Kad Kahwin
Bila berbicara soal persiapan perkahwinan, kad kahwin akan menjadi salah satu daripada perkara yang paling perlu diberikan perhatian oleh bakal pengantin.
.
Hal ini kerana ia akan menjadi sebagai salah satu cara untuk menjemput tetamu untuk menghadiri majlis kita nanti.
.
Apa yang menjadi masalah adalah ketiadaan idea untuk design kad kahwin yang menarik.
.
.
Tak kisah samada anda ingin berikan kad kawhin dalam bentuk fizikal atau kad kahwin online sekalipun, anda tetap perlu berikan kad kahwin cantik.
.
Bila anda Google berkenaan contoh kad kahwin, anda akan temukan berbagai jenis contoh seperti:
- Kad kahwin kosong
- Kad kahwin exclusive
- Kad kahwin murah
- Kad kahwin digital
.
.
Baca Juga : Checklist Kahwin (Lengkap 2020) – Buat Rujukan Anda dari Merisik, Nikah hingga ke Majlis Sanding
.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
Apa Yang Perlu Ada Dalam Kad Kahwin?
.
.
Kad jemputan kahwin biasanya mempunyai info seperti berikut:
- Tarikh majlis
- Masa majlis
- Peta kad kahwin atau lokasi majlis
- Ayat kad kahwin untuk menjemput individu daripada berbagai latar belakang
.
Selain itu untuk kad kahwin Malaysia, anda perlu tentukan juga saiz jemputan kahwin supaya anda tidak memesan terlebih atau terkurang kad kahwin nanti.
.
Baca Juga : Rukun Nikah – Ini 5 Senarainya. Anda Perlu Tahu & Faham Sebelum Kahwin
.
.
Contoh Kad Kahwin Design Menarik dan Kreatif
.
Kami sediakan beberapa contoh yang menarik untuk anda jadikan sebagai inspirasi.
.
.
1. Floral
.
.
Motif bunga biasanya menjadi motif yang evergreen iaitu sentiasa sesuai setiap masa dan ketika.
.
Ia sedap mata memandang dan sangat cantik sekaligus membawa konsep minimal dan feminin.
.
Anda cuma perlu masukkan design pilihan anda pada bahagian hadapan anda dan isi segala info lain padanya.
.
.
2. Kartun
.
.
Kad kahwin bermotifkan kartun turut menjadi diantara trend yang sangat popular bagi kebanyakan pengantin.
.
Ia memberikan gambaran yang simple namun mampu untuk memukau pandangan mata jemputan.
.
Anda cuma perlu pandai memilih watak kartun dan kombinasi warna yang menarik untuk menjadikannya berbeza dengan orang lain.
.
.
3. Klasik
.
.
Kad berkonsepkan tradisional dan penuh dengan corak haruslah bersesuaian dengan tema yang bakal anda bawakan sewaktu majlis nanti.
.
Rekaan ini sebenarnya sangat menarik dan sesuai dengan mereka yang telah menetapkan tema melayu klasik sebagai tema perkahwinan mereka nanti.
.
.
4. Hipster
.
.
Tema hipster dah makin menjadi kebiasaan dalam kalangan muda mudi sekarang.
.
Jadi, tak hairanlah jika tema ini turut digunakan pada penghasilan kad mereka nanti.
.
Ia sebenarnya satu kelainan dan keunikan yang memecahkan rekaan kad kahwin tipikal yang dah biasa sangat orang tengok dan dapat.
.
Mungkin sesuai untuk anda juga?
.
.
5. Geometri
.
.
Ramai sebenarnya yang mengetengahkan konsep geometri dalam penghasilan seni mereka.
.
Design kad kahwin juga merupakan sebahagian daripada seni jadi tak hairanlah jika ada diantara kita yang akan memilih motif ini sebagai rekaan kad nanti.
.
Bentuk geometri yang ringkas ini dipadankan dengan kombinasi warna yang sesuai membuatkan kad ini kelihatan lebih elegan dan juga moden.
.
.
6. Daun
.
.
Tema daun bukanlah satu perkara asing atau pelik bagi sebarang hasil seni.
.
Rekaan kad ini yang menggunakan warna hijau menghadirkan kelembutan dan ketenangan buat mata yang memandang.
.
Konsep daun juga boleh ditingkatkan lagi dengan konsep tropika.
.
.
7. Clapboard
.
.
Kalau anda baru pertama kali mendengarnya mesti akan tertanya-tanya apa benda clapboard ini kan?
.
Tapi bila anda lihat gambar diatas, anda dah tahu kan apa sebenarnya ia?
.
Sangat sesuai bagi kaki movie untuk menghasilkan kad menggunakan tema ini.
.
.
.
.
8. Songket
.
.
Satu lagi design menarik kad yang anda boleh jadikan inspirasi adalah songket.
