Kalau ada kawan-kawan anda yang dah tak sabar nak kahwin, cuba tanyakan kepada dia berkenaan rukun nikah.
.
“Rukun nikah ada berapa?”
.
Tengok apa respons mereka nanti.
.
.
Ke anda sendiri pun tak tahu ada berapa rukun nikah?
.
Rukun nikah ada 5 kesemuanya iaitu:
- Pengantin lelaki (calon suami)
- Pengantin perempuan (calon isteri)
- Wali
- Dua orang saksi lelaki
- Ijab dan qabul (akad nikah)
.
Jangan risau kerana itulah apa yang bakal kami kongsikan dengan anda dalam artikel kali ini.
.
Kami akan terangkan dengan lebih teliti dan terperinci setiap rukun nikah dalam Islam yang ada supaya anda bukan sahaja tahu malah anda akan lebih faham dengan mendalam.
.
Rukun nikah Islam ini adalah apa yang digunakan dalam rukun nikah Malaysia dan inilah yang anda perlu penuhi berserta dengan syarat sah nikah yang lain.
.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
Apa Beza Pengertian Rukun Nikah dan Syarat Sah Nikah?
.
.
Syarat sah adalah perincian syarat yang perlu dipenuhi bagi setiap rukun nikah.
.
Sebagai contoh, jika anda menyebut berkenaan pengantin lelaki atau calon suami, apa yang perlu ada pada pengantin lelaki tersebut untuk memastikan pernikahan adalah sah?
.
Itulah apa yang dimaksudkan dengan syarat sah nikah.
.
Jadi, dah jelas perbezaan diantara rukun nikah dengan syarat sah nikah?
.
Baca Juga : Nikah Online – Cara-caranya, Syarat, Hukum & Persediaan Perkahwinan Atas Talian Ini
.
.
Syarat-Syarat Sah Nikah
.
.
Syarat sah nikah adalah requirement yang perlu dipatuhi untuk menjadikan setiap rukun nikah anda adalah sah.
.
Perinciannya adalah seperti berikut:
.
.
a) Syarat-Syarat Calon Suami
.
.
Biasanya ramai juga yang suka menyebut syarat ini sebagai rukun nikah bagi lelaki.
.
Antara syarat yang perlu dipenuhi seorang bakal suami adalah:
- Islam
- Lelaki yang tertentu
- Bukan mahram dengan bakal isteri
- Bukan dalam ihram haji atau umrah
- Dengan kerelaan sendiri (tidak sah jika dipaksa)
- Mengetahui wali yang sah bagi akad nikah tersebut
- Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dan sah dinikahi
- Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa.
.
.
b) Syarat-Syarat Calon Isteri
.
.
Bagi calon isteri juga, haruslah memenuhi syarat yang tertentu.
.
Syarat sah nikah bagi calon isteri adalah:
- Islam
- Bukan seorang khunsa
- Perempuan yang tertentu
- Tidak dalam keadaan idah
- Bukan dalam ihram haji atau umrah
- Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis))
- Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
- Bukan isteri orang atau masih ada suami
.
.
c) Syarat Wali
.
.
Memasuki rukun nikah yang seterusnya iaitu berkenaan wali, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk memastikan pernikahan tersebut adalah sah.
.
Apabila melibatkan soal wali, ada beberapa perkara lain lagi yang perlu diberikan perhatian selain daripada syarat sah wali iaitu jenis-jenis wali.
.
Jangan risau sebab kami akan kongsikan dengan anda juga berkenaan jenis-jenis wali.
.
Sebelum itu, anda perlu tahu syarat sah wali seperti berikut:
- Adil
- Islam
- Baligh
- Lelaki
- Merdeka
- Tidak fasik, kafir atau murtad
- Bukan dalam ihram haji atau umrah
- Waras – tidak cacat akal fikiran atau gila
- Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
- Tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya.
.
Bagi calon isteri, anda perlulah jelas dan faham sebenar-benarnya berkenaan syarat sah wali ini.
.
