Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda 🤫

Dapatkan Ebook Special ini secara PERCUMA.


Nak Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?
Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan Sekejap ni

Ubat Kencing Manis – Jenis, Fungsi & Kesan Sampingan

Oleh J. Arman. Fakta perubatan disemak Oleh Dr. Roland Victor (MD)

Dalam setiap ubat-ubatan sudah tentu ada kesan sampingan, termasuk ubat kencing manis.

.

Kalau anda merupakan seorang pesakit diabetes sudah tentu anda sudah pun mengambil bermacam-macam jenis ubat untuk merawat kencing manis.

.

Mesti dah bermacam-macam alternatif ubat tradisional kencing manis yang anda cuba, limau nipis lah, jus peria lah, dan lain-lain tips tradisional.

.

Tetapi bagi perubatan moden, setiap jenis ubat-ubatan ini mempunyai pelbagai fungsi, serta cara mereka bertindak untuk merawat penyakit diabetes juga berbeza.

.

..

Tiada istilah ubat kencing manis paling berkesan.

.

Oleh itu juga lah penting untuk kita ketahui bagaimana ubat-ubatan ini berfungsi didalam tubuh badan kita serta apakah kesan sampingan yang boleh berlaku.

.

Kami akan cuba terangkan secara terperinci dengan gaya penulisan yang simple supaya mudah untuk anda fahami, khas untuk anda para pencari ilmu diluar sana.

.

Untuk pengetahuan kami pun ada sertakan sekali beberapa herba tradisional yang boleh anda cuba.

.

Jom baca sampai habis!

.

.

Baca Juga:  Kencing Manis – Anda Perlu Tahu Simptom, Punca & Rawatannya (Lengkap)

.

.

Penyakit Diabetes

.

.

Diabetes merupakan satu masalah kesihatan yang disebabkan oleh bacaan kencing manis / gula dalam darah yang tinggi didalam tubuh badan seseorang.

.

Ianya juga terjadi apabila tubuh badan tak dapat mengeluarkan insulin yang mencukupi, seterusnya menghalang proses untuk menukarkan glukosa kepada tenaga.

.

Jika anda pergi mendapatkan penyelesaian atau cara merawat kencing manis di hospital, doktor akan bagi ubat berdasarkan apa penyakit yang anda hidapi.

.

.

Lain tahap dan jenis penyakit lain ubat yang akan diberikan doktor.

.

Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang boleh dihidapi oleh pesakit iaitu:

a) Diabetes Jenis 1

b) Diabetes Jenis 2

.

Jenis ubat kencing manis yang akan diberikan bergantung kepada jenis penyakit diabetes yang dihidapi oleh pesakit.

.

.

Kedua-dua jenis pesakit diatas memerlukan ubat untuk membantu mengekalkan tahap normal gula dalam darah.

.

Kenal pasti penyakit jenis mana satu yang sedang anda hidapi sekarang ini, dan periksa tentang maklumat ubat kencing manis yang anda ambil dibawah serta kesan sampingannya.

.

.

Diabetes Jenis 1

.

.

1)  Insulin

.

.

Insulin antara ubat kencing manis yang paling kerap digunakan untuk merawat penyakit diabetes.

.

Kebiasaanya jika seseorang itu menghidap penyakit kencing manis tahap 1, masalah yang ada pada mereka ialah tubuh tidak dapat menghasilkan insulin, lebih tepat organ pankreas.

.

Jadi tujuan penggunaan insulin ialah untuk menggantikan insulin yang tidak dihasilkan oleh badan mereka.

.

Insulin biasa diberikan melalui suntikan dan ada banyak jenis, bergantung kepada seberapa banyak jumlah insulin yang diperlukan oleh tubuh badan.

.

.

Ada yang bertindak dengan cepat, perlahan, ada juga insulin yang kesannya dapat tahan dalam masa yang panjang,

.

Antara kesan sampingan ubat kencing manis jenis insulin yang boleh berlaku:

  • Kekurangan bacaan gula dalam darah
  • Bengkak atau parut (terlalu kerap suntik insulin)
  • Ruam disekitar bahagian badan (terutama tempat suntikan insulin)

.

Jom tonton video etika penggunaan insulin dibawah.

.

.

.

2) Amylinomimetic

.

.