.
Ia seakan-akan konsep melayu klasik dan tradisional namun ia lebih formal.
.
Cetakan berasaskan songket yang dikombinasikan dengan warna dan tulisan serta gambar yang menarik menjadikan ia satu tema yang agak menarik untuk anda.
.
.
9. Islamik
.
.
Tema ini turut menjadi pilihan ramai bakal pengantin dan ia memberikan satu bentuk kreativiti yang seragam dan indah seperti apa yang anda biasa lihat di masjid.
.
Penggunaan warna yang lembut akan membuatkan kad ini menyejukkan dan menenangkan mata yang memandang.
.
.
10. Batik
.
.
Berapa kali anda pernah menerima kad rekaan berkonsepkan batik?
.
Sangat jarang kan?
.
Jadi, apa kata anda mencuba design ini pula untuk kelainan.
.
Coraknya yang simple tapi kemas dengan gabungan warna lembut,cerah dan corak batik simple menjadikan ia kelihatan lebih eksklusif.
.
.
11. Sampul Surat
.
.
Nak sedikit keunikan?
.
Anda boleh menghantar kad anda dalam bentuk sampul surat.
.
Rekaan sampul surat lama dengan kombinasi jalur merah, biru dan putih akan menjadikan kad anda kelihatan lebih ringkas.
.
Untuk menjadikan ia lebih unik, anda boleh menambah setem padanya.
.
.
12. Mr & Mrs
.
.
Rekaan ini sangat sesuai bagi mereka yang mengimpikan perkahwinan dengan konsep garden wedding.
.
Pemilihan warna seperti putih, pink lembut dan hitam berserta jambangan bungan dan cincin akan menjadi satu template yang agak menawan dan simple.
.
.
13. Kain Lace
.
.
Pernah nampak kad kahwin bertemakan kain?
.
Rekaan ini sebenarnya tidak memerlukan anda mengeluarkan bajet lebih kerana anda hanya perlu print corak kain tersebut diatas kad.
.
.
14. Walimatul Urus
.
.
Rekaan ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet lebih.
.
Hal ini kerana ia akan dicetak diatas sekeping kad seperti poskad ataupun yang dilipat dua.
.
Kad yang digunakan biasanya kad berkualiti tinggi seperti:
- Kertas ivory
- Kertas platinum white
.
.
15. Bil Elektrik
.
.
Bil elektrik pun boleh jadi inspirasi kad kahwin?
.
Ubah sahaja maklumat seperti apa yang ada didalam bil elektrik kepada informasi majlis anda.
.
Ia sangat jimat dan anda boleh membuat kelainan untuk hari bahagia anda.
.
.
16. Pos Laju
.
.
Kalau tadi bil elektrik, sekarang poslaju pula.
.
Semua benda boleh dijadikan inspirasi rekaan kad anda dan anda hanya perlu gantikan maklumat dengan maklumat majlis anda sahaja.
.
.
17. Bola
.
.
Sangat sesuai bagi mereka yang sangat gilakan bola sepak.
.
Anda boleh hasilkan kad bertemakan tiket perlawanan bola sepak.
.
Jangan lupa selit grafik pasukan bola sepak favourite anda!
.
.
18. Buku Sekolah
.
.
Sesuai jika anda dan pasangan merupakan pasangan atau kenalan daripada zaman persekolahan.
.
Ia merupakan diantara idea kreatif yang sangat jimat dan unik.
.
.
19. Coklat Cadburry
.
.
Rekaan seterusnya sangat sesuai kepada “hantu coklat” diluar sana.
.
Takkan tak sweet lagi kalau dah rekaan pun coklat yang manis kan?
.
.
20. Iphone
.
.
Jenama telefon pintar yang menjadi kegilaan diluar sana kalau dijadikan template rekaan kad kahwin pun menarik kan?
.
Anda boleh berikan kelainan dengan rekaan iphone ini buat para jemputan.
.
Jadi lah kalau nak bagi iphone seorang sebiji tak mampu, bagi kad pun boleh.
.
.
21. Marble
.
.
Konsep marble diserikan lagi dengan sentuhan keemasan akan menjadikan kad anda kelihatan lebih ekslusif dan mewah.
.
Rekaan sebegini tidak memerlukan hiasan berat dan berlebihan tanpa perlu untuk anda berbelanja lebih.
.
.
22. Passport
.
.
Rekaan ini sangat sesuai untuk kaki travel dan ia merupakan diantara rekaan yang sedang hot sekarang ini.
.
Bila jemputan dapat kad ini, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran mereka adalah anda seorang kaki melancong!
.
.
23. Simple
.
.
Walaupun ada bermacam rekaan kad diluar sana, konsep simple tetap akan menjadi pilihan buat ramai pasangan.
.
