Air Mani – Warna, Ciri-ciri & Tandanya, berserta Cara Pekat & Perbanyakkan

A Hasan Hamdani

Hadi Idham

Warna Air Mani & Tanda-Tandanya
Air mani anda cukup banyak?

Kadang-kadang cair, kadang-kadang pekat kan?
Normal lah tu. Ianya bergantung kepada keadaan.

Kalau dah lama tak keluarkan mani, memang akan jadi pekat lah teksturnya.

Air Mani Suami

Faktor tenaga dan keghairahan pun, sebenarnya memberikan kesan kepada pancutan air mani kita.

Kadang kala, keluar dengan banyak dan memancut.
Kadang kala sekadar meleleh.

Lagi membingkangkan kalau warna dan bentuk tiba-tiba jadi lain. Daripada memejal macam jeli, sampailah jadi berwarna lain seperti merah dan kuning

Jenis warna air mani tandanya

Jadi, dalam artikel kali ini, admin akan rungkaikan kepada anda, tentang kepekatan, warna dan soalan-soalan lain berkaitan air mani yang anda perlu tahu.

Ramai yang nak tanya soalan ni, tapi susah nak cari jawapannya.

Nah, di sini admin akan compilekan semuanya. Baca sampai habis ya.

Jenis-jenis Air Mani

Jenis air mani?
Bukan air mani warna putih je ke?

Ya, betul tu. Air mani pada biasanya warna putih dan sedikit kekuningan. Tapi jangan tak tahu, air mani ada juga warna lain seperti coklat, hijau, merah dan lain-lain lagi.

Warna air mani ini seringkali berubah mengikut tahap kesihatan dan kesuburan seorang lelaki.

Tekstur air mani biasanya seperti jeli dan biasanya mempunyai kepekatan yang tinggi. Ianya juga melekit dan kesat jika dipegang.

tekstur kepekatan air mani normal

 

Ada beberapa faktor yang sangat mempengaruhi warna air mani. Ianya berkait rapat dengan faktor pemakanan, genetik dan tahap kesihatan anda.

Adakalanya juga, warna air mani boleh berubah sekiranya anda mempunyai simptom yang tertentu. Walau bagaimana pun, perubahan ini hanya sementara bergantung kepada keadaan semasa.

Air mani yang sihat berwarna putih dan adakalanya sedikit kekuningan.

Air mani kekuningan

Air mani mengandungi mineral, hormon dan enzim yang mempengaruhi tekstur dan warna air mani.

Jadi berdasarkan air mani, korang boleh tahu kalua ada yang tak kena dengan badan korang.

Jangan pelik pula kalau air mani korang keluar selain warna putih.

Apa maksud di sebalik warna air mani?
Selain putih ada beberapa warna air mani yang pernah dicatatkan oleh pakar perubatan.

Jom kita tengok satu persatu maksud setiap warna air mani.

Air Mani Berwarna Kuning

Air mani warna kuning?
Mesti korang ingat air kencing kan?

Air mani warna kuning

 

Perlu diingat bahawa air mani keluar melalui saluran yang sama dengan air kencing.

Jadi, berkemungkinan air mani berwarna kuning adalah disebabkan percampuran dengan air kencing yang masih tersisa dalam saluran tersebut.

Ini sering terjadi apabila anda kencing sebelum melakukan hubungan intim.

Hal ini adalah perkara biasa dan bukanlah sesuatu yang anda perlu risaukan.

Walau bagaimana pun, terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebab air mani menjadi kekuningan iaitu jangkitan pada prostat dan saluran kencing.

Takkan air mani warna kuning sebab bercampur air kencing je?

Ya. Ada juga sebab lain kenapa air mani berwarna kuning.
Antara faktor lain adalah disebabkan penyakit kuning (jaundice), dan Leukocytospermia.

Leukocytospermia terjadi apabila sel darah putih terlalu banyak dalam air mani.
Ini terjadi apabila terlalu banyak sel darah putih dalam air mani anda, menyebabkan ia menjadi kuning.

Ianya berkait rapat dengan jangkitan kelamin dan jangkitan pada prostat.

Sekiranya anda ada gejala berikut, berkemungkinan ada jangkitan pada prostat:-

➡️Sakit ketika kencing
➡️Sukar untuk kending
➡️Kerap rasa nak kencing
➡️Sakit pada bahagian perut ke bawah
➡️Sakit ketika keluar air mani

Kalau anda ada tanda-tanda yang admin sebutkan ni, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat sebelum terlambat.