Amylinomimetic merupakan satu lagi jenis ubat kencing manis yang biasa diberikan kepada pesakit diabetes jenis 1.

.

Ianya diberikan dengan cara suntikan sebelum anda makan makanan yang berat.

.

Ia berfungsi dengan cara melambatkan perut untuk menghadam makanan yang anda makan.

.

Dengan ini rasa kenyang dapat dirasai dengan lebih panjang seterusnya membantu untuk mengawal nafsu makan.

.

.

Kesan sampingan yang biasa terjadi.

  • Rasa tak selesa pada perut dan mual
  • Muntah-muntah
  • Sakit kepala selepas makan.
  • Hypoglycemia (Kurang kandungan gula dalam darah)

.

.

.

.

Diabetes Jenis 2

.

1)

Alpha-glucosidase Inhibitor (Perencat Alpha-Glukosidas)

.

.

Perencat Alpha-Glukosidas merupakan ubat kencing manis ini yang berfungsi membantu proses penghadaman makanan yang berunsur glukosa seperti gula, dan nasi.

.

Kesannya, kadar gula dalam darah akan mula menurun.

.

Doktor akan sarankan anda ambil ubat ini sebelum makan untuk hasil yang lebih berkesan. Contoh ubat:

  • Acarbose (Precose)
  • Miglitol (Glyset)

.

.

Side effect ubat kencing manis jenis Perencat Alpha-glukosidas seperti dibawah:

  • Sering kentut
  • Kerap cirit birit (Ini yang paling biasa berlaku)

.

.

2) Biguanides

.

.

Biguanides berfungsi dengan menurunkan jumlah gula yang dihasilkan oleh hati(liver).

.

Selain itu, ia berfungsi dengan cara menghadkan kadar penyerapan usus terhadap gula dan glukosa

.

Ia juga, meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin dan ini membolehkan otot diserata tubuh menyerap dan menggunakan glukosa dengan lebih baik.

.

Antara yang paling banyak digunakan ialah Metformin.

.

.

Kesan sampingan ubat kencing manis Metformin:

  • Loya
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Lemah badan

.

.

3) Dopamine agonist

.

.

Secara umumnya, pengunaan dopamine agonist adalah untuk rawatan pesakit psikologi seperti depresi.

.

Tetapi ada juga pakar yang mendapati penggunaan ubatan jenis dopamine agonist(seperti bromocriptine) kepada pesakit diabetes jenis 2, boleh membantu menurunkan kadar gula dalam darah pesakit.

.

Pakar masih lagi tidak dapat pastikan macam mana ia berfungsi terhadap penurunan glukosa.

.

Mungkin juga ia boleh mengurangkan rintangan terhadap penghasilan insulin.

.

.

Antara side effect yang berkemungkinan boleh berlaku.

  • Loya
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Sebelit
  • Cirit-birit
  • Kurang selera makan
  • Sakit kepala

.

.

4) Dipeptidyl peptidase-4 (DPP-4 Inhibitor)

.

.

Dipeptidyl pepidase-4 atau perencat DPP-4 merupakan salah satu rawatan kencing manis yang digunakan untuk membantu pankreas menghasilan insulin.

.

Ianya berfungsi dengan menurunkan kadar gula dalam darah tanpa menyebabkan hypoglycemia(kadar gula rendah).

.

Contoh ubatan yang dikategorikan sebagai DPP-4 ialah:

  • Alogliptin
  • Linagliptin
  • Saxagliptin
  • Sitagliptin
  • Vildagliptin

.

.

Antara kesan sampingan yang biasa berlaku:

  • Mual
  • Cirit-birit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Selesema
  • sakit tekak
  • ruam di serata badan

.

.

5) Incretin Mimetics (GLP-1 receptor agonists)

.

.

Kesan ubat kencing manis jenis GLP-1 receptor agonists ini sama dengan hormon semula jadi yang ada dalam tubuh kita yang dipanggil incretin.

.

Ia meningkatkan penggunaan insulin dalam badan dan berfungsi untuk mengurangkan selera makan.

.

Ia juga boleh melambatkan proses makanan untuk dihadam, dan memanjangkan tempoh rasa kenyang.

.

Ini kerana ramai antara pesakit diabetes susah untuk kawal nafsu makan akhirnya membuatkan mereka terlebih pengambilan karbohidrat dan gula.

