Seks bebas merupakan antara perkara yang mula menjadi kebiasaan dalam kalangan kita pada hari ini.

.

Ia bukan sahaja menyalahi hukum syarak, malah seks bebas Malaysia hari ini sudah lagi tiada batasan tidak seperti dulu.

.

Seks rambang yang dilakukan ini sebenarnya sangat bahaya dan bermacam penyakit yang anda boleh dapat hasil melakukannya.

.

Seks Bebas

.

Didalam artikel seks bebas kali ini, kami ingin menyentuh beberapa poin penting yang anda perlu tahu terutamanya berkenaan kesan seks bebas terhadap anda.

.

.

Definisi Seks Bebas

.

.

Seks bebas adalah perlakuan hubungan seksual diantara dua insan berbeza.

.

Ia juga turut dikenali sebagai seks rambang.

.

Ia boleh berlaku diantara pasangan yang bercinta ataupun dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa yang dinginkan.

.

Baca Juga : Posisi Seks Tahan Lama – Lepas Amalkan Ini, Akhirnya Isteri Anda Pun Dapat Mengerang Puas.

.

.

Punca Seks Bebas

.

Seks Bebas

.

Seks bebas berpunca daripada banyak faktor.

.

Antara faktor utama adalah kerap bertukar pasangan bagi mereka yang bercinta.

.

Ia seakan-akan menjadi satu perkara normal buat pasangan masa kini yang baru sahaja bercinta dan terus melakukan hubungan seksual.

.

Apabila hubungan tersebut terkandas di pertengahan jalan, ia akan diulang semula dengan pasangan baru.

.

Bagi mereka yang lebih sosial kehidupannya, mereka mengamalkan seks bebas ini dengan melanggan perempuan untuk dijadikan pemuas nafsu.

.

Gejala seks bebas ini seolah-olah semakin sukar dibendung kerana terlalu banyak pendedahan dan tayangan hubungan seksual samada di internet atau di televisyen.

.

.

Penyakit Akibat Seks Bebas

.

Seks Bebas

.

Penyakit yang biasanya berlaku akibat hubungan seksual atau sexually transmitted diseases (STDs) juga turut dikenali sebagai sexually transmitted infections (STIs).

.

Ia merupakan penyakit yang berjangkit daripada satu individu kepada individu yang lain menerusi aktiviti seksual termasuklah:

  • Menerusi vagina
  • Seks oral
  • Seks anal

.

Ia juga mampu berjangkit menerusi sentuhan fizikal yang sangat intim dan cara lain namun ia agak jarang berlaku seperti:

  • Berkongsi jarum suntikan
  • Menyusu badan

.

Penyakit seks bebas ini tidak selalunya akan menunjukkan simptom atau simptom tersebut hanyalah biasa-biasa sahaja.

.

Seks Bebas

.

Jadi, tidak mustahil jika anda mendapat jangkitan dan anda tidak menyedarinya.

.

Disebabkan oleh hal ini, penting untuk anda mendapatkan ujian jika anda melakukan hubungan seksual.

.

Jika anda didiagnosa dengan penyakit STD, anda perlu segera mendapatkan rawatan kerana ia boleh menjadi lebih teruk seperti kanser.

.

Penyakit seks bebas ini boleh dicegah dan jika anda melakukan seks, anda perlu tahu bagaimana untuk anda melindungi diri dan pasangan anda seperti menggunakan kondom.

.

Baca Juga : 19 Jenis Kondom Terbaik untuk Anda , Suami guna pada tahun 2020

.

.

Simptom Penyakit Seks Bebas Bagi Lelaki

.

.

Tidak mustahil untuk anda mengalami STD tanpa mengalami sebarang simptom namun jika ada, simptom-simptom STD adalah seperti berikut:

  • Sakit atau tidak selesa sewaktu melakukan hubungan seksual atau kencing
  • Sakit, bengkak atau ruam pada zakar, testikel, punggung, paha atau mulut
  • Bahan buangan pelik atau keluar darah dari zakar
  • Testikel sakit atau bengkak

.

.

Simptom Penyakit Seks Bebas Bagi Wanita

.

.

Sama seperti lelaki, ia tidak akan menunjukkan simptom yang ketara namun jika ada, simptom-simptom adalah seperti berikut:

  • Sakit atau tidak selesa sewaktu melakukan hubungan seksual atau kencing
  • Sakit, bengkak atau ruam pada zakar, testikel, punggung, paha atau mulut
  • Bahan buangan pelik atau keluar darah dari faraj
  • Gatal didalam atau sekitar faraj

.

Baca Juga : Tips Cara Pakai Kondom – 7 Langkah Mudah

.

.

Jenis Penyakit Seks Bebas

.

.

1. Chlamydia

.

Seks Bebas

.

Bakteria tertentu akan mengakibatkan penyakit ini.

.

Ia merupakan diantara STD yang paling kerap berlaku bagi mereka yang mengamalkan seks bebas.

.

Kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang simptom namun jika ada ia adalah seperti berikut:

  • Sakit atau tidak selesa ketika melakukan hubungan seksual atau kencing
  • Bahan yang keluar daripada zakar atau faraj berwarna hijau atau kuning
  • Sakit pada bahagian bawah abdomen

.

