Shhh.. Nak Belajar Cara Romen?

Ini Teknik Khas untuk Tahan Lama + Zakar lebih Keras


Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan Sekejap ni

Kolesterol Tinggi – Tips Cara Kurangkan Kolesterol Paling Mudah & Berkesan

Oleh J. Arman. Fakta perubatan disemak Oleh Dr. Roland Victor (MD)
2 months ago

Anda tengah cari cara kurangkan kolesterol?

.

Dada dah mula ada rasa pedih-pedih ni.

.

Risau pula ada masalah kolesterol tinggi.

.

.

Takut apa-apa jadi, lebih baik cari cara kurangkan kolesterol betul tak?

.

Dah tentu ada yang paling berkesan dan untuk kurangkan jumlah kolesterol dalam badan.

.

Baca sampai habis kami akan terangkan tips yang paling berkesan sekali!

.

.

Kolesterol Tinggi

.

.

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan oleh organ hati untuk keseimbangan nutrien dalam tubuh badan kita.

.

Ada dua jenis kolesterol yang perlu anda ketahui, kolesterol LDL dan kolesterol HDL.

.

Kolesterol HDL adalah kolesterol yang baik dan sihat untuk tubuh badan.

.

Kolesterol ini membantu untuk menyingkirkan kolesterol tidak baik daripada badan.

.

.

Manakala LDL adalah sejenis kolesterol yang tidak baik dan boleh memberi pelbagai kesan yang merbahaya.

.

Kebiasaannya tanda-tanda penyakit kolesterol tinggi susah untuk dikenal pasti.

.

Sebab itu lah pentingnya anda buat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

.

.

.

.

Punca Kolesterol Tinggi

.

.

Macam-macam faktor yang boleh menyebabkan anda mendapat penyakit kolesterol tinggi.

.

Jika anda berumur 20 tahun dan keatas, anda telah pun berisiko mendapat penyakit kolesterol tinggi.

.

Antara punca penyakit ini ialah:

  • Makanan makanan tinggi jumlah kolesterol & lemak tepu
  • Malas bersenam
  • Merokok
  • Penyakit keturunan
  • Menghidap diabetes atau hipotiroid

.

.

Selain daripada yang min senaraikan diatas

.

Ada kriteria lain lagi yang boleh meningkatkan risiko anda menghidap kolesterol tinggi:

  • Antara faktor risiko lain yang boleh menyebabkan penyakit ini ialah:
  • Berat badan berlebihan & obesiti
  • Makan makanan tidak berkhasiat dan tidak sihat
  • Gaya hidup yang tidak sihat
  • Stress yang melampau

.

.

Penyakit ini boleh berlaku kepada semua lapisan umur.

.

Tak kira usia, tetapi orang yang berumur lebih tinggi risiko untuk menghidap penyakit ini.

.

.

Baca juga: 

.

.

Kesan Buruk Kolesterol Tinggi

.

.

Anda mempunyai risiko penyakit kolesterol tinggi?

.

Jika amalan gaya hidup tidak sihat tu dibiarkan secara berterusan, plak kolesterol boleh melekat pada dinding saluran darah anda.

.

Lama-kelamaan perkumpulan plak ini akan menyempitkan saluran darah anda.

.

.

Keadaan ini dipanggil sebagai atherosclerosis.

.

Ini adalah penyakit serius.

.

Apabila plak tadi telah menutupi saluran darah anda, darah tak dapat untuk lalu dan oksigen juga tak dapat dibekalkan keseluruh badan.

.

.

Akhirnya, pelbagai masalah kesihatan yang boleh terjadi, antaranya:

  • Strok
  • Serangan jantung
  • Sakit dada (angina)
  • Tekanan darah tinggi
  • Darah beku pada kaki
  • Penyakit buah pinggang
  • Batu karang

.

.

.

.

Cara Kurangkan Kolesterol

.

.

