Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda 🤫

Dapatkan Ebook Special ini secara PERCUMA.


Nak Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?
Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan Sekejap ni

Tanda Darah Tinggi – Tanda Dan Punca Darah Tinggi Semua Perlu Tahu.

Oleh J. Arman. Fakta perubatan disemak Oleh Dr. Roland Victor (MD)

Anda tak ada darah tinggi tapi nak tahu apa tanda – tanda darah tinggi yang boleh terjadi kepada anda?

.

Meh kami kongsikan serba sedikit tentang tanda darah tinggi yang mungkin akan berlaku kepada anda sekiranya anda berpotensi untuk menghidap penyakit darah tinggi.

.

Untuk anda yang tak tahu, darah tinggi dikenali sebagai pembunuh senyap kerana tak ramai yang menjangkakan akan menghidap penyakit tersebut.

.

.

Ini kerana tanda darah tinggi kadang-kadang susah untuk kita kenalpasti diperingkat awal lebih-lebih lagi jika pesakit tersebut tidak merasakan apa-apa simptom yang pelik berlaku kepada mereka.

.

Perangai orang kita ni suka sangat buat keputusan terburu2 dengan mengjangkakan tiada simptom maka tiada penyakit.

.

Itu sebab lah ada antara mereka ini yang terkejut bila doktor kata mereka ada penyakit hipertensi.

.

Boleh Baca: Kesihatan Lelaki – Anda Tak Jantan Kalau Tak Jaga Kesihatan Kelelakian

.

.

.

“Tapi doktor saya rasa normal je, tak ada sakit dekat mana-mana pun”

.

Kebiasaannya jika penghidap darah tinggi yang tiada simptom-simptom seperti ini akan mula merasa perubahan apabila penyakit tersebut menjadi kronik dan serius.

.

Banyak tanda-tanda penyakit darah tinggi yang boleh dilihat sekiranya anda berpotensi.

.

.

Simptom Dan Tanda Hipertensi

.

Jika anda ambil berat, selalunya tanda-tanda darah tinggi boleh sahaja dikenal pasti diperingkat awal.

.

.

Cuma kalau individu yang tak tahu dan bukan salah seorang daripada penghidap darah tinggi, mungkin pada mereka ianya adalah penyakit biasa sahaja.

.

Hakikatnya, ia adalah salah satu tanda darah tinggi.

.

Dibawah kami ada senaraikan 7 tanda darah tinggi yang berkemungkinan boleh berlaku kepada anda, cuba check mana tahu ada salah satu yang sangkut dengan anda. Hihi

.

.

Sakit Kepala

.

Selalunya, kebanyakkan individu yang berpotensi menghidap penyakit darah tinggi mula-mula sekali mereka akan berasa sakit kepala yang agak kerap.

.

.

Tak boleh stress sikit, mula lah sakit kepala lah pening lah. Tak cukup rehat pun sama.

.

Ini merupakan salah satu tanda darah tinggi yang boleh dilihat diperingkat awal kebiasaannya.

.

Anda ada rasa sakit-sakit kepala? Baik pergi check sekarang!

.

.

Sesak Nafas

.

.

Banyak punca sesak nafas yang boleh berlaku sebenarnya.

.

Tetapi jika anda tiada penyakit asthma atau apa-apa penyakit yang berkait dengan saluran pernafasan, dan anda rasa sesak nafas atau mengah , boleh jadi anda mungkin menghidap pulmonary hypertension.

.

Pulmonary hypertension merupakan salah satu penyakit darah tinggi yang mengganggu sistem pernafasan.

.

Gangguan ini disebabkan oleh jumlah garam yang tinggi dalam darah menyukarkan darah untuk membekalkan oksigen keseluruh badan.

.

.

“Jalan sekejap dah mengah. Itu belum lagi naik tangga, lagi lah teruk mengahnya”

.

Biasanya sesak nafas ni tanda darah tinggi kepada pesakit yang kronik, tetapi ada juga pesakit yang dapat simptom-simptom sebegini diperingkat awal.

.

Jangan diagnose sendiri atau ambil ubat-ubatan tanpa saranan daripada doktor, penyakit darah tinggi anda boleh jadi makin serius!

.

.

.

.

Hidung Berdarah

.

Banyak punca kenapa hidung berdarah boleh berlaku antaranya disebabkan oleh penyakit darah tinggi, atau pun jangkitan rongga hidung.

.

.

Bahagian dalam rongga hidung mempunyai permukaan tisu yang lembab dan penuh dengan salur darah.

