Shhh.. Nak Belajar Lebih Tahan Lama & Keras?

Kena belajar puaskan Bini betul-betul Bro.


Ini Teknik Tanpa Guna Ubat Kuat

Dapatkan Percuma
kesihatan

Kunyit Hitam – Ini Semua Khasiat Yang Anda Wajib tahu!

Anda pernah dengar tak pasal kunyit hitam?

.

Ramai sekarang ni yang jual product berasaskan kunyit hitam

.

Terutama sekali di Facebook, banyak iklan-iklan kopi kunyit hitam.

.

.

Banyak jenis product yang kalau kita tengok, macam-macam khasiat yang mereka berikan.

.

Ada yang datang dalam bentuk balm, jus, kopi & kapsul.

.

Tapi apa sebenarnya kunyit hitam ni eh?

.

Jom kami terangkan serba sedikit.

.

.

Baca Selepas Ini: Kolesterol Tinggi – Tips Cara Kurangkan Kolesterol Paling Mudah & Berkesan

.

.

.

Apa Itu Kunyit Hitam?

.

.

Kunyit hitam ialah sejenis tumbuhan yang rupanya seakan-akan kunyit biasa.

.

Tumbuhan herba ini banyak tumbuh di serata negara di kawasan asia terutama sekali di India

.

Nama saintifik bagi tumbuhan ini ialah Curcuma caesia.

.

.

Beza tumbuhan ini dengan kunyit biasa ialah belahan dalamnya yang berwarna agak gelap.

.

Manakala kunyit biasa berwarna jingga kekuningan.

.

Di Malaysia, kita selalu tengok kunyit kuning digunakan dalam masakan

.

.

Tetapi kunyit hitam sangat jarang sekali digunakan.

.

Ia juga kaya dengan nutrisi dan mineral penting.

.

Selain masakkan, tumbuhan ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional.

.

.

Dua bahan aktif yang ada dalam kunyi hitam ialah:

  • Kurkumin – Berfungsi sebagai anti oksida, anti radang, pencegah penyakit jantung koronari, mengurangkan kolesterol, dan anti bakteria.
  • Methoxyflavon – Meningkatkan hormon testosteron lelaki yang membantu dalam kekuatan jisim tulang, pembakaran lemak, meningkatkan kekuatan otot dan meningkatkan kesihatan sel darah merah dan sperma.

.

.

.

Khasiat Kunyit Hitam

.

.

Khasiat daripada tumbuhan ini dapat melegakan dan menyembuhkan pelbagai penyakit.

.

Tak hairan lah banyak telah digunakan secara turun temurun.

.

Untuk mengetahui apa khasiat dan kelebihan tumbuhan ini, kami ada sediakan senarainya.

.

.

1. Penyakit Paru-paru

.

.

Kunyit hitam baik untuk penyakit paru-paru.

.

Ia telah digunakan oleh orang-orang terdahulu secara turun temurun.

.

Ia juga banyak digunakan untuk menyembuhkan penyakit berkaitan paru-paru seperti:

  • Asthma
  • Pneumonia
  • Bronchitis

.

Kandungan bahan aktif yang ada dalam tumbuhan ini tidak mengganggu prosedur rawatan serta ubatan moden.

.

Ia juga tidak mengganggu sistem imun badan, sebaliknya rawatan lain seperti chemoterapi boleh mengganggu sistem ini.

.

.

2. Kesan Antioksida

.

.

Antioksida antara khasiat yang terbaik yang ada didalam tumbuhan herba kunyit, terutama sekali kunyit yang hitam.

.

Kurkumin yang ada dalam tumbuhan ini sangat-sangat efektif untuk menutralkan kestabilan sel dalam badan.

.

Disebabkan elemen antioksida ini lah yang menyebabkan herba ini sangat baik untuk badan.

.

Jangan tak tahu ia juga boleh melambatkan proses penuaan tau.

.

.

3. Efek Anastetik

.

.

Kunyit hitam dianggap sebagai herba tahan sakit yang terbaik.

.

Ruam, sakit gigi, sakit sendi dan masalah penghadaman juga boleh di legakan dengan kunyit hitam.

.

Penting diingatkan, tumbuhan ini perlu diambil secara terkawal dan tidak berlebih-lebihan.

