Jom Dapatkan E-Book PERCUMA
tentang kesihatan & kesuburan air mani kita. Lebih Subur, Lebih Sihat
Jadilah Suami Yang Subur & Kuat
Kena belajar puaskan Bini betul-betul Bro.
Ini Teknik Tanpa Guna Ubat Kuat
Anda nak tingkatkan kualiti air mani?
.
Anak dah dua, tengah planning untuk yang ketiga ni.
.
Tapi tak tahu kenapa sekarang susah sangat nak lekat, anak pertama dengan kedua senang je.
.
.
Anda yang sampai kesini mesti nak tahu cara tingkatkan kualiti air mani?
.
Artikel ini memang sesuai sangat untuk anda yang nak tambah anak, mahu pun yang belum lagi menimang cahaya mata.
.
Jangan putus asa sahabat semua. Apa kata baca artikel ni sampai habis, min akan terangkan satu persatu.
.
.
.
Baca Juga: Magic Tissue – Cara Ia Berfungsi & Kesan Yang Boleh Berlaku
.
.
.
.
.
Antara kita mesti ada kenal pasangan yang ada masalah still tak ada anak walaupun dah bertahun-tahun kahwin, atau kita sendiri sedang mengalaminya.
.
Penat kadang-kadang nak menjawab soalan daripada kawan-kawan, sedara mara, & makcik-makcik bawang di tempat kerja. Sampai stress pun ada juga.
.
Selalu kalau masalah kesuburan, masyarakat selalu akan menuding jari kepada golongan isteri terutamanya.
.
.
Sedangkan perkara pertama yang perlu dilakukan adalah check dulu kualiti air mani suami.
.
Tak ramai dari kalangan lelaki yang ambil kisah tentang kesuburan lelaki di malaysia ini.
.
Mungkin sebab budaya kita yang banyak mengkaitkan masalah kesuburan dengan wanita.
.
.
Tetapi seperti anda yang dah sampai ke artikel ini, sudah tentu anda nak cari cara dan nak tahu cara tingkatkan air mani.
.
Tak dinafikan, ramai suami-suami di Malaysia ini yang mempunyai masalah kesuburan, ini berdasarkan statistik daripada KKM yaa.
.
Macam-macam faktor yang boleh menyebabkan masalah kepada kualiti air mani.
.
.
Tak boleh simpulkan terus, anda kena tengok satu-persatu apa punca dia, air mani yang sihat bukan datang seperti magis.
.
Ianya berkait dengan gaya hidup yang anda amalkan sehari-hari.
.
Untuk meningkatkan kualiti air mani, anda perlu tahu apa faktor yang menentukan adakah sama ada benih anda subur atau tidak.
.
.
Anda juga wajib ambil tahu apa perkara yang perlu dibuat untuk anda improve kesuburan sperma didalam air mani anda.
.
.
.
.
.
.
Mereka yang sedang merancang untuk mendapatkan zuriat wajib ambil tahu tentang kesihatan kualiti air mani.
.
Apa perkara yang menjejaskan masalah kesuburan lelaki?
.
Macam mana nak suburkan kualiti air mani?
.
.
Daripada A sampai Z, semuanya perkara penting yang setiap suami perlu ambil tahu.
.
Mari sini kami terangkan beberapa faktor yang boleh memberi kesan kepada kesuburan lelaki.
.
Secara ringkas, kualiti air mani, bergantung kepada 3 faktor utama.
.
.
.
.
Perkara pertama yang menentukan seseorang itu mempunyai air mani yang berkualiti atau tidak, kena kena lihat kepada kuantiti sperma terlebih dahulu.
.
Secara purata, jumlah sperma yang paling sedikit untuk dikategorikan sebagai air mani yang sihat adalah 15 juta sperma setiap mililiter.
.
Anda bayangkan, dalam berpuluh juta sperma yang seseorang lelaki keluarkan, hanya satu sahaja yang akan berjaya masuk kedalam ovum.
.
.
Kesimpulan mudah disini, jika jumlah sperma ini terlalu sedikit, semakin sedikit lah calon sperma yang akan sampai ke ovum.
.
Jadi semakin kecil lah kemungkinan seseorang wanita itu untuk hamil.
.
.
.
.
Untuk sampai terus ke ovum, sperma perlulah bergerak dan berenang melalui falopian tubes, sebelum tiba ke destinasi yang dituju.
.
Kebolehupayaan sperma bergerak ini dari segi perubatan dipanggil sebagai motiliti.
.
Isteri boleh hamil kalau kadar motiliti sperma melebihi 40%, lebih tinggi kadar motiliti lebih tinggi lah peluang isteri untuk hamil.
.
.
.
.
