Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda 🤫

Dapatkan Ebook Special ini secara PERCUMA.


Nak Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?
Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan Sekejap ni

Micropenis – Simptom, Rawatan & Kesan Masalah Zakar Kecil

Oleh J. Arman. Fakta perubatan disemak Oleh Dr. Roland Victor (MD)

Zaman sekarang ni, ramai lelaki risau tentang saiz zakar mereka.

.

Risau kalau-kalau zakar mereka ni terlalu kecil atau terlalu pendek untuk pasangan mereka.

.

“Batang aku ni kecik sangat ke ek?”

.

Mungkin juga mereka ‘insecure‘ dengan saiz zakar mereka dek kerana banyak menonton video-video pornografi yang menayangkan saiz zakar lelaki yang lebih ‘luar biasa’.

.

Padahal hakikatnya kebanyakkan lelaki di Malaysia dah pun mempunyai saiz zakar yang normal.

.

.

Tapi tak ramai yang sedar bahawa ada juga individu yang lahir dengan zakar yang kecil dan pendek.

.

Keadaan ini dinamakan ‘Micropenis

.

Jadi pada artikel kali ini, kami nak kongsikan apa punca dan tanda-tanda micro penis, serta rawatannya sekali.

.

Jemput baca semua!

.

.

Baca Juga: Cara Panjangkan Zakar – Boleh ke Anda Besarkan Zakar Sebenarnya?

.

.

.

.

Apa itu Micropenis?

.

.

Micropenis merupakan satu masalah dimana zakar seseorang lelaki itu kelihatan agak kecil dan pendek.

.

Sebenarnya masalah ini sangat jarang berlaku. Berdasarkan statistik, hanya 0.01% sahaja individu dari kalangan lelaki yang mengalami masalah zakar kecil (micropenis).

.

Tetapi ramai lelaki risau tentang saiz zakar mereka dan apabila mereka pergi berjumpa dengan doktor dan membuat pemeriksaan, doktor mendapat bahawa mereka sebenarnya mempunyai zakar yang normal.

.

Mungkin mereka tidak tahu apakah saiz zakar yang ideal dan normal bagi lelaki dewasa.

.

Micropenis bukan satu penyakit yang terjadi dengan tiba-tiba ketika anda bangun pada waktu pagi tau.

.

.

Kebiasaannya masalah micropenis akan berlaku sejak lahir lagi, dan jika ibu bapa tidak melakukan langkah-langkah awal ianya boleh menjejaskan masa depan anak tersebut.

.

.

Tanda-Tanda Micropenis

.

Ada beberapa tanda-tanda seseorang itu mengalami masalah micropenis yang boleh dikenalpasti.

.

Tanda dan simptom ini boleh dilihat pada bayi baru lahir dan peringkat awal kanak-kanak serta pada zakar individu dewasa.

.

.

Pada yang rasa ada zakar yang kecil tu boleh lah check sendiri dekat rumah, mana tahu anda pun mengalami masalah yang sama.

.

.

Tanda Micropenis Pada Bayi Lelaki

.

Tanda-tanda masalah micropenis ini boleh dikenalpasti sejak dari peringkat awal bayi lagi.

.

Kebiasaannya bagi bayi lelaki yang normal, purata panjang zakar mereka melebihi 3.5 cm (1.5inci).

.

Manakala zakar memanjang bayi yang mengalami masalah micropenis pula adalah 1.9 cm (0.75inci) dan kebawah.

.

Simptom micropenis boleh juga dilihat melalu imbasan ultrasound 3D pada ibu yang mengandung.

.

.

Ibu bapa yang risau akan masalah ini berlaku kepada anak-anak mereka boleh cuba dapatkan khidmat imbasan ultrasound 3D di klinik-klinik berdekatan yang menyediakan khidmat seperti ini.

.

.

Micropenis Lelaki Dewasa

.

Bagi individu dewasa pula, micropenis akan ditentukan sekiranya panjang zakar individu tersebut mempunyai panjang 2.5 inci dibawah paras purata panjang zakar normal.

.

Purata panjang zakar pagi lelaki dewasa ketika ereksi pula adalah 5.25 inci dan keatas, manakala panjang zakar individu yang mempunyai masalah micropenis adalah dibawah 3.70 inci

.

.

Jangan risau, selalunya bagi individu yang mempunyai zakar pendek atau micropenis, keadaan dalaman alat kelamin mereka seperti testis dan kelenjar prostat berada pada tahap yang normal.

.

Perlu diketahui masalah micropenis tidak lah terlalu serius hingga boleh mengganggu fungsi reproduksi seseorang, sebaliknya hanya saiz zakar sahaja yang berbeza dengan lelaki normal yang lain.

