Child Grooming Bukan Isu Luar Negara
Ramai masyarakat anggap isu “Child Grooming” ni benda yang rare dan tak mungkin jadi masalah besar di negara Malaysia dan hanya berlaku dalam filem atau berita luar negara.
Hakikatnya, kes Child Grooming dah makin kerap dilaporkan di Malaysia.
Menurut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes penderaan seksual kanak-kanak termasuk Child Grooming meningkat hampir 50% antara tahun 2020 ke 2023.
UNICEF Malaysia pula mengesahkan bahawa Child Grooming melalui media sosial jadi kaedah paling banyak digunakan oleh pemangsa di negara kita.
Selain Child Grooming, ada masalah lain yang berlaku kepada lelaki akibat daripada masalah dalaman seks kelaki iaitu Cuckold
Kenapa isu ni penting untuk lelaki dan wanita juga ambil perhatian?
Sebab lelaki biasanya jadi “benteng pertahanan” dalam keluarga. Tapi kalau kesihatan dalaman lelaki dari segi fizikal, emosi, atau mental tak dijaga, benteng ni jadi rapuh.
Bila rapuh, anak-anak dan keluarga pun terdedah dengan bahaya Child Grooming.
Apa Itu Child Grooming & Bagaimana Ia Terjadi
Strategi Senyap Pemangsa
Child Grooming bukan sekadar pemangsa “bercakap manis” kepada mangsa .
Ia proses yang sengaja disusun pemangsa dengan mula bina kepercayaan, manipulasi emosi, bagi hadiah, pujian atau kasih sayang palsu.
Lama-kelamaan, kanak-kanak jadi keliru dan terjerat. Akhirnya mengaggap ianya suatu perkara yang normal dan lebih teruk lagi membuatkan mangsa jadi ‘ketagih’‘ dengan layanan pemangsa.
Jangan salah guna ayat manis atau pickupline. Gunakan kepada yang orang yang betul. Suami berikan kepada isteri itu sepatutnya!
Ruang Kosong Dalam Keluarga
Benda ni lebih senang berlaku bila rumah tangga ada “ruang kosong”.
Ayah sibuk, ibu penat, anak cari perhatian di luar. Dekat situlah pemangsa kan cuba masuk.
Ramai lelaki tak sedar bahawa bila emosi mereka sendiri terganggu, hubungan dengan anak pun jadi jauh.
Anak yang tak dapat perhatian ayah lebih mudah rapat dengan orang luar.
Hubungan Child Grooming Dengan Kesihatan Dalaman Lelaki
Masalah Seksual & Tekanan Emosi
Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan,
Hampir 1 daripada 3 lelaki dewasa Malaysia alami masalah kesihatan seksual seperti mati pucuk, ejakulasi pramatang, atau tahap hormon testosteron rendah.
Masalah ni sering dibungkus dengan rasa malu, lalu dibiarkan tanpa rawatan.
Bila lelaki tak sihat secara dalaman, emosi pun mudah terganggu.
Ada yang jadi cepat marah, ada yang jadi murung. Ada juga yang hilang fokus pada peranan sebagai suami dan ayah.
Inilah titik halus yang jarang orang kaitkan dengan isu Child Grooming. Bila lelaki tak stabil, anak hilang sokongan emosional.
Masalah lelaki ini kena diluah. Kalau ada masalah berkaitan dengan sakit dalaman dan mental lelaki jemput berjumpa pakar di Klinik Suami Sihat. Tekan gambar untuk dapatkan konsultasi terbaik.
Statistik Kesihatan Seksual Lelaki Malaysia
Menurut kajian UKM, 40% lelaki Malaysia umur 40 ke atas alami masalah kesihatan seksual, tapi hanya 10% yang cari rawatan.
Bayangkan, kalau 90% simpan diam, betapa banyak rumah tangga yang tergugat tanpa kita nampak.
Lelaki sebenarnya hadapi banyak masalah berkaitan seks. Tapi selalu ambil mudah dan rasa diri sihat. Antraranya bab Kesihatan Buah Zakar.
