Anda ada masalah air mani cair?

.

Tak tahu lah kenapa makin lama makin cair.

.

Tak sama macam masa muda-muda dulu, pekat dan likat.

.

.

Macam-macam dah tips yang cuba, tapi masih tak faham apa sebabnya.

.

Isteri pun dok komplen katanya air mani dah tak sepekat dulu.

.

Murung betul dibuatnya.

.

.

Entah-entah ada masalah kesihatan kot?

.

Nanti dulu! Jangan buat andaian yang terburu-buru.

.

Baca artikel ini dulu.

.

.

Baca juga: Tanda Sakit Buah Pinggang – Periksa Tubuh Anda Sebelum Terlambat

.

.

Air Mani Cair

.

.

Kebanyakkan masalah ni selalu terjadi dekat mereka yang dah berumah tangga.

.

Makin lama air mani cair makin kerap terjadi

.

Air mani cair sebenarnya bermaksud jumlah benih sperma yang keluar semasa klimaks sangat sedikit, berbanding orang normal.

.

.

Masalah air mani cair ini dipanggil sebagai oligospermia.

.

Manakala bila cecair yang keluar semasa ejakulasi tidak mempunyai kandungan sperma langsung dipanggil sebagai azoospermia.

.

Untuk jatuh kebawah kategori air mani cair, jumlah sperma yang anda keluarkan mestilah dibawah 15 juta sperma per satu milimeter air mani.

.

.

Banyak komplikasi yang boleh berlaku pada anda jika mempunyai masalah ini.

.

Mereka yang mempunyai air mani cair lebih susah nak buat pasangan mereka mengandung.

.

Ini sebabnya jumlah sperm yang sikit mengurangkan lagi kemungkinan untuk sperma disenyawakan di dalam ovum.

.

.

Walau bagaimanapun, kemungkinan untuk mereka yang ada masalah ini mendapat zuriat tak mustahil.

.

Dengan syarat sperma mereka tu sihat dan cukup sifatnya.

.

.

.

.

Tanda Air Mani Cair

.

.

Untuk anda tahu sama ada air mani anda cair atau tak, anda kena beri perhatian pada simptom-simptomnya.

.

Tanda utama yang boleh anda perhatikan ialah jika isteri anda ada kesukaran untuk mengandung

.

Tanda tersebut lah antara tanda yang paling mudah untuk tahu sama ada kualiti sperma anda sihat atau tak.

.

Punca masalah ini mungkin berpunca dari masalah lain seperti kromosom yang tak normal, dan ketidakstabilan hormon.

.

.

Boleh jadi bengkak dibahagian alat kelamin lelaki juga merupakan salah satu simptom utama yang menghalang pergerakan sperma semasa ejakulasi.

.

Jika ini berlaku, sperma yang terkumpul tadi tidak dapat keluar dengan lancar dan tersekat pada saluran urethra dan bahagian dalaman lain.

.

Masalah terhadap prestasi seksual seperti kurang nafsu seks, dan kesukaran untuk mengekalkan ereksi ialah merupakan salah satu tanda lain yang perlu dipertimbangkan.

.

.

Selain itu, sakit atau bengkak dibahagian testis juga boleh jadi salah satu punca air mani cair.

.

Penurunan terhadap keguguran rambut, bulu diserata bahagian badan juga boleh berpunca daripada ketidak stabilan hormon yang mana tidak boleh dipandang remeh..

.

.

Punca Air Mani Cair

.

.

Dalam tubuh badan lelaki ada organ yang ditugaskan untuk menghasilkan sperm iaitu testis.

.

Proses penghasilan in sangat kompleks.

.

Ianya memerlukan organ testis berada dalam keadan yang sihat dan dapat berfungsi dengan baik.

.

.

Selain daripada itu, hipotalamus dan kelenjar pituitari juga memainkan peranan yang penting.

.

Organ ini tugasnya ialah menghasilkan hormon penting untuk memberi isyarat kepada otak supaya menghasilkan lebih banyak sperma.

.

Apabila sperma dihasilkan didalam testis, cecair ini akan disalurkan untuk keluar melalui proses ejakulasi.

.

.

Apabila salah satu komponen dalam sistem ini terganggu, ia akan memberi impak negatif kepada penghasilan sperma.

.

.

