Shhh.. Nak Belajar Cara Romen?

Ini Teknik Khas untuk Tahan Lama + Zakar lebih Keras


Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan Sekejap ni

Cara Jaga Penampilan – Tips Lelaki Untuk Nampak Kemas & Yakin

Oleh J. Arman. Fakta perubatan disemak Oleh Dr. Roland Victor (MD)
2 months ago

Ramai antara lelaki tak ambil kisah pun tentang cara jaga penampilan lelaki yang sebenar.

.

Sebelum itu, min nak tanya adakah anda jenis yang jaga penampilan?

.

Jika tidak, artikel ini memang khas ditulis untuk anda yang nak jaga penampilan supaya nampak macho.

.

.

Tak kan anda tak nak tingkatkan lagi daya penarik anda betul tak? Mesti anda nak tahu cara jadi handsome dan cara jaga penampilan yang betul kan?

.

Dah tentu anda nak nampak kemas dan yakin ke tempat kerja dan setiap kali keluar dengan kawan-kawan.

.

Jom min share kan beberapa tips yang anda boleh cuba sebagai cara jaga penampilan lelaki.

.

.

Kelebihan Jaga Penampilan

.

.

Cara jaga penampilan, bukan setakat pakai baju smart dan kasut kulit berjenama sahaja. Kebanyakkannya untuk jaga penampilah ada perkara-perkara penting yang anda perlu ambil berat.

.

Banyak daripada lelaki yang abaikan perkara-perkara ini, dan menganggap ianya remeh terutama sekali bab-bab berdandan.

.

Ingat perempuan je ke kena, lelaki pun kena tahu cara lelaki berdandan juga.

.

.

Jaga penampilan boleh beri anda manfaat bukan sahaja buat anda rasa selesa, bahkan anda akan nampak lebih kemas di mata orang sekeliling.

.

Selalunya, penampilan lah peluang pertama anda untuk tunjukkan siapa diri anda. Sebab ini lah pentingnya anda jaga penampilan anda.

.

Antara kelebihan penting yang anda boleh dapat kalau anda jaga penampilan anda seperti:

  • Keyakinan – Bila penampilan anda nampak bagus, anda akan rasa lebih yakin dalam setiap perkara yang anda lakukan. Apabila anda yakin, banyak perkara yang anda boleh capai dan perolehi.
  • Kebersihan Terjamin – Kebersihan ni bukan setakat anda jaga rambut anda dan pakai pakaian yang smart sahaja. Male grooming juga menunjukkan anda seorang yang sangat-sangat menjaga kebersihan peribadi dan buatkan orang sekeliling selesa dengan anda.
  • Daya Penarik – Pakai pakaian yang kemas dan teknik grooming yang betul boleh buatkan anda nampak lebih menarik dan kacak. Ini buatkan anda nampak berbeza daripada orang lain.
  • Dapat Pujian Orang Sekeliling – Dengan nampak handsome dan kacak setiap masa, anda akan menarik kata-kata positif terhadap diri anda. Orang sekeliling akan puji cara anda berpakaian dan daya keyakinan anda.

.

Selain daripada itu, grooming dan jaga penampilan boleh beri anda manfaat dalam pelbagai situasi dalam kehidupan seharian kita. 

.

.

Jenama pakaian atau produk penjagaan yang anda tak penting, mahal ke murah itu semua tak jadi masalah pun.

.

Yang penting ialah apakah yang anda pakai tersebut berguna untuk anda, dan anda lakukannya dengan konsisten atau pun tidak untuk jaga penampilan.

.

.

Baca Juga: Cara Tingkatkan Keyakinan – Tips Lelaki Untuk Nampak Alpha & Macho

.

.

.

.

Tips Cara Jaga Penampilan

.

.

Untuk anda yang nak kan cara jaga penampilan yang sebenar, ini kami ada sediakan beberapa tips yang boleh anda cuba.

.

Kami yakin ia dapat membantu anda menjadi lebih yakin setiap kali berada di khalayak ramai.

.

1. Gaya Pemakaian Atau Fesyen

.

.

Dari segi pemakaian, anda perlu pilih sendiri identiti anda terlebih dahulu. Apa baju yang anda selesa untuk pakai dan gaya macam mana yang anda nak pakai, apa pakaian formal lelaki, dan sebagainya.

.

Jangan pakai baju atau fesyen yang buat anda tak selesa. Ini sebab apa yang anda kenakan tu, mungkin akan kekal seumur hidup.

.

Pastikan anda pakai baju dan seluar yang kena dengan saiz anda, tidak terlalu besar dan labuh atau menggelebeh ataupun terlalu ketat.

.

Lagi bagus kalau pakaian tu fit dengan tubuh badan anda. Banyak jenis saiz dan gaya yang ada di pasaran sekarang, pastikan ianya sesuai dengan anda.

.

Pemilihan warna juga penting, bagi lelaki tak perlu pakai pakaian yang berwarna terang dan warna yang menarik perhatian. Kebiasaannya warna yang sesuai untuk lelaki ialah warna gelap dan suram, contohnya hitam, biru, merah, dan semua warna gelap yang sesuai. 

