Shhh.. Nak Belajar Cara Romen?

Ini Teknik Khas untuk Tahan Lama + Zakar lebih Keras


Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan Sekejap ni

Tanda Sakit Buah Pinggang – Periksa Tubuh Anda Sebelum Terlambat

Oleh J. Arman. Fakta perubatan disemak Oleh Dr. Roland Victor (MD)
4 months ago

Anda tengah cari tanda sakit buah pinggang?

.

Kalau betul, tahniah sebab anda telah sampai ke sini. 

.

Banyak mitos-mitos yang berlegar baik di group Whatsapp mahupun di Facebook.

.

.

Semuanya menyediakan petua apakah tanda awal sakit buah pinggang yang entah betul atau tidak.

.

Jadi harini min nak share tanda tanda sakit buah pinggang.

.

Yang mana tanda ini betul-betul disahkan sahih dan bukan mitos semata-mata.

.

.

.

.

Apa itu Sakit Buah Pinggang?

.

.

Buah pinggang merupakan sepasang organ yang terletak di belakang pinggang anda.

.

Lebih tepat lagi di sebelah kiri dan kanan tulang belakang anda.

.

Fungsi buah pinggang ialah untuk membersihkan darah dan menapis toksin dalam tubuh badan.

.

.

Toksin yang terkumpul tadi akan keluar melalui air kencing.

.

Masalah sakit buah pinggang berlaku apabila organ tersebut tidak boleh menapis toksin dari dalam darah.

.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan ini berlaku.

.

.

Secara umumnya, antara punca yang boleh menyebabkan masalah buah pinggang seperti:

  • Terdedah kepada bahan toksin, pencemaran alam sekitar atau ubatan tidak bertauliah lain.
  • Berpunca dari penyakit kronik lain seperti darah tinggi & diabetes.
  • Kekurangan air yang melampau
  • Kecederaan fizikal pada organ buah pinggang

.

Bila salah satu daripada punca ni berlaku, buah pinggang anda akan sesak dengan toksin yang berlebihan.

.

.

Akhirnya organ tersebut tidak boleh berfungsi seperti biasa dan menyebabkan penyakit buah pinggang.

.

Apabila dibiarkan begitu sahaja, keadaan mungkin tidak boleh diselamatkan lagi dan menyebabkan maut.

.

.

Baca juga: Cara Jaga Penampilan – Tips Lelaki Untuk Nampak Kemas & Yakin

.

.

Tanda-Tanda Sakit Buah Pinggang

.

.

Apa tanda sakit buah pinggang? Mesti anda nak tahu jawapannya kan?

.

Ada sesetengah pesakit buah pinggang akan mengalami beberapa simptom dan tanda terlebih dahulu.

.

Dan ada kalanya tiada simptom yang muncul.

.

Untuk kenalpasti apa tanda – tanda awal penyakit buah pinggang agak susah sebenarnya.

.

.

Ia selalunya agak samar dan susah untuk dibezakan dengan simptom penyakit lain.

.

Tetapi jika ianya berlaku, min ada senaraikan antara simptom awal yang mungkin boleh berlaku.

.

.

1. Kerap Letih, Kurang Tenaga & Masalah Tumpuan

.

.

Penurunan fungsi buah pinggang yang teruk boleh menyebabkan penumpukan toksin dan kekotoran dalam darah.

.

Ini boleh menyebabkan orang merasa letih, lemah dan sukar membuat tumpuan.

.

Komplikasi lain dari penyakit buah pinggang adalah anemia, yang boleh menyebabkan kelemahan dan keletihan.

.

Apabila oksigen tidak dapat dibekalkan keseluruh badan, tubuh badan anda akan cepat merasa penat dan letih akibat kekurangan sumber tenaga dan oksigen.

.

.

2. Nafas

.

.

Nafas yang pendek dan tercungap-cungap juga boleh jadi salah satu punca sakit buah pinggang.

.

Ini disebabkan oleh jumlah toksin yang terkumpul dalam darah.

.

Toksin yang banyak ini mengakibatkan oksigen tidak dapat dibawa ke seluruh badan.

.

Kesannya anda akan tercungap-cungap apabila bernafas.

.

.

3. Masalah Tidur

.

.

Apabila buah pinggang tidak menapis darah dengan betul, toksin akan kekal tersimpan didalam darah.

.

