Kalau dengar cerita pasal urut batin dari kawan-kawan, memang rasa nak tergelak.

.

Ada seorang kawan, namanya Kamal (bukan nama sebenar) yang bukan main semangat lagi nak kuatkan “kejantanan” sebabnya dia asyik kalah awal.

.

Setiap kali dia melakukan hubungan seksual bersama isteri, belum sempat masuk 5 minit dia dah pancut!

.

Urut Batin

.

Pernah sekali isterinya mengadu yang dia tidak puas pun bila bersama dengan Kamal di ranjang.

.

Kamal yang rasa tercabar mula mengumpul maklumat berkenaan urut batin dan hasil carian di internet menggunakan keyword “urut batin kuala lumpur”, Kamal menemukan servis urut batin Thailand.

.

.

Punca Dapatkan Khidmat Urut Batin

.

Urut Batin

.

Rasanya punca ini sama jer untuk semua lelaki iaitu:

  • Zakar lembik
  • Zakar kontot
  • Cepat sangat pancut

.

Apa sebenarnya yang membawa kepada masalah yang disebutkan tadi?

.

Dalam kes Kamal, faktor utama masalah tersebut berlaku adalah:

  • Kuat sangat tengok porn sebelum kahwin
  • Kuat sangat melancap sebelum kahwin

.

Urut Batin

.

Sebelum anda pun decide untuk dapatkan khidmat urut batin, baca dulu sampai habis cerita Kamal.

.

Sesampainya Kamal di pusat urut batin Thailand di Bukit Bintang, awek Thailand (kalau betul awek) menawarkan Kamal servis melancap!

.

Habis! Kamal yang memang first time jumpa benda-benda macam ni memang dah tak tahan sangat terus jer setuju dengan servis melancap tu.

.

Bila dah habis sesi tersebut, Kamal rasa bersalah dan dia sedar yang servis tersebut bukanlah apa yang dia benar-benar perlukan. 

.

Baca Juga : Lemah Tenaga Batin – Apa yang Anda Perlu Buat Untuk Atasinya?

.

.

Urut Batin – Kegiatan Tidak Bermoral

.

.

Jangan salah faham kerana urut batin lelaki oleh wanita akan jadi kegiatan tidak bermoral kalau anda terikut langkah si Kamal tadi.

.

Kegiatan urut batin tidak bermoral ini sebenarnya banyak ditawarkan di lokasi-lokasi “panas” yang lebih dikenali sebagai rumah merah.

.

Mudah jer untuk anda cam tempat ni sebabnya akan ada lampu merah di hadapan premis yang menawarkan khidmat urut batin ditambah dengan servis onani atau servis yang lebih “ganas”.

.

.

Jap. Kami list beberapa lokasi rumah merah yang popular di Malaysia:

.

1.Bukit Bintang

2.Lorong Haji Taib

3.Dataran Merdeka

4. Brickfields

5.Petaling Street

6.Klang

.

Kalau anda bercadang nak pergi, kami memang tak dapat nak halang cumanya kami nak beritahu anda siap-siap yang perbuatan anda mendapatkan khidmat urut batin dari rumah merah ini adalah sia-sia.

.

Contoh terbaik adalah si Kamal sebabnya ia langsung tidak memberikan kesan terhadap kesihatan seksual dan tenaga batin.

.

Apa yang dapat hanyalah keseronokan yang sementara dan kemudian rasa bersalah.

.

.

Urut Batin Lelaki – Tradisional

.

.

Kamal kemudian bertekad untuk mencari servis urut batin yang sebetulnya.

.

Macam biasa, Google akan menjadi sumber rujukan utama.

.

Mulanya Kamal terjumpa “urut batin twitter” tapi Kamal tahu yang ia pastinya bukan urut batin yang diperlukan macam servis oleh awek Thailand sebelum ni.

.

Jadi, Kamal tekad untuk mencari servis urut batin daripada pakcik-pakcik kat kampung yang lebih berpengalaman.

.

Itupun selepas dia berkongsi pengalaman rumah merah dengan beberapa kawan rapat.

.

Respons mereka?

.

Urut Batin

.

“Dah kau pergi urut dengan awek Thailand kenapa? Memang la dapat servis melancap sekali.”

.

“Urut batin yang betul ni kau tak sempat terangsang. Rasa sakit sampai senak!

.

“Kalau kau jumpa pakcik-pakcik yang buat urut batin tradisional, dia bukan urut kat zakar je.”

.

“Pakcik-pakcik ni semua ada teknik spesifik untuk setiap urut batin tradisional tu. Memang diwarisi turun temurun.”

.

Dalam asyik Kamal googling, dia terjumpa iklan macam ni:

.

Urut Batin

.

