Klinik pakar lelaki makin mendapat perhatian daripada lelaki millenial dimana mereka telah mempunyai kesedaran yang menyeluruh terhadap kesihatan lelaki.
.
Buat masa ini, anda boleh temukan klinik pakar lelaki hampir di setiap negeri di seluruh Malaysia.
.
Klinik-klinik ini bukan sahaja dikunjungi ketika anda mempunyai masalah sahaja dan jangan sesekali menganggap ubat merupakan satu-satunya jalan penyelesaian buat anda.
.
.
Anda juga boleh mengunjunginya jika anda ingin memeriksa tahap kesihatan kelelakian anda.
.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda senarai servis yang anda boleh dapatkan daripada klinik pakar lelaki dan senarai 7 klinik pakar lelaki terbaik di Malaysia.
.
Jom baca!
.
Baca Juga : 21 Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia – Senarai Lengkap Hospital & Klinik yang Boleh Anda Kunjungi
.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
Kenapa Perlu Klinik Pakar Lelaki?
.
.
Lelaki juga tidak terlepas daripada mengalami masalah yang hanya dialami oleh lelaki sahaja.
.
Jika ke klinik biasa, kemungkinan besar rawatan yang diterima adalah tidak menyeluruh dan penyakit yang dialami mereka hanya dapat dikawal bukan dirawat.
.
Klinik ini biasanya akan diketuai oleh seorang pakar dalam bidang mereka untuk membantu para lelaki diluar sana.
.
Ada beberapa servis yang biasanya ditawarkan di klinik ini seperti:
- Periksa tahap testosterone lelaki
- Pembedahan zakar
- Rawat mati pucuk
- Rawat penyakit STD
- Rawat mati pucuk
- Pembedahan zakar
- Rawat kanser prostat
- Ujian kesuburan lelaki
- Pembedahan besarkan zakar
- Rawat kemandulan
- Periksa kesuburan
- Sunat lelaki dewasa
.
Harga setiap servis ini pula bergantung kepada klinik kerana setiap klinik mempunyai kepakaran, kualiti servis, tahap teknologi dan beberapa lagi perkara lain yang berbeza.
.
.
Senarai Klinik Pakar Lelaki Terbaik
.
.
1. The KL Sky Clinic
.
.
Sky Clinic merupakan klinik yang diusahakan oleh sekumpulan doktor yang mempunyai kepakaran berbeza dengan satu tujuan yang sama iaitu memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.
.
Ia menggunakan teknologi perubatan moden untuk mengatasi masalah yang berkaitan lelaki seperti masalah paras testosterone yang rendah.
.
Anda boleh tonton perkongsian video dibawah daripada salah seorang doktor di The KL Sky Clinic.
.
.
Apa yang menjadi keutamaan disini adalah untuk menjadi sebagai klinik pakar lelaki yang memberikan rawatan kelas pertama kepada anda.
.
Klinik masalah lelaki ini menggabungkan teknik saintifik moden dan cara yang sentiasa mengetengahkan kesejahteraan dalaman pesakit.
.
Jadi, apa yang bakal anda terima disini bukan sahaja berkaitan masalah anda semata-mata.
.
Anda juga akan menerima rawatan yang lebih menyeluruh terhadap kesihatan anda.
.
Klinik ini diterajui oleh Dr. Roland Victor dan juga Dr. Shashi Kumar.
.
.
Dr. Roland Victor mendapat ijazah perubatan daripada The Kursk State Medical University, Russia pada tahun 2008.
.
.
Dr. Shashi Kumar juga merupakan lulusan daripada universiti yang sama.
.
.
2. Klinik Kesihatan Lelaki Pusat Perubatan UKM
.
.
Klinik ini telah dibuka pada tahun 2005 kerana pada masa tersebut kebanyakan lelaki di Malaysia tidak tahu dimana mereka boleh bertanyakan sebarang persoalan yang melibatkan masalah seks dan sakit tuan.
