Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda 🤫

Dapatkan Ebook Special ini secara PERCUMA.


Nak Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?
Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan Sekejap ni

Derma Darah – Cara, Syarat Dan Kelebihan Yang Ramai Tak Tahu

Oleh J. Arman. Fakta perubatan disemak Oleh Dr. Roland Victor (MD)

Derma darah merupakan antara salah satu perbuatan yang mulia untuk dilakukan.

.

Menderma darah juga boleh menyelamatkan banyak nyawa.

.

Nikmat sihat merupakan antara nikmat terbesar yang telah dikurniakan kepada kita.

.

.

Tetapi ada juga insan-insan yang telah ditimpa musibah dan memerlukan pertolongan daripada kita.

.

Ada antara mereka yang menghidap penyakit merbahaya seperti penyakit leukemia, penyakit jantung, kanser, dan mengalami kemalangan, mereka ini sangat-sangat memerlukan bekalan darah yang mencukupi.

.

Sekarang ini, tahap bekalan darah di negara kita berada pada tahap yang membimbangkan.

.

Walaupun program dan kempen derma darah sentiasa dilakukan setiap bulan di serata lokasi dan tempat di Malaysia ini. Tetapi bekalan darah masih lagi tidak mencukupi.

.

Ini disebabkan oleh kurangnya kesedaran terhadap kepentingan derma darah dan mungkin juga ada antara mereka yang tidak tahu dimana dan bagaimana nak menderma darah.

.

.

Bekalan darah yang sedikit ini juga mempunyai jangka hayat yang pendek oleh sebab itu juga lah bekalan darah sentiasa tidak mencukupi.

.

Ini juga kerana di setiap hospital di serata negara memerlukan bekalan darah untuk merawat pelbagai pesakit, dan bekalan darah yang ada juga digunakan setiap hari.

.

Besar pahalanya jika darah yang anda derma itu dapat menolong para pesakit yang memerlukan.

.

Saya tak pernah derma, macam mana nak derma darah?

.

Baik, untuk menjadi penderma darah ada beberapa kriteria dan syarat-syarat penting yang perlu anda patuhi sebelum anda layak menderma.

.

.

Tak semua orang layak menderma tau.

.

Ini kerana selain daripada kesihatan penerima, kesihatan penderma darah juga perlu dijaga dan diambil berat supaya tidak mendatangkan kemudaratan si penderma.

.

.

Boleh Baca:  Tanda Darah Tinggi – Tanda Dan Punca Darah Tinggi Semua Perlu Tahu

.

.

Jenis Pendermaan Darah

.

Kalau nak tahu ada dua jenis cara pendermaan darah sebenarnya iaitu pendermaan darah penuh dan pendermaan aferesis.

.

Fungsi kedua-dua jenis pendermaan ini berbeza.

.

.

Pendermaan Darah Penuh (Whole Blood Donation)

.

.

Pendermaan darah penuh merupakan jenis pendermaan darah yang biasa dilakukan diseluruh negara.

.

Beberapa liter darah yang mengandungi sel darah merah, platelets dan plasma akan diambil, seterusnya darah yang diambil ini akan diberikan kepada pesakit trauma seperti mangsa kemalangan, atau pun untuk operasi pembedahan.

.

Jumlah darah yang diambil bergantung kepada jumlah BMI dan berat individu tersebut.

.

Bagi individu yang mempunyai berat badan yang melebihi 50kg, maksimum darah yang akan diambil adalah 450ml.

.

Manakala bagi individu yang mempunyai berat badan dalam lingkungan 45kg-50kg pula sebanyak 350ml jumlah maksimum.

.

.

Proses untuk mengambil darah ini secara purata berlangsung selama 30 minit, sekejap sahaja tak lama pun.

.

Berapa kerap boleh kita derma darah?

.

Anda boleh menderma darah setiap 90 hari atau 3 bulan sekali.

.

Ini bagi memastikan darah yang telah hilang semasa pendermaan darah yang pertama dapat menghasilkan sel darah baharu yang kaya dan cukup dengan zat besi.

.

Jumlah darah yang diambil akan disimpan di tabung darah di hospital-hospital seluruh negara sekitar 21-35 hari sebelum ianya tidak boleh digunakan lagi.

.

.

Pendermaan Aferesis (Apheresis Donation)

.

.

