Kencing Manis – Anda Perlu Tahu Simptom, Punca & Rawatannya (Lengkap)
A Hasan Hamdani

A Hasan Hamdani

Kencing Manis

Kencing manis merupakan diantara penyakit yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia.

.

Apa sebenarnya yang menjadi faktor kepada masalah ini?

.

Punca utama adalah kurangnya kesedaran akan bahaya penyakit ini.

.

.

Selain itu, ia juga disebabkan oleh kurangnya kesedaran tentang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

.

Jangan buat main kerana ia mungkin menjadi tanda mati pucuk buat anda.

.

Jadi, anda seorang lelaki, & anda mengalami kencing manis?

.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan dengan anda segalanya yang anda perlu tahu berkenaan kencing manis termasuklah simptom, punca dan rawatan.

.

.

Apa itu kencing manis?

.

Kencing Manis

.

Kencing manis atau diabetes merupakan keadaan dimana terdapat masalah dalam kebolehan tubuh untuk memproses glukosa yang juga dikenali sebagai gula darah.

.

Di Amerika Syarikat, jumlah pesakit penyakit ini berusia 18 tahun dan keatas samada telah didiagnos atau tidak adalah seramai 30.2 juta orang.

.

Angka ini mewakili 27.9 dan 32.7 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan.

.

Tanpa adanya pengurusan yang cermat dan berterusan, penyakit ini boleh membawa kepada pengumpulan gula didalam darah.

.

Hal ini akan meningkatkan risiko komplikasi yang merbahaya termasuklah strok dan penyakit jantung.

.

Berbagai jenis kencing manis boleh berlaku dan cara untuk menguruskannya adalah berbeza mengikut jenisnya.

.

.

Bukan semua masalah penyakit ini berpunca daripada masalah berat badan berlebihan atau tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

.

Baca Juga : Kanser Prostat Lelaki – Tanda-Tanda, Rawatan & Cara Pencegahannya untuk Anda

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Bagaimana kencing manis terjadi?

.

.

Tahukah anda bahawa kencing manis terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

.

.

a) Kencing Manis Type 1

.

Kencing Manis

.

Ia juga dikenali sebagai juvenile diabetes dan jenis ini biasanya akan berlaku apabila badan gagal untuk menghasilkan insulin.

.

Bagi pesakit kencing manis jenis ini, mereka merupakan orang yang perlu bergantung kepada insulin artificial secara harian untuk kekal hidup.

.

.

b) Kencing Manis Type 2

.

Kencing Manis

.

Jenis ini pula akan memberikan kesan terhadap penggunaan insulin oleh badan.

.

Walaupun badan masih lagi boleh menghasilkan insulin, tidak seperti Type 1, sel didalam tubuh badan tidak lagi bertindakbalas sama efektif seperti dahulu.

.

Kencing manis jenis ini merupakan jenis yang biasa dihidapi oleh pesakit menurut National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases.

.

Ia juga dikatakan berkait rapat dengan masalah obesiti.

.

.

c) Gestational Diabetes – Sewaktu Hamil

.

Kencing Manis

.

Jenis ini pula biasanya kerap berlaku terhadap wanita sewaktu hamil dimana badan mereka akan menjadi kurang sensitif dengan insulin.

.

Kencing manis jenis ini tidak akan berlaku kepada semua wanita mengandung dan biasanya akan sembuh selepas bersalin.

.

.

Kencing manis makan apa?

.

Kencing Manis

.

Kalau anda Google, soalan diatas merupakan diantara soalan yang paling kerap ditanya.

.

Soalan tersebut boleh membawa dua maksud iaitu:

  • Kencing manis berlaku sebab makan apa?
  • Kalau ada kencing manis, kena makan apa?

.

Penyakit ini berlaku kebanyakannya sebab tak jaga makan dan pengambilan gula yang berlebihan.

 

.

Baca Juga : Kesihatan Lelaki – Anda Tak Jantan Kalau Tak Jaga Kesihatan Kelelakian

.

.

Tips Senaman dan Diet

.

Kencing Manis

.

Jika diagnosis oleh doktor mendapati seseorang itu menghidap penyakit kencing manis type 2, doktor biasanya mencadangkan perubahan kepada gaya hidup untuk membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan taraf kesihatan.

.

Doktor juga mungkin akan mengesyorkan anda untuk berjumpa dengan pakar pemakanan.

.

Mereka merupakan pakar yang mampu membantu memberikan plan diet yang sesuai untuk mengatasi masalah penyakit ini.

.

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengubah corak kehidupan pesakit diabetes adalah:

  • Makan makanan yang mengandungi jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Mengelakkan makanan atau minuman yang mengandungi kuantiti gula yang tinggi
  • Mengelakkan diri daripada minum minuman beralkohol
  • Bersenam sektar 30 minit setiap hari
  • Kenalpasti tanda kurang gula dalam darah sewaktu bersenam seperti:
    • Pening
    • Keliru
    • Lemah
    • Peluh berlebihan

.

