.
Ini antara persoalan yang ramai daripada kita musykil.
.
Bila umur dah masuk 4 series ni penyakit dah banyak yang datang, kesihatan pun makin lama makin merudum.
.
.
Bila tanya member-member dekat tempat kerja, ada yang suruh ambil suplemen, ada yang suruh makan herba.
.
Mana satu yang lagi bagus sebenarnya? Pening kepala!
.
Jom min jelaskan satu persatu apa kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis makanan ini.
.
.
.
Baca Juga Artikel Ini: Khasiat Bawang Putih – Manfaat Untuk Lelaki. Resepi Bawang Putih Bakar+Madu
.
.
.
Apa Maksud Suplement & Herba?
.
.
Herba merupakan tumbuhan yang mengandungi khasiat untuk kesihatan.
.
Khasiat-khasiat ini kebiasaannya didapati pada akar, bunga, kulit pokok dan bahagian lain yang dipercayai boleh memberi kesan positif pada tubuh badan.
.
Suplemen pula merupakan makanan tambahan yang selalunya datang dalam bentuk serbuk, pil, kapsul, tablet, dan cecair.
.
.
Ianya bagus untuk mereka yang ada penyakit alergi, dan tak mampu untuk makan makanan yang boleh melengkapkan zat harian mereka.
.
Selain itu, ia juga banyak digunakan untuk tujuan kecantikan kulit & ubat turun berat badan.
.
Sebenarnya setiap dari kedua-dua jenis makanan ini mempunyai perbezaan dan kelebihan yang ketara serta lebih baik dari satu dengan yang lain.
.
.
Perbezaan Suplemen & Herba
.
.
Untuk memilih suplemen atau herba yang sesuai untuk anda, anda perlu tahu apa perbezaan keduanya dahulu
.
Perbezaan yang paling ketara, herba merupakan makanan tambahan yang telah pun diamalkan oleh masyarakat dahulu.
.
Manakala suplemen pula ramai mengenalinya sebagai makanan ‘ubat dari doktor’ yang berunsur kimia.
.
.
Pandangan ini TIDAK TEPAT. Tidak dinafikan, kebanyakan herba yang diamalkan oleh penduduk diseluruh dunia sememangnya mampu memberi kebaikan kepada kesihatan.
.
Tapi anda perlu tahu juga, suplemen sebenarnya merupakan herba yang dah pun ditulinkan bahan aktifnya.
.
Ini kerana, di dalam setiap tumbuhan herba, mengandungi bermacam-macam unsur dan molekul lain yang membentuk fizikal herba tersebut.
.
.
Unsur-unsur lain yang dimaksudkan ini boleh jadi sangat bertoksin kepada tubuh badan kita.
.
Sebagai contoh, jika anda minum atau ambil kapsul tongkat ali yang dikisar terus dari akar tongkat ali, dalam jangka masa pendek berkemungkinan besar buah pinggang anda akan rosak.
.
Dibawah min ada sediakan perbandingan antara suplemen dan herba:
.
Ciri-Ciri | Suplemen | Herba |
---|---|---|
Keberkesanan jangka masa pendek | / | x |
Kesan sampingan | x | / |
Bebas dari bahan toksin | / | x |
Harga Berpatutan | / | x |
Mendapat kelulusan KKM | / | x |
Kandungan tulin | / | x |
.
Setiap ciri-ciri diatas berkemungkinan berbeza mengikut pengeluar. Lain pengeluar lain tahap keselamatan dan ciri-cirinya.
.
Pastikan anda pilih jenama atau pengeluar yang boleh dipercayai supaya kandungan yang ada didalam produk tersebut terjamin.
.
.
Herba Sahaja Tidak Cukup
.
.
Makin berumur kesihatan pun makin merosot.
.
Mereka yang berumur 40 tahun dan keatas kebanyakkannya akan menghidap salah satu daripada penyakit ini:
- Jantung
- Darah tinggi
- Diabetes
- Strok
- Batu karang
.
Bila dah terjadi masalah ini, baru nak mula amalkan petua herba-herba tradisional yang dikatakan, kononnya boleh menyembuhkan penyakit itu ini.
.
Sebenarnya herba sahaja tidak cukup! Ini alasannya.
.
.
1. Kurang khasiat
.
.
Kita pun tahu, mereka yang berumur 40 tahun dan keatas ada tendency untuk makan makanan yang manis, berlemak, & berkolesterol tinggi.
.
Dah tentu makanan tersebut tidak mengandungi zat-zat penting yang lengkap. Jadi tak hairanlah banyak masalah kesihatan boleh berlaku.
.
