Cara Tingkatkan Keyakinan – Tips Lelaki Untuk Nampak Alpha & Macho
A Hasan Hamdani

Adi Idham

Aku rasa aku kena cari cara tingkatkan keyakinan diri lah.

.

Lately ni rasa down sangat, projek haritu entah dapat entah tidak lah.

.

Mungkin juga cara aku cakap waktu meeting haritu tak dapat yakin kan mereka.

.

.

Macam mana ni? Tak kan nak biar perkara macam ni berlaku lagi.

.

Tak kan takda cara yang boleh membantu masalah ini?

.

Disebabkan anda dah sampai ke sini, kepada anda yang alami masalah yang sama teruskan scroll kebawah.

.

Kami akan terangkan tips dan cara nak tingkatkan keyakinan diri anda supaya nampak lebih yakin dan alpha.

.

.

.

.

Baca Juga: Koleksi Senaman Untuk Lelaki – Cabaran Mantap Batin 30 Hari

.

.

Kenapa Pentingnya Keyakinan Diri?

.

.

Antara elemen penting untuk berjaya dalam setiap yang kita lakukan, ialah ada keyakinan diri yang tinggi.

.

Kalau tak ada elemen yang disebutkan ini, min yakin tak ada siapa pun yang akan berjaya dengan mudah.

.

Individu yang ada tahap keyakinan yang tinggi akan secara automatik nampak lebih mudah untuk dipercayai.

.

.

Bukan itu sahaja, jika anda sendiri yang berjaya tingkatkan keyakinan diri ini, anda dapat sampaikan sesuatu mesej dengan lebih berkesan dan mudah untuk difahami oleh semua orang.

.

Rakan sekerja dan orang sekeliling juga akan lebih menghormati pendapat serta keputusan yang diputuskan oleh anda.

.

Orang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi sangat menarik perhatian orang ramai & nampak lebih menonjol. Jika anda seorang yang bujang, ini lah masanya untuk anda cari calon isteri yang anda idam-idamkan.

.

.

Kebiasaannya orang yang yakin dengan diri mereka ini terserlah kepimpinannya & lebih mudah dipilih untuk menjadi seorang ketua berbanding mereka yang tidak begitu menyerlah, terutama sekali dalam organisasi di tempat kerja.

.

Jadi, lebih mudah untuk mereka dinaikkan pangkat dan diharapkan untuk memegang jawatan-jawatan tinggi.

.

Apa kata anda? Banyak kelebihan yang boleh anda dapat daripada tingkatkan satu aspek ini sahaja kan, tak gitu?

.

.

Apa-apa pun, secara ringkasnya antara ciri-ciri lelaki alpha yang perlu ada dalam diri anda ialah:

1. Keyakinan Diri – Walaupun dalam situasi yang sukar, ciri-ciri lelaki alpha ni mampu untuk menyelesaikan setiap masalah dengan yakin dan rasional. Ini membuatkan rakan sekerja rasa mudah untuk bekerjasama untuk menyelesaikan tugas.

2. Berani – Lelaki yang alpha berani untuk ambil risiko dalam perkara yang dibuat. Bukan hanya selesa dekat zon selesa sahaja. Walaupun gagal berkali-kali, tapi tetap berani cuba dan belajar benda baru.

3. Keputusan – Salah satu ciri-ciri lelaki alpha ialah mampu buat keputusan dengan berani dan yakin. Kalau tak adakah keputusan itu yang terbaik? Mestilah tak kan?

4. Pemimpin – Ciri-ciri lain seperti nilai kepimpinan yang tinggi juga penting untuk anda nampak lebih yakin, dan alpha berbanding orang lain.

.

.

Perubahan dari setiap aspek ini merupakan impian setiap lelaki.

.

.

Kalau anda betul-betul nak tingkatkan keyakinan dalam urusan harian anda anda perlu keluar dari zon selesa anda yang sekarang, keluar ke zon tak selesa.

.

Di zon tak selesa ini lah anda akan mula improve diri anda menjadi lebih baik, belajar banyak perkara-perkara baru, jumpa macam-macam orang dan pengalaman baru yang tak terhingga.

.