Anda juga perlu mengambil langkah untuk mengurangkan BMI (Body Mass Index) anda yang turut dapat membantu sekiranya anda ingin merawat kencing manis type 2 tanpa menggunakan ubat.

.

Apapun, sasaran untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan dan sihat adalah lebih digalakkan untuk kesan dan manfaat jangka panjang.

.

.

.

Baca Juga : 12 Supplement Untuk Lelaki – Terbaik untuk Tenaga, Kesihatan, Kesuburan & Seks

.

.

Rawatan Kencing Manis

.

Kencing Manis

.

Menggunakan Insulin

.

Bagi pesakit kencing manis type 1 dan type 2, anda mungkin memerlukan ubat penyakit ini dalam bentuk suntikan atau sedutan iinsulin untuk memastikan paras gula dalam darah anda tidak menjadi terlalu tinggi.

.

Terdapat banyak jenis insulin yang ada dan kebiasaannya ia akan dikelaskan mengikut berapa lama kesannya.

.

Insulin untuk rawatan penyakit ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

  • Rapid insulin
  • Intermediate insulin
  • Regular insulin
  • Long-acting insulin

.

Sesetengah pesakit perlu menggunakan suntikan long-acting insulin untuk mengekalkan paras gula dalam darah.

.

Ada juga yang menggunakan kombinasi beberapa jenis insulin ini untuk mengawal paras gula tersebut.

.

Tanpa mengira jenis mana sekalipun, kebanyakan pesakit kemudiannya akan memeriksa paras gula dalam darah mereka dengan menggunakan fingerstick.

.

Kencing Manis

.

Cara memeriksa paras gula dalam darah ini melibatkan penggunaan mesin mudah alih yang dikenali sebagai glucometer.

.

Bagi pesakit kencing manis type 1 akan menggunakan bacaan tersebut untuk menentukan berapa jumlah insulin yang mereka perlukan.

.

Pemantauan sendiri ini merupakan satu-satunya cara untuk mereka mengetahui berapa paras gula didalam darah.

.

Jangan anda meneka atau main agak-agak paras gula dalam darah anda kerana ia mampu memberikan kesan yang bahaya buat kesihatan anda.

.

.

Kencing manis normal berapa?

.

Kencing Manis

.

Soalan lain yang kerap ditanya adalah berapa bacaan gula untuk kencing manis normal.

.

Mungkin ayat sebetulnya adalah berapa bacaan normal paras gula dalam darah?

.

Bagi paras gula normal dalam darah, bacaannya haruslah kurang daripada 140 mg/dL (7.8 mmol/L.

.

Bacaan yang melebihi 200 mg/dL (11.1 mmol/L) selepas dua jam pula menandakan kencing manis.

.

Bacaan diantara 140 dan 199 mg/dL pula menandakan prediabetes.

.

.

Kenapa luka pesakit kencing manis lambat sembuh?

.

Kencing Manis

.

Anda pastinya biasa mendengar atau membaca perkongsian di media sosial berkenaan luka pesakit penyakit ini yang lambat sembuh.

.

Ada beberapa sebab yang membawa kepada masalah ini iaitu:

.

.

1. Gula Dalam Darah

.

.

Hal ini disebabkan oleh gula darah lebih dari sekadar nombor pada meter glukosa anda.

.

Ia memainkan peranan yang amat besar dalam tahap tenaga anda, keperluan kesihatan dan juga kebolehan badan anda untuk menyembuhkan luka.

.

Menurut Dr. Batzel, kandungan glukosa atau gula dalam darah anda akan memberikan kesan terhadap badan anda dalam bermacam bentuk.

.

Kandungan glukosa yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah anda mengeras dan menjadikan ia lebih sukar untuk darah anda mengalir.

.

Hal ini membawa maksud yang segala nutrient dan oksigen akan menjadi sukar untuk sampai ke sel sekaligus menyukarkan proses penyembuhan luka.

.

Dari segi kesan jangka panjang, kekurangan oksigen akan membuatkan sel mati dan akan membawa kepada masalah seperti necrosis.

.

.

2. Neuropathy

.

Kencing Manis

.

Masalah penyakit ini dan paras gula dalam darah yang tinggi akan menyebabkan masalah saraf seperti neuropathy.

.

Ia akan mengakibatkan rasa geli dan kebas sekaligus membuatkan anda sukar untuk mengetahui samada anda cedera atau tidak.

.

Sebagai contoh, jika ada sesuatu yang terlekat pada kaki anda dan menyebabkan luka, agak sukar untuk anda sedar akan hal tersebut.

.

Berkemungkinan besar masa akan berlalu terlalu lama dahulu sebelum anda sedar yang terdapat masalah dengan tubuh anda yang menyebabkan anda tidak merasakan sakit.

