Mati Pucuk merupakan perkataan yang sangat mengerikan bagi mana-mana lelaki.

.

Mana tidaknya kerana apabila anda mengalami mati pucuk, agak sukar untuk anda terus menikmati keenakan hubungan seksual anda dan pasangan.

.

 

.

Jangan ambil mudah sekalipun anda masih berada dalam usia 20-an kerana ia boleh berlaku tanpa mengira usia.

.

Jadi, dalam perkongsian kali ini kami akan ceritakan dengan terperinci berkenaan tanda awal, simptom, tahap dan rawatan mati pucuk yang perlu anda tahu.

.

Baca Juga : Kanser Prostat Lelaki – Tanda-Tanda, Rawatan & Cara Pencegahannya untuk Anda

.

.

Apa itu mati pucuk?

.

.

Mati pucuk atau erectile dysfunction (ED) merupakan ketidakupayaan zakar anda untuk mengekalkan ereksi yang cukup untuk menjolok faraj pasangan anda.

.

Ia juga dikenali dengan impotence namun sekarang istilah ED lebih kerap digunakan.

.

Mati pucuk boleh berlaku secara kekal atau pada masa-masa tertentu sahaja contohnya sewaktu stress.

.

Mati pucuk yang kerap mungkin menandakan anda mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan rawatan segera.

.

Ia juga mungkin menjadi petanda bahawa anda dan pasangan sedang mengalami masalah emosi yang perlukan bantuan kaunseling daripada pakar.

.

.

Apa maksud mati pucuk?

.

Mati Pucuk

.

Maksud mati pucuk yang paling mudah untuk anda faham adalah zakar anda dah tak boleh nak mengeras.

.

Mungkin ia boleh mengeras namun tidak cukup keras dan tidak sekeras dahulu.

.

Mati pucuk ini boleh berlaku disebabkan oleh masalah yang ada pada mana-mana tahap proses ereksi tersebut.

.

Ereksi merupakan hasil tindak balas pergerakan darah yang mengalir masuk kedalam zakar anda.

.

Aliran darah ini biasanya dirangsang oleh fikiran anda yang memikirkan seks atau ada sentuhan terus dengan zakar anda.

.

.

Apabila seorang lelaki menjadi excited disebabkan oleh seks, segala otot didalam zakar akan mulai relax.

.

Ia akan membolehkan aliran darah didalam zakar anda meningkat dan mengisi dua ruang didalam zakar anda.

.

Sebaik dua ruang ini dipenuhi darah, zakar anda akan mula mengembang dan mengeras.

.

Ereksi akan berhenti apabila otot anda menegang dan darah yang terkumpul akan mengalir keluar dari zakar.

.

.

Kenapa mati pucuk?

.

.

Ada banyak faktor yang menyebabkan mati pucuk dan ia boleh disebabkan oleh faktor emosi atau fizikal seperti:

  • Masalah kardiovaskular
  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolestrol tinggi
  • Obesiti
  • Paras testosterone yang rendah atau ketidakseimbangan hormon
  • Masalah buah pinggang
  • Pertambahan usia
  • Stress
  • Kemurungan
  • Tekanan
  • Masalah dalam perhubungan
  • Tidur yang tidak teratur
  • Penggunaan ubat
  • Pengambilan dadah
  • Alkohol
  • Menggunakan bahan tembakau
  • Merokok

.

Mati pucuk boleh disebabkan oleh salah satu daripada faktor diatas atau beberapa daripadanya.

.

Sebab itulah penting untuk anda memberikan kerjasama yang sebaiknya dengan doktor anda supaya mereka boleh tentukan apa sebenarnya punca masalah mati pucuk anda.

.

.

Apa simptom mati pucuk?

.

Mati Pucuk

.

Anda mungkin mengalami masalah mati pucuk sekiranya anda:

  • Sukar untuk mengalami ereksi
  • Sukar untuk mengekalkan ereksi sewaktu hubungan seksual
  • Hilang minat terhadap seks

.

.

Tanda lain yang mungkin berkaitan dengan mati pucuk adalah:

  • Ejakulasi pramatang
  • Ejakulasi terlalu lambat
  • Anorgasmia atau ketidakupayaan untuk merasai orgasm

.

Bincang dan ceritakan kepada doktor anda sekiranya anda mengalami masalah-masalah yang telah dinyatakan tadi.

.

Jika ia telah berlarutan lebih daripada 3 bulan, anda perlu untuk lebih risau.

.

Doktor boleh membantu anda untuk menentukan rawatan yang sesuai berdasarkan simptom anda.

.

.

Rawatan Mati Pucuk

.

Mati Pucuk

.

Mungkin anda sendiri tertanya-tanya samada penyakit mati pucuk ini merupakan penyakit yang boleh dirawat atau tidak.

.

Jadi,

.

“Mati pucuk apa ubatnya?”

.

Antara rawatan yang paling sesuai adalah seperti bertikut:

.

.

1. Ubat

.

Mati Pucuk

.

