Kurap di kemaluan agak jarang kita dengar.
.
Yang kita tahu kurap di badan sahaja kan?
.
Sebenarnya masalah ini boleh berlaku kepada siapa sahaja.
.
.
Tapi sama ada anda sedar atau tidak, anda kena tahu anda juga mungkin berisiko mendapat masalah ini.
.
Jadi sebagai persediaan untuk anda, kami sediakan info lengkap tentang masalah kurap di kemaluan ini.
.
Baca sampai habis untuk tahu petua menghilangkan kurap di kemaluan.
.
.
.
Baca Selepas Ini: Cara Kira BMI – Ini Tips Berat Badan Sihat Yang Anda Wajib Tahu
.
.
.
Kurap Di Kemaluan
.
.
Kurap di bahagian kemaluan atau ringworm ialah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat pada bahagian alat sulit.
.
Biasanya mereka yang mengalami masalah ini akan menunjukkan simptom tompok merah-merah pada kulit di serata bahagian badan, dan juga di kawasan kemaluan.
.
Selain itu pesakit juga akan rasa gatal-gatal, pedih-pedih dan rasa tidak selesa pada kawasan kurap di kemaluan.
.
.
Untuk tahu punca masalah kurap di kemaluan ini anda perlu tahu macam mana ia berfungsi terlebih dahulu.
.
Kurap di kemaluan atau diseluruh bahagian badan biasanya terjadi disebabkan oleh jangkitan kulat pada bahagian tersebut.
.
Kulat ini disebut sebagai dermatophytes.
.
.
Dermatophytes hidup dengan memakan sel keratin yang ada pada kulit manusia.
.
Ini termasuk bahagian kulit, kuku dan bahagian rerambut di seluruh badan.
.
Kulat yang terkumpul akan menyebabkan jangkitan kulat pada bahagian badan, dalam kes ini bahagian kurap di kemaluan manusia.
.
.
Untuk pengetahuan, penyakit ini boleh merebak kepada orang lain.
.
Tetapi ianya tak lah begitu serius seperti penyebaran wabak-wabak yang lain.
.
Mungkinkah anda ada risiko penyakit ini? Jom tengok apa punca masalah kurap di kemaluan ini.
.
.
Punca Masalah Kurap Di Kemaluan
.
.
Macam yang kita bincangkan tadi, penyakit kurap di kemaluan ini boleh merebak.
.
Namun, punca kepada masalah ini ada banyak,.
.
Boleh jadi, setiap orang akan dijangkiti kulat dengan cara yang berbeza-beza
.
.
Untuk mudah difahami, min ada senaraikan punca – punca kurap di kemaluan. Antaranya seperti:
- Manusia dengan manusia – Ianya boleh terjadi disebabkan individu yang ada disekeliling anda, yang mana mereka telahpun dijangkiti dengan kulat. Jadi, sentuhan fizikal antara anda dan pesakit sudah tentu akan menambahkan lagi risiko anda mendapat masalah ini. Bagi pasangan yang telah berkahwin, mungkin aktiviti seks perlu dielakkan selagi mana masalah kurap di kemaluan pasangan belum sembuh.
- Haiwan dengan manusia – Ini berlaku apabila anda bersentuhan dengan binatang yang ada dijangkiti kurap. Ini terutama sekali kepada mereka yang membela kucing atau anjing dirumah sebagai haiwan peliharaan. Lain-lain haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kuda dan biri-biri juga boleh menyebarkan kurap. Mereka yang tidak membasuh tangan selepas menyentuh binatang berisiko tinggi untuk dijangkiti kurap.
- Objek dengan manusia – Tak mustahil kurap boleh merebak melalui objek yang baru disentuh oleh manusia atau haiwan. Contohnya seperti tuala, tempat tidur, sofa, dan tempat tidur binatang peliharaan. Sudah tentu anda akan dijangkiti sebaik sahaja anda duduk dan menyentuh objek tersebut.
.
.
Selain itu, ada juga risiko lain yang meningkatkan lagi kemungkinan anda akan dijangkiti kurap di kemaluan ini.
.
Risiko masalah ini mungkin boleh terjadi jika anda:
- Tinggal ditempat yang panas dan lembab
- Banyak berpeluh
- Bersentuhan dengan mereka yang telah dijangkiti kulat, baik manusia atau haiwan.
- Berkongsi pakaian, tempat tidur atau tuala dengan mereka yang mempunyai masalah ini
- Melakukan aktiviti yang melibatkan sentuhan pada kulit
- Pakai pakaian yang ketat dan kedap udara
- Mempunyai immune sistem yang lemah
.