Kamal kalah sekali lagi sebabnya dia masih memilih urut batin oleh wanita.

.

Bukan apa, daripada iklan tersebut dia rasakan yang tukang urut ini macam berpengalaman.

.

Bila dah setel mengurut, memang rasa senak-senak kat zakar dan ada kesan lebam sikit.

.

Zakar pun rasa ringan, mungkin placebo effect.

.

Tapi, Kamal rasa makin pelik sebab dia rasa macam tak ada kesan apa-apa terhadap zakarnya.

.

.

Boleh Ke Sebenarnya Urut Batin?

.

Urut Batin

.

Bila dah dua kali dapatkan servis urut batin ni, baru terdetik di hati Kamal untuk mendapatkan informasi yang tepat.

.

Hasil kajian Kamal mendapati, urut batin sebenarnya tak bagus untuk zakar.

.

Menurut Prof. Doktor Zulkifli Md. Zainuddin, Perunding Urologi dan Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan UKM dibawah ini.

.

Urut tenaga batin tidak akan menyelesaikan masalah lemah tenaga batin anda kerana mengikut kajian klinikal, zakar anda adalah ibarat span dimana ia hanya membesar apabila ada tekanan darah didalamnya dan ia berkait rapat dengan saraf.

.

Jom tonton video ringkas daripada beliau dibawah ini.

.

.

Urutan akan menyebabkan zakar anda lebih mudah untuk rosak terutamanya jika ia diurut dengan kuat kerana zakar dan buah zakar anda adalah organ yang sangat sensitif.

.

Ditambah pula jika teknik urutan yang dilakukan adalah salah, ia akan merosakkan zakar anda!

.

Nak tahu apa kes kritikal yang pernah dihadapi oleh Dr. Zulkifli?

.

Antara kes tersebut adalah:

  • Zakar membengkak
  • Saluran kencing rosak
  • Buah zakar lebam

.

Tak rasa seram sejuk ke kat bahagian zakar anda sekarang?

.

Baca Juga : Ubat Kuat Lelaki – Perbezaan Ubat Kuat Tradisional VS Moden VS Farmasi. Anda Perlu Pilih yang Mana?

.

.

Anda Perlukan Nasihat Pakar

.

.

Pakar yang dimaksudkan adalah pakar kesihatan atau lebih spesifik adalah pakar sakit tuan dimana anda akan mendapat gambaran dan cara sebenarnya berkenaan masalah anda.

.

Rawatan daripada pakar akan melalui SOP yang lebih terperinci dimana anda akan dapat mengetahui dengan lebih jelas apa sebenarnya masalah yang anda hadapi.

.

Sebagai contoh, untuk masalah mati pucuk, anda akan melalui 4 tahap rawatan iaitu:

 

  • Proses Pertama – Kaunseling
  • Proses Kedua – Ubatan
  • Proses Ketiga – Rawatan menggunakan vacuum pump
  • Proses Keempat – Pembedahan jika masalah anda terlalu kronik dan perlukan persetujuan anda juga

 

.

.

Kenapa Nasihat Pakar Sangat Penting?

.

Urut Batin

.

Ada kemungkinan masalah yang anda alami berpunca daripada beberapa perkara seperti:

  • Gaya hidup anda yang tidak sihat
  • Corak pemakanan anda
  • Penyakit tertentu
  • Psikologi

.

Setiap masalah memerlukan rawatan yang berbeza dan tiada satu rawatan ideal untuk menyelesaikan kesemua masalah tersebut.

.

Anda mungkin merasakan anda mengalami masalah mati berkaitan tenaga batin disebabkan oleh psikologi sebagai contoh isteri anda tidak lagi menarik seperti mula-mula kahwin dulu.

.

Namun, sebenarnya masalah tersebut adalah disebabkan oleh gaya hidup anda yang suka merokok!

.

Jadi, sudah tentu rawatan untuk tabiat merokok adalah berbeza bukan?

.

.

Apa Yang Anda Boleh Lakukan?

.

Urut Batin

.

Jika anda masih memilih untuk mendapatkan khidmat urut batin, ia terpulang kepada anda kerana segala risiko adalah 100% tanggung jawab anda sendiri.

.

Jika terjadi masalah seperti zakar anda lebam dan membengkak serta salur darah zakar anda rosak, mungkin agak terlambat untuk anda mendapatkan khidmat nasihat doktor.

.

Sebaiknya anda perlu merancang perjumpaan dengan doktor sesegera mungkin untuk menyelesaikan masalah berkaitan batin ini.

.

Mereka ada penyelesaian terbaik dan kaedah yang 100% lebih selamat berbanding dengan tukang urut batin yang berdasarkan pengalaman semata-mata.

.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini dan jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!

 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.

Your Cart