Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda 🤫

Dapatkan Ebook Special ini secara PERCUMA.


Nak Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?
Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Categories: Perkahwinan

Borang Nikah – Ini Cara Mohon & Isi Borang Nikah Online Mengikut Negeri

Anda nak berkahwin tak lama lagi, tapi belum isi borang nikah?

.

Jangan risau kerana anda sedang membaca artikel yang tepat, dimana kami akan kongsikan dengan anda cara memohon dan isi borang nikah mengikut negeri.

.

Lengkap!

.

.

Anda perlu tahu bahawa terdapat dua jenis cara untuk anda mengisi borang nikah iaitu:

  • Secara offline
  • Secara online

.

Jom baca perkongsian kami kali ini berkenaan prosedur dan segala yang anda perlu tahu berkenaan borang nikah.

.

.

Borang Nikah Lelaki Atau Borang Nikah Perempuan Kena Isi Dulu?

.

.

Mungkin anda tak pernah pun tertanya-tanya akan perkara ini.

.

Jawapan untuk soalan ini adalah ia perlu diisi oleh lelaki terlebih dahulu.

.

Biasanya tempoh masa untuk mengisi adalah 3 bulan sebelum tarikh pernikahan.

.

Sebaik sahaja segala borang nikah online telah diisi oleh pihak lelaki dan mendapat pengesahan daripada Pejabat Agama Daerah lelaki, ia perlu diberikan kepada pihak perempuan.

.

Pada masa inilah pihak perempuan pula perlu mengisi borang nikah mereka dan mendapatkan pengesahan pula.

.

Baca Juga : Checklist Kahwin (Lengkap 2020) – Buat Rujukan Anda dari Merisik, Nikah hingga ke Majlis Sanding

.

.

Borang Nikah SPPIM

.

.

SPPIM atau Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia adalah untuk pemohon yang perlu mengisi:

  • Borang Nikah Kedah
  • Borang Nikah Melaka
  • Borang Nikah Negeri Sembilan
  • Borang Nikah Perak
  • Borang Nikah Perlis
  • Borang Nikah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)

.

Ia juga perlu diisi oleh:

  • Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SSPIM
  • Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SSPIM
  • Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SSPIM tapi ingin akad nikah di negeri yang menggunakan SSPIM.

.

.

Cara Mengisi Borang Nikah SPPIM

.

.

  1. Klik pada link http://www.sppim.gov.my/sppim/home

.

.

.

.

2. Isi bahagian lelaki dahulu

.

.

3. Isi bahagian perempuan

.

.

4. Isikan maklumat kebenaran

.

.

5. Isi maklumat wali

.

.

6. Hantar borang yang telah siap diisi

.

.

7. Semak status permohonan

.

.

.

.

Bagi Pihak Lelaki

.

Isi dan lengkapkan borang online.

.

Selepas permohonan online lulus, download dan print borang tersebut serta pastikan semua dokumen yang diperlukan ada berserta salinan.

.

Serahkan dokumen tersebut kepada pihak perempuan

.

.

Bagi Pihak Perempuan

.

Setelah menerima borang daripada pihak lelaki, isi dan lengkapkan borang online.

.

Selepas permohonan online lulus, download dan print borang tersebut serta pastikan semua dokumen yang diperlukan ada berserta salinan.

.

Hantar semua dokumen pihak perempuan dan lelaki ke pejabat agama dan perlu membayar RM 20.00 untuk pemprosesan.

.

***Baca selepas ini nanti: Hantaran Kahwin – 40 Idea Ekslusif Untuk Persiapan Nikah Anda

.

.

Borang Nikah Negeri Lain

.

Bagi negeri selain daripada negeri yang menggunakan SPPIM, anda perlu memohon melalui link yang telah disediakan oleh negeri masing-masing seperti yang kami kongsikan dibawah.

.

.

1. Borang Nikah Johor

.

.

Untuk permohonan bagi negeri Johor, anda boleh KLIK DISINI.

.

Bagi Pihak Lelaki

.

Anda perlu download semua borang nikah dan sediakan semua dokumen sokongan yang diminta dalam senarai semak dan hantar ke pejabat agama.

.