Orang yang ada karakter sebagai ketua dan yakin ini bukan lahir-lahir dah macam tu, mesti ada habit, keputusan, atau persekitaran yang buatkan mereka berubah hingga ke tahap itu.

.

.

.

.

 

.

.

Tips Tingkatkan Keyakinan

.

.

1. Berani Buat Keputusan

.

.

Min bukan nak suruh anda semua supaya jangan rasa takut langsung, tapi lelaki yang sejati akan berani buat keputusan dan ambil risiko.

.

Risiko yang diambil tersebut sudah tentu dibuat dengan perancangan dan penilaian yang terperinci sebelum mereka membuat keputusan.

.

Fahami risiko dan ber keyakinan untuk hadapi apa perkara yang mendatang adalah salah satu sifat lelaki alpha.

.

.

2. Elakkan Pergaduhan

.

.

Kalau anda bertengkar dengan pasangan anda, atau ada orang yang tak dikenali terlanggar bahu anda, tak perlu mengamuk atau marah.

.

Lelaki jenis alpha sebenarnya tahu bahawa pergaduhan tak mendatangkan apa-apa manfaa, kurang keyakinan diri adalah nanti.

.

Dalam masa yang sama, anda kena sentiasa usaha untuk faham kenapa mereka bertindak sedemikian.

.

Tapi tak bermakna anda kena tunduk kepada semua kehendak mereka, sabar tetap ada hadnya.

.

.

3. Jaga Diri Sendiri

.

.

Penjagaan pemakanan, kebersihan diri, serta waktu tidur adalah perkara asas yang tak boleh dipandang remeh.

.

Nak jaga kesihatan diri bukan setakat pergi gym dua kali seminggu sahaja, inisiatif untuk jaga stress dan kesihatan mental juga perlu ada.

.

Ini kerana ketidakstabilan hormon dalam badan boleh mengganggu kawalan anda terhadap stress, dan rasa marah. Jadi lebih susah untuk anda kawal emosi anda apabila berhadapan dengan orang.

.

Seterusnya

.

.

4. Pentingkan Pasangan

.

.

Aktiviti seksual adalah sukan berpasukan, kalau anda puas apabila bersama tetapi isteri anda tak dapat kepuasan yang diinginkan, ini juga boleh menjejaskan hubungan anda dengan pasangan.

.

Jika anda ada masalah kurang ereksi, ejakulasi pramatang, pergi dapatkan rawatan adalah salah satu langkah pertama yang baik.

.

Kami yakin hubungan anda dengan isteri anda akan lebih intim dan rapat lebih dari biasa.

.

.

5. Elakkan Buang Masa

.

.

Cuba anda perhati, kebanyakkan orang balik rumah terus duduk depan televisyen tengok movie ataupun main video game.

.

Sepatutnya waktu senggang macam ni digunakan dengan buat perkara yang lebih bermanfaat macam bersukan, cari masa untuk setup bisnes yang kita dah lama nak buat tu ke, ataupun baca buku.

.

Elakkan perkara-perkara yang boleh mengganggu daya pemikiran anda seperti dadah, video lucah, dan arak.

.

.

6. Tujuan Hidup

.

.

Kalau anda tak ada apa yang nak dicapai dalam hidup, jadi apa yang anda tengah lakukan sekarang ini?

.

Mesti anda tak suka habiskan masa untuk sesuatu yang sementara dan tak kekal lama kan?

.

Apa kata anda cari tujuan atau life goals anda sendiri untuk pastikan apa yang anda usahakan sekarang ini ada ganjaran yang menanti diakhirnya. 

.

Anda perlu ikut tips ini supaya anda tahu bagaimana nak tingkatkan keyakinan diri dengan lebih tepat.

.

.

7. Jangan Tunggu Orang Lain

.

.

Kalau anda nak berjaya dalam karier, setiap masalah yang berlaku pada anda perlu mendapat pertolongan daripada orang lain.

.

Namun, jangan pula tunggu orang yang datang tolong anda, anda sendiri kena cepat-cepat cari pertolongan, jangan buang masa kononnya anda boleh selesaikannya sendiri.

.

Kalau anda nak tambah baik prestasi kerja anda, anda kena cari cara untuk improve diri, jangan sesekali tunggu bos yang naikkan pangkat, volunteer diri sendiri jika anda dah meningkatkan keyakinan anda siap-siap.

