Shhh.. Nak Belajar Cara Romen?

Ini Teknik Khas untuk Tahan Lama + Zakar lebih Keras


Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan Sekejap ni

Alzheimer’s – Tanda, Punca, & Rawatan. Bersedia Sebelum Terlambat!

Oleh J. Arman. Fakta perubatan disemak Oleh Dr. Roland Victor (MD)
2 months ago

Pernah dengar tentang penyakit alzheimer’s?

.

Selalunya kita boleh tengok penyakit ini berlaku kepada orang yang agak berumur.

.

Penyakit ini ramai orang kaitkan dengan penyakit demensia.

.

.

Jadi untuk menambah pengetahuan kami akan kongsikan tentang penyakit alzheimer’s.

.

Baca sampai habis supaya anda bersedia apa yang perlu dilakukan untuk mengelak penyakit ini daripada berlaku.

.

.

Baca Selepas Ini: Kolesterol Tinggi – Tips Cara Kurangkan Kolesterol Paling Mudah & Berkesan

.

.

.

Penyakit Alzheimer’s

.

.

Alzheimer’s ialah salah satu penyakit yang berkait dengan demensia.

.

Demensia pula merupakan istilah umum yang digunakan oleh ahli pakar.

.

Penyakit ini bersifat progresif yang mana disebabkan oleh kecederaan otak atau penyakit yang memberi impak negatif terhadap ingatan, keupayaan berfikir, dan tingkah laku seseorang.

.

.

Berdasarkan pakar, 60% – 80% penyakit demensia disebabkan oleh penyakit Alzheimer’s.

.

Kebanyakkan mereka yang menghidap penyakit ini dalam lingkungan umur 65 tahun dan keatas.

.

Walaupun ramai sebenarnya yang pernah dengar tentang penyakit alzheimer’s ini.

.

.

Tetapi ramai juga yang masih tak pasti apa sebenarnya penyakit ini.

.

Alzheimer’s merupakan penyakit kronik yang berterusan dan menjadi buruk sedikit demi sedikit.

.

Tanda-tanda penyakit ini muncul secara perlahan dan memberi kesan yang merosot keupayaan otak.

.

.

Sudah tentu penyakit ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

.

Tetapi ada sesetengah orang yang lebih berisiko untuk menghidap penyakit ini seperti:

  • Berumur lebih 65 tahun
  • Sejarah keluarga menghidap penyakit alzheimer’s/dementia
  • Gaya hidup tidak sihat

.

.

Doktor tak dapat menjangka berapa lama seseorang itu boleh bertahan dengan penyakit ini.

.

Ada pesakit yang hidup lama dengan impak negatif yang sedikit, dan ada juga yang merosot dengan sangat cepat.

.

.

Tahap Penyakit Alzheimer’s

.

.

Penyakit alzheimer’s bertindak kepada otak dan merosot secara sedikit demi sedikit.

.

Kadar seberapa cepat penyakit ini mengganggu fungsi tubuh seseorang itu bergantung kepada tahap alzheimer’s yang dihidapi.

.

Tahap-tahap ini boleh dibahagikan kepada 7 seperti:

  • Tahap 1 – Tiada simptom di tahap ini, tetapi boleh dijangka dengan sejarah penyakit keluarga.
  • Tahap 2 – Ditahap ini, antara tanda yang paling mudah untuk kita lihat ialah mudah lupa.
  • Tahap 3 – Kemerosotan fungsi fizikal dan mental muncul, seperti ingatan yang lemah dan konsentrasi terganggu.such as reduced memory and concentration.
  • Tahap 4 – Kebanyakkan daripada pesakit berada pada tahap ini. Tandanya mereka akan terlupa banyak perkara, dan tak mampu untuk buat tugasan harian.
  • Tahap 5 – Tahap ini dianggap sebagai serdahana sebelum masuk ketahap yang lebih tinggi. Memerlukan sokongan fizikal daripada orang terdekat.
  • Tahap 6 – Di tahap ini pula, mereka memerlukan orang sekeliling dalam melakukan tugasan asas seperti makan, pakai baju & perkara-perkara rumit.
  • Tahap 7 – Ini tahap yang terakhir dan paling teruk. Ditahap ini keupayaan untuk berkomunikasi sudah hampir hilang dan tiada ekspresi muka.

