Macam mana cara kira bmi?
.
Tahniah sebab dah sampai ke artikel kami ini.
.
Anda yang sedang bertanyakan soalan ni, tengah nak jaga berat badan?
.
.
Tepat pada masanya.
.
Harini min nak share tips cara kira BMI yang betul.
.
Terutama sekali untuk anda yang baru nak mula.
.
.
.
Baca Selepas Ini: Penyakit Batu Karang – Semua Wajib Tahu Fakta Ini, Sebelum Terlambat!
.
.
.
Apa Maksud BMI?
.
.
BMI bermaksud body mass index atau dalam bahasa melayu dipanggil sebagai indeks jisim badan.
Body Mass Index (BMI) ialah alat penilaian penting untuk memahami berat badan normal dan kesihatan keseluruhan.
.
Ia digunakan untuk mengira anggaran lemak berdasarkan berat dan ketinggian seseorang.
.
Kiraan lemak badan tak diukur secara terus pada badan, sebaliknya menggunakan persamaan matematik untuk membuat anggaran.
Namun, penting untuk memahami perbezaan antara BMI vs body fat (lemak badan), kerana BMI hanya memberi anggaran berdasarkan berat dan tinggi, bukan komposisi lemak sebenar.
.
.
Cara pengiraan BMI boleh digunakan untuk menentukan sama seseorang itu mempunyai berat badan sihat atau tidak sihat.
.
Jumlah BMI yang tinggi menandakan seseorang itu mempunyai lemak yang berlebihan dalam badan.
.
Manakala BMI yang terlalu rendah pula menandakan kurangnya jumlah lemak.
.
.
Mereka yang mempunyai nilai BMI yang tinggi lebih berisiko menghidap penyakit-penyakit merbahaya seperti penyakit jantung, darah tinggi, dan kencing manis.
.
Individu yang mempunyai BMI yang rendah juga berisiko menghidap penyakit seperti kekurangan jisim tulang, rendah fungsi imun, dan anemia.
.
Walaubagimanapun, kiraan BMI juga ada kekurangannya. Terutama sekali kepada mereka yang mempunyai otot badan yang berlebihan seperti ahli bina badan dan atlet.
.
.
Cara Kira BMI Badan
.
.
BMI dikira dengan membahagikan berat badan seseorang dengan jumlah ketinggian kuasa dua seperti formula BMI dibawah.
.
.
BMI dikira mengikut umur individu tersebut.
.
Sebagai contoh, mereka yang berumur 20 tahun keatas perlu dikira mengikut kiraan orang dewasa.
.
Manakala mereka yang berumur 19 tahun dan kebawah dikira mengikut kiraan kanak-kanak.
.
Hasil daripada kiraan ini akan menentukan sama ada anda tergolong dibawah berat badan yang ideal atau tidak.
.
.
.
Cara Kira BMI Dewasa
.
.
Untuk mengira berat BMI orang dewasa, mereka perlulah berumur 20 tahun dan keatas.
Jika BMI anda berada dalam julat 18.5 hingga 24.9, ini menunjukkan berat badan normal dan sihat.
.
Bagi lelaki dan wanita, kategori BMI standard adalah sama.
.
Berdasarkan kiraan BMI yang didapati, mereka akan jatuh kepada empat jenis berat badan dibawah.
.
BMI Status Berat
Kurang dari 18 Kurang Berat Badan
18.5 – 24.9 BMI Normal
25.0 – 29.9 Berat Badan Berlebihan
30.0 dan keatas Obesiti
.
.
Sebagai contoh, anda mempunyai jumlah berat badan sebanyak 60 kilogram dan mempunyai ketinggian 1.7 meter.
.
Jadi kiraannya seperti ini:
.
.
Hasil kiraan ini mendapati jumlah BMI anda ialah 20.76 (Normal)
.
Untuk memudahkan anda mengira jumlah BMI anda, anda boleh pergi ke laman sesawang KKM untuk gunakan bmi kalkulator BMI mereka disini
.
Atau search je cara kira bmi online dekat google, senang.
.
.