Punca Air Mani Cair 1: Perubatan

.

.

Tahap air mani yang cair dan sedikit boleh disebabkan oleh pelbagai punca.

.

Antaranya seperti masalah kesihatan dan juga disebabkan rawatan kesihatan yang lain.

.

.

1) Varikosele

.

.

Varikosele ialah kerosakan yang mengganggu fungsi dalaman dan kesihatan buah zakar. Ini antara punca utama masalah ketidaksuburan dikalangan lelaki.

.

Walaupun penyebab utama masalah ini tidak diketahui, ia boleh berkait dengan suhu buah zakar yang berubah-ubah.

.

Ini boleh mengurangkan kualiti sperma.

.

.

2) Jangkitan

.

.

Sesetengah jangkitan boleh mengganggu penghasilan sperma dan kerosakan sel pada buah zakar boleh menghalang penyaluran sperma.

.

Antara jangkitan yang boleh jadi salah satu punca seperti HIV, masalah jangkitan kelamin (STD) & arthritis.

.

Walaupun sesetengah jangkitan kuman/virus boleh menyebabkan kerosakan yang bersifat kekal, tetapi kesihatan sperma masih lagi boleh dikembailan jika mendapatkan rawatan yang sebetulnya.

.

.

3) Masalah Ejakulasi

.

.

Ejakulasi retrogred terjadi apabila air mani masuk ke kawasan pundi kencing.

.

Banyak masalah kesihatan yang menyebabkan masalah ini termasuk diabetes dan masalah alat sulit, serta pembedahan lampau terhadap alat sulit seperti

  • Pundi kencing
  • Kelenjar prostat
  • Dan salur kencing

.

.

Sesetangah ubatan juga boleh menyebabkan masalah ejakulasi seperti ubat darah tinggi (Alpha blockers).

.

Jika kerosakan kekal berlaku, sperma masih lagi dapat diperoleh daripada organ testis.

.

.

4) Antibodi

.

.

antibodi-sperma adalah salah satu sistem imun yang mengganggap air mani sebagai bendasing luar yang merbahaya.

.

Jadi antibodi tad akan cuba menyerang sperma dalam usaha mematikan sperma tersebut daripada ada didalam tubuh badan.

.

.

5)Tumor

.

.

Kanser dan tumor boleh mengganggu fungsi organ reproduktif lelaki.

.

Terutama sekali apabila kelenjar-kelenjar utama dijangkiti dengan sel kenser seperti kelenjar pituitari, dan kelenjar prostat.

.

Proses pembedahan, radiasi dan rawatan kemoterapi untuk menyembuhkan tumur juga boleh mengganggu kesuburan lelaki.

.

.

6) Hormon Tidak Stabil

.

.

Hipotalamus, pituitari dan buah zakar menghasilkan hormon penting untuk menghasilkan air mani seperti testosteron.

.

Selain itu tiroid dan kelenjar adrenal juga menghasilkan hormon penting dalam perhasilan air mani.

.

Perubahan terhadap hormon-hormon ini boleh menyebabkan masalah air mani cair.

.

.

7) Ubatan

.

.

Selain itu, ada juga ubat-ubatan dan rawatan yang boleh mengganggu penghasilan air mani.

.

Antara ubatan dan rawatan yang boleh menyebabkan air mani cair ialah:

  • Rawatan hormon testosteron
  • Penggunaan steroid anabolik jangka masa panjang
  • Rawatan chemotherapy
  • Ubat anti kulat
  • Ubat Antibiotik

.

.

8) Kerosakan Organ Kelamin

.

.

Banyak saluran yang digunakan untuk membawa sperma keluar ketika ejakulasi.

.

Saluran-saluran ini boleh menghalang pergerakan sperma yang mana disebabkan beberapa faktor:

  • Kerosakan akibat pembedahan
  • Jangkitan kuman
  • Luka
  • Masalah pembesaran dinding saluran

.

Masalah pada saluran ini boleh berlaku pada organ buah zakar, pada saluran yang menyambung ke urethra, dan di saluran epididimis.

.

.

9) Penyakit Seliak

.

.

Penyakit seliak ialah masalah yang berlaku pada sistem pencernaan yang disebabkan oleh alahan terghadap makanan berunsur gluten.

.

Masalah ini boleh mengganggu kesuburan lelaki.

