“Takut bini? Eh mana ada, mengarut je kau ni. Beras kita beli maa”
.
Ini lah ayat yang selalu keluar dari mereka, bila kita tanya kawan-kawan kita yang kena ‘queen control‘.
.
Dah faham sangat dah apa maknanya tu. Kihkih
.
.
Ye lah mana ada yang nak mengaku lelaki yang sepatutnya kelihatan gagah, tetapi rupanya kalah dengan amarah & kehendak remeh si wanita.
.
Pada yang sama juga perkara-perkara macam ni yang jadi bahan gurauan waktu lepak sambil berbual.
.
Sampai ada kawan-kawan lelaki bujang yang sampai ‘fobia’ nak beristeri. Haha
.
.
Tapi selalunya kawan-kawan yang macam ni senang je kita boleh nampak tanda-tanda mereka takut bini.
.
Salah satunya daripada gaya mereka masa luangkan masa dengan kawan-kawan. Ada yang sampai berubah 360 darjah.
.
Ofcourse kadang-kadang kita tertanya-tanya apa yang buatkan mereka ni jadi macam tu sekali, kan?
.
.
.
Baca Selepas Ini: Cara Mudah Hilangkan Ketakutan Pada Bini – buat Si Dia tertunduk, mengangguk hormat
.
.
.
Tanda-Tanda Takut Bini
.
Takut bini image
.
Mesti ada punca yang kita sendiri tak tahu, dan ada yang masih susah nak faham walaupun dah diterangkan berulang kali.
.
Apa-apa pun, jom kita tengok tanda-tanda kawan kita tu ahli persatuan suami takut isteri, atau anda sendiri dah berada dalam situasi yang sama? Who knows.
.
Kalau ada tanda-tanda ini, memang sah dah terjebak. Hehe
.
.
1. Susah Nak Ajak Keluar
.
.
Tanda yang paling mudah boleh tengok ialah bila kita ajak kawan tu keluar, asyik tak dapat datang je.
.
Waktu kerja dekat office sama je dengan kita, masuk 9 pagi balik 6 petang.
.
Tapi kenapa tak boleh nak spend masa 2-3 jam lepak dengan kawan-kawan?
.
.
Haa ni lah salah satu tanda kawan tu takut bini.
.
Dia takut sangat nak keluar takut bini marah or merajuk lama-lama.
.
Atau pun mungkin sebab isteri dia sangat-sangat menakutkan dan garang kalau marah? Kita tak tahu. Hahah
.
.
2. Terperap Dekat Rumah
.
.
Lelaki ni biasanya sifat dia suka dengan kebebasan.
.
So kalau nampak lelaki yang suka terperap dekat rumah ni mesti ada something wrong.
.
Melainkan dia memang kerja dekat rumah atau dah kena ‘ikat’ dengan isteri supaya jangan keluar. Betul tak? Hihi
.
.
Memang ada lelaki yang tak suka keluar rumah dan rasa lagi bagus spend masa dengan family dari keluar.
.
Tapi kalau nak keluar lepak pun dah tak nak, padahal masa bujang okay je.
.
Ini mesti ada sesuatu yang tak kena. Memang sah 100% ahli kelab takut bini ni.
.
Kecuali waktu PKP ni lah, semua orang terperap dekat rumah termasuk lah min. Hehe
.
.
.
3. Sengkek
.
.
Cuba perhatikan waktu kita keluar dengan kawan kita tu, tengok ada tak apa-apa yang dia beli untuk diri sendiri.
.
Biasanya orang yang kena queen control atau takut bini ni susah nak keluarkan duit untuk belanja sendiri.
.
Mungkin ini terjadi sebab takut kena marah dengan isteri.
.
.
Ye la, ada isteri yang jenis control apa yang suami beli dekat luar.
.
Tak bagi belanja dekat benda yang tak berfaedah. Walaupun setakat air tin atau alat-alat aksesori kereta.
.
Apa-apa nak beli kena inform isteri dulu nak guna duit untuk apa. Parah-parah.
.
Stress sangt, last-last luahkan dekat group geng takut bini dekat facebook je.
.
.
4. Buat Akaun Media Sosial ‘Bersama’
.
.
Yang ni pun boleh anda perhatikan dekat kawan-kawan terutama sekali pada yang baru mendirikan rumah tangga.