Untuk mereka yang sudah mencapai umur 40 tahun dan keatas, pengambilan herba tradisional secara mentah sememangnya tidak digalakkan.
.
.
Ini kerana khasiat yang ada didalam herba mentah tersebut tidak cukup untuk memberi khasiat kepada tubuh badan kita.
.
Bagi memastikan tubuh badan anda menerima khasiat sesuatu herba itu dengan efisiyen, anda perlu ambil suplemen yang berasaskan herba tersebut.
.
Suplemen sebenarnya sama sahaja seperti herba, cuma suplemen adalah herba yang dah ditulinkan khasiatnya & lebih padat dengan bahan aktif.
.
.
Dengan suplemen juga, anda boleh ambil mengikut sukatan dos yang diperlukan oleh tubuh badan anda.
.
Suplemen juga tidak ada kesan sampingan atau kesan buruk, seperti yang ada dalam herba yang belum ditulinkan khasiatnya.
.
.
2. Bersenam juga penting
.
.
Kebanyakkan mereka yang ada penyakit 3 serangkai banyak bergantung kepada ubat-ubatan dan herba tradisional semata-mata.
.
Sedangkan untuk pulih sepenuhnya, mereka perlu ubah gaya hidup mereka terlebih dahulu. Selain pemakanan, senaman dan kekal aktif juga tak boleh ditinggalkan.
.
Melalui aktiviti senaman, anda akan memperoleh pelbagai manfaat kesihatan seperti:
- Meningkatkan fungsi minda
- Mencergaskan badan
- Meningkatkan stamina
- Menambah jisim otot
- Mengstabilkan hormon-hormon penting
.
.
Boleh jadi jika anda tak lakukan aktiviti senaman secara berkala, tubuh badan anda tidak dapat menyerap supplemen herba yang anda makan setiap hari dengan baik.
.
Ini kerana sel-sel lemak dan kolesterol yang terkumpul pada organ & kelenjar hormon anda tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
.
.
Suplemen Atau Herba, Mana Yang Terbaik?
.
.
Antara kemusykilan yang ramai orang alami sekarang ini adalah pemilihan antara dua makanan ini.
.
Mana satu yang paling bagus?
.
Jawapannya berbalik kepada kebaikan & kelebihan yang ada pada setiap jenis makanan tambahan ini.
.
.
Jika kita tengok perbezaan yang dibincangkan diatas tadi, jelas suplemen menang besar berbanding herba atas sebab-sebab yang tertentu.
.
Dari segi keselamatan, sememangnya suplemen terbukti lebih selamat melalui kajian saintifik & klinikal.
.
Suplemen juga kebiasaannya datang tanpa kesan sampingan, selagi mana mengikut dos yang ditetapkan oleh pengeluar.
.
.
Dari segi khasiatnya pula, kita boleh ambil contoh akar tongkat ali dengan suplement tongkat ali Physta®.
.
Dalam sebiji kapsul tongkat ali Physta® mengandungi 200mg kandungan bahan aktif yang ada didalam tongkat ali.
.
Manakala 500ml air rebusan tongkat ali hanya mengandungi 15mg tongkat ali sahaja.
.
.
Untuk mendapatkan 200mg khasiat tongkat ali sama macam kapsul tadi, anda perlu minum bergalon-galon air rebusan tongkat ali, baru lah anda dapat jumlah dos yang sama.
.
Tak perlu susah-susah, makan sahaja suplemen, kesannya lagi cepat, & lebih kandungan bahan aktif untuk dimanfaatkan.
.
.
Bahaya Makan Herba Kisar
.
.
Atuk nenek moyang kita zaman dahulu tak ada teknologi pengekstrakkan yang canggih seperti sekarang.
.
Jadi cara yang mereka guna untuk dapatkan khasiat daripada herba tersebut ialah dengan cara mengkisar, mengkikis, menumbuk dan merebus herba tersebut.
.
Cara ini bukan sahaja tidak efisien dan membazir herba yang digunakan, malah amalan memakan akar tongkat ali atau mana-mana herba secara terus sangat-sangat lah bahaya.
.
.
Banyak kes kerosakan buah pinggang, hati, dan organ lain yang berlaku kebelakangan ini.
.
Penularan berita palsu juga merupakan antara penyebab utama kenapa ramai daripada mangsa terdesak mencari jalan mudah untuk pulih.
.
Selalunya mereka yang berumur 40 tahun ke atas yang banyak tertipu dengan berita-berita palsu seperti.
.
.
Cara Memilih Supplement Herba Yang Selamat
.
.
Anda buntu macam mana nak cari supplement yang selamat dan sesuai untuk anda?
.
Jom ikut panduan ini supaya anda tak buat kesilapan maktu anda membeli.
