“Patut ke aku beli Viagra, Cialis, Stendra?” Bisik Harith dalam hati.
.
Sejak kebelakangan ni, dah macam malas nak ‘all out’ sangat waktu bersama. Muncung je muka si isteri bila bagi tahu nak stop awal sikit.
.
Padahal awang dah tak boleh teruskan lagi dah sebenarnya, cepat lembik!
.
.
Haih, buntu dah nak buat macam mana lagi. Dah guna banyak minyak tradisional, jamu itu ini tapi tetap tak ada kesan.
.
Ada juga terfikir nak cuba produk ubat kuat yang kerap lalu dekat facebook dan shopee sekarang ni.
.
Tapi tak tahu mana satu yang bagus, dekat mana yang boleh beli yang original.
.
.
Nasib baik ada artikel ini sebagai panduan nak pilih mana yang terbaik.
.
.
.
Baca Juga: Khasiat Bawang Putih – Manfaat Untuk Lelaki. Resepi Bawang Putih Bakar+Madu
.
.
.
Senarai Ubatan Tingkatkan Kekerasan Paling Berkesan
.
.
AMARAN & DISCLAIMER: Ubat-ubatan ini adalah kategori dadah terkawal – yang memerlukan anda untuk dapatkan preskripsi doktor. Sila jumpa doktor sebelum dapatkan. Ubat-ubatan ini tidak boleh dibeli secara over the counter. Jika ubatan ini diamalkan tanpa preskripsi doktor, ianya boleh membawa kepada komplikasi serius/kematian.
.
Bagi mereka yang ada masalah kurang keras, kekerasan tak tahan lama, mati pucuk, ini solusi terbaik untuk anda.
.
Biasanya kalau nak selesaikan masalah-masalah ni, orang suruh ambil ubat kuat.
.
Walhal ada je alternatif yang lebih selamat, dan tak mendatangkan kesan sampingan yang serius.
.
.
Alternatif yang saya maksudkan disini adalah dengan menggunakan ubatan yang berasaskan PDE5 inhibitor (perencat PDE5).
.
Apa itu PDE5 inhibitor min? Macam mana PDE5 inhibitor berfungsi?
.
Sebelum kami jelaskan, anda kena tahu dulu PDE5 ni apa benda sebenarnya.
.
.
Untuk bagi mudah faham, PDE5 merupakan enzyme yang merehatkan dan penyempitan saluran darah.
.
Jadi untuk menghalang PDE5 daripada menyempitkan saluran darah, kita rencatkan fungsi PDE5 ini dengan mengunakan PDE5 inhibitor.
.
Hasilnya, lebih banyak darah dapat masuk kedalam organ penis dan anda dapat lah nikmati manfaat kekerasan yang kekal lebih lama.
.
So tak nak buang masa lagi, di bawah ni min ada senaraikan terus produk ubat tingkatkan kekerasan zakar paling terbaik.
.
.
1. Viagra®
.
.
Dah tentu ini ubat yang semua antara kita tahu especially mereka yang dah berkahwin.
.
Pfizer adalah pengeluar untuk produk Viagra. Mereka ni jugak lah yang buat vaksin COVID kita haritu.
.
Viagra merupakan ubatan PDE5 inhibitor dari jenis sildenafil.
.
.
Ia datang dalam bentuk pil berwarna biru, dan ia datang dalam dos-dos yang berbeza.
.
25mg ke, 50mg ke atau 100mg, dos ini bergantung kepada keperluan seseorang.
.
Mereka yang ambil viagra kebiasaannya akan merasakan kesannya dalam masa 15 minit selepas makan.
.
.
Efeknya zakar akan jadi lebih keras daripada sebelumnya, zakar akan keras lebih lama sehingga 4 jam.
.
Ada sesetengah pengguna juga mengatakan Viagra boleh melambatkan tempoh ejakulasi.
.
Untuk anda dapatkan viagra ni anda boleh berjumpa dengan doktor pakar sakit tuan sakit tuan dari Damai Service Hospital.
.
Ataupun boleh juga terus ke SS Clinics di Glenmarie, Shah Alam.
.
.
2. Cialis®
.
.
Produk ubat keraskan zakar yang seterusnya pula adalah Cialis.
.
Ia dikeluarkan oleh syarikat Eli Lilly & Co, sebuah syarikat farmasi dari Amerika Syarikat.