Jika anda menghidap kolesterol tinggi, anda perlu pergi dapatkan nasihat daripada doktor anda.

.

Doktor akan cadangkan rawatan dan cara macam mana untuk anda kurangkan jumlah kolesterol tinggi tersebut.

.

Sudah tentu akan ada beberapa gaya hidup yang anda perlu ubah untuk dapatkan hasil yang ketara.

.

.

Untuk membantu anda mengekalkan kadar kolesterol rendah doktor akan sarankan anda ubah diet anda.

.

Ini kerana melalui pemakanan lah seribu satu masalah kesihatan boleh timbul.

.

Diet yang seimbang boleh membantu anda memperoleh tubuh badan yang sihat dan sejahtera.

.

.

Antara tips yang mungkin akan disarankan oleh doktor:

  • Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol, lemak tepu, & lemak trans
  • Ambil sumber protein yang ringan seperti ayam, ikan & kekacang
  • Amalkan makanan tinggi fiber seperti buah dan sayuran dan bijian serat
  • Kurangkan makanan bergoreng dan lebihkan makanan rebusan atau bakar
  • Elakkan makan makanan ringan dan makanan segera.

.

Ini antara tips yang paling berkesan yang anda boleh amalkan dirumah.

.

.

Dalam banyak-banyak yang diterangkan makanan yang tinggi kolesterol yang paling anda perlu kurangkan.

.

Ini min ada senaraikan makanan yang tinggi jumlah kolesterol, lemak tepu, dan lemak trans:

  • Daging merah, organ haiwan, telur kuning, & susu tinggi lemak
  • Makanan yang telah diproses nugget, sosej, & lain-lain
  • Makanan menggunakan minyak kitar semula dari majerin, minyak masak, atau minyak kelapa
  • Makanan bergoreng seperti pisang goreng, ayam goreng, & lain-lain

.

Amalkan makan makanan yang mengandungi omega-3 boleh mengurangkan kolesterol LDL dalam badan.

.

.

Contoh makanan yang tinggi omega-3 seperti:

  • Salmon
  • Mackarel
  • Kekacang
  • Buah avocado
  • Telur

.

.

Secara Semula Jadi

.

.

Untuk mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan anda perlu ubah gaya hidup anda.

.

Sudah tentu faktor genetik tak boleh dielakkan.

.

Walaubagimanapun ada beberapa cara lain yang boleh diikhtiarkan.

.

.

Antara cara yang boleh anda cuba untuk kurangkan kadar kolesterol dalam badan anda seperti:

  • Makan makanan tinggi nutrisi
  • Elakkan makan makanan tinggi kolesterol & lemak haiwan
  • Makanan tinggi fiber
  • Elakkan pengambilan alkohol
  • Kekalkan berat badan yang normal & elakkan obesiti
  • Bersenam secara kerap sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu
  • Berhenti merokok
  • Kerap berjumpa doktor

.

Semua tips ini perlu diamalkan untuk mencegah anda mendapat pelbagai penyakit sperti penyakit jantung koronari, diabetes, & lain-lain.

.

.

Jika anda bersiko mendapat penyakit ini, doktor mungkin akan sediakan appointment berkala untuk jejak penyakit anda.

.

Dalam beberapa kes, mungkin doktor akan berikan anda ubat ubatan untuk membantu menurunkan kadar kolesterol tinggi anda.

.

Kebiasaannya doktor akan berikan anda ubat jenis statin yang mana berfungsi menghalang organ hati anda daripada menghasilkan lebih kolesterol.

.

Contoh ubatan yang akan diberikan oleh doktor seperti:

  1. Atorvastatin (Lipitor)
  2. Fluvastatin (Lescol)
  3. Rosuvastatin (Crestor)
  4. Simvastatin (Zocor)

.

.

Dalam kes lain doktor juga mungkin akan berikan kombinasi ubat lain yang boleh membantu dari segi faktor lain:

Antara ubat yang akan diberi ialah:

  • Niacin
  • Colesevalam (Welchol)
  • Colestipol (Colestid)
  • Cholestyramine (Prevalite)
  • Ezetimibe (Zetia)

.

