Cara Tumbuh Jambang – Tips Untuk Anda Yang Kurang Bulu

A Hasan Hamdani

Hadi Idham

Adakah anda tengah cari cara tumbuh jambang sekarang ini?

.

Sudah tentulah anda nak cuba lebatkan bulu-bulu yang ada di dagu dan pipi anda.

.

Nak nampak macho ala-ala pak arab dan artis-artis lelaki yang ada di kaca tv setakat ini.

.

.

Tapi anda tahu tak cara tumbuh jambang yang patut anda buat untuk dapatkan jambang atau janggut yang panjang dan kemas?

.

Meh min nak cerita

.

.

.

.

.

.

Cara Tumbuh Jambang

.

.

Sebenarnya ada cara tumbuh jambang sebenarnya.

.

Tetapi secara asasnya jambang ini tumbuh berdasarkan keturunan anda.

.

Kalau keturunan anda sememangnya tak ada jambang, dah tentu secara semula jadi pun anda tak kan ada rerambut dibahagian tulang pipi dan dagu anda.

.

.

Setiap bulu-bulu atau rerambut akan tumbuh dan jatuh berulang-ulang kali sampai lah kita tua.

.

Waktu ini proses pertumbuhannya akan mula merosot.

.

Antara hormon yang memainkan peranan penting ialah testosteron.

.

.

Lagi tinggi testosteron anda lagi banyak bulu jambang yang akan tumbuh.

.

Tetapi setakat ini, tiada kajian yang membuktikan keberkesanan terhadap jambang jika anda mengambil hormon testosteron secara artificial.

.

Untuk membantu anda, kami akan terangkan tips cara tumbuh jambang yang anda boleh cuba sendiri dekat rumah.

.

.

.

.

Baca juga: Cara Jaga Penampilan – Tips Lelaki Untuk Nampak Kemas & Yakin

.

.

Cara Tumbuh Jambang Semula Jadi

.

.

Ini antara cara tumbuh jambang yang boleh anda cuba.

.

Cara ini akan membantu bulu roma nipis yang ada di bahagian pipi dan dagu anda menjadi lebih panjang dan tebal.

.

Bukan sahaja itu ianya juga boleh membuatkan janggut anda menjadi lebih sihat dan kuat.

.

.

1) Pemakanan

.

.

Untuk menggalakkan pertumbuhan bulu, ada beberapa elemen dan vitamin penting yang perlu anda ambil.

.

Sesetengah vitamin boleh membantu folikel (akar) bulu roma menjadi aktif semula.

.

Anda boleh cuba makan makanan yang kaya dengan vitamin D & B.

.

.

Antara makanan yang boleh anda cuba ialah:

  • Ikan
  • Daging
  • Telur
  • Kekacang
  • Susu tinggi mineral & vitamin

.

.

2) Bersenam

.

.

Setakat ini, tiada bukti yang dibuat terhadap hubungan antara aktiviti senaman boleh meningkatkan pertumbuhan bulu jambang.

.

Tetapi kajian mendapati bersenam memang antara salah satu cara untuk meningkatkan tahap hormon testeron dalam badan.

.

Jumlah testerone yang tinggi yang dihasilkan dalam badan boleh memainkan peranan yang penting dalam proses tumbesaran jambang.

.

.

3) Tidur Yang Mencukupi

.

.

Anda jenis tidur lewat dan suka berjaga malam?

.

Mungkin ini lah salah satu penyebab kenapa bulu anda jarang dan jambang tak tumbuh-tumbuh.

.

Perkara tak berfaedah seperti tak tidur malam dan tak mendapat tidur yang mencukupi boleh menjadi punca kepada kekurangan hormon testeron dalam badan anda.

.

.

Bermakna, folikel bulu pada tubuh badan anda juga tidak dapat menerima hormon testosteron yang mencukupi.

.

Ini menyebabkan anda tidak dapat merasai sensasi bulu2 di pipi anda untuk jangka masa yang lama atau mungkin tak akan ada langsung.

