Pernah dengar tentang khasiat bawang putih untuk lelaki?

.

Min perasan, sejak kebelakangan ni, banyak jenama-jenama dekat luar yang dah mula hasilkan produk berasaskan bawang putih ni..

.

Dari jenama kecil-kecilan, hingga lah jenama-jenama besar, semuanya dah mula formulakan supplement yang berasaskan bawang putih ni.

.

.

Lepas min buat pembacaan sikit, baru tahu ada rupanya khasiat bawang putih untuk kesihatan.

.

Dari sekecil-kecil masalah, hingga sebesar-besar masalah serius. Ini termasuk masalah kesihatan seksual lelaki.

.

Ternyata, khasiat dari bawang putih ini, telahpun diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu untuk mendapatkan khasiat yang diinginkan.

.

.

Jangan tak tahu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan Datuk K pun amalkan khasiat makan bawang putih dengan madu ni.

.

Disebabkan segala group komuniti dekat media sosial, whatsapp, & telegram ni pun kecoh dengan khasiat bawang putih ni.

.

Min pun terpanggil lah nak berkongsi sikit petua dan khasiat-khasiat sebenar yang ada dalam bawang putih ni.

.

Baca Juga: Cara Tumbuh Jambang – Tips Untuk Anda Yang Kurang Bulu

.

.

.

Khasiat Bawang Putih

.

.

Tahu tak bawang putih ada khasiat dari segi kesihatan seksual lelaki?

.

Selama ni kita ingat, bawang putih ni hanya salah satu bahan masakan yang biasa kita pakai kt dapur je, rupanya ada manfaat utama yang lain!

.

Bagi orang barat, bawang putih bukan sahaja digunakan untuk perkara mistik, malah digunakan untuk untuk tujuan kesihatan.

.

.

Bagi masyarakat melayu pula, khasiat dari bawang putih digunakan untuk merawat masalah dalaman, seperti sakit perut & cirit birit.

.

Ia kaya dengan beberapa nutrient penting seperti magnesium, selenium, & allisin, yang mana memberi kesan positif terhadap kesihatan.

.

Walaubagimanapun, banyak lagi khasiat bawang putih untuk lelaki yang masyarakat zaman sekarang tak tahu.

.

Dekat bawah ni min ada senaraikan khasiat bawah putih, bukan sahaja untuk lelaki, malah wanita juga boleh amalkannya.

.

.

1. Merawat demam & batuk

.

.

Ada beberapa kajian yang dijalankan mendapati, amalan memakan bawang putih setiap hari mengurangkan risiko demam sehingga 70%

.

Uish tinggi tu, dah macam makan panadol dah effect dia bagi.

.

Walaupun macam tu, pakar masih lagi tak henti-henti jalankan kajian terhadap khasiat bawang putih ini

.

Apapun, pengambilan bawang putih dalam diet harian anda boleh mengurangkan risiko anda mendapat demam ataupun batuk.

.

Yang lelaki tu boleh dah amalkan, terbukti ada khasiat bawang putih untuk lelaki.

.

.

2. Menurunkan tekanan darah tinggi

.

.

Ada beberapa kajian yang mendapati, pengambilan 4 ulas bawang putih sehari, boleh menurunkan tekanan darah secara mendadak.

.

So, memang sangat sesuai dimanfaatkan oleh penghidap penyakit darah tinggi.

.

Lepasni balik, dah boleh bagi tahu orang rumah supaya lebihkan bawang putih dalam masakan dia tu. Hehe

.

.

3. Meningkatkan kesihatan jantung

.

.

Berdasarkan statistik, antara punca kematian terbesar dikalangan lelaki di Malaysia ialah penyakit jantung, lebih tepat penyakit jantung koronari.

.

Punca utama terjadinya penyakit ini ialah disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat, dengan plaque dan kolesterol tidak baik (LDL).

.

Akhirnya darah tidak dapat untuk mengalir, dan jantung tak dapat untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan.

.

Disini lah pemakanan memainkan peranan yang sangat besar dalam kesihatan kita.

.

.

Kajian mendapati, mereka yang amalkan bawang putih dalam diet harian mereka, lebih kecil risiko untuk mendapat penyakit jantung koronari.

.

Ini kerana bawang putih mampu mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dalam darah, sebanyak 15%.

.

Bawang putih juga berpotensi boleh meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL).

.

.

4. Meningkatkan kesihatan mental

.

.

Bawang putih pun sebenarnya baik untuk mereka yang menghidap penyakit berkenaan mental.

.

Kajian mendapati bawang putih boleh mengurangkan stres, anxiety, & masalah tidur.

.

Anda yang selalu stres bekerja, jumpa klien sana sini memang sesuai untuk amalkan ambil bawang putih ni. Letak lah dalam masakkan anda tu hehe.

.

.

5. Menguatkan prestasi fizikal

.

.

Orang zaman dulu gunakan bawang putih untuk kekal tangkas dan kuat ketika berperang, dan memburu.

.

Beberapa kajian terhadap bawang putih ini mendapati, bawang putih memang boleh meningkatkan keupayaan fizikal.

.

Tetapi banyak lagi kajian yang perlu dibuat untuk confirm kan betul-betul fakta ini.

.

.

6. Menguatkan sistem immun

.

.

Bawang putih boleh menghalang daripada unsur toksin dari merosakkan sel dan DNA kita.

.

Ini kerana bawang putih mengandungi zink, dan vitamin C yang boleh membantu melawan pembiakan bakteria serta menguatkan immunity tubuh.

