Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda 🤫

Dapatkan Ebook Special ini secara PERCUMA.


Nak Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?
Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja

Suami Gay – Tanda, Solusi & Tindakan Yang Perlu Dilakukan

Aku rasa aku ada suami gay.

.

Sejak majlis kahwin setahun yang lalu, suami asyik mengelat je bila ajak bersama.

.

Seolah-olah tak ada nafsu dekat aku.

.

Rumah pun jarang nak balik, asyik outstation je.

.

Aku ni dah tak cantik ke di mata dia?

.

.

Kenapa nak sentuh aku pun jarang sangat eh?

.

Mungkin ada diantara anda yang sedang mengalami situasi macam ni sekarang, malah ada yang dah bertahun pun alami perkara macam ni.

.

Mungkin ke suami anda dah tak berminat dengan anda sebab dia ada pasangan lain?

.

Lebih teruk lagi, jika pasangan tersebut merupakan seorang lelaki!

.

.

Jom kami kongsikan apa tanda-tanda suami gay, dan apa yang perlu dibuat untuk menyelesaikannya.

.

Boleh Baca: Nafsu Seks – Syahwat Anda Suami Isteri Berkurang? Ini Punca & Solusinya.

.

.

Suami Nafsu Songsang

.

Banyak kes-kes penceraian rumah tangga yang melibatkan suami bernafsu songsang yang berlaku kebelakangan ini.

.

Kalau anda search di carian google pun, ramai wanita diluar sana yang mengalami perkara yang sama, search sahaja suami gay iium, atau gay twitter melayu pasti akan keluar pelbagai luahan para isteri tentang suami mereka.

.

Ramai dari mereka tak sedar bahawa pasangan mereka merupakan seorang homoseksual sehingga lah mereka berkahwin dan mengalami banyak masalah yang pelik serta membimbangkan.

.

.

Kalau kita fikir betul-betul, wanita mana yang mahu diperisterikan dengan lelaki yang bernafsu songsang? Tiada wanita yang mahukan penderitaan suami seorang gay sebegitu.

.

Anda sebagai isteri boleh siasat sendiri adakah suami anda seorang gay ataupun tidak, jangan sampai terlepas pandang ye.

.

.

Tanda – Tanda Homoseksual 

.

Sebagai isteri, anda perlu tahu apakah tanda-tanda suami gay dan adakah si dia mengamalkan hubungan sejenis, gay, atau homoseksual.

.

Ini penting kerana sikap sambil lewa dan tidak mengambil berat boleh menyebabkan masalah yang lebih serius boleh berlaku.

.

Ramai yang tak tahu, akibatnya bercerai kerana suami gay.

.

.

Secara amnya, kebanyakan golongan bernafsu songsang yang wujud sekarang ini mempunyai ‘pattern‘ yang sama yang boleh kita kenal pasti di peringkat awal.

.

Tak dinafikan juga, ada yang berselindung disebalik penampilan yang mengaburi mata kita.

.

Meh kami sediakan beberapa tanda-tanda suami kunyit untuk anda isteri dan juga bakal pengantin wanita untuk mengelak daripada berkahwin dengan lelaki gay.

.

.

1.  Pandangan

.

Apabila anda keluar berjalan-jalan bersama suami anda, cuba anda pandang lerek mata suami anda.

.

Tengok sama ada mata suami anda lebih tertumpu kepada wanita atau lelaki.

.

.

Jika pandangannya tertumpu kepada lelaki, dan bila anda tanya jawapannya dia tertarik kepada rupa paras yang ‘handsome’ dan ‘macho’, itu merupakan salah satu tanda suami anda seorang homoseksual.

.

Kalau jawapannya seperti, “Lawa baju dia” atau “Cantik kasut dia”, anda boleh tarik nafas lega kerana jawapan seperti ini menunjukkan bahawa suami anda bukan berminat dengan rupa paras lelaki tersebut, tetapi hanyalah pakaian yang digemarinya.

.

Suami gay pula tidak berminat langsung nak pandang perempuan-perempuan cantik, yang ada dalam fikirannya lelaki sahaja.