.
Ia merupakan diantara klinik terawal yang dibangunkan khas untuk membantu lelaki mengatasi masalah kelelakian dan hubungan kelamin.
.
Ia menawarkan 100% privasi kepada pesakit dan rawatannya juga adalah eksklusif.
.
Klinik lelaki ini juga kerap dikunjungi oleh wanita atau isteri yang mahu berkongsi masalah yang dihadapi oleh pasangan mereka.
.
.
Pesakit boleh terus hubungi klinik pakar lelaki di kl ini untuk menetapkan temu janji dengan doktor pakar sakit tuan.
.
Cara ini sebenarnya adalah untuk memudahkan dan menjimatkan masa pesakit itu sendiri kerana mereka tidak perlu menunggu terlalu lama untuk berjumpa dengan doktor.
.
Perunding utama di klinik ini adalah Prof. Dr. Zulkifli.
.
.
Beliau turut memegang jawatan sebagai Perunding Urologi di Unit Urologi, Jabatan Surgeri Pusat Perubatan UKM.
.
Klinik ini sangat menggalakkan pasangan suami isteri datang bersama kerana untuk memastikan rawatan yang diberikan adalah yang terbaik, maklumbals daripada kedua-duanya adalah sangat penting.
.
.
3. Klinik HT Lee
.
.
Ia merupakan sebuah klinik perubatan keluarga yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.
.
Ia telah ditubuhkan pada tahun 1980 dan merupakan diantara klinik yng menawarkan harga yang berpatutan kepada penduduk di sekitarnya.
.
Klinik kesihatan lelaki ini juga ada menyediakan perkhidmatan perubatan untuk masalah yang melibatkan mati pucuk.
.
Pakar yang bertugas adalah Dr. Eugene Choo Yuo Hao merupakan seorang pengamal perubatan yang memiliki kelayakan :
- Sarjana Perubatan Dalaman dari Universiti Jiao Tong, Shanghai, China
- Sarjana Muda Pembedahan dari Universiti Jiao Tong, Shanghai, China
.
Klinik doktor lelaki ini juga menyediakan banyak kemudahan seperti:
- Kemudahan untuk OKU
- Laluan kerusi roda
- Kawasan menunggu
- Bilik menukar pakaian
- Restoran/Kafeteria
.
Ia dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Ahad.
.
.
4. Baiduri Clinic
.
.
Baiduri Clinic (Klinik Baiduri) ialah klinik Perubatan Keluarga, FOMEMA di Petaling Jaya, Selangor.
.
Ia ditubuhkan pada tahun 2017 dan turut menawarkan rawatan untuk masalah kelelakian seperti masalah mati pucuk.
.
Klinik lelaki malaysia ini juga turut menyediakan servis lain seperti:
- Rawatan sakit otot
- Pemeriksaan sejarah perubatan
- Rawatan corak kebotakan lelaki
- Rawatan diabetes
- Rawatan tekanan darah tinggi
.
Klinik ini diterajui oleh Dr. Rajes Babu yang merupakan lulusan Kedoktoran Perubatan (M.D) daripada Universiti Perubatan Negeri Volgograd, Russia.
.
.
5. Klinik Estetik Dr.Hon
.
.
Klinik pakar lelaki JB ini juga dikenali dengan nama Klinik Harmoni atau Klinik Harmoni Perubatan dan Pembedahan.
.
Ia sebenarnya lebih dikenali sebagai klinik rawatan kulit namun ia turut menawarkan khidmat bagi anda yang mengalami masalah STD iaitu penyakit kelamin.
.
Kebanyakan penyakit kelamin akan memberikan kesan kepada kulit dan Dr. Hon merupakan diantara pakar yang layak untuk membantu anda.
.
Dr. Hon merupakan doktor perubatan estetik atau dermatologi yang merupakan lulusan Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) daripada Kolej Perubatan Melaka-Manipal.
