Amalan Gaya hidup sihat ialah perkara penting yang perlu dititik beratkan.
.
Ia bukan sahaja terhad kepada pemakanan sahaja.
.
Malah sihat merangkumi aspek keseluruhan.
.
.
Keseluruhan yang dimaksudkan disini ialah dari segi fizikal, mental dan spiritual.
.
Kalau anda nak tubuh badan yang sihat dan
.
.
.
.
.
.
Gaya Hidup Sihat
.
.
Amalan gaya hidup sihat wajib ada bagi setiap individu.
.
Penjagaan kesihatan yang betul dapat memberi kita pelbagai manfaat.
.
Ianya sangat membantu dalam mencegah pelbagai penyakit, dan kesihatan jangka masa panjang.
.
.
Secara umumnya, perkara asas dalam menjaga gaya hidup yang sihat ialah anda perlu makan secara sihat, dan melakukan aktiviti fizikal secara berkala.
.
Selain itu juga, anda perlu elakkan gejala yang merosakkan tubuh badan seperti merokok, meminum alkohol & pengambilan dadah.
.
Banyak manfaat yang boleh anda dapat daripada cara mengamalkan gaya hidup sihat seperti dapat:
- Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda.
- Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit kesan tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.
- Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
- Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
- Menjadikan anda lebih produktif samada di rumah atau di tempat kerja
- Secara keseluruhan, penampilan diri anda lebih menarik dan anda akan rasa lebih selesa.
.
.
Baca juga: Cara Jaga Penampilan – Tips Lelaki Untuk Nampak Kemas & Yakin
.
.
.
20 Tips Gaya Hidup Sihat
.
.
Ini min ada senaraikan beberapa tips yang mungkin anda boleh cuba.
.
Anda tak perlu amalkan semua pun, tapi seeloknya anda cuba dahulu mana tahu tips itu yang berhasil buat anda.
.
Jom baca!
.
.
1. Makan Semua Jenis Makanan
.
.
Nak sihat, kita perlukan lebih 40 jenis nutrien setiap hari. Tak ada satu jenis makanan pun yang boleh cukupkan semua nya.
.
Diet jaga juga, tapi yang lagi penting ialah bila kita makan makanan atau diet seimbang itu yang paling perlu diutamakan.
.
Jika anda makan makanan yang tinggi lemak waktu lunch tengah hari, anda makan lah makanan yang rendah kandungan lemak pula waktu makan malam.
.
.
Kalau harini anda makan daging, apa kata lauk untuk esok hari anda makan makanan laut pula.
.
Baru lah seimbang.
.
.
2. Makan Karbohidrat & Elak Lemak Tepu
.
.
Dekat Malaysia ni, makanan ruji kita ialah nasi.
.
Untuk kekal sihat, separuh daripada pemakanan harian kita perlu datang dari makanan tinggi kandungan karbohidrat.
- Nasi
- Kentang
- Roti
- Mee
.
Lemak merupakan elemen utama dalam makanan sihat.
.
Ianya bukan sahaja dapat memberi kita tenaga, tetapi mampu buat kita rasa kenyang sepanjang hari.
.
.
Walaubagaimanapun jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kegemukkan dan masalah kardiovaskular.
.
Setiap jenis lemak ada macam-macam manfaat kepada kesihatan, anda perlu lebihkan yang baik berbanding tidak baik.
.
Kurangkan makan makanan bergoreng.
.
.
3. Nikmati Buah & Sayuran
.
.
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan terpenting yang bagi anda vitamin, mineral dan nutrien.
.
Anda perlu ambil sayuran setiap kali waktu makan ambil buah-buahan sekurang-kurang sekali setiap hari.
.
Wajibkan diri anda untuk ambil sayur setiap kali anda cedok lauk di mamak atau gerai nasi campur.
.
.
4. Kurangkan Garam & Gula
.
.
Pengambilan garam berlebihan ialah punca darah tinggi, dan boleh menyebabkan masalah penyakit kardiovaskular.
.
- Ada beberapa cara yang anda boleh cuba untuk kurangkan ambil garam & gula dalam diet anda.
Beli produk yang rendah garam - Kurangkan garam dalam masakan dan lebihkan rempah
- Cuba masakan anda dulu sebelum letak garam
- Ambil makanan manis daripada buah-buahan bukan minuman manis atau gula pasir.
.
.
.
.
5. Makan Kerap Portion Kurang
.
.
Makan lah macam-macam makanan dengan kerap, tapi pastikan portion yang anda makan itu dalam keadaan sedikit.
.
Jangan skip waktu makan, terutama sekali breakfast.
.
Kesannya anda akan makan lebih banyak waktu lunch & dinner.
.
.
Ambil perhatian tentang jumlah makan yang kita ambil boleh membantu kita untuk kurangkan kalori harian kita.
.
Antara tips yang boleh anda cuba:
- Masak dengan jumlah yang cukup-cukup sahaja, tak lebih.
- Guna pinggan yang lebih kecil
- Pilih produk makanan yang rendah kalori
.