Selain dari faktor-faktor yang disebutkan, pemakanan juga boleh mempengaruhi warna air mani menjadi kekuningan.

Pengambilan makanan seperti bawang dan bawang putih contohnya boleh menjadikan air mani berwarna kuning. Ini kerana makanan ini mempunyai kandungan sulfur yang tinggi.

Air Mani Warna Merah, Coklat, Oren

Ada ke air mani warna merah?
Tak pernah jumpa lagi ni.

Air mani bewarna merah
Ya, memang jarang kita jumpa air mani warna sebegini.
Selain dari warna kekuningan, air mani juga boleh menjadi warna lain seperti merah, merah jambu, oren, atau coklat.

Air mani yang berwarna merah menandakan berlakunya pendarahan. Air mani yang berwarna coklat atau jingga pula berkemungkinan disebabkan oleh pendarahan lama.

Walau pun bunyinya agak menyeramkan, namun bagi sesetengah faktor ini bukanlah sesuatu yang serius.

Antara punca air mani menjadi warna kemerahan adalah kerana:-

Pembedahan Prostat

Salah satu sebab air mani menjadi warna merah adalah kerana biopsi atau pembedahan prostat.

Semasa biopsi, doktor akan mengambil sampel tisu pada kelenjar prostat. Semasa proses tersebut, tisu akan dipotong.

Hal ini memungkinkan berlakunya sedikit pendarahan yang menjadikan air mani berwarna merah.

Penyakit Kelamin

Selain pembedahan, penyakit kelamin juga merupakan punca utama air mani bertukar ke warna merah.

Penyakit seperti chlamydia, gonorea dan herpes boleh menyebabkan adanya darah di dalam air mani.

Kerap Melakukan Seks atau Melancap

Ha, korang selalu ke melancap?

Kerap melancap atau melakukan hubungan seks juga boleh menyebabkan kemunculan darah di dalam air mani.
Terlalu kerap melancap kepada air mani

Ejakulasi yang kerap meningkatkan potensi berlakunya pendarahan dalam saluran air mani.

Selain itu, terdapat beberapa kes berkaitan menahan klimaks.
Walau bagaimana pun, bagi kes-kes sebegini bukanlah situasi yang serius dan akan kembali normal dalam tempoh beberapa hari.

Kanser prostat, testis atau uretra

Kanser prostat, testi atau uretra juga boleh menyebabkan air mani menjadi warna merah.

kesan Kanser Prostat kepada air mani

 

Gejala yang biasanya muncul adalah sama seperti gejala jangkitan pada prostat iaitu kerap sakit pada sekitar kemaluan, sakit pada testis dan sakit pada bahagian perut ke bawah.

Warna Air Mani Hitam

Warna hitam?
Ni lagi rare.

Ya, ada sesetengah orang akan mengalami situasi air mani yang keluar berwarna hitam.

Air mani berwarna hitam

Air mani yang berwarna hitam biasanya disebabkan oleh sel darah yang bercampur dengan air mani dan berada dalam badan pada waktu yang lama.

Ianya juga dipanggil sebagai hematospermia.

Selain itu, faktor-faktor berikut juga memungkinkan air mani menjadi warna hitam:

Adanya logam berat dalam tubuh

Kajian yang dijalankan sekitar tahun 2013 mengesahkan, tahap logam berat seperti plumbum, mangan dan nikel yang tinggi dalam boleh menjadi punca air mani menjadi hitam.

Hal ini boleh terjadi kerana memakan makanan yang tercemar atau faktor persekitaran yang terdedah kepada unsur-unsur logam tersebut.

Jadi hati-hati jika anda selalu terdedah atau bekerja dalam bidang yang melibatkan bahan-bahan logam ni.

Kecederaan saraf tunjang

Saraf tunjang juga berkait rapat dengan punca air mani berwarna hitam.

Ini boleh terjadi sekiranya berlaku kecederaan pada saraf tunjang yang menyebabkan kelenjar air mani tidak berfungsi dengan baik.

Jenis air mani dan warna sebenarnya berkait rapat dengan keadaan kesihatan badan seseorang.

Ianya boleh dijadikan petunjuk dalam mengenalpasti tahap kesihatan badan seseorang terutamanya tahap kesuburan.

Air Mani Cair

Dulu air mani pekat, sekarang cair?
Kenapa air mani boleh cair?

Selain jenis air mani dan warnanya, kepekatan air mani juga hal yang tidak boleh dipandang ringan.

