distant Cancer

.

Kanser telah merebak ke seluruh badan dan turut memberi kesan terhadap organ lain seperti jantung dan juga hati.

.

.

Kemudian, anda perlu tahu sedikit sebanyak berkenaan PSA (Prostate Specific Antigen) dan Gleason Score yang digunakan pakar untuk memberikan penilaian terhadap sel kanser.

.

.

PSA (Prostate Specific Antigen)

.

Kanser Prostat

.

Ia merupakan protein yang muncul pada tahap yang lebih tinggi dalam salur darah apabila terdapat masalah dengan prostat.

.

Biasanya, PSA didalam darah adalah pada tahap yang rendah dan ujian tidak dapat untuk mengesannya.

.

Namun, dalam sesetengah keadaan, seperti kanser prostat, paras PSA akan mula meningkat.

.

Untuk mengujinya, ia memerlukan ujian darah dan jika paras PSA adalah tinggi maka doktor akan mencadangkan ujian lanjutan untuk mengesan samada kanser  wujud atau tidak.

.

Terdapat beberapa sebab lain yang akan mengakibatkan kenaikan paras PSA ini termasuk rangsangan seksual dan juga jangkitan.

.

.

Gleason Score & Grade

.

Kanser Prostat

.

Sel kanser yang berbeza akan berbeza tindakannya dimana sesetengah jenis atau tahap akan lebih agresif dan lebih mudah untuk merebak.

.

Skor dan gred yang digunakan adalah sukatan yang berbeza namun kedua-duanya menunjukkan kemungkinan merebaknya tumor dan betapa cepat ia akan berlaku.

.

Biopsy atau pembedahan mampu untuk menentukan jenis sel kanser apa yang wujud didalam tisu prostat.

.

Hampir 50% daripada lelaki akan mengalami keadaan yang dikenali sebagai Prostatic Intraepithelial Noeplasia (PIN) apabila mereka berusia 50 tahun yang merupakan keadaan dimana akan berlakunya perubahan terhadap sel didalam kelenjar prostat.

.

Gred PIN yang tinggi bukanlah kanser namun sel tersebut akan menjadi kanser dimasa hadapan.

.

Disebabkan oleh risiko yang wujud ini maka kebanyakan doktor akan mencadangkan anda untuk membuang sel ini.

.

.

Kanser Prostat Tahap 1

.

Kanser Prostat

.

Sel kanser sudah wujud namun saiz tumornya adalah lebih kecil dan memberikan kesan terhadap satu kawasan sahaja.

.

Skor Gleason dan paras PSA adalah lebih rendah dan berkemungkinan juga tiada sebarang simptom akan kelihatan pada masa ini.

.

Digital Rectal Exam (DRE) atau ultrasound tidak akan mampu untuk menunjukkan kewujudan tumor.

.

PSA biasanya adalah dibawah 10, grednya 1 dan skor Gleason adalah 6 atau kebawah.

.

Pemeriksaan secara berkala mampu untuk mengesan kanser tahap 1 ini dan lebih mudah untuk mendapatkan rawatan sesegera mungkin.

.

Rawatan : Pembedahan untuk membuang kanser dengan Radical Prostatectomy, rawatan radiasi dengan EBRT (External Beam Radiation) atau pemeriksaan berkala tanpa rawatan segera.

.

.

Kanser Prostat Tahap 2

.

Kanser Prostat

.

Ujian kesihatan berkemungkinan tidak mampu menunjukkan kewujudan tumor ketika kanser prostat tahap 2 ini.

.

Namun apabila tahap ini berterusan, doktor mungkin akan mengesan perubahan ketika DRE dan ultrasound. 

.

Kanser tidak merebak lebih daripada kelenjar prostat pada tahap ini dan PSA adalah sekitar 10-20, grednya pula akan naik daripada 1 ke 3 dan skor Gleason pula adalah 6 dan akan perlahan-lahan ke 7 sebelum terus ke 8.

.

Rawatan : Pembedahan atau rawatan radiasi.

.

.

Kanser Prostat Tahap 3

.

Kanser Prostat

.

Bagi mereka yang mengalami kanser prostat tahap 3 pula, kanser telah merebak lebih daripada kelenjar prostat dan ia berkemungkina telah sampai ke seminal vesicles iaitu kelenjar yang menghasilkan cecair untuk membentuk air mani.

.

Namun, ia masih belum merebak sehingga ke pundi kencing dan juga rektum.

.

PSA berkemungkinan pada bacaan 20 atau lebih dan gred-nya akan meningkat sehingga 9-10 pada akhir kanser prostat tahap 3 ini.

.

Rawatan : Pembedahan atau rawatan radiasi.

.

.

Kanser Prostat Tahap 4

.

Kanser Prostat

.

Kanser merebak ke bahagian lain termasuklah organ berdekatan seperti pundi kencing, rektum dan kelenjar limpa.

.

Ia juga berkemungkinan telah merebak ke organ berdekatan seperti tulang dan juga hati.

.

Apabila kanser prostat tahap 4 merebak ke bahagian badan yang lain, ia dikenali sebagai Metastatic Prostate Cancer.

.

Rawatan : Pembedahan, rawatan radiasi atau rawatan hormon.

.

.

.

.

Cara Mencegah Kanser Zakar Ini

.

.

Anda boleh mengurangkan risiko untuk terkena kanser jika anda: 

.

1. Mengamalkan diet sihat yang penuh dengan buah dan sayur. 

.

.

Elakkan makan makanan yang mengandungi lemak yang tinffi dan fokus lebih kepada pemilihan aneka buah dan sayur.

.

Buah dan sayur mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang baik untuk kesihatan anda walaupun belum ada bukti bahawa menjaga diet mampu mengelakkan kanser.

.

Namun, apa salahnya jika ia mampu untuk memastikan kesihatan anda terjamin.

.

.

2. Makanan Sihat Berbanding Suplemen

.

Kanser Prostat

.

Cuba untuk mendapatkan makanan sihat berbanding suplemen walaupun tiada kajian menunjukkan bahawa suplemen mampu meningkatkan risiko kanser.

.

Tiada salahnya untuk anda mendapatkan vitamin dan nutrien menerusi makanan semulajadi kan?

.

.

3. Jaga Berat Badan & Bersenam

.

.

Berat badan yang perlu dijaga adalah berat badan yang sihat.

.

Kalau anda perlu untuk kurangkan berat badan, pilih cara yang sihat seperti bersenam termasuklah mengurangkan jumlah kalori yang anda ambil secara harian.

.

Anda juga boleh meminta doktor anda untuk menyediakn plan weight loss untuk anda.

.

Baca Juga : Cara Tingkatkan Kekerasan Zakar (Ereksi) – Awang Anda Perlu Keras!

.

Rasanya sekian saja perkongsian kami kali ini berkenaan kanser prostat.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!

 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?