.

Kesuburan lelaki boleh ditingkatkan dengan tidak mengambil makanan yang mengandungi gluten dan amal makanan gluten-free seperti bijirin dan sayur-sayuran.

.

.

Baca Selepas Ini: Penyakit 3 Serangkai – Anda Perlu Tahu Tanda, Punca, & Cara Mencegahnya

.

.

10) Pembedahan

.

.

Sesetengah pembedahan boleh beri side efek seperti tidak boleh mengeluarkan air mani setiap kali ejakulasi.

.

Antara pembedahan yang biasa menjadi punca masalah ini ialah:

  • Pembedahan vasektomi
  • Penyakit hernia
  • Pembedahan buah zakar
  • Pembedahan prostat
  • Pembedahan kanser pada alat kelamin

.

Untuk mendapatkan zuriat, dua pembedahan yang boleh dilakukan samaada pembedahan memulihkan saluran tersebut, ataupun pembedahan untuk mengembil sperm dari dalam buah zakar.

.

.

Punca Air Mani Cair 2: Persekitaran

.

.

Air mani cair boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti faktor persekitaran.

.

Penghasilan air mani dan fungsi seksual akan terjejas oleh sebab terdedah kepada persekitaran merbahaya dan tidak baik:

1) Bahan Kimia – Keadaan terdedah kepada bahan toksin seperti, racun tumbuhan, racun serangga, pelarut organik, dan pelarut cat boleh menyebabkan air mani cair.

2) Terdedah Kepada Bahan Logam Berat – Terdedah kepada bahan logam atau wap dan bau bahan elemenl lain boleh menyebabkan kemandulan dan masalah air mani cair.

3) Radiasi – Radiasi yang berlebihan boleh mengurangkan penghasilan air mani. Ia boleh jadi makan masa bertahun untuk mengembalikan kesihatan seperma. Radiasi yang berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan bersifat kekal.

4) Kepanasan Buah Zakar Berlebihan – Suhu buah zakar yang tinggi akan mengganggu kualiti sperma. Efek ini juga boleh terjadi kepada mereka yang suka mandi air panas dan sauna.

.

.

Selain daripada yang diatas, duduk dalam jangka masa yang lama, pakai pakaian yang ketat dan melakukan kerja di depan komputer boleh menurunkan kualiti air mani cair anda.

.

.

.

.

Punca Air Mani Cair 3: Gaya Hidup & Faktor Lain

.

.

Punca air mani cair yang lain boleh datang daripada faktor lain seperti gaya hidup yang tidak sihat dan faktor-faktor lain.

.

Antara punca yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku ialah seperti dibawah:

.

.

1) Penyalahgunaan dadah

.

.

Steroid anabolik yang diambil untuk menguatkan dan mempercepatkan pembentukan otot boleh menyebabkan penghasilan hormon testosteron merudum dan menyebabkan kualiti air mani cair.

.

Penggunaan dadah lain seperti kokain dan marijuana juga boleh memberi kesan kepada kesuburan dan kepekatan air mani anda.

.

.

2) Pengambilan Alkohol

.

.

Tabiat meminum minuman keras boleh menurunkan kadar hormon testosteron dalam tubuh badan.

.

Jika hormon ini menurun, penghasilan air mani juga akan merudum.

.

.

3) Pekerjaan

.

.

Ada sesetengah pekerjaan boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan pada seseorang.

.

Antara bidang yang berisiko ialah seperti pemandu lori, mekanik motor/kereta, dan pekerjaan yang memerlukan seseorang untuk duduk atau berdiri dalam jangka masa yang lama.

.

.

4) Merokok

.

.

Mereka yang mempunyai tabiat merokok yang serius boleh menyebabkan kesuburan mereka menurun berbanding mereka yang tidak merokok dan sihat.

.

Ini kerana bahan-bahan yang ada didalam rokok tersebut membuatkan tubuh badan bekerja lebih keras untuk melawan dan menyembuhkan kembali sel-sel yang tercemar tersebut.

.

Akhirnya pelbagi ketidakstabilan hormon juga berlaku.

.

.

5) Tekanan Emosi

.

.

Tekanan emosi yang berpanjangan terutama sekali tekanan terhadap kesuburan boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan.

.