.

.

Untuk mereka yang telah mencapai tahap diatas satu persatu, mereka sememangnya memerlukan sokongan daripada ahli keluarga dan orang sekeliling.

.

.

Punca & Faktor Risiko Penyakit Alzheimer’s

.

.

Pakar masih lagi belum boleh senaraikan dengan tepat punca penyakit alzheimer’s.

.

Tetapi mereka boleh berikan beberapa faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit ini.

.

Antara risiko yang boleh terjadi kepada mereka seperti:

  • Umur – Kebanyakkan mereka yang menghidap penyakit ini berumur 65 tahun dan keatas.
  • Sejarah Keluarga – Jika anda ada ahli keluarga yang menghidap penyakit sama, besar kemungkinan anda juga berisiko menghidap penyakit yang sama.
  • Genetik – Ada sesetengah genetik yang berkait dengan penyakit alzheimer’s

.

.

Jika anda mempunyai lebih daripada satu daripada risiko ini tidak semestinya anda akan menghidap penyakit yang sama.

.

Tetapi anda patut bersedia dengan apa yang anda perlu lakukan untuk menghadapi dan mengatasinya.

.

.

Tanda Penyakit Alzheimer’s

.

.

Setiap orang mesti pernah terlupa sesuatu betul kan?

.

Apa yang membezakannya dengan penyakit alzheimer’s ialah masalah memori yang terlalu kerap dan menjadi buruk waktu demi waktu.

.

.

Ini min senaraikan apa tanda penyakit alzheimer’s yang mungkin ada pada anda jika anda menghidapnya:

  1. Kehilangan memori secara kerap dan berlaku setiap hari
  2. Masalah dengan tugasan biasa dilakukan sebelum ini
  3. Susah untuk menyelesaikan sesuatu masalah
  4. Kesukaran untuk bercakap atau menulis
  5. Kesedaran tentang masa dan tempat bercelaru
  6. Keupayaan untuk menilai sesuatu berkurangan
  7. Kebersihan diri yang tak terurus
  8. Perubahan personaliti dan mood secara mendadak
  9. Menjauhkan diri daripada kawan-kawan, ahli keluarga dan orang sekeliling

.

.

Sudah tentu tanda-tanda ini berbeza mengikut tahap penyakit alzheimer’s pesakit.

.

Sentiasa rujuk doktor tentang tanda alzheimer’s yang mungkin berlaku.

.

.

Baca Selepas Ini: Gaya Hidup Sihat – 15 Tips Jaga Kesihatan Secara Menyeluruh

.

.

Rawatan Penyakit Alzheimer’s

.

.

Sebenarnya tiada penawar untuk penyakit alzheimer’s.

.

Walaubagaimanapun, doktor akan sarankan anda ambil ubat-ubatan untuk membantu menangani simptom negatif anda.

.

Ia juga bertujuan melambatkan kesusutan neuron otak selama yang boleh.

.

.

Untuk penghidap alzheimers di peringkat awal dan sedarhana, doktor mungkin akan berikan anda ubatan seperti:

  • Dopnepezil (Aricept)
  • Rivastigmine (Exelon)

.

Ubat ini boleh membantu mengekalkan kadar acetylcholine dalam otak pesakit.

.

.

Acetylcholine merupakan salah sejenis neurotransmitter yang boleh meningkatkan daya ingatan.

.

Untuk merawat alzheimer’s jenis tinggi pula, doktor mungkin akan beri ubatan seperti:

  • DOnepezil (Aricept)
  • Memantine (Namenda)

.