.

Perhatikan juga sama ada si dia berasa tergugat atau pun tidak jika ada lelaki lain yang memandang anda dengan pandangan yang menusuk atau terhadap tubuh badan anda.

.

.

2. Persepsi Terhadap Homoseksual

.

.

Topik berkenaan homoseksual dan LGBT sudah tentu merupakan topik yang agak panas dan taboo untuk dibincangkan.

.

Apabila anda terbaca atau terdengar cerita berkenaan kes-kes LGBT yang tular di media sosial, lambat-laun topik tersebut akan menjadi topik perbualan anda bersama suami anda.

.

Perhatikan, jika riaksi dan hujah beliau agak ‘bias’ kepada golongan LGBT tersebut, berkemungkinan si dia juga mempunyai orientasi seksual yang sama adalah tinggi.

.

Tambahan pula golongan seperti mereka cepat melenting jika kita cuba memperbetulkan apa yang mereka lakukan itu.

.

Jadi riaksi marah dan melenting tersebut boleh menjadi salah satu tanda bahawa mereka sebenarnya adalah gay / bisexual.

.

.

.

.

3. Pornografi Bersifat Homoseksual

.

.

Zaman sekarang ini, perbuatan seperti menonton video lucah sudah menjadi agak normal bagi kaum lelaki.

.

Kalau tak pun mesti ada antara mereka yang ‘like‘ atau simpan gambar ‘fetish‘ mereka di dalam galeri telefon bimbit mereka.

.

Bagi golongan homoseksual ini, mereka lebih cepat terangsang melihat bentuk tubuh lelaki seperti punggung, ‘six pack‘ , lengan berurat, dan beberapa sisi tubuh lain yang mengiurkan.

.

Cuba anda jenguk sikit, check sama ada bahan lucah yang ada didalam telefon mereka itu berunsur gay atau tidak.

.

Tanya suami anda dahulu apa alasan si dia menyimpan gambar sebegitu, jangan tuduh suami gay dengan melulu!

.

.

4. Jarang Melakukan Hubungan Seks

.

.

Individu yang gay atau homoseksual mempunyai tahap keinginan nafsu yang lemah terhadap wanita, atau tiada langsung!

.

Ada sampai satu kes, hanya dua kali sahaja suaminya menyentuh si isteri dalam dua tahun perkahwinan mereka.

.

Bagi mereka kepuasan seksual mereka tidak dapat dipuaskan melalui hubungan seks bersama isteri mereka, sebaliknya mereka berasa lebih terangsang apabila bersama dengan lelaki.

.

Ada juga dari golongan mereka ini yang berkahwin semata-mata untuk menutup orientasi seksual gay mereka.

.

Desakan dari keluarga dan orang sekeliling merupakan punca utama kenapa golongan seperti mereka ini mengambil keputusan untuk berkahwin.

.

Akhirnya, anda sebagai isteri yang menjadi mangsa.

.

.

5. Kenalan Lelaki

.

.

Cuba anda perhatikan, sekerap mana suami anda menghabiskan masa dirumah berbanding pergi berjumpa kawan-kawan.

.

Ada tak suami anda selalu berhubung dengan seorang lelaki ni dalam satu satu masa?

.

Kebiasaannya pasangan gay akan kerap berhubung antara satu sama lain, macam orang ber ‘couple‘ la katakan.

.

Kebanyakan dari mereka ini juga berkenalan melalui media sosial dan aplikasi gay seperti Blued, dan Grindr.

.

.

Check sama ada aplikasi ini ada dalam handphone suami anda!

.

Di media sosial seperti Instagram ataupun Twitter juga, perhatikan followers dan following yang mereka ada.

.

Mana tahu ada ramai lelaki-lelaki seksi yang suami anda follow, bahaya!

.

.

6. Tingkah Laku

.

Dari kenalan-kenalan suami juga kita boleh lihat bagaimana tingkah laku, percakapan dan juga bahasa tubuh si suami.

.

.

Kebiasaannya apabila individu homoseksual berjumpa dengan kenalan ‘kunyit’ mereka yang lain, setiap sisi lain yang disimpan rapi akan mula menyerlah.