.

.

8. Gembirakan Diri Sendiri

.

.

Berhenti harapkan orang lain untuk gembirakan anda.

.

Kalau rasa gembira anda datang daripada kawan-kawan suka berkawan dengan anda, atau ahli keluarga anda.

.

Dah tentu anda akan rasa sangat kecewa bila beri layanan buruk terhadap anda. Betul tak?

.

Dah tentu juga anda akan bertindak lebih mengongkong dan memaksa selepas itu.

.

.

9. Tetap Pada Kata-Kata

.

.

Salah satu benda yang orang akan paling ingat tentang kita ialah sama ada kita tepati janji kita atau tidak. Lebih-lebih lagi kalau kita berjanji dengan budak-budak.

.

Tak ada yang lebih teruk daripada kecewakan kepercayaan orang yang kita sayang. Jadi lepas ni bila anda berjanji pastikan janji tersebut anda boleh 100% yakin boleh tunaikan.

.

Lakukan apa sahaja yang anda mampu untuk pegang dengan kata-kata anda. Mesti semua orang akan lebih menghormati kita.

.

.

10. Cari & Kekal Dengan Prinsip Diri

.

.

Untuk kenalpasti apa pendirian dan prinsip hidup anda, anda boleh baca tentang tokoh atau individu berpengaruh yang jadi idola anda.

.

Anda boleh ambil prinsip hidup mereka yang sesuai dengan anda dan jadikan sebagai prinsip hidup anda.

.

Ini penting kerana bila waktu sukar tiba, anda tak akan berpaling dari prinsip dan pendirian yang anda pegang dengan teguh.

.

Kuatkan pendirian anda, apa yang paling penting dalam hidup anda, apa kata-kata yang anda paling pegang dalam hidup, dan berusaha setiap tindak-tanduk anda ke arah tersebut.

.

.

11. Berani Bersuara

.

.

Dekat dunia online memang semua orang berani bagi tahu pendapat masing-masing. Tapi bila dekat dunia pekerjaan, tak ramai yang berani voice out masing-masing punya pendapat.

.

Pastikan suara dan pendapat anda ada di setiap perbincangan di tempat kerja.

.

Jika ada ketidakadilan berlaku, pastikan anda bangun dan bersuara untuk diri anda sendiri, dan juga rakan sekerja yang.

.

.

12. Jadi Diri Sendiri

.

.

Antara ciri-ciri lelaki alpha ialah mereka sentiasa jadi diri sendiri setiap yang dilakukan bukan mengharapkan pujian atau ganjaran.

.

Hidup ni sekali sahaja, bertindak berdasarkan ekspektasi orang lain ialah salah satu cara paling tak seronok untuk hidup.

.

Tetapkan sendiri individu macam mana yang anda nak jadi.

.

Walaupun ianya sudah tentu akan menyinggung sesetengah pihak, tapi jangan biarkan ini jadi penghalang anda jadi yang orang putih kata the best version of yourself.

.

.

Baca Selepas Ini: Masalah Rumah Tangga – Punca Konflik Berlaku. Tips & Solusinya

.

.

13. Berdikari

.

.

Kuatkan semangat anda untuk terus melangkah kehadapan, walaupun dalam keadaan sukar.

.

Anda perlu sedar, walaupun semuanya tak jadi macam yang anda harapkan, anda sentiasa boleh bergantung pada kebijaksanaan anda untuk selesaikan masalah menjadi lebih baik.

.

Kadang-kadang sesetengah perkara lagi baik kalau kita yang selesaikan sendiri dengan cara kita daripada buang masa cari pertolongan dengan orang yang salah. Betul tak?

.

.

14. Elakkan Perkara Yang Mencalarkan Imej

.

.

Antara perkara yang boleh menjejaskan imej dan maruah kita.

.

Senang cerita jangan terjebak dengan perkara-perkara sensitif seperti masalah perkauman, gangguan seksual, atau mungkin masalah dengan orang disekeliling.

.

Dah tentu orang sekeliling akan pandang rendah, dan hilang kepercayaan pada anda. Anda nak jadi orang yang Cool betul tak? Elakkan perkara-perkara yang kami sebuatkan tadi.

.

.

15. Jadi Ketua Yang Baik

.