Memantine boleh membantu menghalang penghasilan glutamate yang boleh memberi kesan negatif kepada otak.

.

.

Doktor juga mungkin akan berikan ubat anti depresi, antianxiety, atau antipsikotik untuk membantu mengatasi simptom penyakit alzheimer’s.

.

Simptom ini termasuk seperti:

  • Tekanan perasaan
  • Rasa penat melampau
  • Tindakan aggresif
  • halusinasi

.

Kebanyakkan ubat-ubatan ini merupakan bahan terkawal, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkannya.

.

.

Rawatan Lain

.

.

Selain daripada rawatan jenis ubat-ubatan, perubahan dari segi gaya hidup juga boleh membantu mengawal keadaan pesakit.

.

Sebagai contoh, doktor akan sarankan beberapa plan untuk bantu anda dan orang tersayang anda:

  • Fokus pada satu tugasan sahaja
  • Hadkan berapa banyak perkara yang mengelirukan mereka
  • Elakkan pergaduhan dan ketegangan
  • Pastikan rehat yang cukup setiap hari
  • Ambil lebih banyak sumber antioksidan
  • Kekal bertenang

.

.

Ada sebahagian doktor percaya vitamin E boleh meningkatkan fungsi otak dan mencegah kemerosotan otak.

.

.

Walaubagimanapun, sebelum anda ambil apa-apa supplemen tambahan untuk tambah vitamin tersebut, pastikan anda bertanya pada doktor anda terlebih dahulu.

.

Ada juga alternatif rawatan lain yang boleh anda cuba seperti perubahan cara kerja dan lain-lain.

.

.

.

.

Pencegahan Penyakit Alzheimers

.

.

Macam yang kita tahu penyakit alzheimer’s tiada penawar.

.

Penyakit ini juga tiada cara yang betul-betul berkesan untuk mencegahnya.

.

Walaubagaimanapun, para pengkaji sedang fokus gaya hidup yang bagaimana mampu mencegah penyakit kesusutan fungsi otak.

.

.

Antara langkah-langkah yang mungkin boleh mengurangkan risiko anda menghidap penyakit Alzheimer’s.

  • Berhenti merokok
  • Kerap bersenam
  • Lakukan aktiviti yang mencabar minda
  • Amalkan makan sayuran
  • Ambil lebih banyak antioksidan
  • Kekalkan interaksi sosial

.

Jika anda lakukan kesemua langkah ini, risiko anda untuk menhidap penyakit alzheimer boleh menurun.

.

.

Pastikan anda minta nasihat doktor sebelum anda buat perubahan yang besar dalam gaya hidup anda.

.

Mereka mungkin akan sarankan anda buat cara mencegah alzheimer’s yang lebih sesuai dan berkesan.

.

.

Konklusi

.

.

Alzheimer ialah salah satu penyakit berkaitan masalah kognitif.

.

Tetapi pengkaji masih lagi menjalankan kajian terhadap setiap aspek penyakit ini.

.

Apa yang kita ketahui setakat ini, penyakit alzheimer’s akan kian merosot masa demi masa.

.

.

Jika dikenalpasti dengan lebih awal, mungkin langkah-langkah awal boleh dilakukan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

.

Tiada penawar bagi penyakit alzheimer’s, tetapi banyak rawatan yang boleh dilakukan untuk memperlahankan kesan negatif tersebut. Jika anda rasa anda atau ahli keluarga berpotensi menghidap penyakit ini, perkara yang pertama yang perlu dilakukan ialah pergi berjumpa dengan doktor.

.

Baiklah itu sahaja untuk perkongsian kali ini.

.

Buat perubahan dalam hidup anda, semoga sekecil-kecil perubahan ini dapat membawa anda kepada impak positif yang lebih besar.

.

.

Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Cara Jaga Penampilan – Tips Lelaki Untuk Nampak Kemas & Yakin

.

.

Share