Antara kombinasi ubat yang disenaraikan ini boleh membantu tubuh badan anda menyerap kolesterol daripada makanan anda.

.

.

Selain itu ada juga yang berfungsi mengurangkan penghasilan kolesterol daripada organ hati.

.

Walaupun ubat ini boleh membantu mengurangkan kolesterol tinggi, penting untuk kita tahu kesan sampingannya.

.

Kesan sampingan dari ubatan berbeza mengikut orang.

.

.

Kesannya lebih ketara bagi mereka yang turut menghidap penyakit lain.

.

Bergantung sebagus mana tubuh badan seseorang itu menyesuaikan diri dengan ubatan itu.

.

Berdasarkan kajian pakar, antara kesan sampingan yang biasa berlaku ialah:

  • Sakit otot
  • Sakit sendi
  • Pening kepala
  • Muntah-muntah

.

.

Jika keadaan penyakit menjadi teruk, kesan sampingan seperti kerosakan organ lain seperti hati dan buah pinggang boleh berlaku.

.

Selain itu peningkatan kepada kadar gula dalam darah juga boleh berlaku.

.

Ada beberapa kes yang jarang berlaku, pesakit mengalami masalah kepada saraf dan menyebabkan beberapa organ tidak dapat berfungsi dengan baik.

.

.

Kes lain, ubat jenis statin boleh menyebabkan kemerosotan dalam sel otot yang mana boleh mengakibatkan kerosakan otot secara kekal.

.

Akibat daripada ubatan ini juga boleh menyebabkan penyakit seperti:

  • Penyakit Jantung
  • Strok
  • LumpuhKegagalan buah pinggang
  • Kencing berdarah

.

Apa yang min ceritakan ini bukan lah untuk menakut-nakutkan anda sebagai pembaca.

.

.

Sebaliknya untuk memastikan anda tahu akan apa kesan sampingan yang anda akan terima daripada ubat yang anda makan.

.

Penting untuk anda tahu apa yang masuk kedalam badan anda, sama ada anda mahu atau tidak mahu menggunakan ubat tersebut.

.

Konklusi

.

.

Penyakit kolesterol tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serious jika diambil mudah.

.

Bukan itu sahaja, penyakit ini boleh membawa maut dan menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit lain.

.

Walaubagaimanapun, rawatan yang sewajarnya boleh membantu anda mengawal keadaan ini.

.

.

Dalam banyak kes, ia juga boleh membantu anda mencegah pelbagi komplikasi dan penyakit lain jika dirawat lebih awal.

.

Untuk tahu sama ada kadar kolesterol anda, anda boleh minta doktor periksa tahap kolesterol anda.

.

Minta tips daripada mereka tentang rawatan dan cara mencegah yang sewajarnya untuk anda.

.

.

Secara amnya, untuk anda memperoleh tubuh badan yang sihat anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat.

.

Selain itu, pemakanan yang seimbang dan melakukan aktiviti diluar rumah boleh membantu mencegah pelbagai penyakit.

.

.

Baca Selepas Ini: Cara Tingkatkan Keyakinan – Tips Lelaki Untuk Nampak Alpha & Macho

.

.

Kurangkan merokok dan mengambil bahan toksin seperti dadah dan alkohol akan membantu mengurangkan kadar kolesterol tinggi.

.

Tetapi, apa yang paling penting ialah setiap usaha itu sudah tentu membawa perubahan yang besar dalam kesihatan dan kesejahteraan anda.

.

Ambil perubahan dalam hidup anda, semoga sekecil-kecil perubahan ini dapat membawa anda kepada impak positif yang lebih besar.

.

.

Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Penyakit 3 Serangkai – Anda Perlu Tahu Tanda, Punca, & Cara Mencegahnya

.

.

Share