.

Jari kelingking dan pinggang akan mula melentik dan cara percakapan akan menjadi lebih lembut persis wanita jadian.

.

Walaupun badan sado tapi bila jumpa dengan geng-geng kunyit dia mula lah nak menggeletis.

.

Ini juga bergantung sama ada suami gay tersebut top atau bottom. Siasat dulu, sebab yang top agak susah sedikit untuk kita kenal pasti secara luaran.

.

Mereka ni juga, selalu ‘bergossip’ atau mengumpat lah kata orang, dan banyak berbual tentang masalah kehidupan orang lain terutama sekali hal-hal yang berkaitan dengan kaum lelaki.

.

Kaum lelaki yang normal pun ada juga yang bergossip tapi tak lah terlalu intensive dan kebiasaannya topik yang dibualkan yang ala kadar sahaja dan sangat singkat.

.

.

7. Menjaga Penampilan

.

.

Ini paling penting.

.

Kalau anda seorang yang teliti, sebelum anda berkahwin dengan si dia pun anda dah boleh nampak tanda-tanda suami gay sebegini.

.

Yelah, mana taknya golongan yang homoseks atau gay ni suka jaga penampilan supaya nampak lebih kemas, wangi, jambu, dan fresh look lah kata orang.

.

Golongan seperti mereka ini suka membeli belah dan menghabiskan duit dengan membeli pakaian, wangian, alat penjagaan kecantikan dan alat solek yang mahal.

.

Mereka juga banyak menghabiskan masa di gym untuk mencantikan tubuh badan mereka agar kelihatan menarik dimata lelaki lain.

.

Mereka juga tidak segan silu memuji penampilan lelaki lain yang menarik perhatian mereka.

.

.

Punca Nafsu Songsang

.

.

Setiap makhluk Allah jadikan berpasang-pasangan, lelaki dan wanita contohnya.

.

Tapi kenapa boleh ada individu yang homoseksual dan mengamalkan nafsu songsang ini?

.

.

1. Persekitaran & Pergaulan

.

Nafsu dan keinginan seksual mulai timbul sejak dari remaja.

.

Di fasa ini juga perasaan ingin tahu remaja mulai membuak-buak.

.

.

Pengaruh rakan yang sudah pun terjebak dalam aktiviti yang melibatkan nafsu sejenis menjadi antara faktor utama.

.

Ramai dari mereka ini juga yang mulai terjebak apabila sejak di asrama, sama ada diliwat oleh senior atau pun godaan / paksaan rakan sebilik, yang akhirnya menyebabkan ketagihan yang melarat.

.

Apabila telah merasa selesa, mereka juga cenderung untuk bergaul dengan rakan-rakan yang sama jenis dengan mereka di media sosial.

.

Pergaulan yang bebas ini akhirnya membuat mereka semakin hanyut daripada jalan yang sebenar.

.

Mungkin ini lah penyebab kenapa seseorang menjadi suami gay.

.

.

2. Pengaruh Internet

.

.

Kemajuan gadget dan smartphone yang ada dihujung jari kita ni sekarang ini memudahkan para remaja & anak muda untuk mengakses kepada filem kegemaran mereka.

.

Ada juga filem yang mengandungi unsur lucah yang tidak ditapis seperti di Netflix dan platfom video streaming luar yang lain, termasuk laman web lucah yang memaparkan adegan yang bermacam-macam.

.

Kemudahan dan hiburan yang tiada had ini membuat mereka berasa kewujudan LGBT sebagai normal dan mudah untuk terikut-ikut akan budaya barat yang berjaya dibawa masuk.

.

.

3. Pemakanan

.

Pemakanan juga berkemungkinan boleh menjadi salah satu punca kenapa nafsu songsang boleh timbul.

.

.

Ia mungkin disebabkan oleh jumlah phytoestrogens yang ada didalam makanan seperti kacang soya dan buah-buahan beri yang mengandungi jumlah estrogen yang agak tinggi.

.