.

.

Ianya bergantung kepada penyakit yang sedang anda alami.

.

Kami sarankan sebelum anda ambil herba ini, pastikan anda dapat nasihat daripada pakar atau doktor terlebih dahulu.

.

Apapun, banyakkan manfaat kunyit hitam ni?

.

.

4. Kesan Anti-radang

.

.

Jika anda ada rasa pedih-pedih pada kulit, kunyit hitam adalah antara petua yang anda boleh cuba.

.

Ini kerana herba ini mengandungi agen anti-radang yang mana baik untuk kegatalan pada kulit dan keradangan kulit.

.

Gilis dan sapukan cecair tadi pada kulit, biarkan sehingga kering supaya meresap kedalam permukaan kulit, kemudian bilas.

.

.

5. Mencegah Kanser

.

.

Tahukah anda, kunyit hitam asli boleh mencegah pelbagai penyakit kanser?

.

Kajian sains telah dibuktikan bahawa herba ini boleh menghalang sel kanser daripada merebak.

.

Kajian lain juga menunjukkan gabungan rawatan chemoterapi dengan kunyit hitam dapat membantu melawan sel kanser dengan lebih baik.

.

.

Ini tips terbaik untuk mereka yang menghidap penyakit kanser.

.

Apa-apa pun sila minta nasihat daripada doktor anda dahulu sebelum anda ambil herba ini.

.

Mungkin mereka ada tips dan nasihat yang betul untuk anda cuba rawatan ini dengan selamat.

.

.

6. Obesiti dan diabetes

.

.

Jangan tak tahu, kunyit hitam ni boleh membantu mengurangkan lemak dalam badan tau.

.

Jika anda sedang mencari cara untuk kurangkan berat badan, untuk pemulaan mungkin anda dah boleh cuba letakkan kunyit hitam dalam masakan anda.

.

Ia juga baik untuk penghadaman dan membantu mencegah penyakit hati.

.

Ia boleh mengurangkan risiko masalah rintangan insulin dalam badan.

.

.

Baca Selepas Ini: Gaya Hidup Sihat – 15 Tips Jaga Kesihatan Secara Menyeluruh

.

.

7. Membantu mencegah ulser perut

.

.

Pernah tak anda terfikir, setiap hari kita makan tak ingat dunia tak ada masalah apa-apa ke pada perut?

.

Berita baik, kalau anda risau tentang kesihatan perut anda, apa kata anda amalkan ambil kunyit hitam ini dalam masakan.

.

Khasiat daripada tumbuhan ini dapat merawat masalah yang berlaku dalam penghadaman anda seperti ulser usus.

.

Anda juga boleh amalkan supplemen tambahan kunyit hitam.

.

.

8. Merawat sakit sendi

.

.

Osteoarthritis ialah penyakit yang berlaku pada sendi di seluruh badan anda.

.

Simptomnya ialah bila anda rasa sakit dan tegang pada bahagian sendi.

.

Apabila ini berlaku, kunyit hitam boleh membantu merawat sakit sendi anda.

.

Kandungan yang ada dalam kunyit ini boleh juga dijumpai dalam ubat Ibuprofen (Sejenis ubatan yang digunakan untuk mengurangkan rasa sakit)

.

.

9. Mencegah Pembentukan Bakteria

.

.

Jika anda pergi kehospital, kebiasaannya doktor akan beri anda ubat antibiotik untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria ataupun kulat.

.

Tapi tahu tak, selain ubatan hospital, antibiotik juga boleh dijumpai dalam tumbuhan? Sudah tentulah kunyit hitam antara salah satunya.

.

Ia boleh dijumpai dalam bentuk pati, minyak dan serbuk.

.

.

Kesan antibakteria yang ada dalam kebaikan kunyit jenis ini telah pun dibuktikan sejak 50 tahun yang lepas, iaitu

.

Ia juga baik untuk mereka yang mempunyai masalah kulat pada kulit dan kawasan kuku.

.

Masalah bakteria dan kulat ini jika tidak dirawat dengan cepat, boleh menyebabkan keadaan menjadi serius dan boleh membawa maut.

.

.

Salah satu penyakit yang boleh terjadi ialah pneumonia.

.