.
Sama juga dengan Viagra, Cialis merupakan sejenis PDE5 inhibitor.
.
Cuma perbezaannya Cialis merupakan tadalafil based pil.
.
.
Kebiasaannya satu kotak, mengandungi 8 biji pil Cialis.
.
Funginya juga sama, untuk mengeraskan zakar dan mengekalkan kekerasan untuk beberapa jam.
.
Cialis dan Viagra kedua-duanya mengandungi bahan terkawal. Anda yang nak dapatkan pil Cialis ni, anda wajib berjumpa dengan doktor terlebih dahulu.
.
Baca Juga : HIV Test Kahwin – Apa yang Anda Perlu Tahu? Ini Pakej Termurah & Cepat
.
.
3. Stendra®
.
.
Stendra juga merupakan antara produk keraskan zakar yang paling terbaik.
.
Jenis PDE5 inhibitor yang digunakan ialah Avanafil.
.
Ianya juga sangat berkesan untuk menambah kekerasan, dan ketegangan zakar dalam masa yang singkat.
.
.
Tak sama dengan ubatan lain yang selalu kita ambik waktu demam, Stendra tak perlu ambil semasa makan, mahupun selepas makan.
.
Stendra juga sama, anda wajib dapatkan kebenaran daripada doktor dulu, baru boleh anda guna.
.
Dapatkan prescription doktor dahulu, kemudian anda boleh terus beli di farmasi tanpa perlu jumpa doktor lagi.
.
.
4. IQNYDE®
.
.
Ada yang mengatakan produk ini ibarat kembar kepada Viagra.
.
Yalah mana taknya, ia datang dalam bentuk dan warna pil yang serupa dengan Viagra.
.
Ia juga mengandungi sildenafil yang mana merupakan bahan utama yang sama yang ada dalam Viagra.
.
.
Yang menariknya, IQNYDE merupakan produk keluaran Malaysia oleh Pharmaniaga.
.
Termasuk IQNYDE, semua produk yang min dah listkan ni telah pun disenaraikan dalam MIMS, rujukan indeks ahli farmasi dari seluruh dunia.
.
Jadi pada anda yang nak beli, boleh cuba dapatkan di mana-mana farmasi ataupun kedai ubat di dalam negara.
.
.
5. Talis®
.
.
Tadi kita jumpa kembar viagra, kalini kita jumpa kembar Cialis pula.
.
Sama seperti Cialis, produk Talis juga mengandungi PDE5 inhibitor dari jenis tadalafil.
.
Talis® 20 biasanya ada 10 biji dalam satu kotak.
.
.
Disebabkan dos yang agak tinggi, ianya tidak digalakkan untuk diambil secara harian.
.
So secara asasnya, sama sahaja antara Talis dengan Cialis, cuma jenama sahaja yang agak berbeza.
.
.
Cara Pemilihan Produk Lelaki Terbaik
.
.
Anda yang nak beli produk untuk tingkatkan prestasi kelelakian, jangan main beli je produk-produk yang ada dekat pasaran tu.
.
Mana lah tahu ianya tidak selamat, dan mengandungi racun, tidak seperti Viagra, Cialis, & Stendra yang dijual secara terkawal.
.
Ini semua boleh mmendatangkan menyebabkan pelbagai masalah lain termasuk kesan sampingan yang serius.
.
.
Apa-apa pun, untuk memudahkan anda memilih produk yang paling sesuai untuk anda, pastikan ubat tersebut mempunyai ciri-ciri dibawah:
- Mempunyai kelulusan KKM
- Telahpun menjalani ujian klinikal dan makmal
- Sah dan tersenarai didalam MIMS
- Disyorkan oleh doktor pakar
.
.
Baiklah itu sahaja perkongsian kita untuk kali ini,
.
.
Jangan lupa pesanan yang kami tinggalkan untuk anda tadi, semoga ianya dapat membantu anda untuk membuat pemilihan yang lebih tepat untuk membantu menyelesaikan masalah anda.
.
Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.
.
Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.
.
.
Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.
.
Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.
.
Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.
.
.
.
Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga bermanfaat!
.
Assalamualaikum.
.
.
Baca Sekarang: Cara Kira BMI – Ini Tips Berat Badan Sihat Yang Anda Wajib Tahu
.
.