.
.
Tanda Kurap Di Kemaluan
.
.
Bagi masalah kurap di kemaluan, ada beberapa tanda-tanda yang boleh anda perhatikan.
.
Kebiasaannya simptom masalah jangkitan kulat boleh dikenal pasti dari hari ke 4 hingga hari ke 10 selepas anda bersentuhan dengan mereka yang dijangkiti.
.
Jika anda rasa anda telah dijangkiti kurap di kemaluan, ini antara yang anda akan alami:
- Tompok bulat seperti cincin pada kawasan alat kelamin, celah peha, dan punggung.
- Tompok merah kelihatan timbul dan menggelupas
- Rasa pedih dan sakit pada bahagian sekitar alat sulit yang dijangkiti
- Tompok-tompok bulat merah muncul semakin banyak dan bertindih
- Terdapat air atau nanah pada bahagian yang dijangkiti pada alat sulit.
.
.
Bagi lelaki, mungkin tanda tompok-tompok merah akan kelihatan pada celahan peha, kawasan kulit zakar atau kantung zakar mereka.
.
Bagi wanita pula, tanda-tanda ini boleh dilihat pada bahagian luar bibir faraj, punggung, dan celah peha. Untuk masalah kurap di kemaluan ini, kebiasaannya jangkitan kulat ini hanya terhad pada bahagian luar kulit sahaja.
.
Jarang sekali ada kes jangkitan yang menyebabkan penyakit dalaman seperti kegagalan organ dan lain-lain penyakit dalaman.
.
Tetapi penyakit ini agak susah untuk dirawat bagi mereka yang menghidap penyakit HIV.
.
Apapun baca lagi, kami ada kongsikan petua hilangkan kurap dikemaluan dibawah.
.F
.
Baca Selepas Ini: Kunyit Hitam – Ini Semua Khasiat Yang Anda Wajib tahu!
.
.
Cara Merawat Kurap Di Kemaluan
.
.
Sudah tentu setiap penyakit ada penawarnya.
.
Tapi jika tidak kita yang mengamalkannya, siapa lagi yang nak bantu betul tak?
.
Tips yang min senaraikan ini boleh anda cuba untuk merawat jika anda ada masalah kurap di kemaluan.
.
1. Produk antifungal
.
.
Untuk merawat masalah ini, anda boleh gunakan krim antifungal yang boleh anda dapatkan di farmasi.
.
Ianya cukup untuk membantu anda membunuh kulat dan menyihatkan kembali masalah kurap di kemaluan anda.
.
Sapukan krim antifungal pada tempat yang terkena kurap sebanyak 2 hingga 3 kali sehari dan biarkan ia meresap pada kulit.
.
.
2. Pakaian
.
.
Pakai pakaian yang longgar dan nipis supaya kawasan yang terkena kurap tersebut boleh kekal kering dan tidak lembab.
.
Ini terutama sekali kepada mereka yang mempunyai masalah kurap dikemaluan.
.
Keadaan yang lembab dan panas boleh melambatkan proses penyembuhan dikawasan tersebut.
.
.
3. Tukar cadar
.
.
Tukar cadar dan sarung bantal anda setiap hari atau selagi masalah kurap di kemaluan anda tidak selesai.
.
Lagi lama anda tidur di tempat tidur yang ada kulat tadi lagi lambat ia untuk sembuh.
.
Ini juga bagi mengelakkan pasangan anda daripada menerima masalah yang sama.
.
Anda boleh guna air panas dan peluntur untuk membunuh bakteria dan kulat yang ada pada tempat tidur anda.
.
.
4. Tukar pakaian dalam
.
.
Jika anda ada masalah kurap di kemaluan, tukar seluar dalam anda setiap kali anda mandi untuk pastikan kawasan alat sulit anda sentiasa bersih dan kering.
.
Selain itu, anda digalakkan mandi dengan menggunakan sabun atau shampoo antifungal setiap hari supaya tubuh anda kekal bersih tanpa kulat.
.
Pastikan kawasan alat sulit dan seluruh tubuh badan anda kering sebelum anda nak pakai baju untuk elakkan jangkitan kekal membiak.
.
.
5. Jumpa doktor
.
.
Anda dah guna macam-macam produk, tapi masalah gatal-gatal dan pedih pada alat sulit anda masih tidak sembuh.
.
