Shhh.. Nak Belajar Cara Romen?

Ini Teknik Khas untuk Tahan Lama + Zakar lebih Keras


Percuma untuk anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan Sekejap ni

Parkinson’s – Tanda, Punca, Tips & Semua Yang Anda Wajib Tahu

Oleh J. Arman. Fakta perubatan disemak Oleh Dr. Roland Victor (MD)
4 months ago

Parkinson’s merupakan salah satu penyakit otak.

.

Biasanya kalau anda perhatikan penyakit ini selalu berlaku pada mereka yang berumur.

.

Tetapi ada juga orang umur pertengahan 40an terkena penyakit ini.

.

.

Tetapi apa risiko lain yang penghidap penyakit parkinson’s?

.

Ada sampai tepat pada masanya.

.

Jom baca dengan lebih lanjut penerangan yang lebih terperinci ini.

.

.

Baca Selepas Ini: Kolesterol Tinggi – Tips Cara Kurangkan Kolesterol Paling Mudah & Berkesan

.

.

.

Apa itu Penyakit Parkinson’s?

.

.

Parkinson’s ialah sejenis penyakit kemerosotan sel-sel otak.

.

Tanda pertama yang boleh dilihat ialah gangguan terhadap pergerakan.

.

Pergerakan yang lancar dan tiada gangguan terjadi disebabkan oleh dopamine yang dihasilkan pada otak.

.

.

Ianya dihasilkan pada satu bahagian otak yang dipanggil Substantia Nigra.

.

Penyakit parkinson’s berlaku apabila sel bahagian substantia nigra mati.

.

Apabila ini berlaku, tahap dopamine dalam badan berkurang dan tidak dapat dihasilkan.

.

.

Jika kadar berkurang kepada 60% ke 80%, tanda-tanda penyakit parkinson’s akan mula muncul.

.

.

Fasa Penyakit Parkinson’s

.

.

Penyakit parkinson’s bersifat progresif.

.

Bermakna tanda-tanda penyakit ini akan menjadi lebih teruk hari demi hari.

.

Doktor menyatakan ada lima fasa penyakit parkinson’s.

.

Fasa ini membantu ahli perubatan profesional mengenalpasti fasa penyakit berdasarkan simptom pesakit.

.

.

Fasa 1

.

.

Fasa pertama ini ialah fasa yang paling ringan.

.

Anda mungkin tidak akan rasa apa-apa perubahan yang ketara kerana ia masih lagi tidak mengganggu aktiviti harian anda.

.

.

Fasa 2

.

.

Perubahan daripada fasa 1 ke fasa 2 mungkin mengambil masa berbulan-bulan, malah bertahun.

.

Setiap orang mempunyai jarak waktu yang berbeza-beza.

.

Di fasa ini, anda mungkin akan mengalami beberapa simptom seperti:

  • Kekejangan otot
  • Tangan menggeletar
  • Perubahan pada ekspresi muka
  • Menggigil

.

.

Masalah pada otot ini boleh menyusahkan pesakit untuk melakukan tugasan harian.

.

Walaubagaimanapun, pesakit tidak mempunyai masalah dari segi keseimbangan badan.

.

Pesakit masih lagi boleh melakukan urusan harian.

.

.

Fasa 3

.

.

Di fasa sederhana ini, simptom tadi akan mula berubah.

.

Walaupun simptom yang anda rasakan masih sama, tapi di fasa ini ia lebih jelas kelihatan.

.

Di fasa ini juga, simptom parkinson’s akan mula mengganggu tugasan harian anda.

.

.

Anda akan mula lakukan tugas dengan sangat perlahan.

.

Tetapi di fasa ini anda masih lagi mampu untuk berdikari tanpa pertolongan orang sekeliling.

.

.

Fasa 4

.

.

Di fasa 4, anda akan mengalami kesukaran untuk berdiri tanpa tongkat atau alat sokongan berjalan.

.

Riaksi pergerakan otot merosot dengan mendadak.

.

Di fasa ini juga, pesakit memerlukan pertolongan daripada orang tersayang.

.

Tinggal bersendirian bukan lah pilihan yang terbaik.

.

.

Fasa 5

.

.

Di fasa terakhir ini, pesakit memerlukan sokongan penuh untuk segala hal.

.

Kebanyakkan mereka yang menghidap penyakit parkinson’s tahap ini memerlukan kerusi roda untuk bergerak.

.

Pesakit juga akan mengalami gangguan seperti:

  • Kekeliruan tentang perkara sekeliling
  • Delusi terhadap sesuatu perkara
  • Berhalusinasi

.

.

.