.

.

Punca Keadaan Ini Berlaku

.

Punca utama masalah micropenis berlaku kepada bayi adalah disebabkan oleh ketidakstabilan hormon ketika mengandung.

.

Penyusutan hormon testosterone semasa tempoh mengandung adalah punca utama kepada masalah pembentukkan alat kelamin pada bayi.

.

.

Masalah penyusutan hormon testosterone ini boleh timbul apabila fetus jantina lelaki tidak menghasilkan jumlah testosteron yang mencukupi.

.

Kekurangan ini juga boleh berpunca dari keadaan hormon ibu yang tidak stabil, seterusnya memberi kesan kepada penghasilan testosteron dalam janin bayi lelaki.

.

Kekurangan testosterone ini juga boleh berlaku disebabkan oleh androgen insensitivity yang munkin ada pada bayi.

.

Selain dari masalah hormon, ianya boleh juga disebabkan beberapa punca yang agak jarang berlaku seperti, jangkitan kuman kepada tubuh badan si ibu, dan juga terdedah kepada bahan toxic semasa dalam kandungan.

.

Kadang-kadang, masalah micropenis juga boleh disebabkan oleh masalah atau penyakit-penyakit lain.

.

.

Sebagai contoh, bayi yang lahir dengan kantung testis yang membengkak juga boleh menimbulkan salah faham bahawa bayi tersebut mengalami micro penis tetapi sebenarnya bayi tersebut mengelami masalah lain.

.

Alat kelamin yang tersorok akibat pembentukan lemak disekelilingnya juga boleh disalah anggap sebagai micropenis, kebiasaannya ini terjadi kepada individu yang mengalami masalah obesiti.

.

.

Rawatan Masalah Micropenis

.

Masalah micropenis merupakan masalah yang permanent jika dibiarkan, tetapi masih ada lagi langkah yang boleh diambil untuk merawat masalah zakar pendek dan kecil ini.

.

Rawatan Hormon

.

.

Untuk mendapatkan rawatan jenis hormon, seeloknya ianya dilakukan sejak dari lahir atau pun di peringkat awal kanak-kanak kerana pada waktu ini lah tubuh badan mereka akan cepat membesar.

.

Selalunya, untuk merawat masalah micropenis pada bayi, antara rawatan yang akan dinasihatkan oleh doktor ialah penggunaan krim testosteron pada alat kelamin bayi.

.

Rawatan seperti ini boleh dilakukan seawal 3 bulan tempoh kelahiran seseorang bayi tersebut. Rawatan hormon ini juga masih boleh dilakukan dengan berkesan selagi kanak-kanak tersebut belum mencapai tahap akil baligh.

.

Selain itu, rawatan suntikan hormon seperti intramuscular testosterone injection juga berkesan dalam meningkatkan saiz zakar pada kanak-kanak

.

Pembedahan

.

Uish, dengar sahaja perkataan ‘pembedahan’ sudah agak mengilukan, inikan pula pembedahan pada alat kelamin.

.

.

Alternatif lain jika rawatan hormon tidak memberi kesan yang diinginkan, rawatan lain seperti pembedahan juga boleh dilakukan.

.

Phalloplasty adalah antara pembedahan yang boleh dilakukan.

.

Kebiasaannya pembedahan phalloplasty dilakukan keatas individu dewasa yang mempunyai masalah micropenis, tetapi pelbagai risiko yang boleh berlaku jika pembedahan ini dilakukan terhadap remaja dan kanak-kanak.

.

Pembedahan phalloplasty dilakukan dengan cara mengambil tisu otot pada bahagian tubuh badan yang lain seperti lengan, untuk memanjangkan saiz zakar dan juga saluran urethra.

.

Untuk melakukan pembedahan untuk merawat masalah micropenis seperti ini, pesakit hendaklah mengetahui apakah risiko yang boleh berlaku kepada mereka.

.

.

Kami pun pelik, ada juga lelaki yang zakar bersaiz normal yang sanggup melakukan pembedahan sebegini, kalau yang micropenis itu kami faham lah.

.

Baca Selepas Ini: 13 Ubat Tahan Lama Terbaik – Review Kami, Untuk Anda Yang Nak Cuba

.

.

Hukum Panjangkan Zakar

.

Bagi yang beragama islam, setiap perbuatan kita hendaklah mengikut panduan agama islam, termasuk dalam perubatan.

.

Macam mana nak panjangkan zakar? Boleh ke besarkan zakar?

.

.

Hukum bagi rawatan besarkan zakar bergantung kepada dua keadaan yang mana ia boleh menjadi HARUS dan boleh juga menjadi HARAM.