Aferesis merupakan satu proses untuk memisahkan kandung darah kepada komponen-komponen yang berbeza.

.

Lain daripada pendermaan darah biasa yang mengambil sel darah merah termasuk platelets dan plasma, pendermaan aferesis merupakan process yang hanya mengambil sel platelets atau plasma, atau kedua-duanya sekali.

.

Penderma juga boleh menderma platelet dan plasma mereka sekali dalam 2 minggu.

.

Proses mengambilan darah pula agak sedikit panjang iaitu sekitar 45 hingga 75 minit.

.

Kebiasaannya sel platelet dan plasma digunakan untuk merawat pesakit yang mempunyai penyakit kanser, dan lain-lain penyakit yang boleh menyebabkan kematian.

.

.

Kedua-dua sel ini mempunyai tempoh yang pendek, jadi plasma dan platelet yang diambil daripada penderma akan digunakan dalam masa tempoh 5 hari.

.

.

.

.

Syarat Dan Kriteria Untuk Menderma Darah

.

Boleh ke saya nak pergi terus derma je min?

.

Nak pergi derma darah? Silakan. Tapi sebelum itu jangan lupa baca syarat dan kriteria yang kami sediakan dibawah.

.

Bukan semua orang boleh menderma tau

.

.

1)  Had umur

.

.

Untuk menderma darah, anda mestilah berumur dari 1860 tahun.

.

Manakala bagi remaja sekolah menengah pula mereka hendaklah sertakan sekali kebenaran bertulis daripada penjaga atau ibu bapa murid.

.

.

2)  Berat badan

.

Seterusnya, individu yang ingin menderma darah hendaklah mempunyai berat badan melebihi 45kg.

.

.

Bagi ndividu yang kurang daripada 45kg tidak digalakkan untuk menderma kerana banyak komplikasi yang boleh berlaku.

.

.

3)  Kesihatan penderma

.

Sudah tentu untuk menderma, anda hendaklah berada dalam keadaan yang sihat fizikal dan mental yang mana bermaksud tubuh badan anda hendaklah bebas daripada pengaruh dadah, atau penyakit mental yang lain seperti seizures / panic attack, dan sebagainya.

.

Tubuh badan juga mestilah sihat tanpa ada luka dan pendarahan luaran atau dalaman akibat dari kemalangan atau pembedahan.

.

Ini kerana kehilangan darah yang banyak sebelum menderma darah atau dalam tempoh 2 bulan boleh memudaratkan penderma.

.

.

Ini kerana selain daripada tubuh pesakit yang memerlukan darah, tubuh badan penderma juga sangat diambil berat oleh Pusat Darah Negara.

.

Pastikan anda makan makanan yang berat sebelum anda menderma. Ini wajib!

.

.

4) Tak mengamalkan budaya seks bebas

.

Budaya seks bebas yang telah semakin parah sekarang ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kelamin (STD) seperti, penyakit Hepatits, Syphilis, AIDS dan HIV.

.

.

Sebelum menderma, pastikan anda tidak terlibat aktiviti yang tidak sihat seperti dibawah:

•  Tidak melakukan hubungan sesama jantina (homoseksual).

•  Tidak melakukan hubungan seks songsang atau dengan kedua-dua jantina sekali (biseksual)

•  Tiada intercourse seksual dengan pekerja seks komersial.

•  Tidak bertukartukar pasangan seks.

•  Tidak mengambil dadah dengan cara menyuntik.

•  Tidak mejalinkan hubungan dengan jenis-jenis golongan yang disenaraikan di atas.

.

.

5)  Tidak datang haid, tidak mengandung dan menyusukan anak

.

.

Bagi wanita yang hendak menderma, anda hendaklah berada diluar waktu haid dan pastikan anda tidak mengandung atau menyusukan anak.

.

Menderma darah semasa mengandung boleh menjejaskan nutrisi anak didalam kandungan, begitu juga ketika menyusukan anak.

.

.

6)  Bebas dari ubatan atau alkohol

.

Dalam jangka waktu terdekat sebelum hari pendermaan, anda dilarang mengambil sebarang ubat-ubatan dan elakkan pengambilan minuman beralkohol.

.

.

Kebanyakkan ubat-ubatan yang anda ambil boleh akan kekal didalam darah untuk beberapa jangka masa yang mana boleh merbahayakan kesihatan anda dan juga pesakit yang menerima darah anda.

.

.