Doktor anda akan berikan anda preskripsi untuk menggunakan ubat mengatasi masalah mati pucuk ini.

.

Anda mungkin perlu mencuba beberapa jenis ubat dahulu sebelum anda jumpa yang benar-benar sesuai dengan anda.

.

Ubat-ubatan dibawah merupakan diantara jenis ubat oral yang anda boleh gunakan untuk merangsang pengaliran darah ke zakar anda untuk merawat masalah mati pucuk:

  • Avenafil (Stendra)
  • Sildenafil (Viagra)
  • Tadalafil (Cialis)
  • Vardenafil (Levitra, Staxyn)
  • Alprostadil (Caverject, Edex, MUSE)

.

Bagi Alprostadil pula, ia boleh digunakan dalam dua cara:

  • Penile suppository (masukkan dari lubang)
  • Self-injection pada bahagian bawah atau sisi zakar anda

.

Testosterone Therapy (TRT) juga akan disarankan bagi anda yang mempunyai masalah paras testosterone yang rendah.

.

Mati Pucuk

.

Sesetengah ubat yang digunakan berkemungkinan besar akan mengakibatkan mati pucuk.

.

Bincang dengan doktor anda berkenaan ubat yang anda ambil setakat ini dan periksa samada ia menjadi punca kepada simptom mati pucuk tersebut.

.

Jangan terus berhenti mengambil ubat tersebut sebaliknya dapatkan pandangan daripada doktor anda berkenaan alternatif yang boleh digunakan.

.

Ubat untuk merawat mati pucuk biasanya akan memberikan kesan sampingan tertentu.

.

Jika anda mengalami kesan sampingan selepas pengambilan ubat tersebut, dapatkan pandangan daripada doktor anda.

.

Mereka mungkin boleh mencadangkan ubat lain untuk membantu mengatasi masalah ini.

.

Sebagai maklumat tambahan, kami sediakan video bahaya ubat kuat dari Dr Ismail Tambi.

.

.

.

Baca Juga : 12 Supplement Untuk Lelaki – Terbaik untuk Tenaga, Kesihatan, Kesuburan & Seks

.

.

2. Talk Therapy

.

.

Terapi ini pula sangat sesuai jika puncanya adalah daripada masalah yang melibatkan psikologi.

.

Antaranya ialah:

  • Stress
  • Kemurungan
  • Post-traumatic stress disorder (PTSD)
  • Cemas

.

Jika anda mengalami mati pucuk psikologikal, anda akan mendapat banyak manfaat hasil daripada terapi ini.

.

Anda berkemungkinan untuk melalui beberapa sesi terlebih dahulu dan akan berbincang berkenaan:

  • Faktor stress atau cemas
  • Perasaan anda sewaktu seks
  • Konflik dalaman tanpa sedar yang mengganggu prestasi anda

.

Jika mati pucuk memberikan kesan terhadap hubungan anda, pertimbangkan untuk berjumpa dengan kaunselor perhubungan juga.

.

Sesi kaunseling ini mampu untuk membuatkan anda dan pasangan anda kembali berhubung secara emosional sekaligus mungkin membantu mengatasi masalah mati pucuk anda.

.

.

3. Pam Zakar

.

Mati Pucuk

.

Rawatan mati pucuk ini pula adalah dengan menggunakan vakum untuk merangsang ereksi.

.

Darah akan ditarik ke dalam zakar semasa alat ini digunakan dan akan membawa kepada ereksi.

.

Pam zakar terdiri daripada beberapa komponen berbeza:

  • Tiub plastik yang anda letakkan pada zakar anda
  • Pam yang berfungsi untuk menghasilkan keadaan vakum dengan menarik keluar udara daripada tiub plastik
  • Cincin elastik yang anda akan gerakkan pada dasar zakar anda sebaik sahaja anda tanggalkan tiub plastik

.

Cincin elastik zakar berfungsi untuk mengekalkan ereksi dengan menyekat darah didalam zakar dan menghalangnya daripada keluar semua.

.

Ia boleh dibiarkan begitu selama 30 minit.

.

Baca Juga : Ubat Mati Pucuk – Ini Rawatan Sebenar jika Anda Mengalami ED

.

.

Ujian Mengenalpasti Mati Pucuk

.

Mati Pucuk

.

Untuk menguji mati pucuk, ia melibatkan beberapa langkah termasuklah pemeriksaan kesihatan dan juga mengambil kira sejarah kesihatan dan seks anda.

.

Ujian tambahan juga mungkin dilakukan bagi menentukan samada simptom anda berlaku mungkin disebabkan oleh faktor lain.

.

.

1. Ujian Fizikal

.

.

Biasanya ujian fizikal untuk mati pucuk ini melibatkan pemeriksaan jantung dan paru-paru anda.

.

Selain itu, doktor juga akan memeriksa tekanan darah anda dan turut memeriksa testikel dan zakar anda.

.

Mereka juga akan mencadangkan anda untuk melakukan pemeriksaan rektal untuk memeriksa prostat anda.

.

.