Ini termasuk juga efek psikolog terhadap kemurungan dan beberapa penyakit mental yang lain yang akan mengganggu sistem dan kestabilan hormon.

.

.

6) Berat Badan

.

.

Obesiti boleh menyebabkan air mani cair dalam banyak faktor.

.

Ini termasuk secara langsung memberi kesan terhadap kesuburan air mani, dan mengganggu fungsi hormon dalam badan.

.

Penyakit seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit kardiovaskular lain boleh menyebabkan masalah air mani cair dan ketidaksuburan berlaku.

.

.

Cara Mencegah Air Mani Cair & Masalah Kesuburan

.

.

Untuk memelihara kesuburan dan meningkatkan tahap kualiti air mani cair anda, anda perlu lakukan perubahan drastik.

.

Elakkan perkara-perkara yang boleh memberi kesan negatif kepada kualiti air mani anda.

.

Antara saranan yang kami boleh berikan kepada anda ialah seperti berikut.

  • Jangan merokok
  • Hadkan atau elakkan mengambil minuman beralkohol
  • Elakkan dari terjebak dari pengaruh dadah
  • Kekalkan berat badan yang sihat
  • Kawal suhu tubuh badan anda
  • Kawal stres dan kemurngan
  • Elakkan terdedah dari bahan-bahan toksin dan merbahaya.
  • Pergi membuat pemeriksaan kesihatan berkala
  • Jaga pemakanan makan makanan (Tekan Disini untuk tips pemakanan lelaki)

.

.

Untuk anda yang ingin meningkatkan peluang anda mendapat zuriat, anda boleh cuba tips yang min sediakan dibawah ini.

  • Tingkatkan kekerapan aktiviti seks – Dengan melakukan hubungan seks setiap hari atau selang sehari boleh meningkatkan peluang untuk pasangan anda mengandung
  • Waktu isteri subur – Wanita akan mengandung apabila waktu ovulasi berlaku, yang mana berlaku di tengah-tengah waktu haid wanita. Ini bagi memastikan air mani anda subur beberapa hari sebelum isteri anda subur.
  • Elakkan guna pelincir – Ada beberapa produk pelincir dipasaran yang boleh menjejaskan pergerakkan sperma dan fungsi mereka. Dapatkan nasihat doktor untuk dapatkan kepastian.

.

Tips lain yang boleh min kongsikan disini ialah produk berasaskan herba yang betul-betul selamat dan mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

.

.

Antara herba yang terbaik untuk kesihatan lelaki ialah seperti:

  • Tongkat Ali
  • Maca Root
  • Gingseng
  • Horny Goat Weed
  • Devil’s Thorn
  • Cordyceps

.

Jangan ambil produk yang tiada sijil KKM dan yang menjanjikan bulan bintang yang akhirnya akan menjejaskan kesihatan anda

.

Banyak lagi produk kesihatan yang terbukti selamat, dan boleh meningkatkan kesihatan lelaki secara semula jadi.

.

.

Kesimpulan

.

.

Untuk meningkatkan kesuburan dan kesihatan anda, anda perlu membuat langkah yang drastik.

.

Elakkan perkara-perkara yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan anda seperti yang telah kita bincangkan diatas.

.

Jika anda risaukan tahap kesihatan anda, anda patut pergi membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

.

.

Ini bagi memastikan setiap simptom penyakit dapat dikenalpasti di peringkat awal dan langkah-langkah pencegahan dapat dilakukan sebelum penyakit menjadi serius.

.

Amalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan dan melakukan senaman sekurang-kurangnya sekali seminggu.

.

Pastikan juga setiap supplement dan ubat ubatan yang anda ambil telah pun mendapat nasihat daripada doktor dan pakai sebelum anda mengambilnya.

.

.

Elakkan guna ubat atau produk tradisional yang tidak ada kelulusan KKM dan yang tidak dapat dipastikan sama ada ianya selama atau tidak.

.

Kami yakin jika anda mengambil kira setiap aspek ini, anda akan memperoleh tubuh badan yang sihat dan mampu untuk melakukan kerja dan ibadah dengan lebih selesa.

.

Baiklah, itu sahaja perkongsian kami pada kali ini.

.

.

Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca.

.

Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Penyakit 3 Serangkai – Anda Perlu Tahu Tanda, Punca, & Cara Mencegahnya

.

.