.

Luka-luka kecil biasanya akan sukar untuk dikesan dalam tempoh masa yang agak lama terutamanya pada bahagian kaki.

.

Disebabkan oleh badan anda tidak lagi mampu untuk merawat luka tersebut sendiri, luka tersebut akan menjadi lebih parah lagi dan akan bertukar menjadi masalah seperti ulser.

.

Periksa badan anda setiap hari untuk melihat samada badan anda terdapat luka atau kecederaan untuk mengelakkan sebarang komplikasi di kemudian hari.

.

.

3. Mengurangkan Fungsi Sistem Imunisasi

.

.

Apabila anda mendapat luka, sistem imunisasi badan anda akan bertanggungjawab untuk mengelakkan kuman dan bahan asing lain daripada datang.

.

Jika kuman berjaya masuk keadalam badan anda, sistem imunisasi akan melawannya untuk menghentikan jangkitan.

.

Namun, apabila anda menghidap penyakit ini, badan anda akan menghasilkan enzim dan hormon yang akan menyebabkan sistem imunisasi badan anda menjadi kurang efektif.

.

Hal ini akan mengakibatkan lebih banyak jangkitan dan menyebabkan luka mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.

.

Menurut Dr. Batzel lagi, apabila pesakit penyakit ini luka, mereka perlu memantau luka tersebut dan menguruskannya dengan baik.

.

Kencing Manis

.

Membersihkan dan mengeringkan luka tersebut merupakan diantara langkah terpenting selain daripada mengamalkan pemakanan yang sihat serta mendapatkan tidur yang mencukupi.

.

Ia akan membantu untuk memulihkan sistem imunisasi badan anda.

.

Untuk memantau luka anda pada bahagian kaki, pakai stokin berwarna putih kerana anda boleh memeriksa samada terdapat darah atau sebarang bahan buangan.

.

Jika anda perasan sesuatu yang diluar dari kebiasaan, anda boleh berhubung terus dengan doktor anda.

.

.

.

.

Kenapa kaki bengkak kencing manis?

.

.

Bengkak yang keterlaluan pada bahagian kaki atau buku lali apabila menghidap penyakit ini disebabkan oleh pengumpulan bahan didalam tisu yang dikenali sebagai edema.

.

Ia sebenarnya boleh berada pada mana-mana bahagian tubuh anda.

.

Bengkak merupakan perkara yang biasa berlaku terutamanya selepas anda makan makanan bergaram atau duduk dalam satu posisi dengan terlalu lama.

.

Sesetengah individu mungkin mengalami masalah bengkak ini disebabkan oleh perubahan hormon.

.

.

Namun, bukan itu sahaja punca berlakunya bengkak kerana kencing manis juga boleh menyebabkan masalah ini.

.

Biasanya bengkak bagi pesakit diabetes adalah disebabkan oleh:

  • Obesiti
  • Peredaran darah yang bermasalah
  • Kekurangan venous
  • Masalah jantung
  • Masalah buah pinggang
  • Kesan sampingan ubat
  • Kapilari darah yang bocor
  • Pengambilan insulin yang berlebihan

.

.

Kenapa orang kencing manis kurus?

.

Kencing Manis

.

Bagi kebanyakan pesakit penyakit ini, kekurangan insulin akan mengakibatkan badan mereka sukar untuk membawa glukosa ke sel untuk digunakan sebagai tenaga.

.

Apabila ia berlaku, badan anda akan mula membakar lemak dan otot untuk tenaga sekaligus mengurangkan berat anda secara keseluruhan.

.

Berat badan turun secara mengejut juga mungkin berlaku kepada mereka yang didiagnos menghidap penyakit kencing manis type 1 dan type 2.

.

.

Adakah gatal-gatal tanda kencing manis?

.

Kencing Manis

.

Untuk menjawab persoalan ini, anda perlu tahu apa simptom-simptom utama penyakit ini seperti:

  • Mengalami masalah berat badan berlebihan
  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis
  • Mempunyai high-density lipoprotein (HDL) paras kolestrol yang rendah daripada 40 mg/dL atau 50 mg/dL.
  • Sejarah tekanan darah tinggi
  • Mengalami gestational diabetes atau melahirkan bayi yang mempunyai berat lebih daripada 9 pound
  • Berumur lebih dari 45 tahun

.

.

Sekian sahaja perkongsian kami berkenaan punca kencing manis, penawar kencing manis dan kaedah rawatan untuk kencing manis.

.

Jangan risau kerana penyakit ini boleh sembuh.

.

.

Namun anda perlu beringat kerana ia mampu memberikan masalah lain untuk anda.

.

Bahaya kencing manis ini kerana ia juga menjadi sebab kenapa kaki dipotong.

.

Jadi, anda perlu beringat dan berusahalah untuk mencegah penyakit kencing manis ini.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?