.

Apabila tisu ini luka atau pecah, hidung akan mula berdarah.

.

Pendarahan hidung yang kerap merupakan salah satu tanda darah tinggi yang boleh berlaku, terutama sekali jika anda merupakan individu dewasa dan telah meningkat umur, kemungkinan anda menghidap penyakit hipertensi itu tinggi.

.

.

Kulit Kemerah-Merahan

.

Kulit kemerah-merahan atau Flushing merupakan salah satu simptom darah tinggi yang boleh berlaku apabila tekanan darah meningkat lebih dari kadar biasa.

.

.

Kebiasaannya muka yang kemerah-merahan ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti terdedah kepada panas matahari, cuaca sejuk, makan makanan yang pedas dan panas, pengambilan alkohol, alahan pada kulit, serta tekanan darah tinggi.

.

Ada juga pakar yang membantah bahawa flushing bukan salah satu daripada tanda darah tinggi, tetapi ada juga pakar yang berpendapat ianya boleh jadi salah satu tanda penyakit darah tinggi.

.

Kebiasaannya penyakit darah tinggi susah untuk kita nampak tanda-tandanya.

.

Minta nasihat pakar jika anda nampak kulit anda kemerah merahan, boleh jadi ia penyakit darah tinggi atau mungkin penyakit bahaya yang lain boleh terjadi.

.

.

Sakit Dada

.

.

Selalunya, rasa sakit yang dirasai dibahagian dada adalah berkait dengan penyakit jantung, ataupun penyakit paru-paru.

.

Seperti penyakit darah tinggi yang sangat berkait dengan penyakit jantung, boleh jadi ia merupakan salah satu tanda yang anda akan rasa bila penyakit darah tinggi anda menjadi semakin serius.

.

Tekanan darah tinggi yang serius boleh menyebabkan saluran darah perlahan-lahan menjadi rosak, seterusnya menyempit dan mengecilkan saluran darah.

.

Saluran darah yang sempit dan mengecil ini juga boleh disebabkan oleh pengumpulan lemak dan plak yang berlebihan.

.

.

Sebab itu anda rasa sakit apabila salur darah ini tersumbat. Jika keadaan ini menjadi lebih teruk, anda juga berpotensi besar boleh menghidap penyakit jantung koronari.

.

.

Penglihatan Kabur

.

Selain penyakit jantung, paru-paru, dan masalah buah pinggang, penyakit darah tinggi yang tidak dirawat juga boleh menjadi penyebab kepada gangguan penglihatan, dan lebih teruk penyakit mata.

.

Bayangkan jika anda tak rawat penyakit darah tinggi ni, lepas tu bangun pagi tiba-tiba mata jadi kabur, dah tak boleh nampak apa-apa. Seramm.

.

.

Penyakit darah tinggi boleh menyebabkan kerosakkan saluran darah yang disalurkan pada retina dibahagian dalam bola mata.

.

Apabila oksigen tidak dapat dibekalkan dengan baik, penghasilan imej cahaya yang diterima tidak dapat diproses dengan sempurna akhirnya menyebabkan penglihatan terjejas dan kabur.

.

Kalau jantung, hati, buah pinggang rosak, boleh ada penderma, tapi setakat ini tak ada lagi pembedahan pemindahan mata yang berjaya dan yang dapat berfungsi dengan baik.

.

Transplan kornea mata ada lah.

.

Hargailah nikmat sihat yang kita ada sekarang ini.

.

.

Baca Selepas Ini:

.

.

Kencing Berdarah (Hematuria)

.

.

Penyakit darah tinggi juga boleh memberi kesan sampingan kepada organ lain seperti buah pinggang.

.

Umumnya kencing berdarah (atau hematuria) berlaku disebabkan oleh masalah buah pinggang atau pendarahan dalaman yang berlaku pada sistem perkumuhan.

.

Lebih daripada 50% pesakit buah pinggang kerap mengalami kencing berdarah.

.

Warna air kencing yang akan keluar biasanya berwarna merah, oren pekat atau merah jambu.

.

Tanda darah tinggi ini selalunya terjadi kepada pesakit yang mempunyi masalah yang serius.

.

.

Ramai yang tak sedar ini merupakan salah satu tanda darah tinggi sehingga lah ia melarat dan sudah tak dapat nak disembuhkan lagi.

.

Rajinkan diri pergi membuat pemeriksaan kesihatan sebab tanda darah tinggi susah untuk kita kenal pasti secara fizikal sebenarnya.

.