Jika dibiarkan, ia akan membawa kepada:

    • Jangkitan pada urethra, kelenjar prostat atau testikel
    • Pelvic inflammatory disease
    • Ketidaksuburan
    • Jika wanita mengandung yang mengalaminya, kandungan juga berisiko untuk terkena

.

.

2. HPV

.

Seks Bebas

.

Human Papillomavirus (HPV) merupakan virus yang boleh disebarkan melalui individu kepada individu yang lain menerusi sentuhan fizikal intim atau sentuhan seksual.

.

Terdapat banyak versi virus ini yang setiap satunya mempunyai tahap bahaya yang berbeza.

.

Simptom biasa adalah ketuat pada alat kelamin, mulut atau tengkuk.

.

Ada sesetengah yang mampu mengakibatkan kanser seperti:

  • Kanser oral
  • Kanser servik
  • Kasner vulvar
  • Kanser zakar
  • Kanser rektal

.

Tiada rawatan untuk HPV namun kebanyakan jangkitan hilang dengan sendirinya.

.

Terdapat juga vaksin untuk melindungi diri daripada HPV seperti HPV 16 dan HPV 18.

.

3. Sifilis

.

.

Penyakit sifilis merupakan salah satu daripada penyakit yang paling kerap terjadi akibat seks bebas.

.

Ia merupakan jangkitan bakteria yang biasanya sukar untuk dikesan pada peringkat awal.

.

Simptom pertama yang akan kelihatan adalah bulatan kecil yang agak menyakitkan yang dikenali sebagai chancre. 

.

Ia boleh terbentuk pada alat kelamin, anus dan juga mulut.

.

Ia sangat mudah untuk berjangkit.

.

.

Simptom lain penyakit sifilis yang anda boleh perhatikan adalah:

  • Ruam
  • Lesu
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit sendi
  • Penurunan berat badan
  • Rambut gugur

.

Jika dibiarkan tanpa rawatan yang sewajarnya, ia akan mengakibatkan:

  • Hilang penglihatan
  • Hilang pendengaran
  • Hilang memori
  • Masalah mental
  • Jangkitan pada otak dan spinal cord
  • Masalah jantung
  • Kematian

.

Namun, jika anda dapat mengenalpasti simptom ini lebih awal, ia mampu untuk dirawat dengan antibiotik.

.

.

4. HIV

.

Seks Bebas

.

Penyakit HIV akan merosakkan sistem imunisasi dan meningkatkan risiko untuk dijangkiti virus atau bakteria lain.

.

Jika tidak dirawat segera, ia akan mengakibatkan HIV tahap 3 yang dikenali sebagai AIDS.

.

Antara simptom awal HIV adalah:

  • Demam
  • Rasa menggigil
  • Sakit badan
  • Bengkak hati
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Ruam

.

Simptom ini jelas kelihatan dalam bulan-bulan pertama.

.

Ada juga pesakit yang membawa HIV namun tidak menunjukkan sebarang simptom.

.

Tiada rawatan untuk merawatnya buat masa ini namun ada rawatan untuk mengawalnya.

.

Seks Bebas

.

Ia juga memerlukan rawatan untuk mengurangkan risiko penyakit ini disebarkan kepada pasangan.

.

Dengan teknologi rawatan terkini, masih ada harapan untuk pesakit HIV untuk hidup lebih lama dan sihat.

.

.

5. Gonorrhea

.

Seks Bebas

.

Penyakit akibat seks bebas ini juga dikenali sebagai the clap.

.

Kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang simptom namun jika ada, simptomnya adalah seperti berikut:

  • Bahan berwarna putih, kuning atau hijau keluar dari kemaluan
  • Sait atau rasa tidak selesa sewaktu hubungan seksual atau kencing
  • Kerap kencing
  • Rasa gatal sekitar alat kelamin
  • Sakit tekak

.

Jika dibiarkan, ia akan membawa kepada:

    • Jangkitan pada urethra, kelenjar prostat atau testikel
    • Pelvic inflammatory disease
    • Ketidaksuburan

.

.

6. Pubic Lice

.

Seks Bebas

.

Ia turut dikenali sebagai crabs dan merupakan serangga kecil yang mampu hidup pada bulu kemaluan anda.

.

Sama seperti kutu lain, ia hidup dengan menghisap darah anda.

.

Antara simptom biasa penyakit seks bebas ini adalah:

  • Rasa gatal pada alat kelamin
  • Benjolan kecil kemerahan sekitar alat kelamin
  • Demam
  • Letih
  • Rasa tidak selesa

.

Anda sendiri mampu melihat kutu atau telur kecil berwarna putih pada bahagian akar bulu kemaluan anda.

.

Jika dibiarkan, ia mampu merebak kepada orang lain menerusi sentuhan kulit ke kulit, perkongsian pakaian, tempat tidur atau tuala.

.

.

7. Trichomoniasis

.

.

Penyakit seks bebas ini juga dikenali dengan nama trich.

.

