Anda pernah dengar tentang penyakit batu karang?

.

Biasanya kita dengar penyakit ni selalu jadi dekat orang yang tahan kencing.

.

Betul ke?

.

.

Tapi tu apa orang kata, dari sudut perubatan betul ke?

.

Baiklah, untuk menjawab segala persoalan anda, artikel ini ada semuanya. Luangkan sedikit masa anda 3-5 minit untuk baca artikel ini.

.

Jangan tak tahu, semua orang pun boleh kena tak kisah lah seberapa kerap anda ke bilik air.

.

.

.

.

Apa Itu Penyakit Batu Karang?

.

.

Batu karang ialah sejenis penyakit yang biasa berlaku kepada organ buah pinggang.

.

Batu karang ini berbentuk seperti batu karang yang anda biasa jumpa di tepi laut.

.

Ia merupakan sebiji pepejal yang terhasil dari pengumpulan mineral daripada makanan dan minuman yang kita ambil.

.

.

Walaupun pembentukan batu karang ini selalu terjadi kepada buah pinggang.

.

Ada juga bahagian lain yang boleh terbentuk batu karang ini seperti:

  • Buah Pinggang
  • Saluran Kencing
  • Pundi Kencing

.

.

Penyakit batu karang agak menyakitkan.

.

Punca kepada penyakit ini berbeza bergantung kepada jenis batu karang yang terjadi kepada seseorang.

.

.

Baca Selepas Ini: Kolesterol Tinggi – Tips Cara Kurangkan Kolesterol Paling Mudah & Berkesan

.

.

Jenis Penyakit Batu Karang

.

.

Bukan semua jenis batu karang terbentuk daripada elemen yang sama.

.

Ianya bergantung kepada pemakanan anda.

.

Ini min ada senaraikan jenis-jenis batu karang yang boleh terjadi kepada pesakit.

.

.

1. Kalsium

.

.

Seperti namanya, batu karang jenis ini terbentuk daripada elemen kalsium.

.

Ini lah antara jenis penyakit batu karang yang paling selalu berlaku kepada pesakit-pesakit di dunia.

.

Kebiasaannya ia mengandungi mineral kalsium oksalat yang mana banyak terdapat dalam makanan harian kita.

.

.

Pengambilan makanan yang yang tinggi jumlah kalsium oksalat boleh meningkatkan risiko batu karang.

.

Antara makanan yang mengandungi mineral ini seperti:

  • Kacang 
  • Coklat
  • Bayam
  • Ubi

.

.

Walaubagaimanapun, pembentukan ini disebabkan oleh jumlah kalsium yang berlebihan dari pemakanan harian kita.

.

Tubuh badan kita masih lagi memerlukan kalsium untuk kekuatan tulang, gigi, dan lain-lain.

.

.

2. Asid Urik

.

.

Jenis penyakit batu karang ini lebih banyak berlaku kepada lelaki berbanding wanita.

.

Ia juga biasa terjadi kepada mereka yang mempunyai penyakit gout ataupun mereka yang sedang menjalani chemotherapy.

.

Keadaan ini berlaku apabila air kencing terlalu tinggi kandungan asid.

.

.

Pengambilan makanan yang tinggi jumlah purines boleh meningkatkan keasidan darah dan air kencing.

.

Purine banyak dijumpai daripada haiwan seperti ikan, kerang, dan daging.

.

.

3. Struvite

.

.

Kebanyakkan mereka yang mengalami masalah ini ialah dari kalangan wanita yang mengalami masalah jangkitan pada saluran kencing (Urinari tract infection, UTIs)

.

Batu karang yang terbentuk boleh menyebabkan saluran kencing tersumbat dan membesar.

.

Biasanya pesakit akan mengalami kencing berdarah.

.

.

Boleh jadi mereka juga menghidap jangkitan buah pinggang pada masa yang sama

.

Usaha merawat jangkitan yang berlaku kepada saluran kencing tadi boleh mencegah pembentukan batu karang jenis struvit di masa hadapan.

.

.

4. Cystine

.

.

Penyakit batu karang jenis cystine agak jarang berlaku.

.

Ia boleh berlaku kepada lelaki dan juga wanita yang mempunyai penyakit keturunan yang sama.

.

Cystine merupakan asid yang terhasil secara semulajadi dalam badan.

.

Akhirnya batu karang pun terbentuk dan menjejaskan buah pinggang serta pengeluaran air kencing.

.

.

Punca & Risiko Penyakit Batu Karang

.

.

Punca utama seseorang itu mendapat penyakit buah pinggang ialah kurang minum air.

.

Untuk mengelakkan anda daripada penyakit ini, anda perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.

.

Ini lah sebabnya kenapa batu karang banyak terjadi kepada bayi yang belum matang yang mempunyai masalah buah pinggang.

.

.

Walaupun begitu, penyakit batu karang paling kerap terjadi kepada mereka yang berumur lebih dari 20 tahun dan keatas.

.

Ada banyak faktor yang boleh meningkatkan risiko anda menghidap batu karang.

.

Antara lelaki dan wanita, lelaki lebih berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang berbanding wanita.

.

.

