Shhh.. Nak Belajar Lebih Tahan Lama & Keras?

Kena belajar puaskan Bini betul-betul Bro.


Ini Teknik Tanpa Guna Ubat Kuat

Dapatkan Percuma
pancut awal

Magic Tissue – Cara Ia Berfungsi & Kesan Yang Boleh Berlaku

“Ki, kau dah kena pakai magic tissue ni”, tegur Razi.

.

Mana taknya, dah berapa kali dah bulan ni si Zaki ni tumpang rumah tidur.

.

Alasan beliau isteri merajuk, tak bagi tidur dekat rumah.

.

.

Razi pun geleng kepala je lah menengokkan kawan baik beliau kena macam tu.

.

Mula-mula tak nak cerita, last-last baru Zaki mengaku, isteri tak puas sebab sekejap sangat.

.

Anda jangan jadi macam ni. Nak guna magic tissue? Ikuti panduan ini.

.

Baca Juga: Khasiat Bawang Putih – Manfaat Untuk Lelaki. Resepi Bawang Putih Bakar+Madu

.

.

.

Masalah Pancut Awal

.

.

Anda yang masalah tewas awal? Jangan risau, anda tak keseorangan.

.

1 daripada 3 lelaki sedunia sekarang ini sedangan mengalami masalah pancut awal atau premature ejaculation (PE)

.

Jumlah tu kira banyak tuh. Maksudnya kalau kita ada dua orang member salah seorang tu mesti ada masalah ini.

.

.

Problem ni memang boleh mengganggu hubungan anda dan pasangan.

.

Ini bukan perkara kecil, tapi sangat-sangat besar dan wajib untuk diperbetulkan.

.

Bukan sahaja pasangan anda sahaja tak puas, malah pancut terlalu awal juga mengurangkan kenikmatan anda sewaktu ejakulasi.

.

.

Secara purata tempoh masa PE adalah dibawah 2 minit, lebih pada itu dikira normal.

.

Tetapi tak bermaksud anda boleh terus pancut selepas 2 minit anda mendayung yaa.

.

Yang terbaik, bagi si dia puas dulu baru pancut.

.

.

OK ke Gunakan Magic Tissue?

.

**DISCLAIMER: Artikel ini ditulis bukan bertujuan menggalakkan pembaca untuk guna produk-produk tidak berdaftar yang ada dipasaran, sebaliknya penulisan ini hanyalah sebagai perkongsian & penambahan ilmu serta informasi buat para pembaca semua. Semua yang ditulis merupakan pendapat peribadi penulis sahaja, tidak mewakili mana-mana organisasi.

.

Ramai yang dah cuba macam-macam cara untuk mengekalkan momentum semasa bersama, tapi tak berhasil.

.

Ada sesetengah Suami diluar sana, yang cuba untuk gunakan tisu pengebas seperti Magic Tissue,

.

Magic tissue ni sejenis alat bantuan untuk melengahkan pancutan.

.

.

Ia datang dalam kotak kecil yang berisi 6 paket tisu pakai buang.

.

Tisu ini mengandungi cecair untuk memberi efek kebas, seterusnya melambatkan pancutan.

.

Bahan-bahan yang digunakan dalam cecair tersebut adalah Benzalkonium Chloride & Cocamidopropyl Betaine.
.

Ya, kedua-dua bahan ini adalah cecair dadah.
.

Sepatutnya, penggunaan cecair ini perlu dikawal & diberikan preskripsi oleh Doktor berdaftar – & bukannya boleh dibeli secara over the counter.

.

.

Dua bahan ini banyak ditemui dalam alternatif masalah pancut awal.

.

Tak kira yang datang dalam bentuk krim, tisu, mahupun spray.
.

Penafian: Sejujurnya, kami di SuamiSihat tidak menggalakkan anda menggunakan Magic Tissue, kerana ianya telah lama diharamkan oleh KKM. Kami terpanggil untuk mengupas perkara ini, disebabkan penggunaan produk haram ini masih lagi berleluasa, terutamanya di pasaran gelap kosmetik & ubat kuat.
.

.

.

.

Cara Guna Magic Tissue

.

.

Untuk yang first time, kami ada sediakan panduan untuk anda. Jangan risau.

.