Ia merupakan organisma kecil yang boleh disebarkan dari individu kepada individu lain menerusi sentuhan alat kelamin.

.

Antara simptom yang ditunjukkan oleh pesakit trich adalah:

  • Rasa pedih atau gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa sakit atau tidak selesa sewaktu seks atau kencing
  • Kerap kencing
  • Bagi wanita, akan ada bau yang tidak sedap atau “bau ikan” keluar daripada faraj

.

Jika dibiarkan, akan membawa kepada:

    • Jangkitan pada urethra
    • Pelvic inflammatory disease
    • Ketidaksuburan

.

Penyakit seks bebas ini boleh dirawat menggunakan antibiotik.

.

.

8. Herpes

.

Seks Bebas

.

Ia merupakan singkatan kepada herpes simplex virus (HPV).

.

Terdapat dua jenis bagi virus ini iaitu:

  • HSV-1
  • HSV-2

.

Kedua-duanya boleh disebarkan menerusi hubungan seksual dan HSV-1 biasanya disebarkan secara oral manakala HSV-2 pula melibatkan alat kelamin.

.

Simptom biasa bagi oral herpes, akan ada pembentukan sores disekitar mulut.

.

Bagi genital herpes, akan ada pembentukan sores pada sekitar alat kelamin.

.

Seks Bebas

.

Pada masa ia mula-mula muncul, ia akan menjadi sangat menyakitkan dan akan sembuh selepas beberapa minggu.

.

Jika ibu yang mengandung mengalaminya, kandungannya berisiko untuk mendapat penyakit ini dan ia akan membahayakan kandungan.

.

Buat masa ini tiada rawatan untuk menyembuhkannya namun terdapat ubat supaya ia boleh dikawal dari segi kesakitan dan kadar ia merebak.

.

Ubat tersebut juga mampu untuk mengurangkan risiko penyebaran kepada pasangan anda.

.

9. Granuloma

.

Seks Bebas

.

Penyakit seks bebas ini juga dikenali sebagai donovanosis.

.

Simptomnya terbahagi kepada tiga tahap iaitu:

.

a) Tahap Satu

.

.

Jerawat kecil akan terbentuk dan memakan tisu sekeliling.

.

Sebaik sahaja tisu mulai menipis, kawasan tersebut akan menjadi kemerah-merahan.

.

Ia kemudian akan berubah menjadi benjolan yang tidak menyakitkan namun akan berdarah jika tercedera.

.

.

b) Tahap Dua

.

Seks Bebas

.

Pada tahap kedua, bakteria akan mula memakan kulit dan ia akan mengakibatkan ulser yang akan merebak daripada alat kelamin ke bahagian bawah badan.

.

Anda akan perasan yang disekeliling ulser tersebut akan muncul granulated tissue.

.

Bau busuk akan hadir bersama-sama ulser ini.

.

.

c) Tahap Tiga

.

.

Ulser akan mula berubah menjadi parut.

.

Ia boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik seperti tetracycline dan juga macrolide erythromycin.

.

Streptomycin dan juga ampicillin boleh digunakan sebagai ubat rawatan.

.

Kesemua ubatan ini biasanya akan digunakan sekitar 3 minggu dan akan terus digunakan jika jangkitan telah disembuhkan.

.

.

10. Chancroid

.

Seks Bebas

.

Ia merupakan penyakit seks bebas yang disebabkan oleh jangkitan bakteria pada bahagian sekitar alat kelamin lelaki dan perempuan.

.

Ia disebabkan oleh bakteria haemophilus ducreyi yang akan menyerang tisu disekitar alat kelamin yang akan mengakibatkan ulser.

.

Ulser ini kemudiannya akan mengakibatkan pendarahan atau mengeluarkan cecair yang akan menyebarkan bakteria sewaktu seks oral, anal atau vaginal.

.

Ia juga boleh merebak menerusi sentuhan kulit ke kulit dalam kalangan mereka yang berpenyakit.

.

Simptom yang biasanya berlaku adalah:

  • Benjolan kecil dan kemerahan akan kelihatan pada alat kelamin yang akan membentuk ulser pada bahagian sekeliling alat kelamin.
  • Bagi wanita, sama seperti diatas namun akan ada rasa pedih atau sakit sewaktu kencing
  • Ulser tersebut akan mudah untuk terluka jika disentuh

.

.

Ada beberapa langkah untuk merawat penyakit seks bebas ini seperti:

  • Antibiotik untuk membunuh bakteria penyebab ulser dan akan merendahkan risiko kesan parut apabila ulser telah sembuh
  • Pembedahan yang akan mengurangkan bengkak dan kesakitan namun berpotensi untuk meninggalkan parut

.

.

Bahaya kan penyakit yang bakal anda peroleh jika anda mengamalkan seks bebas?

.

Ada yang boleh disembuhkan dan ada yang berpotensi membawa maut.

.

Jadi, beringatlah ketika anda ingin melakukan hubungan seksual dan elakkan seks bebas untuk kesihatan yang lebih terjamin.

.

Sekian sahaja perkongsian kami untuk kali ini. Semoga bermanfaat!

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.

0
Your Cart