.
6. Minum Banyak Air
.
.
Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 1.5 liter air sehari, atau lebih bergantung kepada cuaca atau anda memang aktif secara fizikal atau tidak.
.
Dah tentu air ialah minuman yang paling berkhasiat. Tak kira lah anda minum air mineral ke, air CUCKOO or COWAY, yang penting anda minum air secukupnya.
.
Selain itu, anda juga boleh minum air yang berasaskan buah-buahan, teh, susu, kopi dan minuman kurang gula yang lain dari masa ke semasa.
.
Kadang-kadang bosan juga asyik minum air kosong je kan, boleh cuba air manis yang lain, tetapi hadkan kekerapan minuman tersebut.
.
.
7. Jaga Berat Badan
.
.
Cara jaga berat badan yang ideal untuk setiap orang berbeza bergantung kepada jantina, ketinggian, umur dan genetik keluarga kita.
.
Jika anda tergolong dalam kategori obesiti dan berat badan berlebih, ia akan meningkatkan lagi risiko anda menghidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, dan kanser.
Cari cara tangani obesiti atau tips diet dan tips jaga berat badan yang betul.
.
Jumlah lemak yang berlebihan datang daripada kita makan melebihi apa yang badan kita perlukan.
.
.
Kalori berlebihan datang daripada makanan yang tinggi jumlah nutrient kalori seperti:
- Lemak
- Protien
- Karbohidrat
.
Tapi sumber tenaga yang paling tinggi ialah lemak.
.
Aktiviti fizikal boleh membantu tubuh badan anda menggunakan tenaga berlebihan yang anda dapat dari lemak yang tersimpan ditubuh anda.
.
.
Bukan itu sahaja, bersukan juga boleh buat kita rasa bertenaga, badan rasa ringan dan sihat.
.
Senang sahaja, bila berat badan bertambah, anda perlu makan sedikit dan aktifkan diri.
.
Jika anda skip salah satu ini, diet anda tak kan berjaya.
.
.
8. Jaga Kesihatan Mulut
.
.
Sebagai individu, anda perlu perihatin terhadap kesihatan mulut anda.
.
Pastikan anda berus gigi anda dan floss setiap hari untuk mengekalkan kesihatan dan kebersihan mulut anda.
.
Ini bagi memastikan gigi dan gusi anda berada dalam keadaan bersih, sihat dan bebas daripada penyakit mulut.
.
Bila nafas anda akan kekal segar sepanjang hari, anda akan merasa selesa dan juga orang sekeliling turut mendapat aura yang sama.
.
.
Baca Selepas Ini: Cara Tingkatkan Keyakinan – Tips Lelaki Untuk Nampak Alpha & Macho
.
.
9. Tidur Cukup
.
.
Ramai individu dewasa di kalangan masyarakat sekarang ini tak mendapat tidur yang mencukupi.
.
Sebabnya tidur lewat dan sibuk dengan gadget sampai lupa waktu tidur sedangkan waktu siang mereka bekerja.
.
Orang yang cukup tidur dan rehat bukan sahaja lebih fokus dan kurang stress, malah mereka lebih mudah untuk mengawal nafsu makan dan tubuh badan mereka.
.
.
Kajian mendapati bahawa tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan hormon2 dalam badan berada dalam keadaan tak stabil.
.
Ini menyebabkan nafsu makan anda akan membuak-buak dan risiko untuk anda makan secara berlebihan adalah tinggi.
.
.
10. Makan Dengan Ahli Keluarga
.
.
Anda sebagai anggota keluarga perlu titikberatkan perkara ini.
.
Sebagai ibu bapa anda adalah role model kepada anak-anak.
.
Ini lah masanya untuk anda tunjukkan contoh yang baik dengan memakan makanan yang berkhasiat dan penuh dengan nutrisi.
.
.
Selain dapat meluangkan masa dengan keluarga, anda dapat juga sama-sama mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat dirumah.
.
Dengan ini, siapa tahu amalan pe makanan sihat dapat dibawa sehingga ke anak cucu anda juga.
.
.
11. Senyum & Ketawa
.
.
Orang yang tak senyum dan ketawa bukan orang yang sedang merasa gembira.
.
Gaya hidup sihat ialah bila tubuh badan anda sihat dan emosi anda juga sihat dan gembira.
.
Jangan terlalu serius dalam segala hal, cuba senyum dan gelak ketawa dengan kawan satu tempat kerja dengan anda pun boleh hilangkan penat dan stres.
.
.
Ia dapat memotivasikan anda untuk melakukan perkara dengan lebih mudah dan lebih efficient.
.
Lebih baik anda bekerja dalam suasana yang gembira dan agak ‘huru hara’ daripada anda bekerja dalam keadaan yang stres dan serabut.
.
Di rumah pula, anda boleh cuba tonton filem yang kelakar dan ‘gila-gila’.
.
.
12. Meditasi & Solat
.
.