.

.

Kesan sampingan yang boleh dirasai seperti dibawah:

  • Cirit-birit
  • Loya
  • muntah
  • Sakit kepala
  • Pening kepala
  • Berpeluh dengan banyak
  • Ketidakhadaman
  • Sembelit
  • Kurang selera makan

.

.

6) Meglitinides

.

.

Bagi ubat kencing manis jenis Meglitinides ni, bukan semua orang boleh menggunakannya.

.

Ini kerana ia mempunyai banyak risiko yang boleh memberi kesan buruk kepada pesakit.

.

Ada beberapa kes yang menunjukkan kadar gula dalam darah pesakit menurun secara mendadak selepas makan ubat kencing manis jenis ini.

.

.

Meglitinides berfungsi dengan menggalakkan penghasilan insulin didalam badan.

.

Antara ubat-ubatan dari jenis ini ialah:

  • Nateglinide
  • Repaglinide
  • Repaglinide-metformin

.

.

Kebiasaannya kesan sampingan yang boleh berlaku kepada pesakit kencing manis tahap 2 ialah:

  • Pertambahan berat badan
  • Kurang gula dalam darah

.

.

Baca Kejap Lagi:  Tanda Kencing Manis – Antaranya, Zakar Anda Susah Tegang

 

.

.

7) Sodium-glucose transporter (SGLT) 2 inhibitors

.

.

Perencat Sodium-Glucose Transporter (SGLT2 Inhibitor) bertindak terhadap buah pinggang yang mana membantu untuk mengeluarkan kandungan glukosa yang berlebihan melalui air kencing.

.

Dalam beberapa kes seperti penyakit jantung koronari, dan penyakit buah pinggang yang kronik, ubat darah tinggi jenis SGLT2 turut digunakan untuk mengeluarkan lebihan glukosa dalam darah.

.

Contoh ubat jenis ini yang ada dipasaran perubatan:

  • Dapagliflozin (Farxiga)
  • Canagliflozin (Invokana)
  • Empagliflozin (Jardiance)
  • Ertugliflozin (Steglatro)

.

Bagi ubatan jenis SGLT2 ini, ada beberapa side effect yang boleh berlaku.

.

.

Antara kesan sampingan tersebut ialah.

  • Boleh menyebabkan pengurangan berat badan.
  • Boleh menyebabkan jangkitan genital dan saluran kencing serta tekanan darah rendah.
  • Berhenti mengambil ubat ini dan berjumpa dengan doktor jika anda mengalami demam, muntah-muntah yang berterusan, dan nafas berbau.

.

.

8) Sulfonilurea

.

.

Sulfonilurea merupakan antara ubat kencing manis yang paling awal dijumpai dan masih digunakan hingga ke hari ini.

.

Ia mula dihasilkan dan digunakan oleh hospital sejak tahun 1950an lagi.

.

Ubat ini berfungsi dengan cara mengstimulasikan pankreas supaya organ tersebut dapat menghasilkan insulin yang mencukupi.

.

Antara ubat kencing manis yang dikategorikan dibawah sulfonilurea:

  • glimepiride (Amaryl)
  • gliclazide
  • glyburide (DiaBeta, Glynase, Micronase)
  • chlorpropamide (Diabinese)
  • tolazamide (Tolinase)

.

.

Kesan sampingan seperti pening kepala, berat badan bertambah, sakit perut, air kencing berwarna keruh, dan perasaan berdebar-debar boleh berlaku kepada pesakit.

.

Jangan lupa dapatkan bantuan dan nasihat doktor jika kesan sampingan ini berpanjangan dan semakin serius.

.

.

9) Thiazolidinediones

.

.

Thiazolidinediones ialah ubat penyakit diabetes jenis 2 yang berfungsi mengurangkan kadar glukosa dalam organ hati.

.

Ia juga membantu sel-sel lemak dalam tubuh badan pesakit menggunakan hormon insulin dengan lebih baik.

.

Ubat penyakit kencing manis jenis ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

.

Jadi doktor akan sentiasa memantau keadaan jantung pesakit ketika rawatan.

.

Antara contoh priskripsi ubatan dari jenis ini:

  • rosiglitazone (Avandia)
  • pioglitazone (Actos)

.