.

Kalau anda seorang ketua, anda perlu bertanggungjawab keatas emosi dan moral orang disekeliling anda.

.

Tak kan anda masuk sahaja office nak buat muka badmood, mesti pekerja-pekerja lain juga akan dapat impak negatif yang sama. Takut-takut kalau salah cakap, boleh buat anda naik angin hari itu.

.

Anda perlu jadi ketua yang boleh bawa berbincang, pastikan pekerja anda tahu setiap ketidakpuashatian mereka boleh diluahkan pada anda.

.

.

16. Ambil Berat

.

.

Sikap ambil berat terhadap orang sekeliling bukan sahaja menjadikan anda seorang ketua yang baik, malah sebagai rakan dan pendengar yang baik juga.

.

Kadang-kadang apa yang membuatkan prestasi mereka menurun bukan sebab perasaan malas atau tak competent buat kerja

.

Ambil berat tentang mereka, kenalpasti apa masalah yang mereka hadapi, dan cuba bantu selesaikan masalah mereka.

.

.

17. Bukan Semuanya Tentang Kita

.

.

Hidup ini bukan semuanya tentang kita, kadang-kadang kalau kita asyik cakap tentang kita sahaja pun orang boleh hilang minat pada kita.

.

Kita kena faham orang lain juga ada perasaan dan hidup masing-masing yang mereka lalui, tak sama apa yang kita lalui.

.

Jadi jangan buat macam semuanya tentang anda, pandangan, dan cadangan orang lain juga ada nilainya sendiri yang perlu anda ambil kira.

.

.

18. Tunjukkan Minat Dekat Orang

.

.

Salah satu cara untuk buat orang rasa seronok bergaul dengan anda ialah dengan cara tunjuk minat dekat apa yang mereka ingin sampaikan,

.

Ini pun boleh jadi salah satu cara untuk anda rancakkan lagi perbualan jika anda memang tak ada topik yang nak diceritakan.

.

Secara psikologi, manusia lebih suka diajukan soalan berbanding mendengar tentang cerita orang lain yang tak ada kena mengena dengan hidup mereka.

.

Senang cerita, kadang-kadang anda perlu mendengar tanpa berkata apa-apa untuk jadi pendengar yang baik, kami yakin mesti mereka juga selesa berbual dengan anda juga.

.

.

.

.

19. Gelakkan Dekat Diri Sendiri

.

.

Mesti anda pernah ada dalam situasi tegang, yang mana berpunca daripada gurauan rakan-rakan anda yang sangat menyakitkan hati, kan? Orang kita kata ‘kena bahan’ lah senang.

.

Sebenarnya salah satu cara nak atasi keadaan macam ni ialah dengan gelak dan join sekali gurauan mereka. Anda mesti terfikir, gelakkan perkara bodoh yang sendiri kita buat, tak ke nampak lagi bodoh kan? Hahahh

.

Hakikatnya tidak. Bila anda gelak tu, secara tak langsung ia membuatkan anda nampak lebih sporting dan tak nak ketinggalan dalam perbualan.

.

.

Tindakkan ini juga membuatkan anda nampak seperti orang yang berbeza daripada apa yang di tertawakan itu.

.

Mereka juga sedar tak sedar akan lebih respect pada anda dek kerana cara anda handle gurauan kasar mereka sangat lah macho dan matang.

.

Ini lah cara paling efektif macam mana nak tingkatkan keyakinan diri anda.

.

.

Anda dah baca semua kan? Apa kata anda praktikkan semua yang kami jelaskan diatas, kami yakin kalau tak semua pun mesti ada banyak tips yang boleh bantu anda jadi lelaki yang lebih alpha, dan boleh tingkatkan keyakinan anda.

.

.

Setiap yang kami jelas kan tadi perlu dipraktikkan setiap hari supaya lama kelamaan nilai yang baik ini dapat jadi sebati dalam diri anda.

.

Juga dapat keluarkan diri dan potensi sebenar diri anda kepada karier dan kehidupan anda serta ter motivasi diri untuk berubah.

.

Apa-apa pun terima kasih kepada anda kerana telah selesai membaca artikel ini.

.

.

Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Pickupline – 50 Koleksi Ayat Mengorat Terbaik

.

.

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?