Pernah tak anda terfikir kalau satu hari nanti anda mengalami mati pucuk?

.

Anda tahu tak kat mana nak cari ubat mati pucuk atau penawar mati pucuk?

.

Mati pucuk atau erectile dysfunction (ED) merupakan suatu masalah seksual utama yang dialami oleh lelaki.

ubat mati pucuk terbaik

.

Dalam bahasa yang lebih mudah (dan menggerunkan), ED merupakan keadaan dimana zakar anda tidak lagi boleh mengeras dan menegang.

.

anatomi mati pucuk

Lelaki mana yang sanggup kehilangan “kekerasan” mereka kan?

.

Sebab itulah anda boleh lihat berapa banyak ubat mati pucuk dan penawar mati pucuk yang dijual di pasaran sekarang ini.

.

Sebelum anda sendiri mengalami masalah ini, lebih baik anda mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan ED.

.

.

PUNCA UTAMA MATI PUCUK

Penyebab utama ED adalah disebabkan oleh masalah kesihatan, isu berkaitan emosi atau dari kedua-duanya sekali.

.

Antara punca utama ED adalah:

.

  • Berumur lebih 50 tahun
  • Mengalami masalah paras gula yang tinggi (diabetes)
  • Masalah tekanan darah tinggi
  • Mengalami masalah kardiovaskular
  • Merokok
  • Pengambilan dadah atau alkohol yang berlebihan
  • Obesiti
  • Kurang bersenam

.

Walaupun faktor umur memberikan kesan terhadap ED, namun bukan semua kes adalah disebabkan oleh umur.

.

Jangan terkejut kerana masih ada lelaki yang masih mampu “menegang” walaupun umur dah mencecah 80 tahun!

.

.

Bukan semua kes juga anda boleh selesaikan dengan ubat mati pucuk atau penawar mati pucuk tanpa mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar.

.

Penting untuk anda mengetahui punca utama mati pucuk, supaya anda sendiri boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan mencari penawar mati pucuk yang paling sesuai.

.

Jika anda lihat balik punca utama berlakunya mati pucuk diatas, kebanyakannya adalah disebabkan oleh tahap kesihatan fizikal dan juga emosi anda.

.

Sewaktu anda terangsang, sistem saraf anda akan mengeluarkan bahan kimia yang mampu untuk meningkatkan pengaliran darah kedalam zakar anda.

.

Darah akan mengalir ke dua bahagian utama yang bertanggungjawab untuk mengeraskan zakar yang dipenuhi dengan tisu otot corpus cavernosum.

.

corpus cavvernosum mati pucuk

Sewaktu zakar anda mengeras, tisu tersebut akan “relaks” dan memerangkap darah.

.

Tekanan darah didalam kawasan tersebut akan menjadikan zakar anda keras dan pejal sekaligus membawa kepada “ketegangan”.

Gif Mens Formula

.

Apabila anda mengalami orgasm, signal kedua daripada saraf akan dilepaskan dan mencapai zakar anda serta membuatkan tisu otot akan mengecut dan darah akan dilepaskan semula.

.

Disinilah punca kenapa zakar anda kembali mengecut selepas anda orgasm.

.

Sewaktu anda dalam keadaan biasa atau tidak teransang, zakar anda akan berada dalam keadaan lembut dan lembik.

.

tak mati pucuk

Anda sendiri pastinya perasan yang saiz zakar anda akan berubah disebabkan oleh:

.

  • Keadaan panas
  • Keadaan sejuk
  • Kerisauan

.

Sebenarnya benda ni benda normal dan ia menunjukkan kestabilan keluar masuk darah kedalam zakar.

.

.

SIMPTOM MATI PUCUK

Masalah utama bagi mereka yang mati pucuk adalah kesukaran untuk zakar mereka mengeras atau langsung tak boleh mengeras untuk melakukan hubungan seksual.

.

Jika ia berlaku, anda tak perlu malu dan perlu terus mendapatkan khidmat nasihat pakar sakit tuan untuk mendapatkan ubat mati pucuk atau rawatan mati pucuk yang sebenar.

.

ED juga akan menjadi amaran bahaya berkenaan kemungkinan anda juga ada mengalami masalah lain yang melibatkan kardiovaskular.

.

Ia mungkin petanda bahawa terdapat bahagian yang tersumbat didalam sistem vaskular anda.

.

ED juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami:

.

    • Serangan jantung
    • Strok
    • Masalah pengaliran darah didalam kaki
    • Kurang keyakinan diri
    • Depression
    • Ketegangan emosi diantara anda dan pasangan anda

.

.