Dari segi perubatan, ini dipanggil sebagai morfologi sperma.
.
Sperma yang normal mempunyai ciri-ciri & bentuk kepala yang lonjong, dan mempunyai ekor yang panjang, untuk mereka berenang.
.
Bentuk sperma yang tidak normal, seperti berekor pendek atau bercabang, dan kepala dua, boleh menyukarkan sperma untuk masuk kedalam ovum.
.
Tetapi faktor bentuk ini tidak sepenting kuantiti dan mortiliti sperma.
.
.
.
.
Untuk kita mengetahui apa punca masalah kesuburan yang boleh berlaku kepada seseorang, ada banyak punca utama sebenarnya.
.
Terutama sekali kalau kita tengok dari segi perubatan, ada beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah kepada kualiti air mani:
.
.
Semua yang kami senaraikan disini merupakan antara punca yang boleh berlaku.
.
.
Selain daripada yang disenaraikan diatas, budaya hidup yang tidak sihat, serta pemakanan yang tidak cukup zat penting juga boleh menjejaskan kualiti air mani.
.
Pastikan anda beri perhatian yang penuh kepada perubahan alat kelamin anda.
.
.
.
.
Kita dah tahu apa punca masalah kualiti air mani merosot.
.
Jadi sekarang ini apa cara tingkatkan kesuburan & kualiti air mani yang boleh anda lakukan?
.
Bagi mereka yang nakkan air mani yang lebih berkualiti, anda boleh cuba tips-tips yang kami terangkan ini.
.
.
.
.
Ada ada berat badan yang berlebihan? BMI anda dah tak normal? Lebih baik anda turunkan berat badan anda.
.
Ini kerana ada pakar yang berpendapat, berat badan yang berlebihan boleh mengurangkan kuantiti sperma.
.
Pergerakkan sperma juga mulai berkurang dan menjejaskan kesuburan dan kualiti air mani.
.
.
.
.
Dalam masa anda nak turunkan berat badan, apa kata anda amalkan sekali makanan yang seimbang dan sihat.
.
Kurang makan nasi tak semestinya sihat, nutrien, mineral, dan vitamin juga penting untuk meningkatkan kualiti air mani.
.
Amalkan makan buah serta sayur-sayuran, yang kaya dengan antioksida. Dikatakan antioksida dapat membantu meningkatkan kesihatan sperma.
.
.
.
.
Kalau cerita tentang seks bebas ini, ia merupakan isu individu, dan bukanlah perkara yang baik untuk dilakukan sebenarnya.
.
Pastikan anda hadkan aktiviti seks untuk seorang pasangan sahaja.
.
Ini untuk mengelakkan penyakit penyebaran seksual (STDS dan STIS) berlaku kepada alat kelamin anda.
.
Sudah tentu penyakit ini akan merosakkan organ kelamin anda, seterusnya mengurangkan potensi isteri untuk hamil.
.
.
.
.
Anda yang selalu stress waktu bekerja, dan yang kerap overtime balik lewat, wajib ambil berat tips ini.
.
Ini kerana apabila anda stress, tubuh badan anda tidak dapat berfungsi dengan baik.
.
Justeru segala sistem termasuk fungsi hormon yang diperlukan untuk menghasilkan sperma tidak dapat menghasilkan sperma yang berkualiti.
.
Baca Juga : Ezerex Malaysia – Ini Semua Yang Anda Perlu Tahu (Panduan Penggunaan)
.
.
.
.
Ini tips wajib yang perlu diikut jika anda nakkan tubuh badan yang sihat.
.
Alasannya kerana, budaya gaya hidup yang aktif dapat meningkatkan benghasilan hormon serta antioksidan.
.
Enzim-enzim ini membantu dalam melindungi sperma serta meningkatkan kualiti air mani.
.
Tip seterusnya ini merupakan faktor besar apabila ada gangguan kepada kualiti air mani.
.
.
.
.
Tahukah anda, mereka yang merokok lebih besar kemungkinan memiliki masalah kualiti air mani tidak sihat?
.
Merokok boleh mengurangkan jumlah sperma, serta motiliti sperma.
.
Untuk menyelesaikan masalah merokok, anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
.
.
Baca Sebentar Lagi: Cara Berhenti Merokok – Cara Berkesan & Apa Yang Boleh Dibuat
.
.
.
.
Untuk mereka yang ada habit minum minuman yang berunsur alkohol, anda patut berhenti serta merta.
.
Ini kerana alkohol boleh menurunkan hormon testosteron, meningkatkan risiko mati pucuk, serta boleh mengurangkan bilangan sperma yang dihasilkan.
.