Jika anda ada ahli keluarga dan keturunan yang pernah menghidap penyakit batu karang, anda juga berisiko.

.

Selain yang diterangkan diatas ada banyak lagi punca dan risiko anda menghidap penyakit ini, antaranya:

  • Dihidrasi
  • Obesiti
  • Pemakanan yang tinggi protein, garam, dan gula.
  • Penghidap hiperparatiroid
  • Gastric bypass surgery
  • Penyakit usus yang meningkatkan penyerapan kalsium
  • Ubatan seperti diuretics, ubatan antiseizure, dan ubatan berunsur kalsium

.

.

Tanda Batu Karang

.

.

Dari pengalaman kawan-kawan admin yang ada penyakit ini, sakit.

.

Itu yang boleh mereka katakan.

.

Batu karang boleh menyebabkan ketidak selesaan pada badan anda serta rasa sakit yang terlampau.

.

.

Batu karang yang turun melalui saluran kencing tadi boleh menyebabkan anda merasa kesakitan pada sebelah belakang badan anda.

.

Sama ada kiri atau kanan, atau kedua-duanya sekali.

.

Tambahan bagi lelaki, anda mungkin akan rasa sakit dibahagian bawah alat kelamin anda

.

.

Tanda lain yang mungkin akan anda alami jika anda menghidap batu karang ialah seperti:

  • Kencing berdarah (kuning gelap, merah, merah jambu, warna perang gelap)
  • Muntah-muntah
  • Mual
  • Bau air kencing yang kuat
  • Seram sejuk seluruh badan
  • Demam
  • Kerap kencing
  • Kencing dalam kuantiti sedikit

.

Tanda-tanda ini susah untuk anda perhatikan diperingkat awal jika batu karang tersebut agak kecil.

.

.

Batu karang bukan berhenti pada buah pinggang sahaja, ia juga boleh keluar melalui saluran kencing.

.

Kadang-kadang saiz batu karang agak besar dan menyebabkan saluran tersebut tersumbat.

.

Bukan itu sahaja, saluran kencing tadi juga boleh membengkak dan menyebabkan jangkitan kuman.

.

Ini lah antara punca kenapa kencing boleh berdarah.

.

.

Rawatan Penyakit Batu Karang

.

.

Untuk merawat sakit batu karang, sudah tentu ianya bergantung kepada jenis batu karang yang dihidapi.

.

Doktor mungkin akan buat pemeriksaan air kencing pada anda untuk mengenalpasti jenis penyakit anda.

.

Minum 6 hingga lapan gelas air setiap hari boleh melancarkan pergerakan air kencing anda.

.

.

Mereka yang muntah-muntah, atau dihidrasi perlukan jumlah air yang banyak

.

Ini min senaraikan rawatan yang akan doktor sarankan.

.

.

1. Ubat-Ubatan

.

.

Untuk mereka yang menghidap batu karang, biasanya doktor akan beri ubat tahan sakit.

.

Manakala untuk jangkitan kuman yang berlaku pada saluran kencing, doktor akan berikan antibiotik.

.

Selain itu ada juga ubat untuk mengawal pembentukan batu karang seperti:

  • Allopurinol (Zyloprim) untuk pesakit batu karang jenis asid urik
  • Thiazide Diuretics untuk menghalang batu kalsium daripada terbentuk
  • Sodium Bicarbonate/Sodium Citrate untuk mengawal keasidan air kencing
  • Phosphorus Solutions untuk menghalang batu kalsium daripada terbentuk
  • Paracetamol untuk tahan sakit
  • Acetaminophen (Tylenol) untuk tahan sakit
  • Naproxen Sodium (Aleve) untuk tahan sakit

.

.

Baca Selepas Ini: Gaya Hidup Sihat – 15 Tips Jaga Kesihatan Secara Menyeluruh

.

.

2. Lithotripsy

.

.

Rawatan lithotripsy menggunakan gelombang bunyi untuk pecahkan batu karang yang besar.

.

Ini bagi memudahkan batuan kecil tadi untuk keluar ke pundi kencing dan seterusnya melalui air kencing.

.

Prosedur ini agak tidak selesa dan memerlukan sedikit ubat bius.

.

Ianya juga boleh menyebabkan lebam pada bahagian belakang badan dan pendarahan disekitar buah pinggang serta organ lain.

.

.

3. Tunnel surgery (Percutaneous nephrolithotomy)

.

.

Tunnel surgery ialah sejenis pembedahan menggunakan alat penyedut nephroscope.

.

Alat ini akan menyedut keluar batu yang ada dalam buah pinggang pesakit.

.

Untuk menjalankan pembedahan ini, doktor akan membuat lubang kecil dari bahagian belakang badan pesakit.

.

.

Kebiasaannya mereka yang memerlukan pembedahan ini apabila:

  • Buah pinggang tersumbat dengan batu karang yang boleh merosakkan buah pinggang
  • Batu terlalu besar untuk keluar melalui saluran kencing.
  • Sakit yang terlampau

.

.

4. Ureteroscopy

.

.

Apabila batu karang sudah tersumbat pada saluran kencing atau pundi kencing, doktor akan mengunakan prosedur uteroscope.