.

Untuk mendapatkan khasiat bawang putih ni, anda boleh ambil 3 hingga 4 ulas bawang putih setiap hari. Letak je dalam nasi goreng tu, settle.

.

.

7. Prestasi seksual

.

.

Macam yang kita dah bincangkan tadi, bawang putih mengandungi allisin.

.

Salah satu fungsi allisin ialah ia boleh melancarkan peredaran darah, dengan merehatkan saluran darah.

.

Ini boleh membantu para lelaki untuk mengekalkan ereksi pada zakar.

.

.

Bukan itu sahaja, bawang putih juga mungkin boleh meningkatkan libido lelaki.

.

Banyak kan khasiat bawang putih untuk zakar lelaki?

.

Wanita juga lebih tertarik kepada bau badan lelaki yang amalkan makan bawang putih. (Dah macam minyak pengasih pulak dah. Hihi)

.

.

8. Khasiat bawang putih bakar dan madu

.

.

Tahukah anda? bawang putih dan madu kaya dengan antioksida?

.

Antioksida penting untuk kesihatan kulit, sistem imun, dan mencegah dari mendapat pelbagai penyakit seperti cagu, ketuat, ekzema dan lain-lain.

.

Madu dan bawang putih juga merupakan salah satu makanan antibakteria.

.

.

Kajian mendapati, bawang putih yang dijeruk bersama madu boleh menghalang pembiakan bakteria dalam badan.

.

Tak perlu guna madu yang mahal-mahal pun tak apa, yang penting original dan bukan yang dicampur dengan gula.

.

Amacam, banyak kan khasiat bawang putih dan madu untuk lelaki?

.

Jom baca lagi, kami ada nak share resepi bawang putih + madu ni yang sedap untuk anda.

.

.

Baca Selepas Ini: Kurap Di Kemaluan – Tanda, Punca & Cara Merawatnya. Wajib Ambil Tahu!

.

.

Resepi Bawang Putih Bakar Campur Madu

.

.

Tadi min dah senaraikan semua khasiat yang ada dalam bawang putih kan?

.

So sekarang ni min nak ajar pula macam mana resepi khasiat bawang putih bakar dengan madu ni.

.

Ada orang buat resepi ni guna bawang putih biasa, ada juga yang guna bawang hitam.

.

.

Tak kisah lah macam-macam mana pun, yang penting cara penyediaan dia sama sahaja.

.

Cara nak buat senang sahaja.

.

Bahan-bahan yang anda perlukan ialah seperti:

• Madu

• Bawang putih

• Balang

• Dapur api

.

.

Step 1 – Kupas Bawang putih

.

.

Pertama sekali kupas dulu bawang putih, agak-agak lah berapa ulas untuk penuhkan balang anda tu.

.

Buat sekali banyak terus senang, lepas ni tak payah nak sediakan banyak kali.

.

Jimat masa.

.

.

Step 2 – Bakar Bawang putih

.

.

Lepas dah kupas tu, bakar pulak bawang putih satu persatu dekat atas api dapur.

.

Anda boleh guna lidi atau garfu untuk panggang terus atas api.

.

Tapi ada juga orang yang guna non-stick pan untuk panggang, jimat masa panggang sekali semua.

.

.

Step yang ni optional tau, ikut selera anda nak skip atau tidak.

.

Ada orang yang suka aroma hangus-hangus bawang putih tu, ada yang tak suka. Katanya ada banyak khasiat bawang putih bakar ni.

.

Tepuk dada tanya selera. Hehe

.

.

Step 3 – Masukkan dalam balang

.

.

Lepas panggang tu, dah bole masukkan terus dalam balang yang anda nak guna.

.

Isi sampai penuh yaa, senang nanti tak ada lah membazir space nak kena prepare setiap minggu.

.

Selalu min guna bekas biskut raya yang penutup merah tu je. Hehe

.

.

Step 4 – Isi madu

.

.

Tuangkan madu lebah dalam balang berisi bawang putih tadi.

.

Pastikan isi sampai penuh supaya semua madu dapat meresap masuk kedalam bawang putih.

.

Tuang sampai penuh macam dalam gambar bawah ni.

.

.

Nak beli madu lebah ni, anda boleh dapat di kedai-kedai jamu, atau pun kedai barangan arab (kedai yang ada jual kurma, dan alatan solat tu)

.

.

Senang sahaja kan resepi ni?

.

Kos tak sampai RM100 pun tapi khasiat dia memang banyak sekali, dan cara nak buat pun tak sampai 20 minit dah boleh siap.

.

.

Anda boleh cuba sendiri dekat rumah resepi ini.

.

Lagipun madu kan salah satu makanan sunnah yang tinggi dengan khasiat,

.

Kalau digandingkan dengan bawang putih ni lagi lah bertambah-tambah khasiat dan manfaat yang kita boleh dapat kalau diamalkan setiap pagi.

.

.

.

Baiklah itu sahaja perkongsian kami untuk kali ni.

.

Kalau anda apa-apa soalan yang ingin ditanya, kami ada sediakan platform Komuniti SuamiSihat di Telegram. InshaAllah semua soalan akan dijawab oleh admin disana.

.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh berkongsi pengalaman bersama ahli-ahli yang lain juga.

.

Scroll ke bawah sekali kami ada sediakan banner untuk join telegram. Hehe

.

.

Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Cara Kira BMI – Ini Tips Berat Badan Sihat Yang Anda Wajib Tahu

.

.