Jika ED mengganggu kesihatan anda dan juga hubungan anda, ia harus segera dirawat.

.

Rawatan ini bertujuan untuk membaiki semula pengaliran darah dan membantu zakar untuk kembali menegang.

.

.

APA NAK BUAT SEBELUM MENDAPATKAN PENAWAR MATI PUCUK?

diagnosis mati pucuk

Anda perlu menjalani diagnosis terlebih dahulu.

.

Diagnosis akan membantu anda untuk mengenalpasti punca ED dan memudahkan anda untuk mendapatkan rawatan yang paling sesuai.

.

Biasanya diagnosis akan dimulakan dengan pertanyaan beberapa soalan berkenaan kesihatan jantung dan juga vaskular serta masalah ereksi anda.

.

Anda mungkin akan melalui pemeriksaan kesihatan, ujian makmal dan dirujuk kepada pakar sakit tuan.

.

.

RAWATAN MATI PUCUK

Rawatan bagi ED biasanya akan dimulakan dengan menjaga kesihatan jantung dan juga vaskular anda.

.

Doktor yang merawat anda akan menerangkan faktor-faktor yang berisiko yang boleh diubah dan ditambah baik.

.

Anda mungkin akan diminta untuk mengubah corak pemakanan, berhenti dari merokok, tingkatkan kekerapan senaman dan juga berhentikan penggunaan dadah/ubat atau alkohol.

.

Jika anda menggunakan sebarang ubat, anda mungkin akan diberikan alternatif untuk ubat anda (pastikan anda mendapat kebenaran doktor terlebih dahulu).

.

Selain itu, anda juga akan dinasihatkan untuk merawat masalah emosi anda.

.

rawatan mati pucuk

Masalah emosi ini boleh jadi berpunca daripada konflik dalam perhubungan, tekanan hidup, depression atau rasa takut dengan pengalaman aksi anda yang semakin teruk ketika di ranjang.

.

Rawatan dibawah sangat sesuai untuk merawat ED:

.

  • Pil yang dikenali dengan nama phosphodiesterase type-5 inhibitors.
  • Testosterone therapy (bila kandungan testosterone anda rendah sewaktu ujian darah)
  • Penile Injections
  • Intraurethral Medication
  • Vacuum Erection Device
  • Pembedahan

.

.

PDE5 Inhibitors

ubat mati pucuk viagra

Ubat mati pucuk yang dikenali sebagai PDE type-5 inhibitors ini mampu meningkatkan aliran darah didalam zakar.

.

Antara ubat jenis ini yang mendapat kelulusan adalah:

  • Viagra
  • Levitra
  • Cialis
  • Stendra

.

Untuk hasil yang lebih berkesan, mereka yang mengalami ED akan mengambil ubat ini 1-2 jam sebelum mereka melakukan aktiviti seksual.

.

Ubat ini akan meningkatkan aliran darah masuk kedalam zakar sekaligus membantu zakar untuk menegang seperti biasa.

.

7 daripada 10 lelaki akan medapat hasil “ketegangan” yang lebih baik namun kesannya agak kurang bagi mereka yang mengalami masalah diabetes dan kanser.

.

Jika anda mengambil nitrate untuk jantung anda, JANGAN SESEKALI anda gunakan PDE5 inhibitors. 

ubat mati pucuk tak sesuai untuk pesakit jantung

.

Anda perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu supaya anda dapat mengelakkan sebarang kesan sampingan terhadap kesihatan anda.

.

Antara kesan sampingan hasil penggunaan ubat ini adalah:

  • Sakit kepala
  • Hidung tersumbat
  • Sakit otot
  • Sembelit

.

.

Testosterone Therapy

rawatan mati pucuk testosterone level

.

Kebiasaannya punca utama berlakunya ED adalah disebabkan oleh masalah kurangnya testosterone didalam darah.

.

Terapi ini mungkin mampu untuk mengubati ED dan menjadikan zakar anda menengang seperti biasa semula atau membantu jika anda gabungkan dengan ubat ED yang lain.

.

.

Vacuum Erection Device

rawatan mati pucuk vacuum erection device

Ia merupakan sejenis tiub plastik yang disarung pada zakar dan akan melekat pada kulit zakar.

.

Pam yang ada pada bahagian hujung tiub ini akan menghasilkan vakum tekanan rendah dibahagian tisu erectile dan akan membuatkan zakar anda menegang.

.

Kemudian, cincin elastik akan dimasukkan sehingga ke bahagian hujung zakar.

.

Ia akan menyimpan darah didalam zakar dan akan kekalkan ia menegang selama 30 minit.

.