7)  Tidur dan rehat yang cukup 

.

Tidur penting bagi memastikan tubuh badan kita mendapat rehat yang mencukupi setelah penat melakukan urusan diluar.

.

Jika anda terfikir nak pergi menderma darah, pastikan anda telah mendapat tidur yang mencukupi sebelum menderma darah.

.

.

Pastikan anda tidur 5 jam atau lebih supaya keputusan pemeriksaan kesihatan yang akan dilakukan sebelum proses derma darah menjadi lebih tepat.

.

Penderma yang ingin menderma darah juga tidak digalakkan berpuasa dalam waktu terdekat sebelum menderma.

.

.

8)  Menetap di Malaysia

.

Jika anda merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, anda layak menderma.

.

.

Bagi individu bukan warganegara, mereka hendaklah menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun dahulu baru mereka dibenarkan menderma.

.

.

9) Kriteria tambahan untuk penderma darah aferesis

.

.

Kriteria untuk penderma darah aferesis berbeza sedikit, prosesnya juga sedikit berbeza. Antaranya:

•  Umur anda hendaklah tidak melebihi 55 tahun.

•  Minimum berat badan adalah 55kg dan keatas

•  Pernah menderma darah secara penuh lebih dari dua kali selama kurang dari 6 bulan yang lepas.

•  Individu yang mempunyai salur darah yang besar dan jelas.

.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh tengok video dibawah.

.

.

.

Manfaat Terhadap Kesihatan

.

Tak ramai yang tahu derma darah banyak manfaatnya kepada kesihatan kita.

.

.

Selain dari itu ada juga antara mereka yang sering dimomokkan dengan pelbagai mitos-mitos yang tidak berasas seperti:

• Derma darah boleh menggemukkan badan

Derma darah boleh buat kita tak cukup darah

• Boleh melemahkan badan

.

Ini semua merupakan khabar angin yang mengarut dan tiada kajian yang dapat membuktikan mitos sebegini.

.

Dibawah kami senaraikan kebaikan dan manfaat derma darah yang ramai orang tak tahu.

.

.

1) Derma darah dapat membantu orang

.

.

Menderma darah boleh menolong pesakit-pesakit dihospital yang memerlukan bekalan darah untuk sembuh.

.

Satu beg bekalan darah yang diambil daripada tubuh badan kita boleh membantu sehingga 3 individu.

.

.

2) Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung

.

.

Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 88%.

.

Zat besi yang berlebihan dalam tubuh badan kita boleh meningkatkan risiko mendapat serangan jantung dan lain-lain penyakit jantung.

.

Darah kita terdiri daripada zat besi, sebab itu lah pendermaan darah boleh membantu menyeimbangkan jumlah zat besi dalam badan kita.

.

,

3) Kurang risiko penyakit kanser

.

.

Zat besi yang berlebihan yang ada didalam tubuh badan kita juga boleh menyebabkan penyakit kanser.

.

Dengan menderma sejumlah darah kepada mereka yang memerlukan kita dapat menyeimbangkan zat besi dalam badan dapat mencegah penyakit kanser berlaku.

.

.

4) Dapat kurangkan kalori

.

Menderma darah dapat mengurangkan jumlah kalori dalam badan.

.

.

Lebih kurang 650 kalori dapat dikurangkan setiap kali anda pergi menderma darah.

.

Mitos yang mengatakan derma darah boleh menaikkan berat badan adalah mengarut, malah menderma darah boleh mengurangkan berat badan.

.

Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh cuba derma darah di mana-mana tabung darah berdekatan dan bertanya semua kemusykilan anda pada jururawat atau doktor yang bertugas.

.

.

5) Percuma Saringan kesihatan

.

.

Setiap kali anda pergi menderma darah, jururawat atau doktor yang bertugas akan membuat pemeriksaan kesihatan kepada anda.

.

Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan ini adalah percuma dan jenis-jenis pemeriksaan yang dilakukan agak terperinci serta menyeluruh.

.

Kebiasaannya jika anda pergi membuat medical checkup di hospital atau klinik-klinik swasta anda sudah tentu akan dikenakan pembayaran.

.

Antara saringan kesihatan yang akan diperiksa seperti, tekanan darah, jenis darah, jumlah kandungan gula dalam darah dan lain-lain saringan bertulis yang terperinci.

.

