Cerai! Siapa yang nak hubungan cinta menerusi perkahwinan yang dibina akhirnya musnah akibat penceraian kan?
.
Namun, siapa kita untuk mengubah takdir jika sudah begitu jalan cerita kisah cinta yang dibina.
.
Walaupun berat untuk diterima, harus tetap dihadapi dengan tabah, redha dan penuh ketakwaan kepada-Nya.
.
.
Yakinlah bahawa ada hikmah disebalik segala apa yang berlaku ini.
.
Sama seperti untuk bernikah, penceraian juga ada proses dan prosedurnya yang perlu kita turuti.
.
Dalam sharing kali ini, kami akan kongsikan dengan anda dengan lebih mendalam berkenaan cerai.
.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
Apa Itu Cerai Atau Talak?
.
.
Talak ialah satu hukum yang melepaskan ikatan perkahwinan (pembatalan nikah) dengan lafaz, “Aku ceraikan dikau dengan talak satu, talak dua atau talak tiga.”
.
Talak terbahagi kepada tiga seperti dibawah:
.
1. Talak Bain Sughra
.
.
Talak jenis ini adalah talak dimana suami telah menceraikan isteri dengan talak satu dan khuluk.
.
Iaitu bertebus talak dengan bayaran tertentu dan ia tidak boleh dirujuk melainkan dengan melakukan akad nikah yang baharu.
.
.
2. Talak Bain Kubra
.
.
Talak jenis ini adalah talak dimana suami telah menceraikan isteri dengan talak tiga.
.
Bekas isteri tidak boleh dirujuk atau dinikahi semula kecuali dengan memenuhi kesemua perkara dibawah:
- Tamat iddah
- Berkahwin dengan lelaki lain
- Berlakunya persetubuhan dengan suami baru
- Bercerai dengan suami tersebut
- Tamat iddah dengan suami tersebut
.
.
3. Talak Raj’i
.
.
Talak ini pula adalah talak dimana suami menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak dua dan boleh dirujuk semula sekiranya isteri dalam iddah dan tanpa memerlukan akad nikah yang baru.
.
Namun, jika tiada rujuk dilakukan dalam tempoh iddah dan iddah tersebut tamat, maka mereka berdua perlu dinikahkan semula.
.
.
Hukum Isteri Minta Cerai
.
Hukum untuk penceraian adalah berbeza bergantung kepada situasi dan juga siapa yang meminta cerai samada suami menceraikan atau isteri minta cerai.
.
.
1. Wajib
.
.
Apabila perbalahan suami isteri tidak lagi dapat didamaikan walaupun sehingga ke peringkat menggunakan orang tengah maka wajiblah bercerai dengan isterinya.
.
Baca Juga :Â Cara Pujuk Perempuan – Ayat Pujuk Untuk Si Dia yang Merajuk
.
.
2. Haram
.
.
Apabila isteri diceraikan dalam waktu-waktu seperti isteri dalam haid, setelah suami bersetubuh dengan isterinya, isteri dalam keuzuran/sakit atau isteri yang belum disempurnakan giliran.
.
3. Sunat
.
.
Apabila suami tidak dapat menanggung nafkah isteri kerana tidak ada pekerjaan atau uzur, isteri boleh menuntut cerai fasakh (memohon membatal nikah dengan tidak mengurangkan bilangan talak).
.
Suami juga boleh menuntut fasakh jika isteri tidak mahu menjaga maruah diri, berkahwin dengan isteri kerana paksaan, atau isteri bersikap bengis dan kasar terhadap suami.
.
Baca Juga :Â Cara Poligami, Syarat & Hukumnya – Untuk Anda Yang Nak Kahwin 2, 3 atau 4
.
.
4. Makruh
.
.
Makruh suami menceraikan isteri yang baik tingkah laku, taat kepada ajaran agama atau tanpa sebab munasabah.
.
5. Harus
.
.
Harus bagi suami melepaskan isterinya disebabkan dia (suami) lemah keinginannya atau isteri yang putus haid.
.
Baca Juga :Â Mandul – Ini Tanda-Tanda & Faktor Anda Suami Isteri Boleh Mandul
.
.
Prosedur Penceraian
.
Bagi anda yang dah nekad untuk bercerai, prosedurnya adalah seperti berikut:
.
.
1. Pergi Ke Mahkamah Syariah Berhampiran
.
.
Tujuannya adalah untuk anda mendaftar kes.
.
Hanya pemohon samada suami atau isteri sahaja yang perlu hadir untuk mendaftarkan kes.
.
.
2. Dapatkan Borang Permohonan Cerai
.
.
Borang cerai diperlukan untuk anda memohon penceraian seperti contoh borang cerai diatas.
.
Ia perlu diisi dan dilengkapkan serta anda turut perlu membawa dokumen berikut:
- Surat nikah
- Surat beranak anak-anak
- Kad pengenalan
.
