Fraud Blocker Rukun Nikah - 5 Senarai Wajib Tahu Sebelum Kahwin

Rukun Nikah – Ini 5 Senarai Anda Perlu Faham Sebelum Kahwin (Edisi 2025)

Written By:

Mujarab-atau-mitos-miyak-lintah-belacak-dhab

.

Lelaki wajib tahu jawab soalan ini!

Lagi-lagi yang baru nak kahwin.

“Rukun nikah ada berapa?”

Dan juga yang dah kahwin nak kahwin lagi pun..

Ada lagi yang tak tahu..

Tengoklah apa respon mereka biasanya bila ditanya..

 

i-know-jason-orlean (1)

.

Kalau tak tahu atau dah ingat-ingat lupa tu tak payahlah menyiksa diri.

Baca artikel ni sampai habis!

 


Majlis-akad-nikah

.

Ini 5 Rukun Nikah! Tolong hafal hari ini.

  • Pengantin lelaki (calon suami)
  • Pengantin perempuan (calon isteri)
  • Wali
  • Dua orang saksi lelaki
  • Ijab dan qabul (akad nikah)

 

Kami akan terangkan dengan lebih teliti dan terperinci setiap rukun nikah dalam Islam.

Supaya anda bukan sahaja tahu malah anda akan lebih faham dengan mendalam.

 

 

Lets Go GIF by The Roku Channel-min

 

Rukun nikah Islam ini adalah apa yang digunakan dalam rukun nikah Malaysia.

Inilah yang anda perlu patuhi berserta dengan syarat sah nikah yang lain.

Sebelum kita mula..

 

Apa Beza Pengertian Rukun Nikah dan Syarat Sah Nikah?

 

Syarat sah adalah perincian syarat yang perlu dipenuhi bagi setiap rukun nikah.

Sebagai contoh..

Jika anda menyebut berkenaan pengantin lelaki atau calon suami,

Apa yang WAJIB ada pada pengantin lelaki tersebut supaya pernikahan dikira sah?

Itulah apa yang dimaksudkan dengan syarat sah nikah.

Jadi, dah jelas perbezaan diantara rukun nikah dengan syarat sah nikah?

 

The Goldbergs Yes GIF by ABC Network-min

Baca Juga : Nikah Online – Cara-caranya, Syarat, Hukum & Persediaan Perkahwinan Atas Talian Ini

Syarat-Syarat Sah Nikah

Syarat sah nikah adalah requirement yang perlu dipatuhi untuk menjadikan setiap rukun nikah anda adalah sah.

Mat Best Attention GIF by Black Rifle Coffee Company (1)

 

Perinciannya adalah seperti berikut..

a) Syarat-Syarat Calon Suami

Antara syarat yang perlu dipenuhi seorang bakal suami adalah:

  • Islam
  • Lelaki yang tertentu
  • Bukan mahram dengan bakal isteri
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan kerelaan sendiri (tidak sah jika dipaksa)
  • Mengetahui wali yang sah bagi akad nikah tersebut
  • Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dan sah dinikahi
  • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa.

 

Syarat-Calon-suami-sebelum-akad-nikah.

 

b) Syarat-Syarat Calon Isteri

Bagi calon isteri juga, haruslah memenuhi syarat yang tertentu.

Syarat sah nikah bagi calon isteri adalah:

  • Islam
  • Bukan seorang khunsa
  • Perempuan yang tertentu
  • Tidak dalam keadaan idah
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis))
  • Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
  • Bukan isteri orang atau masih ada suami

.

Syarat-calon-isteri-sebelum-akad-nikah

c) Syarat Wali

 

 

Syarat-wali-sebelum-akad-nikah

 

 

Memasuki rukun nikah yang seterusnya iaitu berkenaan wali

Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk memastikan pernikahan tersebut adalah sah.

Apabila melibatkan soal wali,

ada beberapa perkara lain lagi yang perlu diberikan perhatian selain daripada syarat sah wali iaitu jenis-jenis wali.

 

 

Sebelum itu, anda perlu tahu syarat sah wali seperti berikut:

  • Adil
  • Islam
  • Baligh
  • Lelaki
  • Merdeka
  • Tidak fasik, kafir atau murtad
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Waras – tidak cacat akal fikiran atau gila
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya.

 

Syarat-sah-wali-nikah

 

Bagi calon isteri, anda perlulah jelas dan faham sebenar-benarnya berkenaan syarat sah wali ini.

Hal ini kerana ada sesetengah kes yang terlalu mengikut emosi..