2. Sejarah Psikososial

.

.

Doktor juga berkemungkinan akan bertanyakan beberapa soalan atau meminta anda mengisi questionnaire berkenaan simptom, sejarah kesihatan dan sejarah seksual anda.

.

Respons ini akan membantu mereka untuk menilai tahap serius mati pucuk anda.

.

Antara soalan yang bakal ditanya adalah seperti berikut:

  • Berapa lama anda dah mengalami mati pucuk dan adakan ia datang tiba-tiba atau secara berkala?
  • Adakah anda mempunyai masalah untuk merasa terangsang, ejakulasi atau mencapai orgasm?
  • Berapa kerap anda melakukan hubungan seks dan adakah kekerapan ini mula berubah kebelakangan ini?
  • Berapa keras zakar anda dan adakah ia terkesan oleh situasi tertentu atau rangsangan tertentu?
  • Adakah anda bangun pada pagi hari atau tengah malam dengan zakar yang keras?
  • Bagaimana hubungan anda sekarang dan apa harapan anda dan pasangan ada terhadap satu sama lain?
  • Adakah anda melalui masa yang agak tertekan kebelakangan ini?
  • Ubat apa yang anda sedang ambil sekarang?
  • Adakah anda mempunyai keadaan tertentu atau pernah melakukan pembedahan atau mengalami kecederaan pada bahagian sekitar alat kelamin anda?

.

.

3. Ujian Tambahan

.

.

Doktor anda mungkin akan melakukan beberapa ujian tambahan terhadap anda untuk mendiagnosa masalah mati pucuk anda.

.

Antara ujian tambahan tersebut adalah:

  • Ultrasound dimana ia akan dilakukan untuk memeriksa saluran darah pada zakar anda untuk mengenal pasti samada terdapat masalah atau tidak dengan aliran darah zakar anda.
  • Nocturnal penile tumescence (NPT). Merupakan sebuah alat mudah alih yang dikuasakan oleh bateri yang dipakai pada paha untuk menilai kualiti ereksi anda dan data akan disimpan didalam alat untuk rujukan doktor nanti.
  • Suntikan ubat kedalam zakar anda untuk merangsang ereksi dan tujuannya adalah untuk doktor menilai kekerasan dan berapa lama ereksi anda bertahan.
  • Ujian urine untuk memeriksa samada anda mempunyai penyakit kencing manis atau masalah kesihatan lain.
  • Ujian darah untuk memeriksa masalah seperti kencing manis, masalah jantung, isu tiroid dan juga paras hormon testosterone yang rendah.

.

Kesemua ujian ini akan membantu doktor anda untuk menentukan jenis rawatan atau punca lain masalah mati pucuk anda.

.

.

Mati Pucuk dan Kencing Manis

.

.

Mati pucuk dan kencing manis boleh berlaku serentak dan hampir 50% daripada lelaki yang mempunyai kencing manis akan mengalami mati pucuk.

.

Kencing manis akan memberikan kesan terhadap badan untuk memproses glukosa.

.

Apabila glukosa tidak disimpan dengan betul, lebihan glukosa tersebut akan menyebabkan ia berkumpul didalam darah dan membawa kepada kandungan gula dalam darah yang tinggi.

.

Terdapat dua jenis kencing manis utama iaitu:

  • Kencing manis type 1
  • Kencing manis type 2

.

Mati Pucuk

.

Mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi didalam darah akan merosakkan salur darah dan saraf anda.

.

Kerosakan ini akan berikan kesan juga terhadap salur darah dan saraf di sekitar zakar anda sekaligus memberikan kesan terhadap keupayaan anda untuk mengalami dan mengekalkan ereksi.

.

Jika anda mempunyai diabetes, adalah sangat penting untuk anda bekerjasama dengan doktor anda bagi memastikan gula dalam darah anda berada dalam kawalan.

.

**Boleh juga baca selepas ini: Kesan ubat kencing manis kepada prestasi zakar

.

.

Mati Pucuk dan Sakit Jantung

.

.

Terdapat hubungan yang sangat kuat diantara mati pucuk dan masalah jantung.

.

Mengalami mati pucuk juga akan menjadi petanda bahawa individu tersebut akan mengalami masalah sakit jantung dalam tempoh 5 tahun.

.

Mati pucuk juga merupakan faktor risiko terbesar bersama-sama dengan faktor lain seperti sejarah merokok dan sejarah keluarga yang mempunyai masalah jantung.

.

.

Bukan masalah biasa sebenarnya mati pucuk ini kerana ia juga menjadi petanda bahawa anda mungkin ada masalah lain yang anda sendiri tak sedar selama ini.

.

Sekian sahaja perkongsian kami untuk kali ini berkenaan mati pucuk iaitu tanda awal, simptom dan rawatannya.

.

Semoga perkongsian kami kali ini memberikan anda gambaran sebenar, betapa bahayanya jika anda tidak menjaga kesihatan zakar anda dari usia muda.

.

Semoga bermanfaat!

 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.

Your Cart