Risiko Kesihatan Berdasarkan BMI
.
.
Berdasarkan kajian pakar, 2 daripada 3 individu mempunyai berat badan yang berlebihan.
.
Satu daripada 3 individu tersebut pula menghidap sama ada menghidap obesiti atau kurang berat badan.
Mereka yang mempunyai berat badan atau obes berisiko tinggi menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
.
17 peratus daripada kanak-kanak dan remaja pula menghidap obesiti.
.
.
Manusia memerlukan tenaga yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.
.
Tenaga yang kita dapat daripada makanan dipanggil sebagai kalori.
.
Badan anda akan kekal sama sahaja jika jumlah kalori yang anda ambil, sama dengan jumlah kalori yang anda bakar setiap hari.
.
.
Jika anda ambil lebih kalori dari apa yang anda bakar setiap hari pula akan menambahkan lagi berat badan anda.
.
Ketidak stabilan tenaga ini lah yang menyebabkan berat badan anda bertambah.
.
Mereka yang mempunyai jumlah BMI yang tinggi meningkatkan lagi risiko penyakit kronik seperti:
- Penyakit jantung
- Darah tinggi
- Penyakit hati
- Osteoarthritis
- Kencing manis
- Strok
- Batu karang
- Pelbagai jenis kanser
.
.
Kajian baru pula mendapati, lemak dalam badan ialah punca utama penyakit-penyakit diatas.
.
.
Sama juga dengan mereka yang mempunyai BMI yang rendah.
.
Kekurangan lemak yang mencukupi boleh menyebabkan penyakit dibawah:
- Kehilangan jisim tulang
- Penurunan fungsi imun
- Masalah jantung
- Anemia
.
Jika anda jatuh dibawah kategori ini, dapatkan khidmat nasihat doktor macam mana nak naikkan berat badan.
.
.
Tambahkan jumlah portion dalam makanan anda boleh membantu menambah berat badan.
.
Anda juga boleh minta khidmat pakar pemakanan untuk membantu anda naik berat badan secara sihat.
.
Bagi mereka yang nak turun berat badan, boleh cuba kerapkan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
.
.
Anda juga perlu ikut beberapa habit pemakanan seperti:
- Makan apabila lapar
- Jangan terlebih makan
- Pilih pemakanan yang tinggi jumlah serat dan sihat
- Elakkan makanan yang diproses
.
Pakar pemakanan boleh membantu anda memilih makanan yang sesuai dan baik untuk anda dapatkan berat badan ideal.
.
Kami ada sediakan perkongsian cara kira kalori yang mudah untuk anda cuba. Boleh click disini Cara Kira Kalori
.
.
Senaman Untuk Kurangkan Berat Badan
.
.
Tahukah anda negara kita merupakan negara kedua terbanyak jumlah obesiti di asia tenggara?
.
Berdasarkan statistik, jumlah ini dianggarkan sebanyak 13% daripada 30 juta penduduk di Malaysia.
.
Jumlah ini agak tinggi dan berada pada kadar yang sangat membimbangkan.
.
.
Jadi min dah sediakan beberapa jenis senaman yang anda boleh cuba amalkan.
.
Kombinasi antara diet harian yang sihat dan senaman ini sudah tentu boleh membantu anda hilangkan berat badan.
.
.
1. Berjalan
.
.
Berjalan ialah salah satu senaman yang baik untuk kurangkan berat badan.
.
Lebih-lebih lagi kepada mereka yang berbadan besar.
.
Selain itu, senaman ini mudah untuk mereka yang baru nak mula dan tak ada kelengkapan sukan.
.
.
Senaman ni bagus sebab ia tak terlalu membebankan sendi pada kaki.
.
Antara aktiviti yang menggunakan pergerakan semasa berjalan ialah seperti:
- Berjalan waktu rehat tengah hari
- Gunakan tangga berbanding lif
.
Untuk permulaan, cuba lakukan 30 minit berjalan sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu.
.
Cuba untuk tingkatkan lagi kekerapan anda berjalan selepas dua bulan.
.
.
2. Berjoging
.
.