.

Rawatan membesarkan dan memanjangkan zakar HARUS dilakukan sekiranya,

• Jika boleh membantu pasangan mendapatkan zuriat.

• Kemaluan terlalu kecil dan pendek sehingga mengganggu kebahagiaan suami isteri.

.

Manakala perbuatan ini boleh jatuh HARAM jika,

• Bertujuan untuk melakukan zina dan menggalakkan aktiviti maksiat.

• Prosedur dan alternatif yang boleh mencederakan alat kelamin dan memudaratkan tubuh badan.

.

Dalam hal-hal sebegini, ianya bergantung kepada tujuan dan niat seseorang individu tersebut untuk merubah bentuk zakar mereka, kalau untuk tujuan yang baik ianya diharuskan selagi tidak memudaratkan diri sendiri.

.

.

Jika seseorang individu tersebut sudah pun mempunyai saiz zakar yang normal dan sihat, tetapi masih lagi mencari cara panjangkan zakar, maka HARAM bagi mereka untuk mengubah bentuk yang telah pun dikurniakan oleh Allah tersebut.

.

Tambahan pula, berdasarkan pada sudut perubatan pula prosedur menambahkan saiz zakar ini bukan lah salah satu daripada keperluan kerana kebanyakkan daripada lelaki telah pun memiliki saiz zakar yang normal dan boleh berfungsi dengan baik.

.

Selain itu, pembedahan dan rawatan tradisional atau urut batin untuk ‘merawat’ masalah ereksi dan zakar kecil (Seperti Minyak Belacak, Gambir Sarawak), mempunyai banyak kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan kulit zakar anda.

.

Jika anda mencari cara besarkan zakar yang paling terbaik, ianya bukan lah salah satu pilihan yang bagus.

.

Juga, pengambilan supplement yang tidak mendapat kelulusan KKM yang tular di media sosial sekarang ini boleh mendatangkan banyak musibah berlaku.

.

Kebanyakkan daripada produk tersebut mengandungi racun dan bahan terlarang seperti sildenafil berpotensi boleh merosakkan buah pinggang dan meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

.

Boleh ikuti video daripada Ustaz Azhar Idrus dibawah

.

.

.

Kesan Terhadap Prestasi Seks

.

Individu yang mempunyai masalah micropenis juga boleh merasa nikmat ereksi, klimaks, dan hubungan seksual.

.

Tetapi ada juga antara mereka ini yang mengalami masalah ketika melakukan hubungan seks bersama isteri.

.

Keadaan saiz zakar yang kecil dan pendek penyukarkan zakar untuk menusuk kedalam faraj isteri.

.

Ini penting kerana kebolehan menusuk seperti ini berperanan besar dalam proses untuk mendapatkan anak.

.

Tetapi kesukaran ini boleh diselesaikan dengan mencuba pelbagai posisi seks yang dirasakan sesuai dan dapat memberi kepuasan dan tusukan yang lebih dalam dan memadai untuk isteri.

.

.

Contoh posisi seks yang dapat memberi tusukan yang lebih dalam.

•  Possi Doggy

•  Cowgirl

•  The Seashell

•  The Om

.

.

.

.

Selain daripada posisi seks yang disenaraikan di atas, oral seks juga boleh dijadikan sebagai alternatif lain untuk memuaskan pasangan.

.

Oral seks juga diharuskan dalam islam dengan syarat faraj isteri berada dalam keadaan yang bersih dan bukan di bahagian dubur.

.

Harus hukumnya bagi seorang suami bermain-main dan menyentuh alat sulit isteri secara intim selagi tidak merosakkan dan mencederakan tubuh badan isteri.

.

.

Kesimpulannya, penyakit micropenis adalah penyakit yang sangat jarang berlaku kepada lelaki.

.

Kebanyakkan dari mereka yang mengaku mempunyai masalah micropenis sebenarnya mempunyai zakar yang normal.

.

.

Masalah micropenis yang serius boleh dirawat jika ibu bapa prihatin terhadap kesihatan anak-anak dan juga masa hadapan mereka.

.

Jika anda mempunyai masalah zakar kecil atau ingin mendapatkan nasihat tentang masalah seksual, pergi lah berjumpa doktor atau mana-mana pakar yang bertauliah yang boleh membantu menyelesaikan masalah anda.

.

Terima kasih kerana telah meluangkan masa membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama.

.

Assalamualaikum.

.

.

Jom Baca: Jilat Kelentit + Hisap Payudara Isteri – Hehe, Ini Teknik Lebih ‘Advanced’ Untuk Anda Cuba

.

.