Hal ini kerana ada sesetengah kes yang terlalu mengikut emosi sebagai contoh calon isteri tersebut inginkan orang tertentu menjadi walinya namun tidak memenuhi syarat yang dinyatakan diatas.
.
.
Anda boleh ibaratkan hal tersebut seperti rahsia calon isteri dengan walinya sahaja.
.
Hal ini akan mengakibatkan perkahwinan tersebut tidak sah dan hubungan mereka adalah dalam bentuk penzinaan selamanya.
.
.
Jenis-Jenis Wali
.
.
Kami ada mentioned tadi yang kami akan kongsikan berkenaan jenis-jenis wali dengan anda.
.
Jika anda inginkan penjelasan yang lebih teliti dan mendalam, kami sangat sarankan anda untuk ke pejabat agama dan mintalah khidmat bantuan daripada mereka untuk hal ini.
.
Antara jenis wali yang ada adalah seperti berikut:
.
.
Wali Mujbir
.
.
Wali daripada bapa sendiri atau datuk sebelah bapa iaitu bapa kepada bapa calon isteri.
.
Wali jenis ini mempunyai kuasa untuk mewakili anak perempuan atau cucu perempuan untuk bersetuju dengan perkahwinan atau tidak.
.
Sebaiknya perlulah mendapatkan persetujuan dan kerelaan calon isteri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
.
.
Wali Aqrab
.
.
Bagi wali jenis ini pula, ia adalah mereka yang terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali bagi calon isteri.
.
.
Wali Ab’ad
.
.
Untuk jenis wali yang seterusnya pula adalah mereka yang jauh sedikit daripada susunan mereka yang layak menjadi wali.
.
Hal ini adalah disebabkan oleh ketiadaan wali aqrab yang berkenaan.
.
Wali ab’ad juga akan berpindah kepada wali ab’ad yang seterusnya pula mengikut susunan jika tiada yang terdekat lagi.
.
.
Wali Raja atau Wali Hakim
.
.
Jenis wali ini pula adalah mereka yang diberikan kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah.
.
Mereka juga boleh ditauliahkan oleh pihak berkuasa negeri.
.
Jenis wali ini adalah mereka yang telah dilantik untuk menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentuseperti:
- Wali yang memenuhi syarat enggan untuk menjalankan tanggungjawab mereka atas sebab yang tidak munasabah
- Wali yang memenuhi syarat namun tidak dapat melakukannya atas sebab tertentu
.
Baca Juga : Checklist Kahwin (Lengkap 2020) – Buat Rujukan Anda dari Merisik, Nikah hingga ke Majlis Sanding
.
.
d) Syarat-Syarat Saksi
.
.
Saksi juga perlu mematuhi dan memenuhi syarat-syarat tertentu supaya segala rukun nikah tersebut akan terlaksana secara sah.
.
Antara syarat-syarat saksi yang perlu dipatuhi adalah:
- Islam
- Lelaki
- Baligh
- Berakal
- Merdeka
- Sekurang-kurangya dua orang
- Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
- Dapat mendengar, melihat dan bercakap (tidak buta, bisu atau pekak)
- Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
- Bukan tertentu yang menjadi wali.
.
Maksud tertentu disini adalah orang tersebut merupakan satu-satunya orang yang boleh menjadi wali namun memilih untuk tidak menjadi wali dan menjadi saksi.
.
Sebagai contoh, ada seorang bapa saudara yang layak dan sepatutnya menjadi wali bagi perkahwinan tersebut.
.
Namun, dia memilih untuk mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali dan bapa saudara tersebut kemudian memilih untuk menjadi saksi maka perkahwinan tersebut secara hukumnya akan dikira tidak sah.
.
Hal ini kerana bapa saudara tersebut sudah termasuk dalam kategori orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.
.
.
e) Syarat-Syarat Ijab dan Qabul
.
.
Ijab dan qabul atau term yang lebih kerap anda dengar adalah akad nikah.
.
Untuk akad nikah juga ada syarat sah yang perlu anda penuhi supaya pernikahan anda dikira sah mengikut hukum syarak.
.
Ia dipecahkan kepada dua bahagian iaitu:
- Syarat sah ijab
- Syarat sah qabul
.