.

Putih juga sesuai dipakai terutama sekali ke tempat kerja.

.

.

2. Gunting Rambut

.

.

Cari kedai atau tukang gunting rambut yang bagus dan gaya potongan yang berkesuaian dengan anda. Dan tetapkan tarikh yang sesuai untuk anda pergi potong rambut anda.

.

Tarikh tersebut bergantung kepada betapa cepat rambut anda tumbuh, kebiasaannya 4 hingga 6 minggu sesuai untuk anda kekalkan kekemasan rambut.

.

Apabila anda potong rambut, penting untuk anda terangakan gaya rambut macam mana yang anda nak. Lagi bagus kalau anda ada gambar yang boleh anda gunakan sebagai contoh.

.

.

Jika anda nak cuba gaya rambut yang baru, pastikan gaya rambut tersebut sesuai dengan bentuk muka anda dan gaya penampilan anda.

.

.

3. Jaga Kebersihan Mulut

.

.

Kesihatan mulut penting untuk pastikan mulut anda bersih daripada bakteria, plak, karang gigi, dan masalah kesihatan gum gigi yang mungkin boleh berlaku.

.

Dengan menjaga kebersihan, anda boleh elakkan masalah seperti ini daripada berlaku.

.

Ini ada tips berguna pakar yang anda boleh cuba

  • Berus gigi di serata kawasan mulut
  • Gunakan flos gigi untuk hilangkan plak
  • Pergi ke klinik gigi secara berkala
  • Jangan merokok atau ambil produk tembakau lain
  • Elakkan ambil minuman keras dan yang berasid

.

.

Untuk rutin harian, berus gigi, gunakan floss dan bilas mulut setiap kali makan pun dah cukup.

.

.

4. Rutin Penjagaan Kulit

.

.

Tak perlu gunakan produk yang mahal dan yang berjenama untuk anda jaga penampilan kesihatan kulit anda. 

.

Untuk produk kulit, pastikan anda tahu apa yang kulit anda perlukan. 

.

Jika anda ada kulit yang berminyak, pastikan pencuci muka lelaki yang anda guna itu sesuai untuk orang yang kulit berminyak dan boleh membantu anda untuk kurangkannya. 

.

.

Begitu juga kalau anda ada kulit kering.

.

Banyak kesan negatif yang boleh berlaku jika anda salah pilih produk untuk kulit anda seperti tumbuhnya jerawat, kulit gelap, dan menggelupas.

.

.

5. Potong Kuku

.

.

Ini pun tak kurang pentingnya. Pastikan anda potong kuku anda setiap minggu bergantung juga kepada berapa cepat kuku anda tumbuh.

.

Pastikan pengetip kuku yang anda gunakan itu tajam, dan sesuai untuk saiz kuku anda.

.

Jangan cari yang terlalu kecil sampai menyusahkan anda untuk potong dan alatan tersebut rosak sebelum waktunya.

.

.

Apa-apa pun caranya, kuku yang bersih dan kemas sangat penting untuk kekalkan penampilan anda.

.

Ini tips yang sesuai untuk anda potong kuku anda supaya nampak segak dan kemas:

  • Jangan potong lurus ketepi
  • Jangan potong terlalu pendek
  • Asah kawasan yang tajam supaya nampak melengkung
  • Basahkan jari anda sebaik sahaja anda potong kuku

.

.

6. Minyak Wangi

.

.

Pakai minyak wangi boleh buatkan bau badan anda segar sepanjang hari.

.

Semasa anda pakai minyak wangi anda, pastikan tubuh badan anda dalam keadaan bersih dan kering.

.

Ini supaya minyak wangi yang anda pakai sebati dengan bau badan semula jadi anda.

.

.

Selain itu, pastikan jumlah yang anda sembur itu tak terlalu banyak sampaikan boleh buat orang sekeliling tak selesa.

.

Tujuan utama kita pakai minyak wangi ialah untuk hilangkan bau yang tidak diingini bukannya untuk biarkan orang lain nikmati bau minyak wangi tersebut.

.

Jika anda amalkan cara ini dengan betul, dah tentu ianya akan membantu anda untuk kekal selesa dan lebih yakin.

.

.

7. Jaga Kekemasan Misai/Janggut/Jambang

.

.

Jika anda jenis yang ada jambang, memotong dan trim boleh buatkan jambang anda nampak lebih berbentuk dan kemas.

.

Semasa anda potong jambang, janggut atau misai anda, pastikan potong yang paling panjang terlebih dahulu. Jika anda tak suka, baru lah anda pendekkan lagi tahap potongan anda.

.

Gaya potongan yang anda ingin letakkan pun penting juga.

.

.

Pastikan anda potong juga bulu yang tumbuh di bahagian leher dan tengkuk anda untuk nampak lebih terjaga dan kemas.

.