.

.

4) Membasuh & Melembab Muka

.

.

Anda perlu tahu juga, kebersihan muka dan kelembapan muka sangat-sangat memainkan peranan penting.

.

Rajin – rajinkan basuh muka dengan pencuci muka supaya folikel bulu anda sentiasa sihat dan tidak dijangkiti kuman.

.

Kalau tidak, sudah tentu muka anda akan mempunyai masalah seperti tumbuh jerawat.

.

.

Nak tumbuh jambang jauh sekali.

.

Anda boleh juga lumurkan muka anda dengan serum atau minyak tumbuhan seperti minyak jarak, atau minyak kelapa setiap kali selepas mandi.

.

Ini sama sahaja dengan minyak – minyak jambang yang ada dipasaran sekarang ini.

.

.

Yang mana mereka menggunakan konsep yang sama iaitu dengan cara menghalang partikel air yang ada dalam pori-pori atau folikel bulu daripada tersejat/tekeluar.

.

Partikel air yang telah di’lock in place’ oleh minyak dan cecair tadi boleh membantu peningkatan saiz dan kesihatan bulu jambang anda.

.

.

5) Berhenti Merokok

.

.

Antara cara tumbuh jambang yang paling penting dan mustahak sekali ialah berhenti merokok.

.

Pakar mendapati, kebanyakkan masalah keguguran rambut sering kali dikaitkan dengan gejala merokok.

.

Ini disebabkan oleh bahan kimia yang ada dalam sebatang rokok.

.

.

Asap kotor yang datang dari bahan ini boleh menyebabkan keradangan pada salur darah dan menjejaskan komposisi DNA dan kesihatan folikel bulu roma/jambang anda.

.

Jadi berhenti merokok sangat – sangat ialah cara tumbuh jambang yang wajib anda cuba jika anda inginkan bulu-bulu di serata muka anda tumbuh dengan sihat.

.

Jika anda ingin teruskan tips cara tumbuh jambang ini, anda boleh mulakan dengan berhenti merokok.

.

.

Doktor boleh membantu anda menyelesaikan masalah seperti withdrawal syndrome.

.

.

6) Micro-Needling

.

.

Kalau anda jenis yang menjaga penampilan muka mesti anda tahu tentang micro-needling.

.

Micro needling ialah proses yang dibuat dengan mencucuk kulit muka anda dengan puluhan jarum kecil.

.

Scary kan? Tak juga.

.

.

Sebenarnya jarum yang digunakan sangat halus dan fungsinya ialah untuk membantu darah untuk lalu dengan lebih lancar dikawasan tersebut.

.

Selain itu, jika anda guna serum tumbuh jambang, micro-needling juga boleh membantu serum tersebut untuk diserap kedalam kulit dan folikel bulu jambang.

.

Kajian yang dilakukan pada 2013 mendapati, cara tumbuh jambang dengan menggunakan micro-needling dan serum minoxidil (rogaine) dapat membantu lelaki mengurangkan kebotakkan rambut selama 12 minggu.

.

Ini boleh membantu dalam petumbuhan jambang juga.

.

.

Baca Selepas Ini: Penyakit 3 Serangkai – Anda Perlu Tahu Tanda, Punca, & Cara Mencegahnya 

.

.

Soalan Lazim Tumbuh Jambang

.

.

Soalan 1: Betul ke bulu roma di pipi setiap hari boleh tumbuh dan tebalkan jambang?

Jawapan: Tidak. Ini ialah salah satu mitos lama yang tak ada asasnya. Bulu di muka mungkin akan nampak lebih panjang sebab anda cukur dari bahagian bawah yang tebal. Ini membuatkan jambang atau misai anda nampak lebih tebal dari selalunya.

.

Soalan 2: Berkesan ke minyak tumbuh jambang?