Jumlah estrogen yang tinggi boleh menyebabkan seseorang lelaki itu mempunyai bentuk tubuh  seperti wanita dan berkelakuan agak keperempuanan.

.

Sebab itu juga lah ramai ‘Maknyah’ dan ‘Pondan‘ diluar sana mengamalkan pengambilan hormon untuk tubuh badan mereka supaya tampak lebih keperempuanan dan ‘Ayu’

.

Kajian barat mendapati, lelaki yang banyak mengambil makanan yang berasaskan estrogen lebih mudah untuk merasa terangsang terhadap sesama jantina.

.

.

4. Kurang Penghayatan Islam

.

.

Individu yang lahir beragama islam, ibu bapa beragama islam, tetapi mengamalkan budaya yang tak melambang kan kesucian islam.

.

Ini tak pelik, walaupun seseorang itu telah pun belajar tentang islam sejak dari kecil hingga dewasa, malah mendapat pendidikan dari sekolah pondok dan sekolah tahfiz juga, masih wujud golongan yang menjadi mangsa dalam lembah nafsu songsang sebegini.

.

Ini semua berpunca dari kurangnya penghayatan tentang apa yang dipelajarinya. Belajar hanya setakat belajar, dan bukan untuk tujuan mengamalkannya.

.

Sambil berlelah-lelah menimba ilmu, diselaputi pula dengan nafsu dan pengaruh sesama jantina, akhirnya rosak lah jiwa dan punah lah akhlak mereka dek kerana nafsu yang sentiasa membakar.

.

Baca Selepas Ini: Kaunseling Rumah Tangga – Panduan (Lengkap) Agensi, Harga Dan Pakej Yang Terbaik

.

.

Apa Nak Buat Kalau Suami Gay?

.

Kalau suami gay apa yang harus dilakukan ya?

.

.

Macam mana nak ubah suami gay?

.

Anda sebagai pasangan yang prihatin terhadap suami anda perlu lah memainkan peranan anda supaya rumahtangga yang dibina dikecapi selama ini tidak runtuh dan menjadi sia-sia.

.

Pelbagai cara yang anda boleh buat untuk membantu suami menyelesaikan masalah yang dialami dirinya daripada terus memakan diri sendiri.

.

.

Sokongan Moral

.

Jangan lupa berikan sokongan moral yang diperlukan oleh suami anda. Setiap individu yang mempunyai masalah memerlukan sokongan moral yang tinggi supaya kuat untuk menempuh setiap cabaran yang dilalui mereka.

.

Jika anda mempunyai suami yang sebegini, jangan fikir untuk tinggalkan si dia.

.

.

Risau kerana perkara tersebut akan menjadi lebih buruk apabila si dia mula hilang kepercayaan pada wanita dan akan mencari kepuasan dari tabiat lama mereka.

.

Mungkin Allah amanahkan si dia kepada anda bukan sebagai penderitaan suami seorang gay, tetapi supaya anda berdua dapat bersama-sama berubah menjadi lebih baik, jangan putus asa!

.

.

Bawa Berjumpa Pakar

.

Kami faham, perasaan, nafsu, dan naluri gay yang sudah sebati dalam kehidupan memang susah untuk dikawal.

.

Sebagai isteri, cubalah ajak suami anda pergi bertemu pakar untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya, minta persetujuan suami anda supaya si dia tidak rasa terpaksa.

.

Berjumpa pakar seperti kaunseling bukan lah bermaksud kaunselor tersebut boleh menyelesaikan masalah rumahtangga anda dengan sekelip mata, tetapi tugas mereka adalah untuk cuba membantu anda memahami diri sendiri dan masalah yang dihadapi oleh suami anda, dan apa langkah yang wajar dilakukan supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk.

.

.

Kadang-kadang bukan suami anda sahaja yang memerlukan khidmat tersebut, anda juga memerlukannya lebih-lebih lagi jika anda ingin sehidup semati bersama suami anda, dan sanggup menerima kekurangan si dia.

.

.

Usaha Pikat Si Dia

.

Anda tak mahu berputus asa bukan?

.