Amalan menggunakan herba ini boleh membantu anda mencegah dan merawat masalah ini daripada menjadi lebih teruk.

.

.

10. Meningkatkan stamina

.

.

Sama juga dengan tumbuhan yang jatuh dibawah keluarga ‘Halia’, kunyit hitam juga boleh berfungsi sebagai supplement tambahan untuk anda.

.

Semua jenis kunyit dan halia merupakan herba perubatan tradisional yang baik yang boleh anda masukkan dalam diet anda.

.

Ia boleh meningkatkan stamina, meningkatkan tenaga, menambah jisim tulang dan otot, serta meningkatkan kesihatan terutamanya kesihatan lelaki.

.

.

Ini kerana kunyit jenis ini telah terbukti boleh meningkatkan penghasilan hormon testosteron jika diambil secara terkawal.

.

Bagi mereka yang nak ambil khasiat daripada herba ini, anda perlu ambil dalam kuantiti kurang daripada 500 mg sehari.

.

Jika tidak, masalah kesihatan lain boleh terjadi kepada anda.

.

.

.

.

Cara makan kunyit hitam

.

Banyak cara yang anda boleh cuba untuk ambil khasiat kunyit hitam untuk lelaki, mahupun khasiat kunyit hitam untuk perempuan.

.

Cara makan kunyit hitam senang sahaja. Ada orang rebus atau bakar tumbuhan ni.

.

Ada orang beli sahaja kapsul untuk kunyit hitam ni yang ada dipasaran sekarang. Produk dalam bentuk jus pun ada.

.

.

Konklusinya

.

.

Kunyit hitam antara tumbuhan yang paling terbaik yang telah digunakan secara turun temurun di serata dunia

.

Antara khasiatnya seperti digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti masalah penghadaman, penyakit paru-paru dan kanser.

.

Namun penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pakar dan harus lah berada dibawah pengawasan doktor anda.

.

.

Ini supaya setiap punca dan kesan sampingan yang berlaku mudah untuk dikenalpasti oleh doktor serta rawatan sebaiknya dapat diberikan kepada anda.

.

Pastikan supplement yang anda beli dikedai jamu, farmasi, mahupun kedai online perlulah mempunyai kelulusan pihak yang berkuasa seperti KKM.

.

Ini bagi memastikan produk yang anda ambil itu selamat daripada kesan-kesan negatif yang boleh berlaku kepada anda.

.

Baiklah itu sahaja untuk perkongsian kali ini.

.

.

Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Cara Jaga Penampilan – Tips Lelaki Untuk Nampak Kemas & Yakin

.

.

Share

Recent Posts

Viagra, Cialis, Stendra – Panduan Cara Memilih Ubat Keraskan Zakar Terbaik

"Patut ke aku beli Viagra, Cialis, Stendra?" Bisik Harith dalam hati. . Sejak kebelakangan ni, dah macam malas nak 'all…

3 days ago

Ezerex Malaysia – Ini Semua Yang Anda Perlu Tahu (Panduan Penggunaan)

Ezerex Malaysia tu apa ek? . Sejak kebelakangan ini, banyak doktor sakit tuan di Malaysia yang cadangkan guna ubat ni.…

1 week ago

11 Herba Terbaik Untuk Lelaki 40-an – Senarai Lengkap Tumbuhan Terbaik Untuk Batin & Kesihatan

Herba kuat lelaki adalah antara carian yang banyak di google. . Kebanyakkan daripada mereka yang mencari herba lelaki ini berumur…

2 months ago

Ruam HIV – Punca, Simptom & Rawatan Yang Wajib Tahu.

Ruam hiv merupakan masalah yang kita jarang dengar. . Tetapi ramai yang ahu tentang penyakit HIV, cuma tak ramai yang betul-betul…

2 months ago

Best Erectile Dysfunction Clinic in Malaysia [UPDATED LIST 2022]

Individuals who suffer erectile dysfunction and seem to search for the best treatments to cater the problem, this article is…

2 months ago

Klinik Mati Pucuk Terbaik di Malaysia [UPDATED 2022]

Ramai individu yang mengalami mati pucuk buntuk macam mana nak selesaikan masalah mereka ini. . Dikalangan mereka juga ada yang sedang…

2 months ago