Bila Emosi Runtuh, Nafsu Tak Terkawal
Lelaki yang tak rawat masalah dalaman kadang-kadang cari jalan singkat.
Antaranya mereka biasanya akan tenggelam dalam kancah pornografi, hubungan sulit, atau lebih bahaya sudah mula untuk melakukan gangguan seksual.
Di sinilah Chlid Grooming jadi “senjata” pemangsa, bila mereka sendiri gagal kawal emosi & nafsu.
Kesihatan Mental Lelaki & Risiko Terhadap Anak
Bagaimana Tekanan Kerja & Rumah Tangga Menjejaskan Ayah
KKM melaporkan kadar kemurungan di kalangan lelaki Malaysia makin meningkat selepas pandemik, dengan lebih 30% lelaki dewasa alami simptom tekanan mental
Bila mental tak stabil, lelaki jadi jauh dari keluarga. Dia balik rumah letih, senyap, tak bercakap dengan anak.
Anak Hilang “Benteng Pertahanan”
Anak-anak yang rapat dengan ayah lebih selamat. Tapi bila ayah tak sihat mental, anak jadi “sunyi”.
Kesunyian itu jadi satu peluang keemasan untuk pemangsa masuk. Anak yang terbiasa kongsi masalah dengan ayah, lebih susah dipengaruhi orang luar.
Contoh Kes Grooming di Malaysia
Kes Grooming Melalui Media Sosial
Pada tahun 2023, media tempatan Bernama melaporkan seorang lelaki ditahan kerana menggunakan Facebook untuk memancing kanak-kanak perempuan bawah umur.
Dia berpura-pura jadi remaja sebaya, sebelum mula minta gambar tak senonoh.
Apa yang Boleh Kita Belajar Dari Kes Ini
Kes macam ni tunjuk bahawa anak-anak perlukan perlindungan rapat.
Tapi kalau ayah sendiri tak stabil emosi, anak tak rasa selamat nak berkongsi.
Hasilnya, anak simpan rahsia dan itulah yang pemangsa mahukan.
Solusi : Apa Lelaki Boleh Buat Sekarang
1) Jaga Kesihatan Dalaman Dengan Rawatan Awal
Kalau ada masalah seksual, jangan tunggu sampai hubungan suami isteri bercerai , jangan tunggu sampai rumah tangga berantakan baru nak buat tindakan..
Dapatkan rawatan di klinik pakar urologi atau klinik kesihatan lelaki KKM.
Rawatan awal bukan saja pulihkan kesihatan, tapi juga kembalikan keyakinan diri.
2) Cari Sokongan Mental & Emosi
Jangan anggap terapi hanya untuk orang “gila”.
Talian sokongan seperti Talian Kasih 15999 dan talian krisis mental MHPSS KKM (03-2935 9935) tersedia untuk lelaki yang perlukan bantuan.
3) Jadi Ayah yang Dekat Dengan Anak
Anak lebih selamat bila rasa ayah dekat.
Luangkan masa walaupun 10 minit sehari untuk dengar cerita mereka. Biar anak tahu, “ayah aku selalu ada untuk aku.”
4) Guna Bantuan Kerajaan & NGO
Program UNICEF Malaysia, CyberSAFE Malaysia dan inisiatif PDRM ada banyak modul pendidikan digital untuk keluarga.
Lelaki boleh ambil peluang ni, belajar cara pantau penggunaan media sosial anak tanpa perlu jadi “polis rumah”.
Kesimpulan : Bila Lelaki Sihat, Keluarga Selamat
Child Grooming bukan isu terpencil. Ia berlaku depan mata, di telefon bimbit anak-anak kita.
Bila lelaki jaga kesihatan dalaman, emosi stabil, dan jadi ayah yang hadir dalam hidup anak supaya risiko grooming menurun.
Kesihatan lelaki bukan sekadar tentang zakar atau tenaga batin. Ia tentang bagaimana seorang ayah jadi benteng terakhir melindungi keluarganya.
Bila lelaki kuat luar dan dalam, keluarga jadi lebih selamat, anak lebih yakin, dan masyarakat lebih terpelihara.