Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda 🀫

Dapatkan Ebook Special ini secara PERCUMA.


Nak Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?
Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan di WhatsApp Sekejap ni
Categories: Perkahwinan

Cerai – Jika Isteri Minta Cerai, Ini Prosedur, Hukum, Borang & Proses Cerai Taklik

Cerai! Siapa yang nak hubungan cinta menerusi perkahwinan yang dibina akhirnya musnah akibat penceraian kan?

.

Namun, siapa kita untuk mengubah takdir jika sudah begitu jalan cerita kisah cinta yang dibina.

.

Walaupun berat untuk diterima, harus tetap dihadapi dengan tabah, redha dan penuh ketakwaan kepada-Nya.

.

.

Yakinlah bahawa ada hikmah disebalik segala apa yang berlaku ini.

.

Sama seperti untuk bernikah, penceraian juga ada proses dan prosedurnya yang perlu kita turuti.

.

Dalam sharing kali ini, kami akan kongsikan dengan anda dengan lebih mendalam berkenaan cerai.

.

.

Apa Itu Cerai Atau Talak?

.

.

Talak ialah satu hukum yang melepaskan ikatan perkahwinan (pembatalan nikah) dengan lafaz, β€œAku ceraikan dikau dengan talak satu, talak dua atau talak tiga.”

.

Talak terbahagi kepada tiga seperti dibawah:

.

1.Talak Bain Sughra

.

.

Talak jenis ini adalah talak dimana suami telah menceraikan isteri dengan talak satu dan khuluk.

.

Iaitu bertebus talak dengan bayaran tertentu dan ia tidak boleh dirujuk melainkan dengan melakukan akad nikah yang baharu.

.

.

2.Talak Bain Kubra

.

.

Talak jenis ini adalah talak dimana suami telah menceraikan isteri dengan talak tiga.

.

Bekas isteri tidak boleh dirujuk atau dinikahi semula kecuali dengan memenuhi kesemua perkara dibawah:

  • Tamat iddah
  • Berkahwin dengan lelaki lain
  • Berlakunya persetubuhan dengan suami baru
  • Bercerai dengan suami tersebut
  • Tamat iddah dengan suami tersebut

.

.

3.Talak Raj’i

.

.

Talak ini pula adalah talak dimana suami menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak dua dan boleh dirujuk semula sekiranya isteri dalam iddah dan tanpa memerlukan akad nikah yang baru.

.

Namun, jika tiada rujuk dilakukan dalam tempoh iddah dan iddah tersebut tamat, maka mereka berdua perlu dinikahkan semula.

.

.

Hukum Isteri Minta Cerai

.

Hukum untuk penceraian adalah berbeza bergantung kepada situasi dan juga siapa yang meminta cerai samada suami menceraikan atau isteri minta cerai.

.

.

1.Wajib

.

.

Apabila perbalahan suami isteri tidak lagi dapat didamaikan walaupun sehingga ke peringkat menggunakan orang tengah maka wajiblah bercerai dengan isterinya.

.

Baca Juga :Β Cara Pujuk Perempuan – Ayat Pujuk Untuk Si Dia yang Merajuk

.

.

2.Haram

.

.

Apabila isteri diceraikan dalam waktu-waktu seperti isteri dalam haid, setelah suami bersetubuh dengan isterinya, isteri dalam keuzuran/sakit atau isteri yang belum disempurnakan giliran.

.

3.Sunat

.

.

Apabila suami tidak dapat menanggung nafkah isteri kerana tidak ada pekerjaan atau uzur, isteri boleh menuntut cerai fasakh (memohon membatal nikah dengan tidak mengurangkan bilangan talak).

.

Suami juga boleh menuntut fasakh jika isteri tidak mahu menjaga maruah diri, berkahwin dengan isteri kerana paksaan, atau isteri bersikap bengis dan kasar terhadap suami.

.

Baca Juga :Β Cara Poligami, Syarat & Hukumnya – Untuk Anda Yang Nak Kahwin 2, 3 atau 4

.

.

4.Makruh

.

.

Makruh suami menceraikan isteri yang baik tingkah laku, taat kepada ajaran agama atau tanpa sebab munasabah.

.

5.Harus

.

.

Harus bagi suami melepaskan isterinya disebabkan dia (suami) lemah keinginannya atau isteri yang putus haid.

.

Baca Juga :Β Mandul – Ini Tanda-Tanda & Faktor Anda Suami Isteri Boleh Mandul

.

.

Prosedur Penceraian

.

Bagi anda yang dah nekad untuk bercerai, prosedurnya adalah seperti berikut:

.

.

1.Pergi Ke Mahkamah Syariah Berhampiran

.

.

Tujuannya adalah untuk anda mendaftar kes.

.

Hanya pemohon samada suami atau isteri sahaja yang perlu hadir untuk mendaftarkan kes.

.

.

2.Dapatkan Borang Permohonan Cerai

.

.

Borang cerai diperlukan untuk anda memohon penceraian seperti contoh borang cerai diatas.

.