.Jawapan: Ada beberapa bukti dan kesan yang menunjukkan beberapa serum tumbuh jambang boleh membantu pertumbuhan bulu dibahagian muka. Tetapi setakat ini tiada lagi bukti spesifik yang boleh menguatkan bukti tersebut. Beberapa kajian telah dibuat mendapati, ada tumbuhan yang boleh meningkatkan kadar protein yang membantu pembesaran bulu jambang. Ada antara tumbuhan ini kebanyakkan mempunyai kadar antioksida yang tinggi seperti buah gooseberry. Untuk menyimpulkan ini, kajian terperinci masih diperlukan.

.

Soalan 3: Berapa Lama Jambang Nak tumbuh?

Jawapan: Secara umumnya, jambang akan tumbuh 1/2 inchi setiap bulan. Ini yang berlaku setiap kali anda mencukur bulu dimuka anda. Ada kalanya jambang akan tumbuh berombak dan ada kalanya lurus. Jambang anda akan berhenti memanjang selepas 6 tahun jika anda tak mencukur selama tempoh tersebut.

.

.

.

.

Dah Macam-macam Produk Guna Tapi Masih Tak Tumbuh?

.

.

Banyak faktor yang memberi kesan kepada berapa lama dan tebal jambang anda tumbuh antaranya:

.

.

Genetik

.

.

Tahap aktif folikel bulu jambang anda bergantung kepada genetik keturunan anda.

.

Jadi kalau kedua belah ibu dan bapa anda bukan dari keturunan yang mempunyai jambang, besar kemungkinan anda juga tak akan boleh tumbuh jambang.

.

Anda juga mungkin mengalami masalah genetic yang mana menyebabkan kerosakan pada folikel bulu tersebut.

.

So, segala nutrient dan hormon testostrone (hypogonadism) yang diperlukan tak dapat untuk sampai ke bahagian akar bulu dan menyebabkan anda tidak dapat tumbuh jambang.

.

.

Tekanan

.

.

Stress juga memainkan peranan penting.

.

Penghasilan hormon kortisol yang berlebihan boleh menyebabkan masalah rambut gugur.

.

Ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pertumbuhan bulu di bahagian mukamuka.

.

.

Produk Kulit

.

.

Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza.

.

Setiap masalah kulit juga memerlukan penyelesaian yang berbeza.

.

Tetapi kulit yang sihat dan mempunyai cukup nutrien sudah tentu boleh meningkatkan peluang anda untuk tumbuh jambang.

.

.

Anda perlu tahu jenis muka anda yang bagaimana dan produk yang bagaimana yang sesuai untuk kulit anda.

.

Serta tak membuatkan kulit anda menjadi kering, menggelupas, dan menjejaskan folikel jambang dan facial hair anda.

.

.

Konklusi

.

.

Ada cara tumbuh jambang yang anda boleh cuba selagi mana sesuai dengan kulit anda.

.

Tetapi anda kena tahu juga semuanya bergantung kepada beberapa faktor penting seperti genetik, pemakanan anda, rutin harian anda dan banyak lagi.

.

Jika anda kuatir akan masalah ini, anda boleh pergi berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

.

.

Mungkin juga anda tak boleh tumbuh jambang disebabkan masalah kesihatan lain seperti masalah kulit, dan hormon.

.

Pastikan juga produk tumbuh jambang yang anda guna itu selamat dan mampu menyihatkan dan menguatkan facial hair anda.

.

Yang paling penting sekali anda ada jambang ke tak ada jambang ke selagi anda jaga kesihatan dan pemakanan anda, anda tetap lelaki yang macho dan idola kami di SuamiSihat.

.

.

Tak perlu berhabis duit beli produk kulit dan serum jambang kalau kesihatan tetap tidak terjaga.

.

Baiklah.

.

Sekian sahaja tips cara tumbuh jambang kami untuk kali ini.

.

.

Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Penyakit 3 Serangkai – Anda Perlu Tahu Tanda, Punca, & Cara Mencegahnya

.

.

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?