Bagi yang muslim, tak ada alasan untuk tidak berhenti mengambil alkohol. Manakala bagi yang non muslim, boleh kurangkan sekali seminggu.
.
.
.
.
Elakkan guna pelincir semasa melakukan hubungan seksual.
.
Ini kerana penggunaan pelincir boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman kepada alat kelamin wanita dan lelaki.
.
Sesetengah pelincir menggunakan bahan yang mudah ‘basi’ dan berpotensi mengakibatkan ‘jangkitan yeast’.
.
.
.
.
Jika anda bekerja dalam persekitaran yang banyak menggunakan bahan kimia bertoksin, sila jaga keselamatan anda.
.
Majoriti pakar berpendapat, bahan kimia seperti plumbum dan bahan bertoksin lain boleh menjejaskan penghasilan sperma dalam kualiti air mani.
.
Amalam memakai pelitup muka, goggle keselamatan, dan pakaian pelindung toksin, boleh membantu mengurangkan risiko kualiti air mani anda terjejas.
.
.
.
.
.
.
Peningkatan suhu testis atau kawasan disekitar organ tersebut boleh meningkatkan risiko kualiti air mani terjejas.
.
Untuk mengurangkan risiko penghasilan sperma terjejas, ini antara yang anda boleh lakukan.
• Pakai seluar yang longgar
• Kurangkan duduk terlalu lama
• Elak sauna & air panas
• Menggunakan komputer riba
.
.
.
.
Mereka yang menghidap penyakit kanser, sudah tentu akan menjalani rawatan kemoterapi serta rawatan radiasi yang lain.
.
Bagi yang lelaki, operasi ini boleh menjejaskan kualiti air mani mereka, dan berkemungkinan boleh menyebabkan kerosakan kekal.
.
Ini kerana operasi-operasi ini melibatkan modifikasi kepada atom & sel-sel organ.
.
Untuk penerangan yang lebih terperinci, anda boleh pergi mendapatkan nasihat daripada pakar ataupun doktor yang bertauliah.
.
.
.
.
Amalan gaya hidup yang sihat seperti bersenam, & mengamalkan pemakanan yang seimbang boleh meningkatkan kesihatan kualiti air mani.
.
Selain itu, langkah-langkah mengelakkan kualiti air mani terjejas juga boleh meningkatkan peluang untuk isteri anda hamil.
.
Jika, dah bermacam-macam cara yang anda dan pasangan lakukan untuk mendapatkan cahaya mata, tetapi masih tidak berjaya, anda wajib pergi buat pemeriksaan kualiti air mani.
.
.
Pakar yang bertauliah boleh membantu anda mengenalpasti apakah masalah yang menyebabkan kesuburan anda dan pasangan terjejas.
.
Kebiasaannya doktor akan mencadangankan sesi kaunseling serta beberapa ubat-ubatan yang boleh meningkatkan kesuburan seperti:
.
.
.
.
Masalah kesuburan bukan hanya berlaku kepada wanita sahaja, kadang kala ia juga boleh berlaku kepada lelaki.
.
Sebagai suami, anda wajib mencari jalan penyelesaiannya, jangan hanya duduk menunggu keajaiban.
.
Dapatkan nasihat serta rawatan daripada doktor dan pakar bertauliah tentang masalah anda, inshaAllah pasti ada jalannya.
.
.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan cahaya mata, ada kalanya akan berakhir jalan buntu.
.
Perlu anda tahu, setiap jalan buntu itu bukan lah bermakna ia sebuah jalan mati.
.
Tetapi ia hanyalah satu daripada beberapa halangan yang perlu ditempuh, untuk mencapai hasrat yang ingin tuju.
.
.
Baiklah itu sahaja perkongsian untuk kali ini.
.
Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.
.
Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.
.
.
Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.
.
Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.
.
Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.
.
.
.
Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga bermanfaat!
.
Assalamualaikum.
.
.
Baca Sekarang: Realiti Market Ubat Kuat Di Malaysia – Overclaim Melampau, Bahan Terlarang Melebihi Had
.
.
Himalaya Speman ni produk apa? Bagus ke? . Betul ke speman boleh pekatkan sperma? .…
Banyak betul iklan ubat kuat sekarang ini. . Kadang-kadang bukan nak search apa pun. .…
Ramai orang yang menggunakan minyak lintah sebagai alternatif untuk tahan lama apabila diranjang. . Banyak…
"Ki, kau dah kena pakai magic tissue ni", tegur Razi. . Mana taknya, dah berapa…
"Ada ke cara besarkan zakar?" . Persoalan ni selalu bermonolog dalam fikiran Alif. . Mana…
"Patut ke aku beli Viagra, Cialis, Stendra?" Bisik Harith dalam hati. . Sejak kebelakangan ni,…