.
Tengok profil media sosial mereka.
.
Selalunya para suami yang ‘takut bini’ ni akan buat akaun media sosial bersama.
.
.
Daripada gambar profil mereka, sampai lah ke nama, dan bio dekat profil.
.
Semuanya nak kena ada nama gabungan sesama pasangan.
.
Kononnya nak tunjuk dekat perempuan-perempuan dekat luar sana yang lelaki ni sudah berpunya.
.
Buat isteri-isteri di luar sana, jangan buat macam ni. Tahu sayang suami tapi, bagi lah suami privasi mereka sendiri.
.
Ni sampai akaun pun nak kena kongsi, kesian suami. Hahaha
.
**Boleh baca: Cara Puaskan Bini Dalam Tempoh 5 minit
.
.
5. Isteri Macam Detektif
.
.
Ada tak dari kalangan pembaca yang isteri kerap sangat ajak bergaduh?
.
Selalunya tentang perkara remeh temeh yang berlaku baik ditempat kerja dan sosial media?
.
Setiap tindak tanduk pergerakkan anda di perhatikan dan dikawal.
.
.
Sampaikan muncul rasa tak selesa dan gusar setiap kali keluar rumah dan scrol media sosial.
.
Takut-takut ada je ‘point’ yang nak diajak bertengkar.
.
Lebih teruk lagi, ada isteri yang sampai check handphone.
.
Nak check dengan siapa suami borak, apa yang suami search dekat google, dan video yang suami tengok.
.
.
6. Tak Berkawan Dengan Wanita
.
.
Orang yang takut bini selalunya jarang berkawan dengan golongan perempuan.
.
Kalau ada pun hanya untuk urusan berkenaan tempat kerja kerja dan urusan profesional sahaja.
.
Kalau check lah senarai kenalan dalam handphone tu, habis segala kenalan perempuan dia tukar nama kepada nama lelaki.
.
Aminah jadi Amin, Hamidah jadi Hamid, Roslinda jadi Rosli, dan macam-macam lagi.
.
.
Bukannya suami tu tak setia, tapi isteri yang terlalu ‘insecure’ sangat sampai suami tak boleh bercakap dengan perempuan.
.
Tak faham sebenarnya kadang-kadang isteri macam ni.
.
Bukan ke kepercayaan tu perkara wajib yang perlu ada dalam setiap rumah tangga?
.
***Baca Selepas Ini: Pickupline untuk Mengorat balik Hati Isteri
.
.
7. Selalu Tengok Jam
.
.
Perhatikan kawan anda yang selalu sangat tengok jam tangan tu.
.
Ni bukan kes obses pada jam ya, ini sebab risau takut lewat sampai rumah.
.
Padahal baru je duduk dekat kedai makan, dah tak keruan nak balik.
.
.
Bila ditanya kenapa, jawabnya tak ada apa-apa.
.
Golongan takut bini macam ni dia nak balik cepat bukan apa, takut kena marah dengan isteri.
.
Ada yang sampai kena tidur dekat sofa dan kena kunci dekat luar rumah pun ada. Menakutkan betul isteri macam ni. Herghh
.
.
8. Tak Suka Kerja Luar Kawasan
.
.
Kawan yang selalu mengelat dari kerja outstation ni nampak macam family person.
.
Tapi sebenarnya dia takut bini persoal macam-macam sebab kenapa kena outstation.
.
“Pergi dengan siapa? Berapa orang?”
.
“Partner tu lelaki ke perempuan?”
.
“Kenapa tak orang lain je yang pergi?”
.
Lepas satu soalan diajukan, datang lagi 10 soalan yang membuntukan, entah macam nak cari jawapan yang munasabah pun dah tak tahu.
.
.
Pening si suami nak menjawabnya.
.
Akhirnya, kalau dapat pergi pun syaratnya kena bawa si dia sekali lah nampak gayanya.
.
Tak boleh nak rasa bebas sikit. Haih
.
.
.
.
9. Takut Isteri Tinggalkan
.
.
Kadang-kadang mereka yang takut bini ni sebenarnya takut kalau si isteri pergi tinggalkan dia.
.
Ye lah, mungkin dah bermacam-macam usaha yang dah dibuat untuk dapatkan si dia dulu.