Anda wajib ikut panduan cara guna magic tissue ini dengan tertib, kalau tak takut tak menjadi je tuan-tuan.

.

Cara pakai magic tissue mudah sahaja, boleh ikuti langkah-langkah dibawah.
.

  1. Keraskan zakar anda pada tahap maksimum.
  2. Buka pek magic tissue dan sapukan pada zakar anda
  3. Biarkan selama 5-15 minit sehingga cecair tadi kering
  4. Basuh sehingga bersih.

.

Pastikan anda lakukan steps ini untuk maksimumkan kesannya.

.

.

Paling penting jangan mulakan dayungan selagi anda tak basuh zakar anda selepas menggunakan magic tissue.

.

Jika pasangan anda terkena cecair daripada magic tissue tadi, faraj isteri anda akan turut dapat efek kebas.

.

Lagi susah untuk anda puaskan si dia.

.

.

Kelebihan & kekurangan Magic Tissue

.

.

Dah tentu setiap produk ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.

.

Bagi membantu anda membuat pemilihan produk alat kelamin, anda wajib ambil tahu apakah kelebihan dan kekurangan yang boleh anda terima semasa menggunakan magic tissue.

.

Antara kelebihan magic tissue:

  • Senang didapati dimana-mana kedai jamu
  • Berkesan melambatkan pancutan
  • Alternatif yang baik selain ubat-ubatan

.

Ini pula kekurangan magic tissue yang anda kena tahu:

  • Kajian extensive masih perlu dilakukan
  • Bahan yang digunakan tidak diiktiraf KKM
  • Tidak menyembuhkan masalah PE
  • Mungkin mempunyai kesan sampingan.

.

Dari dua kelebihan dan kekurangan ini, anda boleh nilai sendiri sama ada magic tissue merupakan alternatif yang baik untuk anda ataupun tidak.

.

.

Kesan Sampingan Magic Tissue

.

.

Magic tissue bertindak seperti magic, seperti namanya sendiri.

.

Efek kebasnya sememangnya boleh membantu mereka yang mempunyai masalah pancut awal.

.

Tetapi adakah produk ini mengandungi kesan sampingan juga seperti produk-produk yang lain?

.

.

Mari sini kami terangankan secara terperinci.

.

Ada beberapa kesan sampingan yang boleh terjadi semasa menggunakan magic tissue.

.

Berdasarkan pertanyaan kami kepada doktor pakar di Malaysia, magic tissue boleh mendatangkan kesan sampingan seperti:

  • Mati pucuk (disebabkan kekurangan sensasi semasa bersama)
  • Melecet dan luka pada kulit zakar
  • Kulit menggelupas
  • Gatal-gatal
  • Kulit jadi kemerah-merahan
  • Kerosakan deria saraf (permanent numbness)

.

Selain itu, USFDA juga pernah menerima aduan daripada doktor bahawa bahan yang ada dalam magic tissue boleh berkait dengan masalah Methemogolbinemia.

.

Masalah ini boleh menyebabkan masalah kekurangan oksigen pada badan.

.

Baca Juga : HIV Test Kahwin – Apa yang Anda Perlu Tahu? Ini Pakej Termurah & Cepat

.

.

Masalah Pancut Awal Tak Selesai Dengan Magic Tissue?

.

.

Ada sesetengah kes, magic tissue boleh jadi tak berkesan.

.

Jika masalah pancut awal tak selesai juga, anda patut dapatkan nasihat daripada doktor dengan segera.

.

Ini kerana masalah PE anda berkemungkinan berkait dengan masalah kesihatan yang lain.

.

.

Doktor mungkin akan sarankan anda untuk ambil beberapa alternatif lain rawatan mengawal pancut awal seperti dibawah.

.

.

1. Ubat-ubatan

.

.

Masalah pancut awal mungkin disebabkan oleh masalah psikologi.

.

Emosi yang tidak stabil, masalah kemurungan, dan lain-lain masalah psikologi boleh menjadi salah satu punca utama.

.

Doktor akan sarankan untuk anda ambil ubat anti-depressi atau apa-apa ubatan SSRIs untuk membantu mengawal masalah pancut awal.

.

.

2. Rawatan Kulit Zakar

.

.

Ada sesetengah kes PE yang berpunca daripada masalah bentuk kulit zakar yang tidak normal. Masalah ini jarang sangat berlaku.