Lebih baik sekiranya anda menghubungi mahkamah berkenaan terlebih dahulu untuk bertanyakan dokumen apa yang diperlukan.
.
.
3. Panggilan Ke Mahkamah
.
.
Selepas anda menghantar borang cerai, anda akan diberi tarikh panggilan ke mahkamah untuk sebutan atau bicara dalam tempoh 21 hari.
.
Anda juga boleh dapatkan khidmat rundingan daripada Pegawai Sulh jika diperlukan.
.
Anda juga berkemungkinan jika perlu untuk memohon menghadiri majlis sulh.
.
Biasanya akan terus dibawa kepada sebutan atau bicara.
.
.
4. Sebutan Kes
.
.
Biasanya untuk kes cerai, ia akan menjadi sangat ringkas dimana ia akan diakhiri dengan lafaz cerai.
.
Namun, ada kemungkinan juga untuk kes ini dipinda kepada cerai taklik atau fasakh bergantung dan mengikut alasan yang berkaitan.
.
.
Berapa Lama Tempoh Penyelesaian Kes Penceraian?
.
.
Sekiranya penceraian tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Syariah dan suatu keputusan telah dibuat, maka pihak suami dan isteri perlulah menerima keputusan tersebut.
.
Keputusan ini pula perlulah dikemukakan kepada Pejabat Agama Islam untuk didaftarkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.
.
Kemudian, pihak lelaki dan perempuan perlu mengambil sijil cerai daripada pejabat agama tersebut.
.
Tempoh untuk mendapatkan sijil cerai adalah sekitar 2 minggu dari tarikh anda mendaftarkan penceraian di pejabat agama.
.
Untuk keterangan yang lebih lanjut, lebih sekiranya anda mendapatkan penerangan daripada pejabat agama tersebut.
.
.
Apakah Nafkah Yang Boleh Dituntut Selepas Cerai?
.
.
Nafkah dibawah boleh dituntut oleh bekas isteri di Mahkamah Syariah selepas penceraian:
.
a) Nafkah iddah
b) Mut’ah
c) Sepencarian
d) Hadhanah (Hak Jagaan Anak)
e) Nafkah Anak
f) Tunggakkan Nafkah
g) Hak tempat Tinggal
.
.
Apakah Bentuk Nafkah Yang Perlu Disediakan Oleh Bekas Suami?
.
.
Jika tadi point berkenaan nafkah yang boleh dituntut oleh bekas isteri di Mahkamah Syariah.
.
Point kali ini pula berkenaan nafkah yang memang wajib disediakan oleh bekas suami sebaik sahaja berlaku penceraian.
.
Namun, pemberian nafkah kepada isteri tertakluk kepada keadaan isteri yang diceraikan dan ia boleh jatuh dalam kategori berikut:
- Talak Raj’i
- Talak Bain
- Penceraian sebelum persetubuhan
.
.
.
a) Jika seorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan Talak Raj’i maka akan menjadi tanggungjawab si suami untuk menyediakan nafkah seperti yang disebutkan kepada isterinya selama isterinya berada didalam iddah:
- Menyediakan makanan yang sepatutnya dan secukupnya
- Menyediakan pakaian dengan sepatutnya dan secukupnya
- Menyediakan tempat tinggal untuk bekas isterinya itu
- Menyediakan segala keperluan yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan lain-lain yang sepatutnya
.
.
b) Jika isteri tersebut diceraikan oleh suaminya dengan Talak Bain maka isteri tersebut hanya layak untuk menerima kemudahan dan nafkah tempat tinggal sahaja daripada suaminya selama isterinya berada didalam keadaan iddah.
.
.
Namun, jika sewaktu diceraikan itu si isteri sedang hamil, maka ia layak untuk menerima dan mendapat keempat-empat nafkah dan kemudahan sepertimana seorang isteri yang diceraikan dengan Talak Raj’i.
.
.
c) Satu lagi keadaan adalah dimana isteri tersebut diceraikan saat dirinya belum pernah disetubuhi lagi oleh si suami.Â
.
Untuk keadaan ini, maka si isteri tidak layak untuk menuntut atau mendapatkan apa-apa nafkah daripada suaminya.
.
.
Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya sebaik sahaja suami meninggal dunia ketika isteri masih berada dalam iddah.
.
Manakala bagi perempuan yang nusyuz pula langsung tidak berhak untuk mendapat nafkah daripada suaminya ketika berada di dalam iddah.
.
.
.
.
Rasanya sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan prosedur cerai yang anda perlu tahu.
.
Isu penceraian ini bukan sesuatu yang muda. Ianya perkara serius yang perlu dielakkan sebaik mungkin.
.
.
.
Jika terdapat perselisihan faham, usahakan untuk betulkan ia kembali kerana bukan semua perkara perlu diakhiri dengan perpisahan.
.
Jangan lupa untuk membaca perkongsian yang lain juga. Semoga bermanfaat!
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.