Banyak sangat produk yang claim mampu panjangkan zakar dan  betul ke ia berkesan?

.

Rasanya anda sendiri dah letih dah tengok banyak sangat iklan berkenaan cara panjangkan zakar ni.

.

Sebenarnya kan saiz zakar ni menjadi antara punca kemurungan buat kaum adam.

.

Cara Besarkan Zakar

.

Sebab itulah industri ubat kuat, alat besarkan zakar dan yang sewaktu dengannya berkembang dengan pesat sekarang ni.

.

Sharing kali ni akan memberikan anda gambaran keberkesanan dan kesan sampingan cara besarkan zakar.

.

Kami juga akan bincangkan berkenaan purata saiz, panjang dan ukur lilit zakar serta bila sebenarnya anda sebagai seorang lelaki perlu berjumpa dengan doktor.

.

Baca Juga : Cara Tingkatkan Kekerasan Zakar (Ereksi) – Awang Anda Perlu Keras!

.

.

Cara Panjangkan Zakar Ni Betul-Betul Berkesan Ke?

.

Panjangkan Zakar

.

Tahu tak sebenarnya kebanyakan lelaki yang sibuk mencari cara panjangkan zakar ni mempunyai saiz zakar yang normal.

.

Maksudnya disini adalah saiz zakar mereka memang dah sesuai untuk hubungan seksual dan tiada masalah buat pasangan mereka.

.

Kebanyakan pengeluar produk akan claim produk mereka seperti pil, krim, alat penegang dan lain-lain mampu memberikan kesan untuk panjangkan zakar mereka.

.

Ada juga yang berfikir untuk melakukan pembedahan bagi mendapatkan saiz zakar yang lebih besar dan panjang.

.

Namun, menurut Urology Care Foundation, tiada satu pun daripada produk-produk ini berkesan.

.

Panjangkan Zakar

.

Jom kita lihat kupasan untuk beberapa cara besarkan zakar dibawah ini.

.

Baca Juga : Bentuk Zakar Lelaki – Anda Punya Jenis Yang Macam Mana?

.

.

Traction Devices

.

Panjangkan Zakar - Traction Device

.

Alatan ini fokus kepada memanjangkan zakar dengan cara menarik atau meregangkan tisu zakar.

.

Cara panjangkan zakar ini boleh dilakukan dengan cara meletakkan pemberat atau small extending frame pada zakar yang sedang lembik untuk memanjangkannya secara lembut.

.

Berdasarkan kajian saintifik pada tahun 2010, penile extender merupakan satu-satunya cara yang boleh memanjangkan zakar.

.

Hasil penggunaan alatan ini juga dikatakan tidak kalah dengan hasil pembedahan zakar.

.

Beberapa kajian juga menunjukkan kesan penggunaan alat ini mempunyai kesan yang berbeza.

.

Ada kajian menunjukkan hasil yang alat ini mampu memanjangkan zakar sebanyak 1-3 cm.

.

.

Dalam kajian yang dijalankan, kebanyakan lelaki yang melalui ujian ini akan memakai alat tersebut selama 4 ke 6 jam setiap hari. 

.

Ada juga yang diminta untuk memakainya selama 9 jam sehari untuk melihat samada masa pemakaian akan mempengaruhi panjang zakar di hasil ujian nanti.

.

Pengkaji juga menjalankan kajian samada penggunaan alatan ini sebelum dan selepas pembedahan zakar mampu memberikan kesan yang lebih baik.

.

Bukti dan hasil kajian yang ada setakat ini pun sangat terhad.

.

Jadi, Urology Care Foundation sendiri menegaskan bahawa mereka tidak menyokong penggunaan alat ini kerana masih ada beberapa perkara dari segi keselamatan dan keberkesanannya untuk tempoh masa yang panjang.

.

.

Vacuum Device

.

.

Alatan jenis ini menggunakan sebuah tiub yang mampu memuatkan zakar.

.

Tiub tersebut akan dipam untuk menghasilkan keadaan vakum didalam tiub.

.

Keadaan ini akan menarik darah ke zakar sekaligus menjadikannya kembang/bengkak.

.

Biasanya alatan ini akan digunakan untuk merawat masalah mati pucuk.

.

Tiada kajian saintifik dan bukti yang menunjukkan ia sebagai cara membesarkan zakar yang berkesan dan selamat.

.

.

Pil & Lotion

.

.

Kalau anda lihat di pasaran sekarang, ramai pengeluar yang fokuskan cara panjangkan dan cara besarkan zakar  dengan penggunaan pil dan juga krim.

.

Ramai pengeluar yang claim produk mereka mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, herba dan juga hormon.

.

Kajian jelas menunjukkan tiada bukti saintifik bahawa semua produk ini mampu memberikan hasil.

.

Dari segi keselamatan juga agak meragukan kerana kebanyakan produk jenis ini tidak mendapat kelulusan pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

.

.

Pembedahan Zakar

.

.

Ada dua jenis pembedahan yang boleh dilakukan sebagai cara panjangkan zakar dan juga sebagai cara besarkan zakar.

.

Tujuannya adalah untuk meningkatkan ukur lilit, kelebaran dan juga panjang.

.

Prosedur pembedahan ini biasanya membawa risiko yang besar termasuklah kesan sampingan.

.

Antara kesan sampingan yang mungkin dialami adalah zakar menjadi bengkak atau berlakunya perubahan pada bentuk zakar.