Ia perlu diisi dan dilengkapkan serta anda turut perlu membawa dokumen berikut:

  • Surat nikah
  • Surat beranak anak-anak
  • Kad pengenalan

.

Lebih baik sekiranya anda menghubungi mahkamah berkenaan terlebih dahulu untuk bertanyakan dokumen apa yang diperlukan.

.

.

3.Panggilan Ke Mahkamah

.

.

Selepas anda menghantar borang cerai, anda akan diberi tarikh panggilan ke mahkamah untuk sebutan atau bicara dalam tempoh 21 hari.

.

Anda juga boleh dapatkan khidmat rundingan daripada Pegawai Sulh jika diperlukan.

.

Anda juga berkemungkinan jika perlu untuk memohon menghadiri majlis sulh.

.

Biasanya akan terus dibawa kepada sebutan atau bicara.

.

.

4.Sebutan Kes

.

.

Biasanya untuk kes cerai, ia akan menjadi sangat ringkas dimana ia akan diakhiri dengan lafaz cerai.

.

Namun, ada kemungkinan juga untuk kes ini dipinda kepada cerai taklik atau fasakh bergantung dan mengikut alasan yang berkaitan.

.

.

Berapa Lama Tempoh Penyelesaian Kes Penceraian?

.

.

Sekiranya penceraian tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Syariah dan suatu keputusan telah dibuat, maka pihak suami dan isteri perlulah menerima keputusan tersebut.

.

Keputusan ini pula perlulah dikemukakan kepada Pejabat Agama Islam untuk didaftarkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.

.

Kemudian, pihak lelaki dan perempuan perlu mengambil sijil cerai daripada pejabat agama tersebut.

.

Tempoh untuk mendapatkan sijil cerai adalah sekitar 2 minggu dari tarikh anda mendaftarkan penceraian di pejabat agama.

.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, lebih sekiranya anda mendapatkan penerangan daripada pejabat agama tersebut.

.

.

Apakah Nafkah Yang Boleh Dituntut Selepas Cerai?

.

.

Nafkah dibawah boleh dituntut oleh bekas isteri di Mahkamah Syariah selepas penceraian:

.

a) Nafkah iddah

b) Mut’ah

c) Sepencarian

d) Hadhanah (Hak Jagaan Anak)

e) Nafkah Anak

f) Tunggakkan Nafkah

g) Hak tempat Tinggal

.

.

Apakah Bentuk Nafkah Yang Perlu Disediakan Oleh Bekas Suami?

.

.

Jika tadi point berkenaan nafkah yang boleh dituntut oleh bekas isteri di Mahkamah Syariah.

.

Point kali ini pula berkenaan nafkah yang memang wajib disediakan oleh bekas suami sebaik sahaja berlaku penceraian.

.

Namun, pemberian nafkah kepada isteri tertakluk kepada keadaan isteri yang diceraikan dan ia boleh jatuh dalam kategori berikut:

  • Talak Raj’i
  • Talak Bain
  • Penceraian sebelum persetubuhan

.

.

.

a) Jika seorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan Talak Raj’i maka akan menjadi tanggungjawab si suami untuk menyediakan nafkah seperti yang disebutkan kepada isterinya selama isterinya berada didalam iddah:

  • Menyediakan makanan yang sepatutnya dan secukupnya
  • Menyediakan pakaian dengan sepatutnya dan secukupnya
  • Menyediakan tempat tinggal untuk bekas isterinya itu
  • Menyediakan segala keperluan yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan lain-lain yang sepatutnya

.

.

b) Jika isteri tersebut diceraikan oleh suaminya dengan Talak Bain maka isteri tersebut hanya layak untuk menerima kemudahan dan nafkah tempat tinggal sahaja daripada suaminya selama isterinya berada didalam keadaan iddah.

.

.

Namun, jika sewaktu diceraikan itu si isteri sedang hamil, maka ia layak untuk menerima dan mendapat keempat-empat nafkah dan kemudahan sepertimana seorang isteri yang diceraikan dengan Talak Raj’i.

.

.

c) Satu lagi keadaan adalah dimana isteri tersebut diceraikan saat dirinya belum pernah disetubuhi lagi oleh si suami.Β 

.

Untuk keadaan ini, maka si isteri tidak layak untuk menuntut atau mendapatkan apa-apa nafkah daripada suaminya.

.

.

Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya sebaik sahaja suami meninggal dunia ketika isteri masih berada dalam iddah.

.

Manakala bagi perempuan yang nusyuz pula langsung tidak berhak untuk mendapat nafkah daripada suaminya ketika berada di dalam iddah.

.

.

Rasanya sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan prosedur cerai yang anda perlu tahu.

.

Jika terdapat perselisihan faham, usahakan untuk betulkan ia kembali kerana bukan semua perkara perlu diakhiri dengan perpisahan.

.

Jangan lupa untuk membaca perkongsian yang lain juga. Semoga bermanfaat!

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.

Que Segak

Self-proclaimed jejaka macho yang suka menulis dan berkongsi informasi bermanfaat supaya semua lelaki berjaya kekalkan "kejantanan"!