.

Segera berjumpa dengan doktor jika anda mempunya kesan sampingan yang berpanjangan seperti:

  • Peningkatan berat badan mendadak
  • Masalah penglihatan
  • Deria sentuhan terasa lemah
  • Sakit dada
  • Alahan pada kulit

.

.

Ubatan Lain Yang Berkait Dengan Diabetes

.

1. Ubat sakit jantung

.

.

Penyakit diabetes dan penyakit jantung sangat berkait rapat antara satu sama lain.

.

Ini kerana kandungan lemak dan gula dalam darah boleh menyebabkan saluran darah pada jantung dan bahagian lain dalam badan menyempit.

.

Lama kelamaan pesakit tersebut akan turut menghidap penyakit jantung.

.

Ubatan seperti aspirin, ubat anti-coagulant dan beta blockers juga mungkin akan turut disertakan oleh doktor bersama ubat kencing manis yang lain.

.

.

2. Ubat untuk kolesterol tinggi

.

.

Penyakit kolestrol tinggi dan diabetes juga sering dikaitkan bersama kerana ianya berpunca dari lebihan lemak, kolesterol, dan glukosa dalam darah.

.

Ini juga kerana penyakit kencing manis boleh menurunkan kadar kolesterol baik (HDL) dan meningkatkan tahap kolesterol tidak baik (LDL) dalam tubuh badan. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan penyakit lain seperti strok.

.

Doktor munkin akan sertakan sekali ubat penyakit kolesterol tinggi bersama dengan ubat kencing manis bagi mengseimbangkan kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku.

.

Contoh ubat kolesterol tinggi yang akan diberi:

  • Atorvastatin (Lipitor)
  • Fluvastatin (Lescol)
  • Lovastatin.
  • Pitavastatin (Livalo)
  • Pravastatin (Pravachol)

.

.

3. Ubat darah tinggi

.

.

Antara penyakit darah tinggi dan diabetes, keduanya merupakan penyakit yang berkait dengan obesity dan penyakit kardiovaskular.

.

Kedua-dua penyakit ini berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang bersenam.

.

Penyakit-penyakit yang dikategorikan sebagai kardiovaskular ini juga boleh menyebabkan penyakit jantung belaku kepada mereka pada jangka masa panjang.

.

Ubatan seperti diuretics, beta-blockers, perencat ARBS & ACE turut akan diberikan oleh doktor jika pesakit menghidap kedua-dua penyakit ini.

.

.

.

.

Minta Nasihat Doktor

.

Ubat-ubatan yang kita ambil mempunyai pelbagai kesan sampingan yang boleh berlaku.

.

Kesan sampingan ini berlaku sama ada dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang.

.

.

Anda mestilah sentiasa memantau setiap perkara yang berlaku kepada tubuh badan anda dan minta lah nasihat dan saranan daripada pakar sekiranya berlanjutan.

.

Ini kerana kesan sampingan yang anda rasai itu berkemungkinan merupakan simptom-simptom penyakit lain yang anda tidak ketahui.

.

Dibawah ada tips diet untuk pesakit kencing manis

.

.

.

.

Beberapa Herba/Tumbuhan Untuk Menurunkan Kencing Manis

.

1. Peria Katak

.

.

Peria katak merupakan antara sayuran turun temurun masyarakat melayu terutamanya dalam masakkan mereka.

.

Kebiasaannya tumbuhan seperti peria sering dijadikan sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit, termasuk penyakit kencing manis.

.

Ini kerana ia mengandungi bahan aktif yang bersifat anti-diabetes yang mana mampu menurunkan kadar glukosa dalam darah.

.

.

Peria juga boleh membantu pengamal mengurangkan selera makan.

.

Tetapi satu kekurangan peria kata ini adalah ia boleh menurunkan kadar testosteron dalam tubuh badan seseorang.

.

Individu terutama sekali lelaki akan sangat-sangat terjejas kerana hormon testosteron merupakan hormon kelelakian yang paling penting untuk lelaki.

.

.

2. Lidah Buaya

.

.

Jus lidah buaya banyak khasiat yang telah diketahui oleh pakar.

.