Kalau anda bukan jenis yang ‘berbulu’ pula, pastikan anda cukur kesemua bahagian yang mungkin tumbuh tidak sekata.

.

Ini boleh membuatkan anda nampak lebih professional dan didandan rapi dan nampak sangat men jaga penampilan.

.

.

8. Perapi Rambut

.

.

Untuk jaga kesihatan rambut, anda tak perlu pakai shampoo setiap hari.

.

Jika anda basuh rambut anda dengan kerap, pelbagai masalah boleh berlaku antaranya

  • Masalah kelimumur
  • Kulit kepala gatal
  • Rambut gugur

.

.

Bergantung kepada seberapa aktifnya anda, shampoo rambut 3 kali seminggu sudah memadai bagi min. Hehe

.

Walaupun begitu, min galakkan anda pakai conditioner rambut setiap hari. Ini bagi memastikan rambut anda kekal lembut dan sihat sepanjang masa.

.

.

Baca Selepas Ini: Cara Kempiskan Perut – Tips Wajib, Selamat, & Betul-Betul Berkesan

.

.

9. Pakai Sunscreen

.

.

Tak kisah lah cuaca panas ke mendung ke, hujan ribut sekali pun, jangan lupa pakai sunscreen.

.

Mungkin ramai yang tak tahu terutama sekali lelaki, banyak manfaat sunscreen antaranya ialah:

  • Untuk lindung kulit anda daripada cahaya UV
  • Mengurangkan risiko kanser kulit
  • Mencegah penuaan
  • Elakkan kulit gelap

.

.

Min cadangkan korang pakai sunscreen yang ada SPF 30 atau yang lebih tinggi.

.

Lagi-lagi dekat Malaysia ni kan, lagi panas dan cahaya matahari sentiasa je kena dekat kulit kita.

.

.

.

.

10. Jam

.

.

Ini pun ramai yang terlepas pandang. Setiap kali anda keluar, pastikan anda pakai jam tangan.

.

Anda perasan tak, orang yang tak pakai jam tangan ni bila anda tengok dia anda akan nampak sesuatu yang tak lengkap. Walaupun anda tak perasan pada mulanya.

.

Aksesori ini ialah antara yang paling penting anda kena ada. 

.

.

Pastikan jam tangan yang anda pakai itu sesuai untuk setiap tempat atau majlis yang anda pergi.

.

Contohnya jika anda ke pejabat, dan majlis rasmi, pakai lah jam tangan kulit atau besi yang nampak lebih kemas dan professional.

.

Manakala jika anda pergi keluar melakukan aktiviti lasak, boleh gunakan jam yang lebih tahan lasak dan kalis air supaya lebih tahan lama dan sentiasa berfungsi setiap kali anda nak tengok jam.

.

.

11. Tali Pinggang

.

.

Anda bayangkan anda pakai baju melayu teluk belanga tapi tak ada butang, nampak tak lengkap betul tak? Sama juga dengan seluar.

Kalau anda tak pakai tali pinggang, anda akan nampak sangat tak lengkap dan sedikit pelik.

.

Ini kerana tali pinggang ialah aksesori wajib selain dapat membantu seluar anda tahan lebih lama.

.

.

Incase kalau ada apa-apa terjadi, contohnya butang atas seluar anda terputus, anda ada tali pinggang untuk elak seluar anda daripada terlucut kebawah.

.

Dah tentu anda akan sentiasa rasa tak selesa kalau asyik nak betulkan posisi seluar anda betul tak?

.

.

Konklusinya

.

.

Penjagaan pemakaian, rutin penjagaan harian penting untuk lelaki kacak. Bukan dihadkan untuk wanita sahaja.

.

Gunakan cara jaga penampilan dan tips evergreen yang min sharekan tadi untuk memaksimumkan daya penarik dan keyakinan diri anda.

.

Mulakan dengan mengambil kira perkara-perkara kecil dan amalkan tips-tips tersebut setiap harii, kami yakin anda semua akan dapat hasil yang berpuas hati.

.

.

Jangan merungut tak ada masa atau tak ada duit, kebanyakkan tips yang kami sharekan ni tak ambil banyak masa anda pun, hanya beberapa minit sahaja dan ada diantaranya yang  boleh anda buat serentak!

.

Tak ada alasan untuk anda jaga kesihatan mulut anda, bau badan, dan penampilan luaran anda.

.

Kebanyakkan tips yang min terangkan tadi memang min gunakan setiap hari. Minum air kosong banyak-banyak, basuh muka, berus gigi, pakai minyak wangi, dan pakai pakaian  yang smart dan handsome.

.

.

Anda juga kena pastikan anda berbau wangi dan nampak handsome setiap kali anda melangkah keluar pintu rumah anda.

.

Ingat tips-tips yang min share ni, ia akan merubah hidup anda semua. Min tahu sebab min dah cuba!

.

.

Apa-apa pun terima kasih kepada anda kerana telah selesai membaca artikel ini.

.

.

Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Pickupline – 50 Koleksi Ayat Mengorat Terbaik

.

.

Share