.
Caj bagi rawatan penyakit kelamin yang dikenakan disini juga adalah berpatutan.
.
.
6. Klinik Iltizam
.
.
Klinik kali ini agak istimewa kerana ia merupakan klinik sunat lelaki dewasa.
.
Mungkin anda akan berasa pelik kenapa dah dewasa pun belum bersunat lagi kan?
.
Bukan semua orang bergelar Muslim sejak lahir dan klinik sunat lelaki ini fokus kepada muallaf yang mencari khidmat sunat lelaki dewasa.
.
Selain itu, ramai juga lelaki yang ingin bersunat sebagai salah satu daripada tujuan kesihatan.
.
Kulit lebihan di hujung kemaluan lelaki biasanya mudah untuk menjadi tempat pembiakan kuman kerana disitulah tempat air kencing keluar.
.
Ini sekaligus merendahkan risiko jangkitan, bukan sahaja kepada lelaki malah kepada isteri sewaktu melakukan hubungan seksual.
.
.
7. Damai Service Hospital – Dr. Ismail Tambi
.
.
Di Damai Service Hospital, anda boleh dapatkan rawatan masalah dan kesihatan lelaki secara menyeluruh daripada Dr. Ismail Tambi.
.
Dr. Ismail Tambi adalah pakar bidang Andrologi dan mempunyai kelulusan kedoktoran MBBS (S.India) di University of Madura.
.
Beliau juga ketua jabatan lama di Pusat Penyelidikan Kemanusiaan Reproduktif Khas LPPKN.
.
Beliau banyak melakukan perkongsian video di Youtube.
.
Anda boleh klik DISINI untuk melihat kesemua video perkongsian beliau.
.
.
Kredibiliti Dr. Ismail Tambi semakin meningkat selepas beliau menghasilkan beberapa produk seperti:
- Xgene Royale
- Mens-Formula
.
.
Kenapa Penting Untuk Anda Mendapatkan Rawatan?
.
.
Antara masalah utama yang bakal dilalui oleh lelaki sehingga memerlukan mereka untuk mendapatkan rawatan adalah masalah mati pucuk.
.
Ia merupakan masalah yang melibatkan zakar anda tidak berupaya untuk mengalami ereksi atau tahap ereksi tersebut tidak mencukupi.
.
Masalah mati pucuk ini boleh dialami oleh mana-mana lelaki tanpa mengira usia dan ia boleh berlaku secara kekal atau pada masa-masa tertentu sahaja.
.
Ada banyak faktor yang mendorong kepada masalah mati pucuk ini seperti:
- Masalah kardiovaskular
- Kencing manis
- Tekanan darah tinggi
- Kolestrol tinggi
- Obesiti
- Paras testosterone yang rendah atau ketidakseimbangan hormon
- Masalah buah pinggang
- Pertambahan usia
- Stress
- Kemurungan
- Tekanan
- Masalah dalam perhubungan
- Tidur yang tidak teratur
- Penggunaan ubat
- Pengambilan dadah
- Alkohol
- Menggunakan bahan tembakau
- Merokok
.
Baca Juga : Mati pucuk – Tanda Awal, Simptom, Tahap & Rawatannya (Lengkap 2020)
.
Masalah lain yang mungkin dialami adalah masalah hasil daripada seks bebas iaitu Sexually Transmitted Disease (STD).
.
.
Baca Juga : Seks Bebas – Ini Penyakit yang Anda boleh Dapat Hasil Seks Rambang
.
Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan klinik pakar lelaki.
.
Apa yang penting sekarang ini adalah, jika anda merasakan anda mempunyai masalah kesihatan lelaki, anda perlu segera untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar.
.
Jangan sesekali berasa malu kerana nanti anda yang terpaksa menanggung akibatnya.
.
Jangan menyesal dikemudian hari!
.
Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain. Semoga bermanfaat!
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.