Pada zaman kini, jika disebut tentang pakar mengenai herba Tongkat Ali dan penyakit mengenai kesihatan lelaki, Dr Ismail Tambi adalah salah seorang tokoh ternama yang akan diangkat dan disebut-sebut.
.
Nama beliau amat tersohor di seluruh Malaysia dan juga dikenali diseluruh dunia sebagai Doktor Pakar Andrologi.
.
Kebiasaan kita dengar mengenai masalah sakit wanita, tetapi jarang mendengar mengenai kupasan mengenai kesihatan lelaki.
Dr. Ismail Tambi merupakan penulis tetap di segmen kesihatan di akhbar-akhbar terkemuka di Malaysia.
.
Sakit lelaki ini jarang disebut kerana tidak ramai pakar wujud.
.
Di dalam artikel kali ini, kami akan kupaskan khas mengenai tokoh perubatan unggul, Dr Haji Mohd Ismail bin Mohd Tambi.
.
Jasa beliau dalam Perubatan Andrologi dan herba mengharumkan nama negara dan membantu para lelaki baik muda atau pun telah meningkat usia menangani penyakit berkaitan alat sulit lelaki.
.
.
Andrologi adalah kajian perubatan berkaitan dengan kesihatan lelaki.
.
Secara khusus kepada masalah-masalah yang berhubungan dengan sistem pembiakan (reproduction) dan sistem Urinari lelaki.
.
Andrologi adalah mengenai kesihatan lelaki, berbeza pula dengan Ginekologi mengenai masalah kesihatan wanita.
.
Andrologi adalah salah satu cabang perubatan yang tidak diketahui umum masyarakat baik kaum lelaki sendiri.
.
Andrologi dikenali sebagai ilmu mengenai masalah kesihatan lelaki kerana ia berasal dari perkataan “Androgen“, salah satu hormone lelaki.
.
Kita amat beruntung kerana Dr Ismail Tambi adalah salah seorang Pakar Andrologi bukan sahaja di Malaysia tapi diiktiraf dunia.
.
.
.
Dr Ismail Tambi merupakan Ahli & menerima ‘European Academy of Andrology’ (EAA), satu-satunya dari South East Asia & pertama dari Malaysia yang menerimanya.
.
Untuk berada pada status ini ia memerlukan jangka masa 24 tahun.
.
Wajib hadir setiap 4 tahun & memenuhi pelbagai soalan yang dikemukakan.
.
Beliau menerimanya pada tahun 2017 & inilah keistimewaannya pada usia kini hampir menjangkau 70 tahun.
.
Pedoman paling signifikan untuk semua Rakyat Malaysia khususnya yang professional kepada doktor di Malaysia.
.
.
.
Doktor Ismail Tambi menjadi rujukan kepada para doktor lain untuk membuat kajian berkaitan herba Tongkat Ali & penyakit kesejahteraan lelaki. (untuk kelayakan ‘PhD’).
.
Dr Ismail Tambi juga merupakan salah seorang Ahli Panel Semperna Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki Kebangsaan (pada Okt 2019). Forum bertajuk ‘SAYANG TAPI MELAYANG’.
.
.
Dr Ismail Tambi merupakan salah seorang konsultan kesihatan di Biotropics Malaysia Berhad.
.
Biotropics Malaysia Berhad (Biotropics) diperbadankan pada bulan Februari 2007 untuk membangunkan dan mengkomersialkan sumber bio Malaysia menjadi produk kesihatan semula jadi yang unggul.
.
Produk Biotropics termasuk ekstrak bersandar proprietari, suplemen makanan semula jadi, bahan-bahan untuk makanan nutraseutikal, makanan berfungsi dan aplikasi kosmetik, dan terus membangun ubat-ubatan herba dan ubat botani.
.
Semua kajian klinikal beliau bersama Biotropics sudah melebihi 15 kajian.
.
Kesemua kesan keberkesanan & kebaikan telah dipatenkan di bawah ‘Hak Harta Intelek’ oleh Biotropics Malaysia Berhad.
.
.
Dr Ismail Tambi adalah pakar Andrologi Malaysia. ( Pakar Sakit Tuan ).
.
Beliau punyai kelayakan antarabangsa dengan menerima sijil European Academy of Andrology’ ‘EAA’.
.
.
Dr Ismail Tambi merupakan Doktor Pakar yang pertama terlibat secara rasmi atas kajian klinikal sumber herba negara yang berasaskan Tongkat Ali.
.