Borang kebenaran nikah yang telah diluluskan kena beri kepada pihak perempuan untuk urusan di pihak mereka.

.

Bagi Pihak Perempuan

.

Isi semua borang di dalam sistem setelah mendapat borang kebenaran berkahwin daripada pihak lelaki.

.

Kesemua borang tersebut perlu di-download dan dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan tolong pastikan setiap dokumen mempunyai sekurang-kurangnya 4 salinan.

.

Anda perlu mengisi borang di PAID dan sediakan bayaran lebih kurang RM26 sebelum menghadiri sesi temuduga bersama pegawai agama Islam.

.

Anda kemudian perlu membuat bayaran upah kepada kadi sebanyak RM110 manakala RM20 untuk setiap saksi (2 orang saksi) yang dipilih oleh kadi semasa hari pernikahan.

.

.

2. Borang Permohonan Nikah Kelantan

.

.

Cara isi borang nikah Kelantan pula adalah dengan melayari link DISINI.

.

Kemudian anda perlu mengisi maklumat-maklumat seperti berikut:

  • Maklumat Lelaki
  • Maklumat Perempuan
  • Maklumat Perkahwinan
  • Maklumat Wali Perempuan
  • Maklumat Saksi (2 orang)

.

Setelah selesai, anda perlu print borang yang telah lengkap diisi.

.

Anda perlu mendapatkan pengesahan anak mukim daripada Penolong Pendaftar NCR/Imam Tua Masjid Mukim di dalam borang yang dicetak dan kesemua borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau wakil (ahli keluarga sahaja).

.

Anda perlu hadir ke Pejabat Agama Jajahan tempat akad nikah dijalankan (bagi permohonan berkahwin dalam negeri) ATAU jajahan tempat tinggal (bagi permohonan berkahwin ke luar negeri/negara) bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu.

.

.

3. Borang Nikah Pahang

.

.

Bagi borang online nikah negeri Pahang pula, anda boleh KLIK DISINI.

.

Bagi Pihak Lelaki

.

Isi borang nikah kemudian print borang setelah mendapat kelulusan berkahwin.

.

Serahkan borang yang telah disahkan kepada pihak perempuan.

.

.

Bagi Pihak Perempuan

.

Isi borang nikah setelah anda mendapat borang daripada pihak lelaki.

.

Kemudian anda perlu dapatkan pengesahan daripada Ketua Kampung untuk Borang Kebenaran Kahwin dan dokumen yang diperlukan

.

Seterusnya anda perlu pergi ke rumah Tok Imam atau Jurunikah untuk mendapatkan tandatangan serta cop untuk pengesahan.

.

Hantar borang tersebut beserta dokumen yang lain ke Pejabat Agama

.

Setelah Pejabat Agama mengeluarkan surat Akaun Kebenaran Berkahwin, kebiasaannya proses untuk mendapatkan surat mengambil masa sekitar 3 hari dan pergi berjumpa Tok Imam atau JuruNikah dan tetapkan tarikh nikah serta tempat nikah.

.

.

5. Borang Nikah Pulau Pinang

.

.

Borang boleh diisi di LINK INI.

.

.

Bagi Pihak Lelaki dan Perempuan

.

Isi borang dan lampirkan dokumen berikut:

  • Salinan Kad pengenalan diri lelaki, perempuan, wali dan dua saksi
  • Salinan Sijil Kursus Perkahwinan
  • Keputusan Ujian HIV
  • Surat Perakuan Bercerai (Jika ada)
  • Salinan surat/kad pengislaman (Mualaf)
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM (Jika Polis/Tentera)
  • Surat Kelulusan berkahwin daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen (Bukan warganegara)
  • Pengesahan ketulinan dokumen oleh Kementerian Luar Negara Malaysia (Bukan warganegara)

.

Borang permohonan haruslah telah mendapat sokongan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah (kecuali Saudara Baru, boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang).

.

Borang permohonan dan dokumen-dokumen yang dilampirkan perlu disahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah.

.

Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00.

.

Untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin pula anda perlu pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon.

.

.

6. Borang Nikah Sabah

.

.

Bagi Pihak Lelaki

.