.

Uteroscope ialah sejenis alat yang mempunyai kamera yang dimasukkan melelui alat kelamin terus ke buah pinggang.

.

Dengan menggunakan alat ini, batu karang yang terkumpul dapat ditarik keluar

.

Kemudian batu karang tadi akan dibawa ke makmal untuk diuji apa jenis masalah yang sedang berlaku.

.

.

Cara Mencegah Penyakit

.

.

Untuk mencegah penyakit batu karang anda perlu titik beratkan pelbagai perkara.

.

Pengurangan pengambilan garam, dan sumber protein daripada haiwan boleh mengurangkan risiko penyakit batu karang dan buah pinggang.

.

Kerapkan membuat pemeriksaan kesihatan untuk kenalpasti masalah kesihatan anda.

.

Doktor akan sarankan jenis rawatan dan ubatan yang perlu anda ambil bergantung kepada jenis kesihatan anda.

.

.

1. Air kosong

.

.

Banyak minum air ialah rahsia yang ramai orang terlepas pandang.

.

Pakar sarankan untuk anda minum jumlah air yang cukup untuk anda kencing 2.7ml sehari.

.

Lebih banyak air kencing yang keluar lebih bersih buah pinggang anda daripada pembentukan batu karang

.

Tanda-tanda dihidrasi anda boleh perhatikan pada warna air kencing yang berwarna kuning pekat.

.

.

2. Jus limau

.

.

Jus limau mengandungi sitrat yang boleh menghalang daripada pembentukan mineral kalsium pada buah pinggang.

.

Sitrat juga boleh membantu mengecilkan batu karang dan memudahkan batu karang untuk keluar.

.

Jus limau dan lemon juga boleh memberi banyak manfaat kepada kesihatan yang lain seperti vitamin C dan menghalang pembentukan bakteria.

.

.

3. Cuka Epal

.

.

Cuka epal mengandungi asid asetik, ia membantu mencairkan batu karang.

.

Untuk membersihkan buah pinggang, cuka epal boleh membantu mengurangkan kesakitan disebabkan batu karang yang terkumpul dibuah pinggang.

.

Banyak manfaat lain cuka epal yang boleh anda perolehi contohnya boleh mengurangkan pembentukan batu karang.

.

.

4. Jus Buah Delima

.

.

Jus daripada buah delima telah digunakan beribu tahun untuk meningkatkan kesihatan buah pinggang.

.

Ia boleh membantu membersihkan buah pinggang daripada toksin serta mineral yang boleh membentuk batu karang.

.

Ianya juga penuh dengan antioksidan yang boleh membantu meningkatkan fungsi buah pinggang dan menghalang pembentukan batu karang.

.

.

Ia juga boleh menurunkan kadar asid dalam air kencing anda,

.

Yang bestnya, anda boleh minum jus buah ini sepanjang hari tanpa ada had.

.

.

5. Bubur Kacang Merah

.

.

Bubur kacang merah ialah makanan tradisional diserata asia.

.

Ia telah digunakan secara turun temurun untuk meningkatkan fungsi buah pinggang dan kualiti air kencing.

.

Ia juga membantu mengurangkan batu karang dan membersihkan sistem perkumuhan.

.

Anda boleh makan sama ada dalam bentuk bubur, atau boleh juga minum air rebusan kacang merah tersebut.

.

.

Simptom Penyakit Batu Karang Yang Perlu Dititikberatkan

.

.

Anda wajib buat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memantau tahap kesihatan semasa anda.

.

Jika anda merasakan tubuh badan anda berada dalam keadaan yang tidak sihat, anda perlu segera mendapatkan rawatan kesihatan.

.

.

Anda perlu cepat dapatkan bantuan doktor jika anda mengalami simptom batu karang ini dalam masa dua minggu

  • Sakit yang teramat di bahagian perut dan belakang badan
  • Kencing Berdarah
  • Sakit ketika kencing
  • Kerap kencing
  • Kencing berbau
  • Kencing dalam kuantiti sedikit
  • Demam yang lama
  • Mual & muntah-muntah

.

.

.

.

Konklusi

.

.

Batu karang terbentuk daripada mineral dan garam yang terkumpul pada organ buah pinggang.

.

Ia boleh bergerak daripada buah pinggang ke bahagian sistem perkumuhan anda yang lain seperti saluran kencing dan pundi kencing.

.

Tindakan yang cepat perlu dibuat apabila anda mengalami simptom-simptom yang kami terangkan diatas. Jika anda lambat membuat tindakan segera, banyak kesan buruk yang boleh berlaku.

.

Minum banyak air dan kawal pemakanan dan nutrient serta mineral yang anda ambil setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko penyakit batu karang.

.

.

Dapatkan bantuan doktor jika anda risaukan masalah kesihatan yang berlaku kepada anda.

.

Baiklah itu sahaja untuk perkongsian kali ini.

.

Buat perubahan dalam hidup anda, semoga sekecil-kecil perubahan ini dapat membawa anda kepada impak positif yang lebih besar.

.

.

Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Cara Jaga Penampilan – Tips Lelaki Untuk Nampak Kemas & Yakin

.

.