.

Ia juga boleh disebabkan oleh kecuaian doktor semasa berkhatan.

.

Doktor mungkin akan sarankan anda membuat pembedahan kulit zakar untuk membantu masalah pancut awal.

.

.

3. Obesiti & Pemakanan

.

.

Masalah pancut awal bukan hanya sekadar sensitiviti sahaja, boleh jadi kurang tenaga dan motivasi untuk  bertahan lama juga merupakan salah satu punca pancut awal.

.

Normal lah ramai antara para lelaki yang akan makin buncit dan naik berat badan setelah berkahwin, lagi-lagi yang jarang bersenam dan tak jaga makan.

.

Biasanya doktor akan sarankan anda untuk ambil pemakanan yang boleh meningkatkan hormon testosteron seperti daging, buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu untuk meningkatkan kekuatan otot.

.

.

.

.

4. Jumpa Doktor

.

.

Bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan petua dan rawatan tradisional. Lebih baik anda pergi ke klinik dan dapatkan nasihat daripada doktor pakar yang bertauliah.

.

Terutama sekali klinik dan pakar sakit tuan, mereka lebih tahu tentang masalah yang berlaku kepada alat kelamin lelaki.

.

Berkemungkinan masalah yang timbul disebabkan oleh faktor-faktor lain yang anda sendiri tidak tahu dan kami tak senaraikan disini.

.

.

Banyak klinik masalah sakit tuan yang anda boleh pergi. Antara yang paling terbaik kami boleh sarankan adalah seperti:

  1. SS Clinic
  2. Damai Service Hospital

.

.

Ini antara klinik yang terbaik dan diasaskan oleh pakar-pakar yang diiktiraf.

.

Antara yang anda boleh dapatkan adalah seperti nasihat berkenaan masalah penyakit kelelakian seperti mati pucuk, masalah pancut awal, dan kesuburan.

.

Elakkan guna produk kuat pelik-pelik untuk masalah batin anda, macam-macam masalah lain yang boleh muncul nanti.

.

Baiklah itu sahaja perkongsian kita untuk kali ini,

.

.

Jangan lupa pesanan yang kami tinggalkan untuk anda tadi, semoga ianya dapat membantu anda untuk membuat pemilihan yang lebih tepat untuk membantu menyelesaikan masalah anda.

.

Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Cara Kira BMI – Ini Tips Berat Badan Sihat Yang Anda Wajib Tahu

.

.

Share

Recent Posts

Realiti Market Ubat Kuat Di Malaysia – Overclaim Melampau, Bahan Terlarang Melebihi Had

Banyak betul iklan ubat kuat sekarang ni. . Kadang-kadang bukan nak search apa pun. . Nak cari pasal barang-barang spareparts…

4 weeks ago

Minyak Lintah, Minyak Belacak & Minyak Dhab – Berkesan ke pada Zakar?

Ramai orang yang menggunakan minyak lintah sebagai alternatif untuk tahan lama apabila diranjang. . Banyak antara mereka juga yang gemar…

1 month ago

Cara Besarkan Zakar – Ini Panduan Untuk Anda Dapatkan Saiz Idaman

"Ada ke cara besarkan zakar?" . Persoalan ni selalu bermonolog dalam fikiran Haris. . Mana taknya, tabiat menonton video lucah…

2 months ago

Viagra, Cialis, Stendra – Panduan Cara Memilih Ubat Keraskan Zakar Terbaik

"Patut ke aku beli Viagra, Cialis, Stendra?" Bisik Harith dalam hati. . Sejak kebelakangan ni, dah macam malas nak 'all…

2 months ago

Ezerex Malaysia – Ini Semua Yang Anda Perlu Tahu (Panduan Penggunaan)

Ezerex Malaysia tu apa ek? . Sejak kebelakangan ini, banyak doktor sakit tuan di Malaysia yang cadangkan guna ubat ni.…

2 months ago

11 Herba Terbaik Untuk Lelaki 40-an – Senarai Lengkap Tumbuhan Terbaik Untuk Batin & Kesihatan

Herba kuat lelaki adalah antara carian yang banyak di google. . Kebanyakkan daripada mereka yang mencari herba lelaki ini berumur…

4 months ago