Boleh Baca Selepas Ini: Kencing Manis – Anda Perlu Tahu Simptom, Punca & Rawatannya (Lengkap)

.

.

6) Dapat menggantikan sel darah baharu

.

.

Umur anda dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun? Tapi tak pernah derma darah?

.

Rugi rugi

.

Selain dapat menyeimbangankan jumlah zat besi dalam badan, menderma darah juga dapat menggantikan sel darah yang lama kepada yang baharu.

.

Ini dapat membuatkan tubuh badan anda menjadi lebih sihat.

.

Ia juga boleh mengekalkan kecergasan tubuh badan anda dan boleh membuat penderma menjadi lebih produktif dalam melakukan kerja.

.

.

Keistimewaan Penderma Darah

.

.

Ramai yang tak tahu derma darah dapat membantu

.

Berdasarkan surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005 dari Kementerian Kesihatan Malaysia, penderma darah boleh mendapat dkeistimewaan rawatan perubatan percuma i hospital kerajaan bergantung kepada kekerapan mereka menderma darah.

.

        KEKERAPAN MENDERMA                                 KEISTIMEWAAN RAWATAN
1 kali
Percuma rawatan pesakit luar & rawatan perubatan (Kecuali X-ray dan pembedahan) & wad kelas dua untuk 4 bulan.
2 kali (dalam tempoh 12 bulan) Percuma – Vaksin Hepatitis B
2 – 5 kali Percuma – Rawatan pesakit luar & rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 4 bulan.
6 – 10 kali Percuma – Rawatan pesakit luar selama 1 tahun & rawatan perubatan kelas dua untuk 6 bulan.
11 – 15 kali Percuma – Rawatan pesakit luar selama 2 tahun & rawatan perubatan & wad kelas dua untuk 1 tahun.
16 – 20 kali Percuma – Rawatan pesakit luar & rawatan perubatan & wad kelas dua untuk 2 tahun.
21 – 30 kali Percuma – Rawatan pesakit luar & rawatan perubatan & wad kelas dua untuk 3 tahun.
31 – 40 kali Percuma – Rawatan pesakit luar & rawatan perubatan & wad kelas satu untuk 4 tahun.
41 – 50 kali Percuma – Rawatan pesakit luar & rawatan perubatan & wad kelas satu untuk 6 tahun.
Lebih 50 kali (penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (penderma aferesis) Percuma – Rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas satu untuk 10 tahun serta wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

.

.

Macam mana nak derma?

.

.

Kebiasaannya kempen dan program derma darah sentiasa diadakan diseluruh negara pada setiap bulan.

.

Program sebegini biasa dilakukan di pusat beli belah, dan pusat pengajian tinggi, kerajaan juga swasta bersama NGO, dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan di serata Malaysia.

.

Anda boleh dapatkan informasi berkenaan kempen derma darah di laman web Pusat Tabung Darah di daerah atau negeri tempat tinggal masing-masing

.

Derma darah juga boleh dilakukan di pusat tabung darah negeri.

.

.

Anda juga perlu dapatkan maklumat tentang waktu dan tarikh yang dibenarkan untuk menderma darah dengan menghubungi pusat tabung darah di hospital berdekatan kawasan anda berkaitan derma darah dan temu janji.

.

Untuk menghubungi tabung darah berdekatan anda, boleh klik link Senarai Pusat Kutipan Darah.

.

.

Saranan Kepada Penderma

.

Apa yang perlu saya lakukan selepas selesai menderma darah?

.

.

Baik, selepas proses pendermaan darah sudah tentu ada ‘pantang larang’ ataupun langkah keselamatan yang perlu diambil.

.

1)  Kebiasaannya lepas derma darah, anda akan dinasihatkan supaya berehat di kerusi derma darah tersebut sekurang-kurangnya 10 minit sebelum anda berdiri.

.

Ini bagi mengelakkan apa-apa masalah seperti loya dan pening serta kepucatan atau rasa pitam berlaku.

.

.

Selepas tempoh 10 minit tersebut jika tiada apa-apa masalah atau kesan sampingan berlaku, boleh lah bangun dan beredar.

.

2)  Sebelum menderma anda perlu makan makanan yang berat, selepas menderma juga anda perlu ambil makanan.

.

Ini bagi menggantikan zat yang keluar daripada tubuh badan dan mempercepatkan proses penghasilan darah baharu.

.