Jika anda mengalami simptom-simptom yang diterangkan diatas, pastikan anda dapatkan rawatan yang segera seeloknya dari fasa pertama.

.

.

Tanda Penyakit Parkinson’s

.

.

Untuk kenal pasti apa penyakit yang sedang berlaku kepada anda, anda perlu tahu apakah tanda-tanda yang ditunjukkan.

.

Selain tanda-tanda inilah boleh digunakan untuk ketahui fasa penyakit parkinson’s anda.

.

Sesetengah tanda-tanda penyakit parkinson’s boleh berlaku beberapa tahun sebelum tanda yang lebih kronik berlaku.

.

.

Antara tanda-tanda awal penyakit parkinson’s seperti:

  • Deria bau berkurangan
  • Sembelit
  • Tulisan tangan yang bertukar buruk
  • Suara berubah
  • Badan membongkok

.

Yang diterangkan diatas ialah tanda awal yang mungkin boleh berlaku.

.

.

Tetapi jika ia makin teruk, ini masalah yang mungkin akan anda hadapi:

  • Menggeletar
  • Pergerakan perlahan
  • Otot kejang (tangan & kaki)
  • Sukar untuk stabilkan badan

.

Antara simptom lain yang boleh berlaku:

  • Masalah kulit seperti kerak putih atau kuning (seborrheic dermatitis)
  • Kanser kulit (Melanoma)
  • Gangguan tidur (Mimpi buruk, bercakap dan bergerak)
  • Tekanan perasaan
  • Anxiety
  • Halusinasi
  • Konsentrasi berkurang
  • Masalah memori
  • Masalah berkomunikasi

.

.

Tanda awal penyakit parkinson’s mungkin sukar untuk dikenal pasti.

.

Tetapi tanda yang paling mudah untuk anda lihat ialah melalui pergerakan yang agak terganggu.

.

.

Punca Penyakit Parkinson’s

.

.

Punca utama penyakit parkinson’s masih lagi tidak diketahui oleh pakar.

.

Ia mungkin boleh jadi disebabkan masalah genetik atau gangguan persekitaran.

.

Sesetangah pakar mempercayai, virus juga boleh menyebabkan penyakit parkinson’s.

.

.

Kadar dopamine yang rendah juga merupakan penyebab utama.

.

Disebabkan tiada punca jelas kenapa penyakit ini boleh terjadi, pakar telah senaraikan siapa yang berisiko penyakit ini:

  • Lelaki – Kaum lelaki 50% kali ganda lebih banyak yang menghidap penyakit parkinson’s berbanding wanita.
  • Bangsa – Pakar mendapati, mereka yang berbangsa eropah lebih mudah untuk menghidap parkinson’s berbandin orang asia dan afrika.
  • Umur – Penyakit parkinson biasa terjadi dari mereka yang berumur 50 hingga 60 tahun. Hanya kurang dari 5% daripada mereka berumur kurang 40 tahun.
  • Sejarah keluarga – Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit parkinson’s berisiko menghidap penyakit yang sama.
  • Bahan toksin – Terdedah kepada bahan kimia bertoksin boleh meningkatkan risiko penyakit parkinson’s
  • Kecederaan kepala – Mereka yang pernah mengalami kecederaan pada kepala mungkin mengalami kecederaan pada bahagian dalam otak.

.

.

Setiap tahun, ada sahaja kajian yang dijalankan untuk mengenal pasti punca penyakit ini

.

Tetapi kajian tersebut masih lagi belum menemukan apa-apa punca utama bagaimana penyakit ini terjadi.

.

.

Rawatan Parkinson’s

.

.

Kebiasaannya penyakit seperti parkinson’s, demensia dan alzheimer’s mempunyai cara rawatan yang lebih kurang sama.

.

Antara cara rawatan penyakit parkinson yang biasa diberikan ialah seperti:

  • Perubahan gaya hidup
  • Ubatan
  • Terapi

.

Selain itu rehat yang mencukupi, bersenam dan diet yang seimbang penting untuk pastikan badan dapat berfungsi dengan baik.

.

.

Ini terapi yang biasa diberikan pada penghidap parkinson’s:

  • Terapi pertuturan
  • Cara kerja
  • Terapi fizikal

.

Terapi yang disenaraikan ini boleh membantu pesakit untuk berkomunikasi dengan baik dan berdukari.

.

Dalam semua kes penyakit parkinson’s, ubat-ubatan akan diberikan untuk membantu mengawal pelbagai masalah fizikal dan mental pesakit.

.

.