Dengan cara penggunaan yang betul, 75 daripada 100 lelaki berjaya mendapatkan ketegangan mereka semula dengan menggunakan alat ini.

.

.

Intracavernosal Injection (ICI) dan Urethra (IU) Therapies

rawatan mati pucuk Intracavernosal Injection (ICI)

Jika ubat mati pucuk atau penawar mati pucuk lain tidak berkesan, ubat mati pucuk seperti Alprostadil juga boleh digunakan untuk mereka yang mengalami ED.

.

Ubat ini ada dalam dua bentuk bergantung kepada bagaimana cara penggunaannya iaitu Intracavernosal Injection (ICI) atau Urethra (IU).

.

,

Self-Injection Therapy

rawatan mati pucuk

Alprostadil akan disuntik masuk kesisi zakar dengan menggunakan jarum yang sangat halus.

.

Untuk permulaan, lebih baik anda mendapatkan suntikan pertama daripada doktor sebelum anda mula melakukan sendiri suntikan tersebut.

.

Cara menyuntik perlulah diajar oleh doktor sendiri.

.

Peratusan kejayaan untuk zakar anda menegang dengan cara ini adalah sekitar 85%.

.

Kebanyakan lelaki yang tidak mendapat kesan positif hasil penggunaan PDE 5 biasanya dapat “diselamatkan” dengan cara ini.

.

Dengan rawatan jenis ini, zakar anda biasanya mampu menegang selama 20-30 minit.

.

Ia merupakan “ketegangan” yang tidak melibatkan saraf jadi ada masanya selepas anda orgasme ia akan terus kekal menegang.

.

Namun, jika ia berlarutan selama beberapa jam, anda perlu segera mendapatkan khidmat nasihat doktor kerana bimbang ia memberi kesan yang buruk terhadap zakar anda.

.

.

Intraurethral (IU) Therapy

rawatan mati pucuk Intraurethral (IU) Therapy

Untuk kaedah rawatan ini pula, Alprostadil akan diletakkan di urethra (tiub yang membawa urin keluar daripada badan anda).

.

Kaedah rawatan ini tidak memerlukan anda untuk menyuntik zakar anda namun peratusan kejayaannya adalah lebih rendah berbanding ICI.

.

Sama seperti ICI, untuk permulaan anda harus mengujinya dengan doktor terlebih dahulu.

.

Kesan sampingan paling biasa dialami oleh mereka yang melalukan rawatan ini adalah rasa “terbakar” pada zakar.

.

Jika zakar anda menegang lebih daripada empat jam, anda perlu dapatkan nasihat doktor untuk “melembutkannya” semula.

.

.

Pembedahan

Jenis pembedahan utama melibatkan ED adalah dengan memasukkan penile implant kedalam zakar anda.

.

Pembedahan jenis penile vascular tidak digalakkan bagi mereka yang berumur yang tidak berjaya dengan PDE5 inhibitors, ICI atau IU.

.

Implan merupakan kaedah rawatan terbaik yang boleh dilakukan.

.

Walaupun pembedahan ini mempunyai banyak risiko, namun ia merupakan diantara kaedah rawatan ED yang paling tinggi peluang untuk berjaya.

.

Terdapat dua jenis penile implants:

.

  1. Semi rigid Implat (Boleh bengkok)

.

Implan jenis ini biasanya merupakan implan yang diperbuat daripada dua batang yang mudah bengkok yang biasanya diperbuat daripada silikon.

.

Rod silikon ini akan memberikan kekerasan yang diperlukan untuk hubungan seksual.

.

Implan ini boleh dibengkokkan ke bawah untuk kencing dan ke atas untuk seks.

.

.

Inflatable Implant

Implan jenis ini adalah implan yang boleh kembang, dimana silinder yang diisi dengan cecair akan dimasukkan kedalam zakar.

.

Tiub yang menghubungkan silinder ini dengan pam akan dimasukkan kedalam skrotum. 

.

Pam akan mengahsilkan tekanan didalam silinder yang akan membuatkan zakar mengembang dan mengeras.

.

Implan jenis ini akan menghasilkan bentuk “menegang” yang kelihatan normal dan memberikan perasaan zakar semulajadi kepada pasangan anda.

.

tegangkan zakar selepas mati pucuk

.

Apapun, sebelum anda melakukan sebarang rawatan untuk mati pucuk, kami sangat-sangat sarankan anda untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar terlebih dahulu.

.

Jangan sesekali anda mencuba ubat mati pucuk yang ada dipasaran tanpa mengetahui apa punca sebenar mati pucuk berdasarkan kesihatan anda sendiri.

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Your Cart