Antaranya jus lidah buaya boleh menurunkan kadar glukosa dalam darah dan menurunkan lemak yang berlebihan pada tisu otot pesakit kencing manis.

.

Khasiat dari lidah buaya bertindak sebagai ejen pemulihan yang boleh mempercepatkan penyembuhan luka luaran pesakit kencing manis yang biasanya mengambil masa yang lama untuk sembuh.

.

.

Anda boleh dapatkan lidah buaya yang ada disekitar rumah anda itu dan rebuskan gel aloevera tersebut bersama air garam sehingga mendidih.

.

Seterusnya amalkan lah sebanyak 3 kali sehari untuk kesan yang lebih ketara.

.

.

3. Ginseng

.

.

Yang seterusnya ialah ginseng.

.

Tumbuhan ini tumbuh melata diserata bahagian dunia seperti di Jepun, Amerika, Siberia, China, dan Korea.

.

Petua turun temurun masyarakat dunia, mereka banyak mengamalkan ginseng sebagai makanan tambahan untuk tenaga  dan menurunkan kadar glukosa dalam darah.

.

.

Ini disokong oleh kajian pakar dari Amerika Syarikat beberapa tahun dahulu, ditambahkan lagi dengan amalam berpuasa lagi lah berkali ganda keberkesanannya.

.

Ia juga telah diamalkan sejak 2000 tahun dahulu di negara China.

.

.

4. Tongkat Ali

.

.

Siapa yang tak tahu tongkat ali? Semua orang tahu.

.

Banyak iklan-iklan yang dipaparkan di tv dan media sosial tentang produk tongkat ali.

.

Telah dibuktikan pakar, tongkat ali dapat memberi pelbagai manfaat seperti menurunkan tekanan darah tinggi, dan merawat penyakit kencing manis.

.

Ini kerana bahan aktif yang ada didalam khasiat tongkat ali dapat meningkatkan penghasilan hormon-hormon penting dalam badan terutama sekali hormon testosteron yang mana penting untuk lelaki, juga wanita.

.

.

Herba yang telah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dari zaman dahulu ini lagi telah pun dibuktikan oleh pakar-pakar di negara ini dan diseluruh dunia tentang khasiat dan keberkesanannya.

.

Jangan tak tahu, tongkat ali bukan untuk ubat kuat lelaki sahaja tau, malah khasiatnya cukup untuk kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.

.

Jika anda teringin nak dapatkan produk tongkat ali terbaik di Malaysia ini, anda boleh cari produk dari Biotropics Malaysia Berhad.

.

.

Biotropics Malaysia merupakan anak syarikat dari Khazanah Nasional Berhad yang telah pun membuat kajian tentang khasiat tongkat ali dan beberapa herba warisan negara kita dan dipatenkan melalui teknologi Physta.

.

Hasil dari kerjasama MIT, USA maka terhasil lah produk tongkat ali moden yang penuh dengan khasiat dan dapat membantu para lelaki dan suami di Malaysia.

.

.

Seperti yang telah kita bincangkan diatas, penyakit kencing manis sangat berkait rapat dengan penyakit-penyakit lain seperti penyakit darah tinggi, penyakit kolesterol tinggi dan penyakit jantung.

.

Selagi mana anda tidak mengawal diet harian anda selagi itu risiko penyakit kardiovaskular seperti ini boleh belaku kepada anda.

.

.

Amalan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang sangat membantu dalam mencegah pelbagai penyakit bukan sahaja penyakit kardiovaskular, tetapi juga penyakit-penyakit merbahaya lain seperti kanser, dan strok.

.

.

Saranan daripada kami di SuamiSihat.com.my, rajinkan lah diri pergi berjumpa dengan pakar supaya perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan daripada berlaku.

.

Kepada golongan lelaki diluar sana, jadilah suami / ketua keluarga yang prihatin dan bijak supaya dapat kita sama-sama membina keluarga bahagia yang kita impikan selama ini.

.

.

Di kesempatan ini kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang setia bersama kami dari awal hingga ke tahap ini.

.

Kami sangat-sangat mengharap setiap dari kita dapat memanfaatkan segala ilmu serta tips yang dikongsikan bersama.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Jom Baca Sekarang:  Mati pucuk – Tanda Awal, Simptom, Tahap & Rawatannya (Lengkap 2020)

.

.

.