.
.
1. Kelulusan KKM
.
.
Dah tentu, kalau anda nak pilih apa-apa produk kesihatan, anda mesti kena check dulu sama ada produk tu ada kelulusan KKM ke tidak.
.
Ini penting sebab kalau sesuatu produk tu tak selamat, memang agak mustahil untuk dapat kelulusan daripada KKM.
.
KKM sentiasa menjalankan pemeriksaan secara berkala terhadap pengeluar, serta penjual produk sekali.
.
.
Mereka juga tak teragak-agak untuk menyerbu premis pihak pengeluar & penjual jika mendapat aduan dari mana-mana pihak.
.
Disebabkan ini, ramai pengeluar & penjual takut untuk menghasilkan & menjual produk yang merbahaya kepada umum. Jadi tak ada istilah menipu.
.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didakwa, dipenjara, serta boleh dikenakan saman sehingga mencecah ratusan ribu, malah jutaan ringgit.
.
.
2. Halal
.
.
Untuk mereka yang beragama islam, yang ini paling penting.
.
Logo halal yang ada pada sesetengah produk bukan sahaja kerana produk tersebut bebas daripada najis, tetapi produk tersebut perlu bebas dari racun dan bahan-terlarang juga.
.
Mereka yang menyalahgunakan logo halal JAKIM boleh didakwa dan disaman atas perbuatan memalsukan sijil halal JAKIM
.
.
3. Kajian Saintifik & Ujian Klinikal
.
.
Macam mana kita nak tahu produk tersebut selamat, serta boleh mengandungi khasiat? Mestilah melalui kajian saintifik dan klinikal.yang telah pun dijalankan.
.
Kebiasaannya produk yang selamat, akan ada lebih daripada satu kajian saintifik terperinci yang menyokong keberkesanan sesuatu produk tersebut.
.
Lebih bagus lagi, kalau produk itu dikaji sendiri oleh pengeluar, dan kajian tersebut disahkan sahih dan benar-benar dijalankan
.
.
4. Jenama Yang Berwibawa
.
.
Katakan ada jenama barangan dapur yang anda tak biasa beli, tular kerana dikatakan boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada penggunanya.
.
Adakah anda akan beli produk tersebut? Sudah tentu lah tidak. Sama juga macam supplement, anda perlu pilih jenama yang boleh dipercayai dan selamat.
.
Bukan jenama sebarangan yang tiba-tiba muncul dalam pasaran. Pilih yang ada keluilusan JAKIM serta KKM, yang betul-betul selamat dan disokong oleh kajian saintifik.
.
.
5. Kesan Bukan Mendadak
.
.
Satu lagi cara nak tahu sama ada suplement tersebut selamat, ialah melalui kesannya.
.
Selalunya supplement kesannya agak memakan masa, dua tiga minggu baru nampak kesannya.
.
Lain kalau ubat kuat, itu memang kesannya cepat & mendadak, 15 minit dah terasa pejalnya.
.
.
Come on Razi, umur dah 40 tahun keatas, dah sampai masanya untuk jaga kesihatan ni, dah tak boleh ambik barang2 ‘terlarang’ dah.
.
Boleh kata semua ubat kuat yang bukan berunsur suplemen memang bahaya, lagi-lagi yang mengandungi sildenafil & tadalafil, boleh kena strok dibuatnya.
.
.
Konklusinya
.
.
Bagi mereka yang sudah berumur 40 tahun dan keatas wajib ambil supplement untuk meningkatkan kesihatan kelelakian.
.
Ini kerana kandungan khasiat yang ada didalam herba mentah tidak cukup untuk melengkapkan khasiat harian lelaki.
.
Manakala suplement yang berasaskan herba tersebut lebih tinggi jumlah khasiat aktif yang ada didalamnya berbanding diambil secara mentah.
.
.
Pilih lah produk yang boleh dipercayai dan berwibawa.
.
Bukan itu sahaja, produk tersebut perlulah mempunyai sijil halal serta berdaftar dengan KKM untuk memastikan produk yang anda beli itu betul-betul selamat.
.
.
Baiklah itu sahaja perkongsian kami untuk kali ni.
.
Kalau anda apa-apa soalan yang ingin ditanya, kami ada sediakan platform Komuniti SuamiSihat di Telegram. InshaAllah semua soalan akan dijawab oleh admin disana.
.
.
Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.
.
Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.
.
.
Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.
.
Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.
.
Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.
.
.
.
Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga bermanfaat!
.
Assalamualaikum.
.
.
Baca Sekarang: Cara Kira BMI – Ini Tips Berat Badan Sihat Yang Anda Wajib Tahu
.
.