Antara ubatan yang biasa diberikan kepada pesakit seperti:

  • Levodopa
  • Carbidopa
  • Bromocriptine/Pramipexole/Ropinirole
  • Benztropine/Trihexyphenidyl
  • Amantadine
  • Entacapone/Tolcapone
  • Selegiline/Rasagiline

.

.

Selain daripada rawatan diatas, rawatan pembedahan juga boleh dilakukan jika rawatan tadi tidak berhasil dan tidak efisien.

.

.

Baca Selepas Ini: Gaya Hidup Sihat – 15 Tips Jaga Kesihatan Secara Menyeluruh

.

.

Tips Untuk Pesakit Parkinson’s

.

.

Bagi pesakit yang menghidap penyakit ini, mereka akan mempunyai masalah untuk lakukan aktiviti harian.

.

Tetapi ada latihan yang boleh anda cuba untuk membantu anda bergerak dengan lebih lancar dan selamat.

.

Tips waktu berjalan:

  • Jalan dengan berhati-hati
  • Jangan tergopoh-gapah
  • Pastikan tumit menyentuh lantai terlebih dahulu
  • Betulkan postur badan dan berdiri dengan tegak

.

.

Untuk elak terjatuh:

  • Jangan berjalan kebelakang
  • Cuba untuk tidak bawa beban ketika berjalan
  • Elakkan membongkok atau bersandar
  • Untuk pandang kebelakang jangan pusing, berjalan dalam bentuk ‘U’
  • Buang semua perabot yang boleh menyebabkan anda terjatuh seperti karpet & meja lantai.

.

.

Apabila pakai baju:

  • Ambil masa perlahan-lahan, jangan kejar masa
  • Pilih baju yang mudah dipakai dan ditanggalkan
  • Cuba pilih pakaian yang gunakan klip velkro dan bukan butang
  • Pakai seluar pinggang bergetah dan bukan yang berzip atau butang.

.

.

Pemakanan

.

.

Untuk mereka yang menghidap parkinson’s, diet memainkan peranan penting.

.

Walaupun ia tidak dapat merawat atau mencegah penyakit parkinson’s, pemakanan yang sihat boleh membantu dari segi lain.

.

Disebabkan parkinson’s berpunca dari kekurangan dopamine dalam otak, penjagaan pemakanan tadi dapat meningkatkan kadar hormon tadi.

.

.

Selain itu, makanan yang kaya dengan nutrisi dan seimbang dapat membantu mengurangkan simptom penyakit ini seterusnya melambatkan penyakit daripada menjadi teruk.

.

.

Antioksidan

.

.

Makanan yang kaya dengan antioksidan boleh menghalang kerosakan pada otak.

.

Antara makanan yang kaya dengan antioksidan ialah:

  • Kekacang
  • Buah beri
  • Cili
  • Terung
  • Tomato

.

.

Kacang Parang

.

.

Kacang parang mengandungi bahan aktif seperti levodopa.

.

Bahan ini lah yang digunakan dalam penghasilan ubat-ubat bagi penghidap parkinson’s

.

.

Omega-3

.

.

Omega-3 ialah lemak sihat yang baik untuk otak.

.

Ianya boleh didapati didalam makanan seperti:

  • Ikan salmon
  • Tiram
  • Telur
  • Badam
  • Avocado

.

Dengan pengambilan lemak sihat ini, anda perlu elakkan daripada mengambil sumber lemak yang lain terutama sekali yang mengandungi lemak tepu dan jumlah kolesterol yang tinggi.

.

Ini lah makanan yang akan meningkatkan risiko penyakit parkinson’s dan ia juga boleh jadi akan mempercepatkan kerosakan otak pesakit.

.

.

.

.

Konklusi

.

.

Setakat ini, pakar masih lagi mencari apakah yang menjadi punca kenapa terjadinya penyakit parkinson’s

.

Yang kita ketahui, penyakit ini tiada penawar dan boleh berlangsung seumur hidup.

.

Tetapi langkah awal yang diambil dapat memperlahankan tempoh penyakit ini daripada mengganggu urusan harian.

.

.

Perubahan dari segi gaya hidup dan rawatan perubatan dapat membantu masalah penyakit ini.

.

Jika anda risaukan tentang kesihatan anda, min sarankan pergi lah lakukan pemeriksaan kesihatan terutama sekali jika simptom-simptom penyakit parkinson’s mula kelihatan pada anda.

.

Baiklah itu sahaja untuk perkongsian kali ini.

.

Buat perubahan dalam hidup anda, semoga sekecil-kecil perubahan ini dapat membawa anda kepada impak positif yang lebih besar.

.

.

Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Cara Jaga Penampilan – Tips Lelaki Untuk Nampak Kemas & Yakin

.

.

Share