Ketika ini, badan anda akan rasa sangat tidak selesa dan tidak sedap badan.

.

Anda mungkin akan mengalami masalah untuk tidur.

.

Ada juga kaitan antara obesiti dan tanda penyakit buah pinggang yang mana masalah tidur lebih senang terjadi kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang berbanding mereka yang sihat.

.

.

4. Mual & Muntah-muntah

.

.

Tanda sakit buah pinggang lain yang boleh berlaku kepada anda ialah mual & muntah-muntah.

.

Ini juga disebabkan oksigen yang tidak mencukupi.

.

Ini kerana tubuh badan anda akan bekerja dengan lebih kuat walaupun tidak mempunyai bekalan oksigen yang cukup.

.

Seterusnya menyebabkan pening kepala, mual serta muntah-muntah.

.

.

.

.

5. Kulit Kering dan Gatal.

.

.

Buah pinggang penting untuk menapis segala toksin yang ada dalam badan kita.

.

Organ ini berfungsi untuk membuang sisa dan cecair tembahan dari badan anda.

.

Selain itu ia juga membantu dalam pembentukan sel darah merah, perbentukan tulang kuat dan berfungsi mengstabilkan jumlah mineral yang ada dalam darah.

.

.

Kulit kering dan gatal pula boleh jadi salah satu tanda sakit buah pinggang yang boleh berlaku.

.

Ini mungkin disebabkan oleh toksin yang berlebihan dan mineral yang tidak mencukupi dalam badan.

.

Ini lebih tepat terjadi apabila buah pinggang tidak lagi dapat mengekalkan keseimbangan mineral dan nutrien yang betul dalam darah.

.

.

6. Kerap Membuang Air Kecil.

.

.

Ramai yang tak tahu, kerap kencing tanda sakit buah pinggang

.

Sekiranya anda kerap membuang air kecil terutama pada waktu malam, ini boleh menjadi tanda sakit buah pinggang yang boleh terjadi.

.

Apabila fungsi buah pinggang rosak, salah satu kesannya ia boleh menyebabkan anda kerap rasa nak buang air kecil.

.

Kadang-kadang ini juga boleh jadi salah satu tanda jangkitan kencing atau penyakit prostat pada lelaki.

.

Apabila penyakit ini berlaku kepada anda, tanda seperti kuantiti air kencing yang sedikit juga mungkin boleh jadi salah satu tanda anda menghidap sakit buah pinggang.

.

.

7. Kencing Berdarah

.

.

Buah pinggang atau ginjal yang sihat biasanya akan tiada masalah dalam menapis toksin dan sel darah dalam badan.

.

Tetapi apabila fungsi tapisan darah ini rosak, sel-sel darah yang lalu ke organ ini tadi akan keluar sekali dalam air kencing.

.

Selain tanda sakit buah pinggang, darah yang ada dalam air kencing juga boleh jadi salah satu tanda penyakit tumor, batu karang, atau jangkitan pada saluran kencing.

.

.

8. Kencing Berbuih

.

.

Jika anda risau tentang kesihatan buah pinggang anda, cuba anda tengok sama ada air kencing anda berbuih ataupun tidak.

.

Kencing berbuih tanda sakit buah pinggang

.

Memang air kencing kita kadang-kadang agak berbuih, tapi anda perlu pastikan buih itu lebih daripada biasa ataupun tidak.

.

Buih berlebihan dalam air kencing – terutama yang memerlukan anda membuang beberapa kali sebelum membuang air besar – menunjukkan protein dalam air kencing.

.

Buih ini mungkin kelihatan seperti busa yang anda lihat ketika berebut telur, kerana protein biasa yang terdapat dalam air kencing, albumin, adalah protein yang sama dengan yang terdapat pada telur.

.

.

Baca Selepas Ini: Penyakit 3 Serangkai – Anda Perlu Tahu Tanda, Punca, & Cara Mencegahnya 

.

.

9. Bengkak Dibahagian Mata

.

.

Tanda sakit buah pinggang lain yang boleh anda perhatikan ialah bengkak pada mata anda.

.

Jika ini berlaku, ianya adalah disebabkan jumlah protein yang terkeluar sekali semasa anda kencing akibat dari fungsi buah pinggang yang rosak.

.

Sepatutnya zat-zat penting ini perlu disimpan dan bukannya dikeluarkan daripada badan.