Betul ke kalau air mani air tanda lelaki tidak subur?
Adalah menjadi satu kepentingan untuk air mani mempunyai kualiti dan kuantiti yang sewajarnya utk memastikan tahap kesuburan.

Air mani yang sedikit dan cari boleh menyebabkan bilangan sperma yang dikeluarkan sedikit, sperma tidak kuat dan adakalanya air mani tidak mempunyai sperma!

air mani yang cair

 

Apa punca air mani cair?

Ada beberapa punya yang menyebabkan air mani menjadi cair. Antaranya, kerap ejakulasi, gaya hidup, obesiti, dan faktor usia.

Kerap Ejakulasi

Ejakulasi yang kerap merupakan punca utama masalah air mani cair.

Sistem penghasilan air mani memerlukan masa sekurang-kurangnya 48 jam untuk penghasilan sperma yang matang.

Sekiranya ada mengeluarkan air mani melalui hubungan seks atau beronani secara kerapa, atau kurang dari 48 jam, air mani yang keluar akan cair.

 

 

Jadi seelok-eloknya jarakkan tempoh mengeluarkan air mani untuk mendapatkan kuantiti sperma yang berkualiti.

Obesiti

Selain dari kerap ejakulasi, masalah obesiti juga boleh menyebabkan air mani menjadi cair.
Kesan obesiti kepada kesuburan air mani

Faktor kegemukan menyebabkan seorang lelaki mempunyai kurang sperma, malah jumlah sperma yang aktif dan berkualiti juga akan berkurang.

Gaya Hidup Tidak Sihat

Antara punca lain air mani menjadi cair adalah kerana mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.

Amalan memakan makanan yang tidak sihat dan tidak bersenam merupakan faktor terbesar air mani menjadi cair.

Selain itu merokok dan meminum minuman keras juga merupakan penyumbang terbesar kepada masalah ini.

Faktor Usia

Apabila seseorang lelaki meningkat usia, tahap penghasilan hormon tetosteron akan semakin berkurang.

Faktor masalah kesihatan dan kekurangan tenaga juga memberikan kesan kepada penghasilan sperma.

Semakin usia meningkat, semakin sukar untuk seseorang lelaki mengeluarkan air mani secara lebih kerap berbanding lelaki berusia muda.

 

Air Mani Cair Punca Masalah Kesuburan?

Air mani yang cair sememangnya merupakan tanda seorang lelaki tidak subur. Ini kerana air mani yang cair menandakan kuantiti sperma kurang dan tidak kuat.

Ketika melakukan seks, sperma mungkin gagal untuk sampai ke ovum untuk persenyawaan.

Untuk sampai ke ovum, sperma harus mempunyai kualiti yang tinggi. Ini kerana sperma perlu mengharungi perjalanan dan bersaing dengan sperma lain.

 

Jadi lelaki yang mempunyai air mani cari akan menghadapi kesukaran untuk mengandungkan pasangannya.

Jika hal ini berlarutan, berkemungkinan akan menimbulkan masalah rumah tangga yang lebih serius.

Oleh itu, golongan lelaki yang menghadapi masalah ini sebaiknya mengambil langkah-langkah segera untuk mengatasinya.

Ishh! Risau juga kalau macam ni.

Nak tak nak, kena pekatkan air mani. Kalau tak merana badan.

Cara Pekatkan Air Mani

Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, purata jumlah air mani yang dipancutkan oleh seorang lelaki semasa ejakulasi adalah sebanyak 3.7ml.

Ini bersamaan dengan 3 suku sudu teh. Hanya sebilangan kecil yang dapat memancutkan air mani melebihi 10ml.

Manakala purata jumlah air mani yang dihasilkan dalam satu-satu ejakulasi adalah sebanyak 1.5ml hingga 6ml bersamaan satu sudu teh.

Jumlah ejakulasi bagi setiap lelaki akan semakin menurun apabila berusia 30 tahun dan berpotensi menjadi penyebab kepada mati pucuk dan masalah batin yang lain.

Cara Tambahkan Kepekatan Air Mani

 

Ada beberapa cara untuk memperbanyak dan memekatkan air mani.

Senaman Kardio

Senaman kardio merupakan senaman yang dapat menguatkan fungsi jantung.

Jantung yang berfungsi dengan baik memastikan peredaran darah yang lancar ke seluruh anggota badan termasuk testis.

Testis menerima aliran darah beroksigen yang baik dan teratur akan menghasilkan air mani yang banyak.

Senaman kardio ni macam mana?

