Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda 🤫

Dapatkan Ebook Special ini secara PERCUMA.


Nak Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?
Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan di WhatsApp Sekejap ni

Nikah Online – Cara-caranya, Syarat, Hukum & Persediaan Perkahwinan Atas Talian Ini

By 1 month ago

Baru-baru ini, sewaktu masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasangan nikah secara online disaksikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan menjadi buah mulut para netizen.

.

Bermula dari masa tersebut, pihak Jabatan Agama Islam Selangor menerima banyak panggilan dari orang awam mengenai perkara-perkara yang tidak berkaitan.

.

.

So macam mana nak buat permohonan kebenaran nikah online ni? 

.

Adakah anda layak untuk memohon layak atau tidak? Ini jawapannya.

.

Baca Juga : Cara Poligami, Syarat & Hukumnya – Untuk Anda Yang Nak Kahwin 2, 3 atau 4

.

.

Nikah Online Hanya Untuk Yang Benar-Benar Perlu

.

.

.

Perkara ini dijelaskan oleh pihak JAIS sendiri sebab mereka sendiri menerima jumlah panggilan yang tinggi berkaitan ‘nikah online’.

.

Secara tak langsung, sukar untuk pasangan yang ingin berhubung dengan pihak JAIS untuk dapatkan penjelasan tentang kebenaran khas akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

.

“Sehubungan dengan itu, bagi melancarkan permohonan akad nikah dengan kebenaran khas ini, Jabatan memohon kerjasama dari semua pihak untuk memberikan laluan kepada pasangan yang layak memohon serta mempunyai alasan yang munasabah.”

.

“Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat bagi perkara-perkara lain selain yang dinyatakan seperti kursus pra perkahwinan, anda boleh hantarkan emel pertanyaan kepada skk@jais.gov.my”

.

Jadi, pihak JAIS meminta agar semua pasangan beri kerjasama untuk beri laluan kepada pasangan yang layak memohon dengan alasan munasabah sehingga jabatan kembali beroperasi seperti biasa.

.

So, ada beberapa perkara yang kita perlu tahu tentang permohonan dan prosedur nikah online ni.

.

.

Syarat-Syarat Untuk Nikah Online

.

.

Bukan semua pasangan layak untuk memohon dan setiap permohonan yang layak perlulah:

  • Telah mendapat kebenaran berkahwin dari JAIS/ JAIN dan masih sah digunakan
  • Keputusan ujian saringan HIV (Lelaki/ Perempuan) masih sah (6 bulan)
  • Perintah Wali Hakim/ Bawah umur/ Janda Berhias yang masih sah (90 hari) (Jika berkaitan)
  • VISA masih sah berdasarkan surat pengesahan pas dari Jabatan Imigresen (Jika berkaitan)

.

Kebenaran Nikah Online ini diberikan kepada pasangan yang dah ada kebenaran bernikah sebelum PKP dilaksanakan.

.

Kebenaran nikah yang diterima itu dah menghampiri tarikh luput dan ada sebab-sebab munasabah yang lain.

.

Contohnya, bakal suami di luar negara dan tak dapat nak balik ke Malaysia, tapi kebenaran nikah tu dah diterima, jadi mereka boleh untuk bernikah online.

.

Selain itu, ia juga untuk pasangan yang ada ahli keluarga yang sedang sakit dan khuatir jika mereka tidak dapat lihat pernikahan ini pada hari lain.

.

.

Syarat-syarat lain yang harus ditepati untuk melakukan akad nikah online ini adalah seperti berikut:

  • Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin bukan al-zhan.
  • Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan.
  • Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak.
  • Digalakkan wali sendiri yang mengakad-nikahkan pasangan.
  • Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya.
  • Tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang (seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang berkuatkuasa.

.

Bukan semua layak memohon untuk nikah online ini.

.

.

Siapa Yang Tidak Layak Untuk Memohon Nikah Online?

.

.

Pasangan yang tidak layak memohon untuk nikah online mempunyai kriteria berikut:

.

  • Kebenaran berkahwin perempuan untuk berkahwin di Selangor yang diperolehi dari negeri lain tamat tempoh
  • Keputusan ujian saringan HIV (Lelaki/ Perempuan) tamat tempoh
  • Perintah Wali Hakim/ Bawah umur/ Janda Berhias tamat tempoh (Jika berkaitan)
  • VISA tamat tempoh berdasarkan surat pengesahan pas dari jabatan imigresen (Jika berkaitan)

.