Ini penting tau, jangan risau sebab selalunya jururawat akan sediakan roti gardenia dan air mineral/air kotak sahaja.

.

.

Jadi anda tak perlulah risau tentang pengambilan kalori tambahan yang anda ambil, lagipun anda dah hilang 650 kalori semasa derma darah tadi. Hihi

.

3)  Jangan lupa, dalam tempoh 12 jam selepas menderma anda kena minum banyak air kosong.

.

Ini supaya dapat menggantikan cecair yang hilang semasa menderma darah.

.

Semasa menderma darah, anda bukan sahaja kehilangan darah, platelets, plasma dan zat-zat lain, malah jumlah air dalam badan juga berkurangan.

.

.

Dihidrasi air mungkin boleh berlaku jika anda tidak mematuhi saranan ini.

.

4)  Selepas menderma, dilarang sama sekali meminum minuman yang mengandungi alkohol.

.

Anda hanya boleh minum selepas tempoh 6 jam selepas anda menderma.

.

Air dan darah yang hilang dalam badan selepas menderma memberi kesan kepada ketumpatan darah anda.

.

.

Apabila ketumpatan ini berkurang atau darah anda menjadi agak cair, ia boleh menyebabkan anda cepat mabuk apabila minum minuman beralkohol.

.

5)  Berita buruk kepada ahli kelab ‘Gila sukan’ sebab, selepas anda derma darah ni anda dah tak boleh buat aktiviti sukan lasak lagi.. untuk tempoh 24 jam sahaja. Hihi

.

Anda tak disyorkan untuk mengambil bahagian dalam mana-mana sukan lasak selepas anda menderma darah.

.

Kalau setakat angkat berat atau senaman yoga itu mungkin boleh dipertimbangkan lagi.

.

.

Tetapi kalau aktiviti macam bungee jumping, menyelam atau berenang, hiking, marathon dan lain-lain sukan lasak, memang sangat-sangat tak digalakkan.

.

.

.

.

Hukum dan pandangan islam

.

Pada pandangan institusi islam di Malaysia, hukum derma darah adalah harus tak kira sama ada darah kita itu diberi kepada orang islam atau bukan islam.

.

Begitu juga sebaliknya apabila kita yang memerlukan darah daripada penderma darah.

.

Ini selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud,

“Dan hendaklah kamu berbuat baik kerana sesungguhnya Allah amat mengasihani orang berbuat baik.”

[An-Nisa 4:36]

.

.

Penghargaan atau hadiah dalam bentuk wang ringgit atau seumpamanya tak perlu diminta atau diberi.

.

Ini kerana perbuatan mengeluarkan darah dari dalam tubuh badan dengan sengaja pada asasnya adalah haram.

.

Ulama mengharuskan perbuatan derma darah hanya atas alasan untuk menolong individu yang memerlukan pertolongan bukan untuk mengaut untung dan sebagainya.

.

Diharap segala penjelasan yang kami kongsikan pada harini dapat menjadi tambah nilai  pengetahuan anda dan dapat dimanfaatkan bersama.

.

.

Penting untuk anda semua ketahui, kami di SuamiSihat.com.my sangat mengambil berat tentang kesihatan anda.

.

Seperti yang anda boleh lihat di artikel-artikel kami yang lain, niche penulisan kami sebenarnya lebih fokus berkenaan topik kesihatan lelaki, tetapi kami tak boleh nafikan topik-topik kesihatan yang lain juga penting untuk kami kongsikan kepada masyarakat.

.

Ini untuk memastikan setiap dari kita celik dan lebih peka tentang masalah kesihatan yang berlaku pada setiap masa di negara kita.

.

Jika anda berminat untuk terus menyokong SuamiSihat, anda boleh like page kami dibawah

.

.

Kami harap setiap hasil daripada penulisan dan perkongsian kami dapat membantu para pembaca supaya lebih peka dan prihatin tentang kesihatan tubuh badan mereka.

.

.

Terima kasih kepada pembaca-pembaca tetap yang masih setia bersama kami. Sejujurnya kami sangat menghargai kesudian anda membaca artikel-artikel kami

.

Terima kasih kerana telah meluangkan masa. Semoga bermanfaat.

.

Assalamualaikum

.

Jom Baca Sekarang:  Nafsu Seks – Syahwat Anda Suami Isteri Berkurang? Ini Punca & Solusinya.

.

.