Luangkan masa sekurang-kurangnya 10-20 minit setiap hari untuk anda cuba bermeditasi. Bagi yang muslim pula, solat sunat dhuha dan tahajud antara yang boleh dilakukan untuk mengisi masa yang terluang anda.
.
Perkara-perkara spiritual ini bagus untuk anda supaya dapat menenangkan diri anda dan membantu anda untuk berfikir dengan lebih baik.
.
Bila jiwa anda berada dalam keadaan tenang, ia juga mungkin boleh membantu menurunkan tekanan darah anda.Dalam kesempatan ini juga, anda boleh berfikir dan bermuhasabah diri tentang apa yang perlu diperbaiki di masa hadapan.
.
.
13. Berjalan-jalan
.
.
Lupakan tentang masalah kerja, pergi lah keluar berjalan-jalan tengok pemandangan hijau dan teduh.
.
Lakukan perkara yang anda teringin sangat nak buat seperti keluar dating dengan pasangan anda, atau melawat zoo dengan anak-anak.
.
Tak kisah asalkan aktiviti itu membuatkan anda lupa tentang masalah tempat kerja yang tiada kesudahan.
.
.
Walau apapun yang anda lakukan, aktiviti fizikal dapat mengurangkan stres, membakar kalori, dan meningkatkan motivasi anda nak buat kerja.
.
Anda juga boleh gunakan alat pengira padometer untuk mengukur jarak langkah anda.
.
.
14. Kekal Positif
.
.
Untuk mengekalkan gaya hidup sihat, anda perlu kekal positif
.
Sifat positif dalam segala hal yang anda lakukan dapat memberi impak positif terhadap kesihatan anda.
.
Baik dari segi fizikal mahupun mental.
.
.
Sifat positif ini lah yang akan memotivasikan anda untuk melakukan setiap perkara dengan baik dan tepat.
.
Jika anda optimis bahawa anda akan berjaya dalam apa jua yang ada lakukan, anda pasti boleh mencapainya.
.
.
15. Lakukan Semuanya & Jadikan Habit
.
.
Gaya hidup sihat penting untuk semua orang tak kira saiz tubuh sama ada bertubuh besar mahupun berbadan kurus.
.
Aktiviti fizikal dapat memberi manfaat kepada anda seperti:
- Membakar lebihan lemak
- Baik untuk jantung dan kesihatan sistem kardiovaskular
- Menguatkan otot
- Membantu untuk fokus
- Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
.
.
Anda tak perlu jadi atlet sukan pun untuk mulakan tabiat ini, cukup 150 minit seminggu anda lakukan aktiviti fizikal yang konsisten.
.
Tak semestinya perlu main sukan untuk kekal aktif. Contohnya anda boleh:
- Gunakan tangga
- Pergi berjalan-jalan di waktu rehat
- Luangkan masa dengan ahli keluarga dan rakan-rakan diluar.
.
.
Mulakan Gaya Hidup Sihat Sekarang!
.
.
Anda perlu mula dengan perubahan sedikit demi sedikit untuk memudahkan anda kekalkan momentum gaya hidup sihat anda.
.
Contohnya untuk tiga hari pertama, senaraikan apa makanan yang perlu anda ambil dan apa makanan yang anda perlu kurangkan dan tak perlu ambil terus.
.
Rancang diet harian dan aktiviti fizikal yang anda ingin lakukan dan yang tidak menyeksa tubuh badan anda.
.
.
Catat berapa calori setiap makanan yang anda makan dan berapa kalori yang telah dibakar sepanjang aktiviti harian anda.
.
Perkara penting lain gaya hidup sihat yang boleh anda cuba ialah seperti:
- Menukar menu sarapan pagi kepada yang lebih sihat
- Ambil buah & sayuran
- Kurangkan makan makanan yang manis, tinggi lemak, dan berkolesterol tinggi.
- Ambil makanan dalam jumlah yang sedikit
- Lakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti fizikal lasak seminggu seperti berjogging atau mendaki bukit.
.
Anda perlu lakukan perubahan yang besar untuk mengubah gaya hidup anda sekarang kepada gaya hidup sihat yang lebih baik.
.
.
Penting untuk anda fikir bahawa apa yang anda lakukan ini adalah untuk diri anda sendiri, bukan orang lain yang akan mendapat manfaatnya.
.
Rutin gaya hidup sihat setiap orang mungkin lain dan tak sama.
.
Tetapi, apa yang paling penting ialah setiap usaha itu sudah tentu membawa perubahan yang besar dalam kesihatan dan kesejahteraan anda.
.
Ambil perubahan dalam hidup anda, semoga sekecil-kecil perubahan ini dapat membawa anda kepada impak positif yang lebih besar.
.
.
Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.
.
Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.
.
.
Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.
.
Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.
.
Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.
.
.
.
Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga bermanfaat!
.
Assalamualaikum.
.
.
Baca Sekarang: Penyakit 3 Serangkai – Anda Perlu Tahu Tanda, Punca, & Cara Mencegahnya
.
.