Biar alfa jangan alpa.
Biasa dengar lelaki alfa?
Lelaki alfa ni selalunya dikatakan berwibawa, yakin, berkarisma, tegas, gentleman dan semua sifat-sifat lelaki ‘macho’ yang wanita mahukan.
Tapi dengan kenaikan segala jenis barang dan servis, ciri-ciri ni bukan tak ada dalam diri lelaki, tapi kadang kala agak terganggu sebab psikologi dan emosi yang banyak berfikir nak stabilkan ekonomi.
Man provider?
Viral pulak term man provider sekarang eh? 😑😑.
Ye lelaki memang perlu jadi provider, provide nafkah yang termampu kepada keluarga baik dari segi zahir dan batin.
Tapi macam mana nak jadi the best man provider kalau otak asyik fikir esok nak pegi keje, stress tengok muka bos, tak ada bajet isi minyak, bil telefon belum bayar dan taska anak naik harga?
Perkaitan dengan kesihatan seksual
Apa kaitan lelaki alfa atau man provider dengan kesihatan seksual?
Sesuatu betul. 🤔🤔.
Hakikatnya perkara ini sangat berkait.
Kesihatan fizikal dan mental serta kecerdasan otak akan diaktifkan oleh hormon dopamin manakala ketenangan jiwa dihasilkan oleh hormon serotonin.
Hormon endorfin merembeskan rasa bahagia. Apa cara nak dapat hormon-hormon happy ni bagi kaum lelaki alfa?
Ya, antara yang paling penting adalah menjaga kesihatan seksual anda.
Tips menjaga kesihatan seksual lelaki alfa.
1. Pastikan perut anda tidak maju ke hadapan.
Lelaki tak pernah ada alasan untuk berperut besar melainkan jika anda ada rahim yang boleh membesarkan bayi di dalam nya.
Kajian mendapati lebihan berat badan mempengaruhi fungsi seksual seseorang lelaki.
Elakkan obesiti dan jaga pola pemakanan seimbang.
Lebihan berat badan akan menyebabkan ketidak selesaan sewaktu berhubungan bersama isteri dan mengurangkan tahap libido seseorang.
Baca Juga : Suami Isteri Bersetubuh – Tips Supaya Aktiviti Romen Anda Lebih Hangat
2. Bersenam
Nak nampak alfa perlu ke pergi gym?
Jawapannya tak perlu kalau tak mampu bayar yuran gym.
Tapi kena bersenam bang. Ada banyak taman-taman awam yang sediakan jogging track dan outdoor gym.
Lelaki alfa kenalah cergas dan yang penting fit baru nampak yakin dan berkarisma.
Senaman boleh meningkatkan libido, tapi jaga-jaga, jangan sampai terlebih bersenam sampai cedera.
Umur dah atas 3 series ni.
Waktu tu dah tak alfa dah sebab paras libido akan berkurang dan dikhuatiri mempengaruhi hubungan seksual suami isteri.
3. Hargai hubungan dengan isteri anda.
Lelaki alfa sangat mementingkan hubungan baik melalui penghargaan dan hormat terhadap isteri.
Penghargaan tu tak perlu pun sampai bercuti ke Paris, tolong buang sampah dengan potong rumput depan rumah pun okay, keluar pergi kedai hardware sambil pegang tangan pun boleh.
Emosi yang mendalam terhadap pasangan akan memperbaiki nafsu seksual sekaligus membantu mengatasi masalah keresahan dan kesihatan mental. Ingat, nak jadi lelaki alfa mental kena tenang baru ada karisma.
Baca Juga : Tudung Seks – Kajian Mengapa Lelaki Malaysia, Fetish Kepada Tudung Wanita Melayu
4. Elakkan stress.
Tekanan boleh menyebabkan nafsu seks berkurang dan boleh menjadi parah hingga ke mati pucuk.
Dapatkan tidur dan rehat yang cukup.
Mengurus tindakan emosi dengan baik akan mendorong tindak balas seksual yang lebih baik.
Nak jadi lelaki alfa kena tahu cara nak urus emosi dan tekanan untuk maintain gentleman!
5. Tingkatkan harga diri.
Bukan bermaksud anda perlu berlagak bang, maksudnya keyakinan terhadap kebolehan seksual.
Bila kesihatan seksual terjaga, automatik imej diri akan jadi lebih meyakinkan dan positif.
Auto nampak alfa 😎😎.
6. Tegas dengan diri sendiri.
Jangan takut untuk akui jika anda perlukan bantuan kesihatan seksual. Sekiranya perlu, berjumpalah dengan doktor sakit tuan dan bacalah artikel-artikel kesihatan seksual, emosi, dan perhubungan untuk menambah ilmu pengetahuan.
Ingat, lelaki alfa tidak ego dan tegas dengan pendirian untuk melakukan yang terbaik.
Dah nampak perkaitan lelaki alfa dengan kesihatan seksual?
Pendek kata, jaga kesihatan seksual anda, pasti anda akan menjadi lelaki yang lebih berkualiti.
Kesihatan seksual yang tidak terjaga berpotensi merosakkan hubungan suami isteri, kerjaya dan menjadi penghalang untuk memajukan diri sendiri.
Tidak kisahlah lelaki alfa, man provider atau apa saja term yang digunakan di luar sana, keterbukaan dalam pengetahuan seksual sangat penting.
Rajin-rajinkan diri membaca berkaitan kesihatan seksual dan dapatkan khidmat pakar untuk menjamin kehidupan yang lebih berkualiti.
Baca juga : 33 Posisi Tidur Terbaik – Untuk Suami Isteri, Kesihatan & Kualiti Tidur
Follow kami untuk topik seterusnya.
Onani VS Kanser Prostat