Dapatkan dan lengkapkan borang permohonan atau kebenaran berkahwin di PAID dan sertakan salinan fotostat bagi dokumen berikut :

  • Borang keizinan kahwin
  • Borang pengesahan status bujang
  • Surat daripada Ketua Kg atau Majikan boleh dilampirkan
  • 2 Salinan Kad Pengenalan
  • 2 Salinan Surat Akuan Bujang
  • 2 orang lelaki sebagai saksi borang
  • Surat Kebenaran Berkahwin dari Kedutaan (Warga Asing)
  • Surat Pengesahan Bujang dari Kedutaan (Warga Asing)
  • Pas lawatan (visit pass) mestilah tidak tamat dlm tempoh 30 hari (Warga Asing)
  • HIV Test

.

Serahkan kesemua dokumen tersebut kepada pihak perempuan untuk dihantar bersama ke Jabatan Agama Negeri Sabah

.

.

 

Bagi Pihak Perempuan

.

Dapatkan dan lengkapkan borang permohonan atau kebenaran berkahwin di PAID dan sertakan salinan fotostat bagi dokumen berikut :

  • Borang keizinan kahwin
  • Borang pengesahan status bujang
  • Surat daripada Ketua Kg atau Majikan boleh dilampirkan
  • 2 Salinan Kad Pengenalan
  • 2 Salinan Surat Akuan Bujang
  • 2 orang lelaki sebagai saksi borang
  • Surat Kebenaran Berkahwin dari Kedutaan (Warga Asing)
  • Surat Pengesahan Bujang dari Kedutaan (Warga Asing)
  • Pas lawatan (visit pass) mestilah tidak tamat dlm tempoh 30 hari (Warga Asing)
  • HIV Test

.

Semak kesemua dokumen anda sebelum dihantar ke Jabatan Agama Negeri Sabah.

.

**Boleh baca juga selepas ini: Suami Isteri Bersetubuh – Tips Supaya Aktiviti Romen Anda Lebih Hangat

.

.

7. Borang Nikah Sarawak

.

.

Permohonan Secara Online

.

.

Lengkapkan Borang Permohonan secara online DISINI.

.

Muatnaik segala dokumen dan lampiran yang diperlukan

.

Setelah lengkap membuat permohonan, hadir ke pejabat agama berdekatan bersama dengan pasangan dan wali pengantin perempuan untuk mengesahkan permohonan

.

Dokumen lampiran wajib dibawa sekali sewaktu hadir

.

Anda diminta untuk membuat pembayaran bagi tujuan mendapatkan Borang Kebenaran Kahwin

.

.

Permohonan di Pejabat Agama

.

.

Pemohon perlu hadir ke pejabat agama berdekatan bersama dengan pasangan dan wali pengantin perempuan untuk mengisi borang permohonan dan mengesahkan permohonan mereka

.

Dokumen lampiran perlu dibawa sekali

.

Anda diminta untuk membuat pembayaran bagi tujuan mendapatkan Borang Kebenaran Kahwin

.

.

Senarai Dokumen Penting Yang Diperlukan

.

.

Ia mungkin sama atau berbeza mengikut negeri, namun anda tak perlu risau kerana segala senarai semak akan diberikan sebaik sahaja anda selesai mengisi borang nikah nanti.

.

Antara dokumen penting untuk permohonan kebenaran berkahwin yang diperlukan:

  1. Kad Pengenalan dan Salinan kad pengenalan
  2. Salinan Kad Pengenalan Dua Orang Saksi lelaki (Saksi Borang)
  3. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan dan Salinan
  4. Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
  5. Surat pengesahan status pemohon dari Majikan (Muslim Islam) atau Ketua Kampung atau Penghulu Mukim atau Penghulu Kanan (Di Pejabat Agama Islam Daerah)
  6. Pengesahan Bermastautin dari Ketua Kampung atau Penghulu Mukim atau Penghulu Kanan (Di Pejabat Daerah) ** jika alamat tempat tinggal kini berlainan dengan alamat dalam kad pengenalan.
  7. Salinan Kad Pengenalan Wali (Bagi perempuan)
  8. Salinan Sijil Nikah IbuBapa dan Salinan (Bagi perempuan)
  9. Salinan Sijil Kematian Bapa (Jika wali selain bapa)
  10. Salinan Sijil Cerai/Kematian & Sijil Nikah serta Salinan (Sekiranya anda duda/janda)
  11. Surat Akuan Memeluk Islam (Bagi Mualaf)
  12. Akuan Bersumpah Belum Berkahwin / Perintah Pembubaran Perkahwinan dari Mahkamah (Bagi Mualaf)
  13. Kebenaran Mahkamah (Sekiranya anda ingin berpoligami/wali hakim/ janda berhias/bawah umur)
  14. Kebenaran Khas Majikan (Bagi anggota Polis/Tentera)
  15. Kebenaran Khas Istana (Jika berkahwin dengan kerabat Diraja)