Jika masalah kulat di kemaluan anda tidak selesai, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor.
.
Mungkin jangkitan ini disebabkan oleh faktor lain atau yang punca lebih serius.
.
Jadi hanya pakar sahaja yang boleh mengetahui apakah punca dan rawatan yang sesuai untuk anda.
.
.
.
.
Cara Mencegah Kurap Di Kemaluan
.
.
Masalah kurap agak sukar untuk kita cegah jika masalah itu semakin serius.
.
Kulat yang boleh menyebabkan masalah kurap juga ada dimana-mana sahaja.
.
Simptom dan tanda-tandanya juga muncul agak lambat.
.
.
Jika anda dapat tahu yang anda telah dijangkiti fungus pun, mungkin waktu itu simptom telah menjadi agak serius.
.
Jadi sebab itu lah pentingnya anda ambil langkah pencegahan awal bagi mengelak masalah seperti ini berlaku kepada anda, dan keluarga anda.
.
Ini min ada senaraikan beberapa langkah-langkah pencegahan yang boleh anda ambil.
.
.
1. Ambil tahu
.
.
Habiskan masa beberapa minit sehari dengan baca tips-tips dan info kesihatan, terutama sekali berkenaan jangkitan kuman dan fungal.
.
Dengan ini, anda akan lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling anda, atau apabila anda berjumpa dengan orang ramai.
.
Kongsikan tentang bahayanya jangkitan kulat pada keluarga anda supaya risiko jangkitan dapat dikurangkan.
.
.
2. Jaga kebersihan
.
.
Banyakkan basuh tangan dan kekalkan berada dalam persekitaran yang bersih.
.
Terutama sekali ketika berada di tempat kerja, sekolah dan ketika melakukan aktiviti sukan.
.
Pastikan segala barangan yang kita bawa seperti dompet, beg, dan smartphone sentiasa bersih daripada kotoran dan fungi.
.
.
3. Kekal kering
.
.
Untuk elakkan pembiakan bakteria dan kulat, tubuh badan anda mestilah kekal kering.
.
Terutama sekali dibahagian ketiak, alat sulit dan bahagian lain yang banyak mengeluarkan peluh.
.
Ini kerana bakteria dan kulat lebih aktif membiak dalam keadaanpanas dan lembab.
.
.
4. Haiwan peliharaan
.
.
Perhatikan sama ada haiwan peliharaan ada masalah kurap ataupun tidak.
.
Kebiasaannya masalah kurap ini boleh nampak pada tompok-tompok yang tiada bulu pada badan haiwan tersebut.
.
Jika ada tanda-tanda ini, kami sarankan anda pergi ke klinik veterinar untuk pemeriksaan selanjutnya.
.
.
5. Barangan peribadi
.
.
Tak perlu kongsi segala barangan peribadi anda.
.
Elak berkongsi barangan seperti pakaian, tuala, sikat, alat mandian, dan lain-lain.
.
Pastikan segala alatan asas seperti ini telah anda sediakan terlebih dahulu untuk mengelakkan anda dari meminjam milik orang lain.
.
Tips ini penting untuk mereka yang ada pasangan.
.
.
.
Setelah anda lakukan segala tips-tips ini, min yakin mesti masalah kurap di kemaluan dapat dielakkan.
.
Bukan itu sahaja, ahli keluarga anda juga akan turut terhindar daripada masalah kesihatan lain yang disebabkan oleh pembiakan bakteria.
.
.
Konklusi
.
.
Masalah kurap sering berlaku kepada mereka yang tidak peka tentang masalah kesihatan yang boleh berlaku kepada mereka.
.
Terutama sekali kepada mereka yang tidak mengambil berat tentang kebersihan tubuh badan dan persekitaran mereka.
.
Jangan abaikan masalah kurap di kemaluan ini.
.
.
Walaupun ianya merupakan jangkitan kulit yang biasa berlaku, tindakan yang pantas boleh menghalang penyakit tersebut daripada membiak dan merebak.
.
Anda mestilah sentiasa menjaga kebersihan diri dan keadaan sekeliling anda untuk mencegah jangkitan terutama sekali kurap di kemaluan anda.
.
Baiklah itu sahaja untuk perkongsian kali ini.
.
.
Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.
.
Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.
.
.
Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.
.
Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.
.
Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.
.
.
.
Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga bermanfaat!
.
Assalamualaikum.
.
.
Baca Sekarang: Tanda Kawan Anda Takut Bini – Jom Sedarkan Mereka.
.
.