.
Syarat Sah Ijab
.
.
Bagi syarat sah ijab dalam rukun nikah, ia adalah seperti berikut:
- Pernikahan yang bakal dilangsungkan hendaklah dilakukan dengan perkataan nikah atau perkataan yang membawa maksud yang sama dengannya secara terang dan tepat.
- Ia seharuslah tidak dikaitkan dengan tempoh masa yang tertentu seperti jenis pernikahan yang dipersetujui dalam tempoh tertentu dalam nikah kontrak atau nikah mutaah.
- Bukan dilakukan secara taklik iaitu tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab (lafaz akad) dilafazkan.
- Ia juga tidak boleh menggunakan perkataan yang berupa atau membawa maksud berkias atau menyindir.
- Lafaz ijab ini perlulah dilafazkan oleh wali atau wakilnya.
.
Contoh lafaz ijab:
.
“Aku nikahkan dikau dengan (nama penuh calon isteri) dengan mas kahwin sebanyak (jumlah mas kahwin) tunai.”
.
.
Syarat Sah Qabul
.
.
Bagi syarat sah qabul dalam rukun nikah pula, ia perlulah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
- Lafaz qabul (terima) perlulah bersesuaian dengan lafaz ijab
- Ia juga perlulah secara nyata, terang dan jelas, bukan dalam bentuk kiasan
- Lafaz qabul perlulah dilafazkan oleh calon suami atau wakilnya (atas sebab tertentu)
- Tidak mempunyai ikatan atau mengandungi sebarang bentuk perkataan yang mempunyai batas tempoh waktu
- Tidak dilafazkan secara taklik iaitu tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan
- Haruslah menyebut nama calon isteri
- Lafaz tidak boleh diselangi dengan perkataan lain
.
.
.
.
Contoh lafaz qabul:
.
“Aku terima nikahnya (nama penuh calon isteri) dengan mas kahwin sebanyak (jumlah mas kahwin) tunai.”
.
Selain itu, ia juga boleh dilafazkan seperti berikut:
.
“Aku terima nikahnya (nama penuh calon isteri) sebagai isteriku.”
.
.
Rukun Nikah Janda
.
.
Tiada beza sebenarnya rukun nikah bagi janda atau anak dara.
.
Ia perlulah memenuhi kesemua rukun nikah yang ada.
.
Namun, ada sedikit kekeliruan dalam kalangan masyarakat berkenaan salah satu rukun nikah bagi janda iaitu berkenaan wali.
.
Wali merupakan salah satu rukun nikah yang paling complicated.
.
Majoriti alim ulama berpendapat bahawa perkahwinan seorang wanita tanpa wali adalah tidak sah dan terbatal.
.
.
Soalan Akad Nikah
.
.
Soalan akad nikah atau soalan temuduga nikah merupakan diantara perkara yang menjadi kerisauan buat kedua-dua bakal pengantin.
.
Namun, anda tak perlu risau kerana kami ada beberapa soalan spot yang berpotensi untuk ditanya oleh tok kadi.
.
Antara soalan tersebut adalah:
- Dua kalimah syahada berserta maksud
- Bacaan al-Fatihah
- Istighfar
- Doa qunut dan hukumnya jika tertinggal didalam solat Subuh
- Rukun iman dan rukun Islam
- Rukun nikah
- Lafaz niat mandi hadas
.
.
Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan rukun nikah yang anda perlu tahu dan faham sebelum kahwin.
.
Anda tak perlu risau kerana semua ini anda akan pelajari dan didedahkan dengan lebih mendalam sewaktu anda menghadiri kursus pra-perkahwinan nanti.
.
Kalau anda dah pernah hadir dan terlupa berkenaan rukun nikah, boleh pergi sekali lagi atau berjumpalah dengan mereka yang pakar untuk bertanya dengan lebih lanjut.
.
Baca Juga : Kursus Kahwin mengikut Negeri – Ini Cara Daftar, Lokasi, Persediaan & Harganya
.
Jangan lupa baca perkongsian yang lain daripada kami. Semoga bermanfaat!
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?