Sebagai contoh calon isteri tersebut inginkan orang tertentu menjadi walinya
namun tidak memenuhi syarat yang dinyatakan diatas.

Hal ini akan mengakibatkan perkahwinan tersebut tidak sah

dan hubungan mereka adalah dalam bentuk penzinaan selamanya.

 

calon-isteri-sedih-berlaku-isu-berkaitan-rukun-nikah

Jenis-Jenis Wali

Kami ada mentioned tadi yang kami akan kongsikan berkenaan jenis-jenis wali dengan anda.

Jika anda inginkan penjelasan yang lebih teliti dan mendalam..

Kami sangat sarankan anda untuk ke pejabat agama
dan mintalah khidmat bantuan daripada mereka untuk hal ini.

 

 

Calon-suami-isteri-berjumpa-terus-kadi-untuk-isu-rukun-nikah

 

 

Antara jenis wali yang ada adalah seperti berikut:

Jenis-Jenis Wali dalam Perkahwinan Islam

1. Wali Mujbir

  • Bapa atau datuk sebelah bapa calon isteri.
  • Ada kuasa nikahkan anak/cucu perempuan tanpa izin,
    tapi sebaiknya minta persetujuan terlebih dahulu.

2. Wali Aqrab

  • Wali terdekat selepas bapa/datuk.
  • Mesti ikut susunan waris lelaki yang layak jadi wali.

3. Wali Ab’ad

  • Wali yang lebih jauh dalam susunan waris.
  • Digunakan jika tiada wali aqrab yang sah dan boleh jalankan tugas.

4. Wali Hakim / Wali Raja

  • Ditauliah oleh pihak berkuasa (pemerintah/negeri).
  • Digunakan bila:1- Wali sah enggan tanpa alasan munasabah
    2- Wali sah tidak dapat hadir atau tidak diketahui di mana

 

Jenis-wali-dalam-rukun-nikah

 

Baca Juga : Checklist Kahwin (Lengkap 2020) – Buat Rujukan Anda dari Merisik, Nikah hingga ke Majlis Sanding

 

Noted I See GIF by Downton Abbey (1)

d) Syarat-Syarat Saksi

Saksi juga perlu mematuhi dan memenuhi syarat-syarat tertentu..

Supaya segala rukun nikah tersebut akan terlaksana secara sah.

Antara syarat-syarat saksi yang perlu dipatuhi adalah:

  • Islam
  • Lelaki
  • Baligh
  • Berakal
  • Merdeka
  • Sekurang-kurangya dua orang
  • Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
  • Dapat mendengar, melihat dan bercakap (tidak buta, bisu atau pekak)
  • Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
  • Bukan tertentu yang menjadi wali.

 

 

Syarat-sah-saksi-rukun-nikah

 

 

Maksud tertentu disini adalah orang tersebut merupakan
satu-satunya orang yang boleh menjadi wali..

Namun memilih untuk tidak menjadi wali dan menjadi saksi.

Sebagai contoh,

Ada seorang bapa saudara yang layak
dan sepatutnya menjadi wali bagi perkahwinan tersebut.

Namun,

Dia memilih untuk mewakilkan kepada orang lain
untuk menjadi wali dan bapa saudara tersebut..

Kemudian memilih untuk menjadi saksi
maka perkahwinan tersebut secara hukumnya akan dikira TIDAK SAH.

Hal ini kerana bapa saudara tersebut sudah termasuk
dalam kategori orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.

 

 

Schitts Creek Yes GIF by CBC-min

e) Syarat-Syarat Ijab dan Qabul

Ijab dan qabul atau term yang lebih kerap anda dengar adalah akad nikah.

Untuk akad nikah juga ada syarat sah yang perlu anda penuhi supaya pernikahan anda dikira sah mengikut hukum syarak.

 

 

Suasana-akad-nikah

 

Ia dipecahkan kepada dua bahagian iaitu:

  • Syarat sah ijab
  • Syarat sah qabul

Syarat Sah Ijab (Lafaz Akad Nikah)

Untuk lafaz ijab (akad dari pihak wali) dikira sah, ini syarat-syaratnya:

  • Guna perkataan “nikah” atau yang sama maksud, dan lafaznya mesti jelas dan terang.
  • Tak boleh ada tempoh masa tertentu macam nikah mut’ah atau nikah kontrak.
  • Tak boleh bersyarat (taklik) semasa lafaz ijab dibuat.
  • Tak boleh lafaz berkias atau menyindir — mesti terus terang.
  • Wali atau wakil wali yang kena lafazkan ijab.