.

Baca Juga : Kursus Kahwin mengikut Negeri – Ini Cara Daftar, Lokasi, Persediaan & Harganya

.

.

Berapa Bayaran Yang Dikenakan?

.

.

Biasanya bayaran untuk proses dan mendapatkan kebenaran nikah adalah diantara RM5-30.

.

Ia boleh jadi lebih dari itu jadi sediakanlah wang secukupunya.

.

Hal ini kerana ada sesetengah tempat yang terus mengenakan caj upah kadi dan saksi.

.

Kiranya anda dah tak perlu bayar apa-apa kepada kadi dan saksi pada hari akad nikah.

.

Caj upah ini juga bergantung kepada tempat.

.

.

Siapa Boleh Jadi Saksi Borang Nikah?

.

.

Saksi boleh jadi sesiapa sahaja namun haruslah memenuhi syarat berikut:

  • Lelaki
  • Baligh
  • Mengenali wali

.

Saksi borang nikah dan saksi semasa akad nikah tidak semestinya saksi yang sama.

.

Baca Juga : Cara Nikah di Thailand – Pakej Harga, Syarat, & Hukum Kahwin di Siam Menurut Syarak

.

.

Borang Nikah Kena Hantar Bila?

.

.

Borang nikah perlu diisi dan dihantar 3 bulan sehingga seminggu sebelum majlis.

.

Hal ini kerana kebanyakan borang nikah dan kebenaran nikah hanya sah selama 3 bulan atau 90 hari.

.

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan borang nikah dan cara memohon serta mengisi borang nikah online mengikut negeri.

.

Apapun, kami ingin ucapkan tahniah kepada anda yang bakal bergelar pengantin tidak lama lagi.

.

Kami doakan segala urusan anda dipermudahkan dan hubungan yang dibina berkekaln hingga Jannah.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.

Que Segak

Self-proclaimed jejaka macho yang suka menulis dan berkongsi informasi bermanfaat supaya semua lelaki berjaya kekalkan "kejantanan"!

Recent Posts

Makanan Kesihatan Lelaki – Tips Terpadu Tambah Tenaga Dan Kesihatan Lelaki

Zaman sekarang ni, ramai lelaki yang tak peka tentang kesihatan mereka. . Frasa 'makanan kesihatan…

4 days ago

Ubat Darah Tinggi – Jenis, Fungsi, & Kesan Terhadap Kesihatan

Terdapat pelbagai jenis ubat darah tinggi yang dijual dipasaran, . Penyakit ini dikenali sebagai 'Silent…

4 days ago

Nafsu Seks – Syahwat Anda Suami Isteri Berkurang? Ini Punca & Solusinya.

Nafsu seks anda kejap naik kejap turun? . Isteri pun sama, kejap nak kejap tak…

2 weeks ago

Kaunseling Rumah Tangga – Panduan (Lengkap) Agensi, Harga Dan Pakej Yang Terbaik

Anda mencari khidmat kaunseling rumah tangga yang terbaik? . Tak tahu nak pilih yang mana…

2 weeks ago

Gambir Sarawak – Dari Segi Prestasi Seks & Kesihatan, Berkesan Ke?

Kebelakangan ni banyak pula iklan gambir Sarawak yang lalu dekat timeline FB ni. . "Tak…

4 weeks ago

Niat Mandi Wajib, hingga ke Cara Mandi Wajib yang Betul (Lengkap, Step by Step)

Anda tahu cara mandi wajib yang betul? . Ramai sebenarnya yang belum faham tentang amalan…

1 month ago