.

Jika kesan sampingan ini adalah teruk, zakar terpaksa dibuang!

.

Satu lagi cara pembedahan yang melibatkan zakar adalah dengan memasukkan sel lemak daripada bahagian badan yang lain kedalam zakar.

.

.

Cara ini mampu untuk menambah sekitar 2.39-2.65 cm selepas 12 bulan.

.

Namun, zakar akan mudah untuk kehilangan sekitar 20-80 peratus isipadunya dalam tempoh setahun selepas pembedahan jadi sesetengah individu mungkin memerlukan beberapa siri pembedahan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

.

Jenis pembedahan seterusnya pula adalah melepaskan suspensory ligament pada bahagian zakar.

.

Ligamen ini menghubungkan zakar ke kawasan pubic dan memberikan sokongan ketika berlakunya ereksi.

.

Jika pakar bedah memotong ligamen ini, ia akan mengubah sedikit sudut zakar sekaligus menjadikannya kelihatan lebih panjang.

.

.

Secara purata, kaedah ini mampu menambah saiz zakar sekitar 1-3 cm namun kesannya terhadap lelaki dan pasangannya adalah tahap kepuasan yang semakin menurun sewaktu melakukan hubungan seksual.

.

Kekurangan sokongan sewaktu ereksi akan menjadikan lebih sukar untuk menjolok pasangan.

.

Urology Care Foundation dan juga American Urological Association mengatakan yang pembedahan jenis ini tidak selamat dan juga tidak efektif.

.

Baca Juga : Ubat Mati Pucuk – Ini Rawatan Sebenar Jika Anda Mengalami ED

.

.

Wujud Ke Cara Besarkan Zakar Sebenarnya?

.

Panjangkan Zakar

.

Jika anda baca cara besarkan zakar yang kami kongsikan diatas, anda pastinya akan dapati yang hampir kesemua cara besarkan zakar dan panjangkan zakar seolah-olah tidak berkesan.

.

Untuk pengetahuan anda, saiz zakar anda tidak boleh dibesarkan.

.

Namun, sesetengah testimoni bagi produk misalnya mengatakan saiz zakar pengguna bertambah selepas menggunakan produk tersebut.

.

Ada beberapa faktor yang mungkin mendorong kepada hasil tersebut.

.

.

1. Saiz Selama Ini Tidak Mencapai Saiz Optimum

.

Panjangkan Zakar

.

Katakanlah panjang sebenar zakar anda adalah 16 cm namun selama ini anda hanya melihatnya sepanjang 10 cm sahaja ketika ereksi.

.

Ada kemungkinan selama ini saiz zakar anda tidak mencapai saiznya yang optimum.

.

Hal ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekerapan beronani, diet dan juga tekanan.

.

.

2. Aliran Darah

.

.

Ada kemungkinan aktiviti yang anda lakukan seperti beronani memberikan kesan terhadap zakar anda. 

.

Aktiviti ini akan merosakkan pembuluh darah dan juga aliran darah zakar anda.

.

Dengan penggunaan produk tersebut, pembuluh darah anda kembali pulih sekaligus menjadikan zakar anda mampu untuk ereksi ke saiz sebenarnya.

.

.

3. Urutan

.

.

Kebanyakan produk akan menggalakan beberapa jenis urutan yang mampu menjadikan aliran darah didalam zakar lebih lancar.

.

Ia juga sedikit sebanyak turut membantu menjadikan zakar lebih lurus berbanding sebelum ini.

.

Ada kemungkinan zakar anda sedikit bengkok sebelum ini sekaligus mempengaruhi saiz dan ukuran sebenar zakar anda.

.

.

4. Senaman

.

.

Ada beberapa produk yang bersifat memberikan tenaga menggalakkan anda untuk melakukan senaman.

.

Disebabkan anda sangat bermotivasi untuk panjangkan zakar dan besarkan zakar anda, maka anda akan bersungguh-sungguh untuk melakukan senaman.

.

Hasilnya, lemak-lemak yang berada dibahagian bawah perut ke zakar anda akan menipis dan akan menampakkan lagi zakar anda.

.

Mungkin selama ini ada sebahagian daripada zakar anda tersorok disebalik lapisan lemak tersebut.

.

.

5.Diet

.

.

Sesetengah pengeluar produk turut menawarkan menu diet yang boleh diamalkan sebagai cara besarkan zakar yang boleh diamalkan.

.

Bila anda ikut betul-betul diet yang disarankan, anda mampu untuk mengurangkan lemak dan hasilnya sama seperti point nombor 4 diatas.

.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini berkenaan cara panjangkan zakar dan sebagai kesimpulan, saiz zakar anda tak mampu dibesarkan sebab saiz zakar setiap individu dah ditetapkan.

.

Cumanya sekarang ini masalahnya adalah samada saiz zakar anda dah capai saiz optimum atau belum.

.

Jadi, cara panjangkan zakar terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan mendapatkan produk yang mampu melancarkan/membaiki aliran darah serta tisu-tisu otot zakar anda disamping melakukan urutan dan senaman yang betul serta menjaga diet anda.

.

Anda pasti akan mendapat saiz zakar anda yang optimum apabila anda melakukan cara panjangkan zakar yang telah dikongsikan tadi.

.

Semoga bermanfaat!

 

 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

0
Your Cart