Cuba lah sedaya upaya untuk menawan hati suami anda dengan pelbagai cara yang anda boleh fikirkan.

.

Sebagai contoh, naluri manusia sukakan perkara-perkara yang indah dan cantik, tak kira lah lelaki atau perempuan.

.

Pakai lah wangian dan pakaian yang cantik dan bersih supaya anda sentiasa nampak ‘fresh‘ dimata si dia.

.

.

Cuba pikat hati si dia dengan rasa kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

.

Jadi lah wanita yang boleh dihormati dan disayangi oleh suami anda mudah-mudahan doa dan usaha di makbulkan oleh Allah SWT.

.

Jangan lupa banyakkan bertanya dengan orang yang lebih berpengalaman bagaimana cara ambil hati suami.

.

.

Cara Meninggalkan Dosa Besar

.

Sudah tentu setiap yang beragama islam dikurniakan oleh Allah nikmat cahaya iman yang tidak akan padam selagi kalimah syahadah tersemat didalam hati.

.

.

Golongan seperti mereka ini bukannya tak tahu apa yang mereka buat itu dosa besar, malah ujian Allah pada mereka ini berat untuk kita bayangkan.

.

Jika anda salah seorang dari golongan ini, baca tips yang kami sediakan dibawah.

.

.

1.  Banyakkan Berbiadah

.

Dengarnya macam agak cliché tetapi ini lah yang paling penting bagi kita sebagai umat islam.

.

Apabila kita jauh dari Allah, syaitan akan mula menguasai diri.

.

Cuba sibukkan diri kita dengan ibadah dan menjaga hubungan kita dengan Allah.

.

.

Semestinya iman manusia ini ada kalanya naik dan ada kalanya turun.

.

Tetapi perasaan dekat dengan Maha Pencipta ini akan membuat kita lebih sedar bahawa setiap perbuatan kita sedang diperhati oleh Allah dan seterusnya merasa bersalah apabila berfikir mahu melakukan dosa.

.

.

2. Berusaha Untuk Berhenti

.

Berhenti melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh menimbulkan nafsu tersebut kembali.

.

Allah berfirman,

“Sesungguhnya tipu daya setan itu lemah,”

[An-Nisa: 76].

.

Selagi kita melawan, selagi itu tipu daya dan hasutan mereka akan menjadi lemah.

.

.

Jika sebelum ini anda sering berhubung dengan lelaki di media sosial, cubalah untuk menghentikan perbuatan itu.

.

Jika perlu, tutup lah juga akaun media sosial yang selama ini menjadi sumber dosa besar yang dilakukan, serta putuskan hubungan dengan mana-mana individu yang cuba menghasut anda untuk melakukan dosa tersebut kembali.

.

Jangan bergaul, dengan kawan-kawan yang mempunyai orientasi seksual yang sama.

.

Cara berhenti jadi gay paling penting ialah jaga pandangan, sebab dari pandangan ini lah akan turun ke dalam hati.

.

.

.

.

3. Elakkan Besendirian

.

Elakkan bersendirian sebaliknya perbanyakkan aktiviti bersama keluarga, adik beradik, dan kawan-kawan ‘straight‘ yang lain.

.

.

Hadkan juga tempat tidur anda hanya untuk tidur sahaja dan bukan untuk berehat-rehat bermain handphone dan sebagainya.

.

Apabila anda bosan dan tak tahu apa yang perlu dilakukan waktu malam, teruskan tidur ataupun kerjakan solat sunat seketika untuk mengisi kekosongan yang dirasai ketika itu.

.

Ini kerana perasaan bosan yang anda rasai akan membuatkan otak anda berfikir perkara-perkara yang boleh melegakan perasaan bosan yang dirasai.

.

Akhirnya syaitan akan mula menghasut dan nafsu gay anda akan membuak-buak kembali.

.

4. Tetapkan pendirian

.

Anda harus tetapkan pendirian anda tentang perubahan yang ingin dilakukan dan berusaha kearah perubahan tersebut.

.

.