Berjoging dan berlari ialah antara senaman yang paling baik untuk anda kurangkan berat badan.
.
Berdasarkan kajian, senaman joging selama 30 minit yang dilakukan orang dewasa boleh membakar 300 kalori dari lemak.
.
Ini ialah senaman yang boleh dilakukan selama 20 hingga 30 minit sebanyak 3-4 kali seminggu.
.
.
Anda juga boleh buat senaman ini diatas treadmills.
.
Jika anda bosan dengan suasana didalam rumah, anda boleh pergi ke taman rekriasi untuk tukar suasana senaman anda.
.
.
3. Berbasikal
.
.
Berbasikal juga mampu membantu anda hilangkan lemak dengan capat.
.
Pakar berpendapat, aktiviti berbasikal dapat membakar sekitar 260 kalori dalam 30 minit.
.
Bukan sahaja berbasikal dapat membantu mengurangkan berat badan, ia juga boleh membantu meningkatkan rangsangan insulin dalam badan.
.
.
Berbasikal bagus untuk semua peringkat umur, daripada yang baru nak mula, hingga lah ahli sukan.
.
Lagipun ia merupakan salah satu senaman yang kurang hentakan, jadi ia tak menjejaskan sendi pada anggota badan anda.
.
.
Baca Selepas Ini: Diet Atkins – Cara Diet Yang Anda Semua Wajib Tahu
.
.
4. Angkat Berat
.
.
Senaman dengan menggunakan pemberat ialah antara pilihan popular untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.
.
Aktiviti seperti ini boleh membantu membakar 112 kalori dalam 30 minit senaman angkat berat.
.
Senaman angkat berat juga boleh meningkatkan kekuatan dan menggalakkan pertambahan otot.
.
.
Tambahan pula, banyak kajian yang telah dibuat mendapati, badan kita akan terus membakar kalori beberapa jam walaupun selepas kita berhenti lakukan senaman tersebut.
.
Anda patut cuba kuatkan otot kaki dan tangan untuk buat anda lebih bersedia lakukan senaman yang lebih ekstrem.
.
.
5. Berenang
.
.
Nak turunkan berat badan kan? Anda boleh juga cuba aktiviti berenang ni.
.
Berenang boleh membakar 233 kalori jika anda lakukan selama 30 minit.
.
Aktiviti ini mudah dan tak memberi beban yang berlebihan pada sendi dan otot anda.
.
Senaman ini juga sesuai untuk mereka yang pernah mempunyai kecederaan pada otot dan sendi.
.
.
.
.
Konklusi
.
.
Semua senaman ini boleh anda cuba untuk membantu mendapatkan berat ideal wanita, juga lelaki.
.
Anda tak perlu lakukan kesemuanya sekali gus.
.
Pilih aktiviti mana yang sesuai untuk anda dan mudah untuk anda lakukan setiap hari.
Amalkan gaya hidup sihat untuk mengekalkan BMI ideal sepanjang hayat.
.
.
Selepas beberapa minggu, cuba anda ikut cara mengira BMI yang min ajar diatas tadi.
.
Jika anda jaga pemakanan, tidak makan melebihi kalori harian, dan amal kan bersenam, min yakin mesti anda akan nampak perubahan pada berat badan anda.
.
Kalau tidak anda, siapa lagi yang nak bantu anda berubah? Betul tak?
.
.
Jangan lupa juga sentiasa buat pemeriksaan kesihatan jika anda merasa tanda-tanda masalah kesihatan.
.
Sentiasa juga track BMI anda dan pastikan ia sentiasa berada pada paras normal.
.
Baik lah itu sahaja untuk perkongsian kali ini.
.
Buat perubahan dalam hidup anda, semoga sekecil-kecil perubahan ini dapat membawa anda kepada impak positif yang lebih besar.
.
.
Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.
.
Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.
.
.
Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.
.
Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.
.
Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.
.
.
.
Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga bermanfaat!
.
Assalamualaikum.
.
.
Baca Sekarang: Parkinson’s – Tanda, Punca, Tips & Semua Yang Anda Wajib Tahu
.
.