 

 

You Got This Season 6 GIF by The Roku Channel (1)


Contoh Lafaz Ijab:

“Aku nikahkan dikau dengan (nama penuh calon isteri) dengan mas kahwin sebanyak (jumlah) tunai.”

Pengantin-lelaki-gembira-selepas-akad-nikah

Syarat Sah Qabul

Bagi syarat sah qabul dalam rukun nikah pula, ia perlulah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  • Lafaz qabul (terima) perlulah bersesuaian dengan lafaz ijab
  • Ia juga perlulah secara nyata, terang dan jelas, bukan dalam bentuk kiasan
  • Lafaz qabul perlulah dilafazkan oleh calon suami atau wakilnya (atas sebab tertentu)
  • Tidak mempunyai ikatan atau mengandungi sebarang bentuk perkataan yang mempunyai batas tempoh waktu
  • Tidak dilafazkan secara taklik iaitu tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan
  • Haruslah menyebut nama calon isteri
  • Lafaz tidak boleh diselangi dengan perkataan lain

 

 

 

 

Contoh lafaz qabul:

“Aku terima nikahnya (nama penuh calon isteri) dengan mas kahwin sebanyak (jumlah mas kahwin) tunai.”

Selain itu, ia juga boleh dilafazkan seperti berikut:

“Aku terima nikahnya (nama penuh calon isteri) sebagai isteriku.”

Rukun Nikah Janda

Jimmy Fallon What GIF by The Tonight Show Starring Jimmy Fallon (1)

 

Tiada beza sebenarnya rukun nikah bagi janda atau anak dara.

Ia perlulah memenuhi kesemua rukun nikah yang ada.

Namun, ada sedikit kekeliruan dalam kalangan masyarakat berkenaan salah satu rukun nikah bagi janda iaitu berkenaan wali.

 

Lelaki-berkahwin-dengan-janda-perlu-wali-dalam-rukun

 

Ada yang salah faham yang menikahi janda tak memerlukan wali..Ini salah!

Wali merupakan salah satu rukun nikah yang paling complicated.

Majoriti alim ulama berpendapat bahawa perkahwinan seorang wanita tanpa wali adalah tidak sah dan terbatal.

 

Thats It Martin Short GIF by PBS SoCal (1)

Soalan Akad Nikah

Soalan akad nikah atau soalan temuduga nikah merupakan diantara perkara
yang
menjadi kerisauan buat kedua-dua bakal pengantin.

 

 

 

Namun, anda tak perlu risau kerana kami ada beberapa soalan spot yang berpotensi untuk ditanya oleh tok kadi.

Antara soalan tersebut adalah:

  • Dua kalimah syahada berserta maksud
  • Bacaan al-Fatihah
  • Istighfar
  • Doa qunut dan hukumnya jika tertinggal didalam solat Subuh
  • Rukun iman dan rukun Islam
  • Rukun nikah
  • Lafaz niat mandi hadas

 

 

 

 

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan rukun nikah.

Anda tak perlu risau kerana semua ini anda akan pelajari dan didedahkan
dengan lebih mendalam sewaktu anda menghadiri kursus pra-perkahwinan nanti.
.

Kalau anda dah pernah hadir dan terlupa berkenaan rukun nikah,
boleh pergi sekali lagi atau berjumpalah dengan mereka yang pakar untuk bertanya dengan lebih lanjut.

Baca Juga : Kursus Kahwin mengikut Negeri – Ini Cara Daftar, Lokasi, Persediaan & Harganya

Selesai-rukun-nikah

 

Jangan lupa baca perkongsian yang lain daripada kami. Semoga bermanfaat!

Ada banyak lagi perbincangan hangat dan bermanfaat kita selalu sembangkan dalam komuniti suami Sihat. Jom sertai lebih 33,000 ahli Komuniti Telegram Suami Sihat hari ini!

Banner-promote-Telegram-Komuniti-SuamiSihat

 

Sebentar, kalau diberi peluang, anda nak improve bab yang mana?

Sila pilih:-

Nak Lebih Keras Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tahan Lama Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Libido Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tenaga Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Kaunseling Suami SuamiSihat
Nak Rawatan Kesuburan Suami SuamiSihat
Nak Belajar Ilmu Parenting SuamiSihat
Nak Rawat Kesan Pornografi SuamiSihat

Ataupun, anda sedang cari ‘ubat kuat’ yang selamat?

Kami juga menyediakan supplemen kesihatan lelaki yang anda boleh terus beli ‘over the counter‘. Dapatkan secara online ataupun di farmasi berdekatan anda.