Anda juga disyorkan untuk menghebahkan hasrat anda untuk berubah dan berhijrah kepada kawan-kawan yang bernafsu songsang yang lain.

.

Dengan ini, secara tak langsung ia akan membantu anda menguatkan lagi semangat dalam melawan nafsu songsang anda dan membuatkan anda menjadi lebih jijik untuk mengulangi dosa yang sama sebagai suami gay atay homoseksual.

.

.

5. Bertaubat

.

Buat solat sunat taubat walaupun anda fikir anda tak mampu untuk berhenti melakukannya, setiap kali anda lakukan dosa cepat-cepat kembali ke landasan yang benar.

.

Sebelum anda memandu pulang dari tempat kerja, amalkan meminta keampunan daripada Allah dan berdoa lah agar segala dosa-dosa yang pernah dilakukan diampunkan sebelum tibanya ajal.

.

.

Selain itu anda juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan istirgfar setiap kali anda memikirkan atau bercakap perkara-perkara yang mungkar.

.

Biasa kan yang baik semoga sekecil-kecil perubahan ini akhirnya akan membawa kita kepada perubahan yang lebih besar.

.

.

Kami faham kesusahan dan penat lelah yang anda hadapi untuk melawan nafsu tersebut sangat susah, berulangkali dan bermacam-macam cara yang telah anda buat.

.

Tetapi hasilnya masih sama.

.

Anda perlu ingat, kita manusa tak lari dari melakukan dosa, dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa itu adalah mereka yang bertaubat.

.

Kita semua hamba Allah sama sahaja, golongan yang gay, atau pun yang straight tidak membuatkan mereka satu tangga lebih baik antara satu sama lain melainkan amalan dan ketakwaan kita kepada Allah.

.

.

Minta lah keampunan daripada Allah SWT kerana Dialah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

.

Jangan putus asa kepada rahmat Allah kerana kita juga merupakan khalifah kepada diri kita sendiri.

.

Walau apa pun dosa yang pernah kita lakukan, Allah juga lah tempat kita akan kembali.

.

Segala yang telah kami sebutkan didalam artikel ini adalah secara am supaya para pembaca dapat mengambil isi-isi penting untuk diamalkan bersama. Namun, realitinya kami faham segalanya masih agak rumit dan sukar untuk dicapai.

.

Kami doakan semoga segala pengorbanan dan penat lelah anda dalam perjalanan mencari rahmat Allah akan mendapat balasan kebaikan yang setimpal.

.

.

Terima kasih kerana telah meluangkan masa membaca artikel suami gay kami pada kali ini.

.

Semoga segala perkongsian kami pada kali ini dapat dimanfaat oleh setiap pembaca dan pasangan diluar sana.

.

Jangan lupa baca juga perkongsian kami yang lain.

.

Assalamualaikum

.

.

Jom Baca: Klimaks Wanita – Ehem! Anda Suami Perlu Tahu Cara Merangsang Si Dia

.

.

Jejaka Arman

Recent Posts

Pickupline – 50 Koleksi Ayat Mengorat Terbaik

Anda selalu tak guna ayat pickupline? . Kalau anda dah biasa guna ayat-ayat pickup line…

15 hours ago

Ubat Kencing Manis – Jenis, Fungsi & Kesan Sampingan

Dalam setiap ubat-ubatan sudah tentu ada kesan sampingan, termasuk ubat kencing manis. . Kalau anda…

4 days ago

Derma Darah – Cara, Syarat Dan Kelebihan Yang Ramai Tak Tahu

Derma darah merupakan antara salah satu perbuatan yang mulia untuk dilakukan. . Menderma darah juga…

4 days ago

Micropenis – Simptom, Rawatan & Kesan Masalah Zakar Kecil

Zaman sekarang ni, ramai lelaki risau tentang saiz zakar mereka. . Risau kalau-kalau zakar mereka…

4 days ago

Makanan Kesihatan Lelaki – Tips Terpadu Tambah Tenaga Dan Kesihatan Lelaki

Zaman sekarang ni, ramai lelaki yang tak peka tentang kesihatan mereka. . Frasa 'makanan kesihatan…

4 days ago