Coraknya yang tidak terlalu menonjol dan hanya dihiasi dengan bunga dan nama pengantin sangat sesuai untuk anda yang inginkan rekaan yang ringkas dan jimat bajet.
.
.
24. Rustic
.
.
Design kad kahwin ini merupakan diantara design yang paling mudah untuk DIY.
.
Anda perlukan bahan seperti:
- Brown paper
- Benang ala-ala tali sebagai hiasan tambahan
.
.
25. White Royal Gold
.
.
Dengan menjadikan warna putih sebagai warna utama dan tulisan berwarna keemasan, ia akan menampilkan sisi kad kahwin yang kelihatan mewah namun simple.
.
Untuk menaikkan lagi keunikan rekaan ini, kertas premium seperti ivory paper sangat sesuai untuk digunakan.
.
.
26. Teddy Bear
.
.
Kecomelan rekaan kad kahwin ini pasti akan membuat semua mata yang melihatnya tertawan.
.
Kombinasi warna yang terang dan ceria akan memberikan gambaran kecomelan pasangan pengantin ini.
.
.
27. Cartoon
.
.
Kalau anda pandai melukis, apa kata anda lukis sendiri rekaan kad kahwin anda?
.
Anda boleh jadikan gambar diatas sebagai inspirasi.
.
Lukisan kartun yang simple pun dah menjadikannya sangat menarik.
.
.
.
.
28. Sketch
.
.
Satu lagi rekaan kad yang sangat sesuai untuk anda yang mempunyai bakat seni.
.
Menarik kan kalau anda boleh abadikan bakat anda pada kad kahwin anda?
.
.
29. Ribbon
.
.
Siapa sangka dengan hanya menambah reben diatas muka depan kad anda, ia akan mewujudkan gambaran yang lebih elegan dan formal.
.
Kad ini sangat sesuai jika majlis nanti akan dilangsungkan di dewan hotel atau ballroom bersama bertemakan pakaian:
- Dinner’s Jacket
- Evening Gown
.
.
30. Soalan Exam
.
.
Rekaan ini sangat mudah dimana anda hanya perlukan penggunaan Word dan kertas A4 sahaja.
.
Ia sangat kreatif, jimat dan tidak membazir wang anda.
.
.
31. Kad Elektronik
.
.
Banyak template yang ada didalam internet.
.
Anda cuma perlu masukkan maklumat berkenaan majlis anda, memilih warna dan font tulisan sahaja.
.
Mudah kan?
.
.
Bagaimana Membuat Kad Kahwin Sendiri?
.
.
Sekarang kan ada terlalu banyak tutorial DIY, kad kahwin pun ada tutorial “How To Design Kad Kahwin” yang tersendiri.
.
DIY membawa maksud Do-It-Yourself iaitu buat sendiri.
.
Ia sangat mudah dimana anda cuma memerlukan peralatan yang sesuai dan asas kemahiran design.
.
Sebelum bermula, anda perlu tahu beberapa perkara:
.
.
Berapa jumlah kad yang ingin dibuat atau dicetak?
.
.
Jumlah ini sangat penting kerana ia akan menentukan berapa bajet yang anda perlu sediakan.
.
Jika anda menggunakan printer di rumah, kebanyakannya boleh print saiz A4.
.
.
Berapa saiz kad anda?
.
.
Ada beberapa saiz namun saiz standard adalah 4″ x 6″ atau 4″ x 8″.
.
Jadi, jika anda print diatas kertas A4, anda boleh print sekitar 3 keping kad sahaja.
.
.
Peralatan Yang Diperlukan
.
.
Perkara paling asas yang anda perlukan adalah laptop atau komputer.
.
Printer berserta dakwat yang mencukupi jika anda ingin print dirumah.
.
Anda perlukan pemotong samada gunting atau pisau sebaik kad kahwin anda siap dicetak.
.
Jangan lupa gunakan alas pemotong dan pembaris besi untuk besi untuk membantu anda mendapatkan potongan yang lurus.
.
.
Software Untuk Design Kad Kahwin
.
.
Ada beberapa software mudah dan percuma yang anda boleh gunakan:
- Word
- Canva
- Crello
.
.
Print Sendiri Atau Hantar Kedai?
.
.
Untuk memudahkan kerja anda, adalah lebih baik jika anda hantar ia ke kedai.
.
Hal ini kerana kedai mempunyai peralatan yang mencukupi yang boleh melajukan lagi kerja termasuklah memotong.
.
.
Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan kad kahwin dan 31 contoh kad kahwin design sebagai inspirasi buat anda.
.
Tahniah kepada anda yang bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.
.
Baca Juga : Nikah Online – Cara-caranya, Syarat, Hukum & Persediaan Perkahwinan Atas Talian Ini
.
Kami doakan supaya segala urusan anda dipermudahkan dan hubungan anda berkekalan sehingga ke Jannah!
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?