.
Bila dah berkahwin, sanggup buat apa sahaja supaya isteri kekal setia & sayang.
.
.
Tak dinafikan ada juga sebahagian isteri yang sering guna kaedah ugutan, dan ungkit-mengungkit untuk buat suami turut.
.
“Kalau abang tak nak ikut cakap saya, saya nak cerai.”
.
Ini lah antara ungkapan yang paling sakit untuk si suami didengar. Rasa bak ditikam 1000 bilah pisau pun ada rasanya.
.
.
10. Asyik Tengok Handphone
.
.
Tanda lain yang paling mudah untuk kita tengok sama ada kawan kita tu takut bini atau tak, cuba tengok bahasa tubuh mereka.
.
Golongan takut bini ni kebiasaannya akan kerap tengok handphone, takut-takut kalau isteri call atau mesej.
.
Bukan apa, takut-takut kalau macam-macam isu lain yang datang.
.
.
“Kenapa balas lambat? Dah 5 minit saya tunggu awak balas.”
.
“Asal call tak dapat-dapat, awak keluar dengan perempuan lain ke?”
.
Biasanya mereka ni akan makin gelisah kalau handphone habis bateri atau line telco tak berapa elok.
.
Tapi tak semua lelaki yang ada ciri-ciri yang diterangkan diatas ni takut bini.
.
.
Mungkin mereka menghormati isteri mereka lebih daripada orang lain dan cuba berikan yang terbaik untuk si dia.
.
Atau mungkin ada alasan yang paling munasabah yang boleh terangkan ‘fenomena’ ini.
.
Ini min senaraikan sebab-sebab kenapa golongan yang di-cop takut bini ni berbuat demikian:
1. Sayang sangat dekat isteri – Perempuan makhluk yang lemah. Suami seperti ini walau macam mana pun akan tetap mengalah walaupun dia yang betul. Disebabkan sayang dan tak nak panjangkan pergaduhan lebih baik elak buat perkara yang boleh melukakan hati.
2. Isteri Lebih Tua – Suami yang mempunyai isteri yang lebih berumur kebiasaannya akan hormat pada isterinya. Segala pendapat bagi dia lebih baik diikutkan je disebabkan perbezaan umur dan pengalaman.
3. Isteri Bergaji Besar – Isteri yang ada gaji lebih besar berbanding suami, biasanya cenderung untuk control perbelanjaan, hal-hal rumah tangga, dan termasuk suami sendiri. Akhirnya si suami pun jadi takut nak jadi dominan dalam rumah tangga.
4. Isteri Kuat Cemburu – Biasanya isteri yang kuat cemburu akan beri lebih banyak ‘masalah’ dekat suami. Sebabnya segala pergerakan dan urusan suami akan dikawal dan dipersoal oleh isteri.
5. Pernah Buat Kes – Normal lah kan dalam rumah tangga kita akan tersalah langkah, ada terbuat si dia terluka sikit. Tapi kesilapan kita yang ni lah si dia dok mengungkit-ungkit sampai sekarang. Dah memang salah kita, nak buat macam mana lagi.
.
.
Ini antara sebab kenapa wujudnya suami yang ‘takut bini’ yang min dapat fikir. Entah betul atau tak, apa pendapat anda?
.
.
Boleh check kawan-kawan anda yang takut bini tu, mana satu punca mereka boleh jadi macam tu.
.
Apa-apa pun, suami ni ialah ketua keluarga yang diamanahkan oleh agama untuk memimpin isteri dan anak-anak.
.
Semua suami sepatutnya boleh memimpin keluarga kearah yang lebih baik, dan bukan hanya ikut segala kehendak isteri je.
.
.
Segala kehendak ni kalau diikutkan pun akan menyebabkan hubungan suami isteri menjadi toxic dan tak bahagia.
.
Terima kasih kerana membaca.
.
Buat perubahan dalam hidup anda, semoga sekecil-kecil perubahan ini dapat membawa anda kepada impak positif yang lebih besar.
.
.
Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.
.
Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.
.
.
Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.
.
Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.
.
Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.
.
.
.
Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga bermanfaat!
.
Assalamualaikum.
.
.
Baca Sekarang: Nyanyuk – Tanda, Punca, & Cara Merawat. Ini Semua Yang Wajib Tahu!
.
.