Senaman kardio melibatkan pergerakan anggota badan secara konsisten dalam sela masa tertentu. Pergerakan anggota badan ini akan menyalurkan oksigen dan menguatkan jantung.

Jadi system badan korang akan dibetulkan secara semula jadi. Termasuklah sistem penghasilan air mani.

Pemakanan

Nak badan sihat, kena la makan makanan yang sihat kan?

Dalam setiap aspek perubatan, pemakanan merupakan asas kepada kesihatan yang baik.

Tabiat pemakanan mampu mempengaruhi tumbesaran dan penghasilan sperma yang baik dan banyak.

Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Air yang mencukup membolehkan sistem badan berfungsi dengan baik.

Amalkan makan sayur seleri. Seleri kaya dengan pelbagai vitamin dan garam mineral.

Semua khasiat yang ada pada seleri mampu untuk membanyakkan sperma.
Selain dari itu, tingkatkan pengambilan makanan yang mempunyai zink yang tinggi.

Zink berfungsi untuk meningkatkan hormon testosteron yang berkait rapat dengan prestasi kelakian.

Zink semulajadi boleh diperolehi daripada daging, telur dan ikan.

Jadi, betulkan cara makan korang bermula hari ini!

Gaya Hidup

Faktor yang penting selain pemakanan ialah gaya hidup yang sihat dan teratur. Amalkan tidur dengan cukup. Elakkan dari stress.

Penghasilan sperma akan terganggu sekiranya anda sentiasa dalam keadaan stress.

Tabiat merokok juga perlu dielakkan. Merokok akan merendahkan tahap testosteron yang sangat penting bagi hormon kelakian.

Kalau korang nak tahu lebih terperinci tentang cara nak pekatkan air mani, korang boleh baca lebih mendalam dalam artikel ini: Cara Pekatkan Air Mani – Tips Banyakkan Air Mani & Kualiti Sperma.

Air mani pekat, banyak. Tapi baru seminit dah pancut?
Aduh.. baru nak sedap dah habis!

air mani & kepuasan isteri

 

Selain dari air mani yang pekat dan banyak, tempoh masa untuk anda pancutkan air mani sewaktu melakukan seks juga sangat penting.

Tak ada gunanya air mani pekat tapi pancut awal, kan?

Lelaki kalau tak tahan lama waktu seks, memang susah nak puaskan perempuan.

 

Cara Melambatkan Pancutan Air Mani

Berapa lama baru boleh pancut?
Tak nak cepat sangat, tapi tak nak la lama sangat kan?

Berdasarkan kajian, purata masa yang sesuai untuk seorang lelaki bertahan adalah sekitar 5 hingga 10 minit. Biasanya perempuan akan merasa puas dalam kadar masa ini.

Tapi, kebanyakan lelaki hanya mampu bertahan tak sampai 2 minit!

Ada beberapa cara yang anda boleh amalkan untuk kawal dan lambatkan pancutan air mani sewaktu melakukan hubungan seks.
Antara caranya ialah dengan bersenam.

Senaman Seks

Ada beberapa kaedah dan jenis senaman seks yang anda boleh amalkan untuk menguatkan bahagian otot pubococcygeal (PC) anda.

Otot inilah yang memberikan anda kawalan bila rasa nak pancut.

Posisi Seks

Ada banyak posisi seks yang anda boleh gunakan sewaktu melakukan hubungan. Tapi berhati-hati dengan setiap posisi yang anda guna.

Kalau dah rasa nak terpancut, cepat-cepat tukar ke posisi lain dulu.

Kawal Henjutan

Henjutan sangat mempengaruhi tempoh pancutan. Kalau tak kawal, korang pasti tewas awal.

Jadi semasa menghenjut, pastikan ada waktunya korang laju dan ada ketika korang perlu perlahankan.

Kalau terasa nak pancut, perlahankan henjutan.

Kalau nak tahu lebih terperinci tentang ni, boleh baca artikel yang admin pernah kongsikan di sini: Cara Tahan Lama di Ranjang – Supaya Seks Anda Puas.

Kesimpulan

Jenis air mani dapat memberikan petunjuk kepada keadaan kesihatan dan tahap kesuburan seorang lelaki.

Air mani bukan sahaja dapat mengandungi sperma, malah ia juga menjadi tali yang mengeratkan hubungan bersama pasangan.

Jika anda inginkan pasangan anda ceria selepas menjalinkan hubungan seks, langkah yang sewajarnya harus diambil. Bertindak segera sebelum terlambt.

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?