Untuk sesiapa yang belum dapat kebenaran untuk bernikah atau yang masih belum jumpa jodoh atau dalam bahasa mudah “single” tidak dibenarkan sama sekali.

.

Kalau alasan yang diberikan juga ialah nak jimat kos majlis perkahwinan, jadi permohonan itu juga tidak layak.

.

.

Pasangan tersebut akan diminta untuk tunda ke tarikh lain.

.

Tetapi, untuk pasangan yang ada masalah seperti surat kebenaran nikah sudah dekat dengan tarikh nikah tetapi tidak mahu nikah secara online, bolehlah melakukan semula dokumentasi baru dan menukar tarikh.

.

Baca Juga : Tanggungjawab Suami – Apa Sebenarnya Tugas Anda Sebagai Suami?

.

.

Cara Permohonan Nikah Online

.

.

Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah buat permohonan dan dapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri-negeri masing-masing.

.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online sebenarnya adalah satu inisiatif JAKIM dengan kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang hendak berkahwin khususnya memohon kebenaran pernikahan.

.

Untuk pengetahuan anda, Permohonan Kebenaran Berkahwin Online untuk masa sekarang hanya meliputi permohonan yang dibuat di: 

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Kedah
  • Perak
  • Wilayah Persekutuan 

.

Namun, anda tak perlu risau kerana kemudahan ini akan terus diperluas untuk merangkumi negeri-negeri lain dalam masa yang terdekat ini.

.

Baca Juga : Cara Nikah di Thailand – Pakej Harga, Syarat, & Hukum Kahwin di Siam Menurut Syarak

.

.

Hukum Nikah Online & Perkara Lain Yang Anda Perlu Tahu

.

.

Hukumnya tetap sah dan ia telah diperjelaskan secara terperinci seperti dibawah:

.

.

1. KELONGGARAN KEPADA PASANGAN YANG TELAH MEMPEROLEHI KEBENARAN BERKAHWIN

.

.

Majlis nikah online itu selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada 17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi Kebenaran Berkahwin daripada JAWI untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.

.

.

2. HENDAKLAH DILAKUKAN DALAM SATU MAJLIS

.

.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menegaskan bahawa para fuqaha’ bersepakat mensyaratkan bahawa bagi memastikan sesuatu akad nikah itu sah, ia hendaklah dilakukan dalam satu majlis (ittihadal-majlis) supaya semuanya terlibat secara langsung semasa pelaksanaan ijab dan qabul.

.

.

3. SYARAT-SYARAT LAIN

.

.

Menurut JAWI, akad nikah menerusi sidang video telah memenuhi syarat Ittihad al-Majlis kerana ia dikelaskan sebagai Ittihad al-Majazi.

.

Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat- syarat seperti yang berikut:

  • Hendaklah majlisini berlangsung ditahap al-yakin bukan al-zhan.
  • Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan.
  • Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukumsyarak.
  • Digalakkan wali sendiri yang mengakad-nikahkan pasangan.
  • Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yangditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya.
  • Tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang (seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang berkuatkuasa.

.

.

4. CARA PERMOHONAN NIKAH ONLINE

.

Permohonan nikah secara online melalui video conference boleh dirujuk melalui Jabatan Agama Islam negeri masing-masing kerana setiap negeri mungkin berbeza cara pelaksanaannya.

.

.

5. NIKAH ONLINE JUGA TELAH DILAKSANAKAN DI UAE

.

.

Antara negara melaksanakan nikah online ekoran penularan wabak COVID-19 adalah Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

.

Menurut Harian Metro, warga UAE dan penduduk di sana boleh memilih tarikh untuk majlis perkahwinan dalam talian yang akan dikendalikan menerusi pautan video bersama jurunikah selepas semua dokumen berkaitan diluluskan.

.

Menerusi prosedur itu, jurunikah akan mengesahkan identiti pasangan dan saksi sebelum sijil nikah diserahkan kepada mahkamah khas untuk pengesahan.

.

Pasangan pengantin akan menerima pengesahan sijil nikah itu melalui mesej teks.

.

.

Rasanya itu sahaja antara beberapa perkara yang anda perlu tahu untuk nikah secara online.

.

Prosesnya tidak rumit cuma permohonannya banyak tapisan kerana jika tidak memenuhi syarat, lebih baik dilakukan seperti biasa.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Que Segak

Self-proclaimed jejaka macho yang suka menulis dan berkongsi informasi bermanfaat supaya semua lelaki berjaya kekalkan "kejantanan"!