.

Akhirnya tanda seperti bengkak dibahagian mata akan muncul, ini juga tanda zat penting seperti protein telah dikumuhkan sekali ke dalam air kencing.

.

.

10. Bengkak Dibahagian Kaki

.

.

Fungsi buah pinggang yang merosot boleh menyebabkan pengekalan natrium, menyebabkan pembengkakan pada kaki dan pergelangan kaki.

.

Bengkak di bahagian bawah kaki juga boleh menjadi tanda penyakit jantung, penyakit hati dan masalah urat kaki kronik.

.

Bengkak – Tanda lain yang boleh anda ambil kira ialah bengkak. Kebiasaannya pesakit akan mengalami bengkak dibahagian lutut, pergelangan kaki, dan jari kaki.

.

.

11. Selera Makan Menurun

.

.

Hilang selera makan adalah gejala yang agak umum untuk dibincangkan.

.

Jika anda menghidap penyakit buah pinggang, tubuh badan anda akan mengelami penumpuan toksin.

.

Dari kemerosotan kesihatan buah pinggang ini lah yang akan menyebabkan anda hilang selera untuk makan dan melakukan perkara-perkara lain. Ia juga memberi efek secara psikologi

.

Jika anda mengalami gejala ini ia mungkin merupakan tanda buah pinggang sakit berlaku kepada anda.

.

.

12. Kejang Otot

.

.

Ketidakseimbangan elektrolit boleh berlaku kepada anda jika anda menghidap sakit buah pinggang.

.

Ini berpunca dari gangguan fungsi buah pinggang yang tidak dapat berfungsi dengan baik.

.

Contohnya, tahap kalsium rendah dan fosforus yang kurang boleh menyebabkan kekejangan pada otot.

.

Terutama sekali dibahagian lengan, peha dan betis.

.

.

13. Sakit di bahagian abdomen

.

.

Sakit dibahagian abdomen seperti di bahagian perut, atau badan juga boleh disebabkan oleh sakit buah pinggang.

.

Ini kerana lokasi buah pinggang yang berada di atas bahagian tubuh badan membuatkan anda rasa tidak selesa.

.

Sakit di bahagian perut dan belakang badan juga boleh disebabkan oleh batu karang akibat daripada tanda sakit batu karang buah pinggang kronik.

.

Sakit dada juga mungkin boleh jadi tanda penyakit-penyakit lain, jangan ambil mudah.

.

.

14. Pengsan atau koma

.

.

Jika tubuh badan anda tidak cukup oksigen, badan anda akan berasa letih dan kemungkinan anda untuk pengsan juga tinggi.

.

Ini juga boleh jadi disebabkan kepekatan darah yang penuh dengan toksin menyukarkan darah untuk membekalkan oksigen pada seluruh badan.

.

Lebih teruk lagi, sakit kepala yang kuat boleh menyebabkan pesakit pengsan dan koma.

.

.

.

.

Kesimpulan Sakit Buah Pinggang

.

.

Tanda sakit buah pinggang boleh dicegah di peringkat awal jika anda prihatin terhadap kesihatan anda.

.

Masalah ini boleh jadi suka untuk disedari sehinggalah simptom serius berlaku kepada anda.

.

Jika anda risaukan tahap kesihatan anda, anda patut pergi membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

.

.

Ini bagi memastikan setiap simptom penyakit dapat dikenalpasti di peringkat awal dan langkah-langkah pencegahan dapat dilakukan sebelum penyakit menjadi serius.

.

Amalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan dan melakukan senaman sekurang-kurangnya sekali seminggu.

.

Pastikan juga setiap supplement dan ubat ubatan yang anda ambil telah pun mendapat nasihat daripada doktor dan pakai sebelum anda mengambilnya.

.

.

Elakkan guna ubat atau produk tradisional yang tidak ada kelulusan KKM dan yang tidak dapat dipastikan sama ada ianya selama atau tidak.

.

Kami yakin jika anda mengambil kira setiap aspek ini, anda akan memperoleh tubuh badan yang sihat dan mampu untuk melakukan kerja dan ibadah dengan lebih selesa.

.

Baiklah, itu sahaja perkongsian kami pada kali ini.

.

.

Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca.

.

Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Cara Tingkatkan Keyakinan – Tips Lelaki Untuk Nampak Alpha & Macho

.

.

Share