Hanya dengan pemeriksaan doktor sahaja kita boleh tahu dengan lebih terperinci mengenai tahap kesihatan kita.

.

.

Cara Periksa Bacaan Di Rumah

.

.

Untuk memastikan sama anda mempunyai penyakit darah tinggi atau tidak, anda hendaklah segera pergi berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan.

.

Tetapi ramai juga individu yang mempunyai penyakit darah tinggi mengukur tekanan darah tinggi sendiri dirumah.

.

Mudah sebenarnya nak check tekanan darah dekat rumah ni.

.

Yang pertama sekali anda kena lah ada peralatan yang betul, pastikan saiz cuff yang sesuai dan alatan tersebut mestilah berkualiti tinggi yang mampu memberi ukuran yang tepat.

.

.

Selain alatan yang betul, dibawah kami ada senaraikan beberapa langkah untuk mengelakkan ralat bacaan mendapat bacaan tekanan darah yang lebih tepat.

Elakkan pengambilan alkohol, kafein, merokok dan melakukan senaman sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mengambil bacaan.

• Tenangkan diri anda sambil duduk diatas kerusi dan di tempat yang sunyi selama lima minit. Selepas itu boleh lah mula ukur tekanan darah anda.

Baca buku manual yang disertakan dan ikuti cara-cara penggunaan alat tersebut.

• Periksa bacaan dan rekodkan bacaan tekanan sistolik & diastolik yang tertera pada skrin.

• Akhir sekali, jadikan lah aktiviti ini sebagai rutin harian atau berkala dirumah, dan tetapkan masa dan waktu yang sesuai untuk anda ukur supaya hasil ukuran tekanan darah anda lebih konsisten.

.

.

Tabiat pengambilan tekanan darah secara berkala dirumah terbukti boleh meningkatkan kualiti gaya hidup sihat dan boleh mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya seperti penyakit darah tinggi, penyakit jantung, dan penyakit buah pinggang berlaku.

.

Jangan lupa maklumkan pada doktor jika tekanan darah anda meningkat melebihi paras normal, tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa.

.

Tekanan darah juga boleh ditentukan dengan hanya menggunakan tangan dan stopwatch sahaja. Zaman sekarang stopwatch pun dah ada dekat dalam telefon pintar kita.

.

Anda hanya perlu letakkan jari anda dibawah pergelagan tangan pada salur arteri, dan teruskan mengira.

.

.

Kirakan dalam masa 15 saat berapa kali denyutan nadi yang anda rasa pada tangan anda, selepas itu darabkan dengan 4 untuk dapatkan hasil tekanan darah.

.

Secara purata kadar degupan jantung individu yang normal adalah dibawah 60 – 100 bpm (beat per minutes). Untuk ahli sukan dan atlet pula dalam 40bpm.

.

.

.

.

Jadi jika anda dapati degupan jantung anda melebihi 100bpm, itu bermakna ada kemungkinan besar anda menghidap penyakit darah tinggi.

.

Segera lah pergi berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan secepat munkin.

.

Jika anda nak tahu apa kesan penyakit darah tinggi terhadap kesihatan lelaki, boleh tonton video penerangan dibawah.

.

.

.

Kami di SuamiSihat.com.my sangat mengambil berat tentang kesihatan anda, terutama sekali apabila ianya berkenaan dengan kesihatan lelaki.

.

.

Sebenarnya fokus kami adalah untuk berkongsi informasi yang terkini dan sahih kepada setiap individu lelaki dan juga para suami.

.

Ini juga bagi memastikan setiap dari mereka celik dan lebih peka tentang masalah kesihatan terutama sekali masalah kesihatan lelaki.

.

Jika anda berminat untuk terus menyokong SuamiSihat, anda boleh like page kami dibawah

 

 

.

Kami harap setiap hasil daripada penulisan dan perkongsian kami dapat membantu para pembaca khususnya golongan lelaki dan suami untuk lebih peka dan prihatin tentang kesihatan tubuh badan mereka.

.

Terima kasih kepada pembaca-pembaca tetap yang masih setia bersama kami. Sejujurnya kami sangat menghargai kesudian anda membaca artikel-artikel kami

.

.

Terima kasih kerana telah membaca sampai habis.

.

Semoga apa yang kami kongsikan diatas dapat kita manfaatkan bersama.

.

Assalamualaikum!

.

.

Jom Baca Sekarang: Ubat Darah Tinggi – Jenis, Fungsi, & Kesan Terhadap Kesihatan

 

.

.