Hasil kajian dari ‘Water Soluble Extract – Freeze Dried’ (patented USA, EU, Japan & Malaysia), di bawah program kerjasama Kerajaan Malaysia, Syarikat Biotropics Malaysia Berhad & Massachusetts Institute of Technology (MIT – USA).
.
Secara amnya tumbuhan Tongkat Ali mengandungi beberapa jenis komposisi kimia seperti Eurycomanol, Eurycomanone, dan Eurycomalactone yang mengandungi nilai perubatan yang begitu tinggi dan berharga.
.
Dahulunya ia hanya digunapakai oleh orang-orang kampung atau luar bandar untuk tujuan perubatan tradisional sahaja dan bukan bertujuan untuk komersial – akar Tongkat Ali direbus dan dijadikan sebagai ubat sakit kepala, sengal-sengal tulang belakang dan sakit perut.
.
.
Dr Ismail Tambi juga merupakan pakar perubatan moden pertama di dunia yang berjaya melakukan kajian meningkatkan kualiti sperma ‘Testotserone’ secara semulajadi. (secara tidak langsung ‘For Go IVF – Invitro Fertilization).
.
Kiraan sperma yang normal adalah dari 15 juta sperma kepada 200 juta sperma per milliliter ( ml ) di dalam mani ( semen ).
.
Jumlah yang kurang dari 15 juta sperma per milliliter atau 39 juta sperma setiap kali ejakulasi/pancutan dikira rendah.
.
.
Dr Ismail Tambi adalah penulis ruang Tanya Pakar Metro Ahad. Beliau telah menulis ribuan artikel penulisan panduan kesihatan lelaki.
.
.
.
HAJI MOHD. ISMAIL BIN MOHD TAMBI ialah Pakar Sakit Tuan dan Kesihatan Reproduktif Lelaki dan Wanita.
.
Beliau bertugas sebagai Konsultan Kesihatan Seksual dan Reproduktif lelaki dan wanita di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur selepas bertugas dengan kerajaan lebih dari 25 tahun.
.
Jawatan akhir beliau bertugas adalah sebagai Ketua Klinik Pakar, Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia, LPPKN, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
.
Beliau dilahirkan di Singapura pada 1951, telah berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata lelaki.
.
Beliau bertugas dengan kerajaan semenjak tahun 1979 sebagai Pegawai Perubatan, bertempat di Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bharu pada 1979 dan pada 1981 di Hospital Daerah Kota Tinggi.
.
Pada tahun 1984, beliau mula bekerja dengan LPPKN.
.
.
Pencapaian akademik termasuk Diploma Reproductive Medicine pada 1985 dan pada 1987, menjalani Kursus Clinical Andrology (Sakit Tuan) and Semenologi (Kesihatan Kesuburan Lelaki) anjuran Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) selama 9 bulan di University Monash, Australia.
.
Beliau juga telah menjalani Kursus Sijil Lepas Ijazah Perbadanan Kesihatan Sedunia dalam bidang Kesihatan Reproduktif dan Seksual Remaja di Debrecen, Hungary pada 1991.
.
Beliau pernah membentangkan tidak kurang 60 kertas kerja dalam bidang Kesihatan Reproduktif dan Seksual di dalam dan luar negeri.
.
Pencapaian Dr Ismail Tambi Peringkat Global:-
.
.
.
Jika anda ingin hubungi Dr Ismail Tambi, anda boleh setkan temujanji Bersama beliau di Klinik Damai Service Hospital Dr Ismail Tambi beralamat di 109-119 (1st Mile, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur.
Boleh hubungi no telefon 03-4043 4900 untuk setkan temujanji bersama Dr Ismail Tambi, Pakar Andrologi Malaysia.
Sebagai warganegara Malaysia, kita amat bertuah kerana punyai Pakar Sakit Tuan / Pakar Andrologi.
.
Satu dalam seribu. Bidang ini tidak diterokai sepenuhnya dan hampir tidak ketahui umum.
.
Kehadiran dan ketekunan Dr Ismail Tambi di dalam arena perubatan kesihatan lelaki membantu sedikit sebanyak meningkatkan kesihatan kaum lelaki bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia.
.
Apa-apapun, boleh follow FB beliau di: Dr. Ismail Tambi
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?
Chinese New Year ni, kami ada bonus untuk para Suami semua. Jom join waiting list CNY ni.
Kami di 𝗦𝘂𝗮𝗺𝗶𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁 sebenarnya sedang buat 𝗣𝗿𝗼𝗺𝗼 𝗖𝗡𝗬.