Tanggungjawab Isteri – Kepada Suami, Anak, Keluarga & Mertua (Checklist Lengkap)

Writer Author SuamiSihat

Hadi Idham

Bila bercakap soal perkahwinan, antara topik yang boleh berubah menjadi isu hangat adalah berkenaan tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri dan tanggungjawab bersama.

.

Namun, banyak berlaku kesilapan tatkala isu-isu ini dibicarakan dimana kebanyakan daripada kita membincangkan ia menggunakan akal fikiran semata-mata.

.

Sedangkan didalam Islam telah ada garis panduan yang jelas dan teliti serta adil yang membezakan tanggungjawab suami dan tanggungjawab isteri.

.

.

Di dalam hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani bermaksud,

.

“Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadan dan menjaga kehormatan diri, serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja yang disukai.”

.

Ketaatan isteri kepada suami inilah tanggungjawab utama yang perlu dilunaskan oleh para isteri.

.

Tanggungjawab Isteri

.

Betapa kedudukan suami bagi seorang isteri itu begitu tinggi sehingga Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud,

.

“Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.”

.

Dalam artikel kali ini, kami akan fokuskan lebih kepada tanggungjawab isteri.

.

Jom baca!

.

Baca Juga : Waktu Subur Isteri – Anda Suami Perlu Faham Kitaran Haid

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Apa Tanggungjawab Isteri?

.

Tanggungjawab Isteri

 

.

Sekarang ini ramai yang tersalah anggap bahawa tanggungjawab isteri adalah terhad kepada urusan berkaitan rumah tangga semata-mata.

.

Tugas seperti mengemas rumah, memasak, membasuh pakaian dan menjaga anak-anak dikatakan sebagai tugas utama seorang isteri.

.

Betul ke sebenarnya?

.

Tanggungjawab isteri dalam Islam tidak terhad kepada urusan rumah tangga sahaja.

.

Menurut pandangan Islam, tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang wanita yang bergelar isteri turut melibatkan soal berkaitan hak suami.

.

Jadi, adalah sangat penting sebagai seorang isteri untuk mengetahui apakah hak suami terhadap isteri supaya anda dapat menjalankan tanggungjawab isteri dengan sepenuhnya.

.

Baca Juga : Tanggungjawab Suami – Apa Sebenarnya Tugas Anda Sebagai Suami?

.

.

Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami

 

.

1. Taat Sepenuhnya Kepada Suami

.

.

Selepas sah bergelar suami isteri, tanggungjawab isteri yang anda perlu lakukan adalah taat sepenuhnya kepada suami.

.

Ketaatan yang diberikan pula haruslah berlandaskan hukum syarak dan bukan hanya taat membuta tuli.

.

Didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas,

.

“Lelaki adalah pelindung dan penjaga wanita, ini bermakna suami berkuasa keatas isteri. Dalam erti kata lain, isteri perlu patuh kepada suami, melayan keluarganya dengan baik dan menjaga hartanya.”

.

.

2. Memenuhi Keperluan Batin Suami

.

Tanggungjawab Isteri

.

Bab ini ada isteri yang dah mahir dan ada yang masih malu-malu.

.

Sebenarnya ilmu berkenaan hal batin seperti hal seksual ini haruslah diberi perhatian sepenuhnya oleh isteri.

.

Tiada salahnya untuk seorang isteri belajar dan mendalami beberapa ilmu berkenaan hubungan seksual atau bersifat lebih terbuka sewaktu suami mengajak untuk bersama.

.

Memenuhi kehendak seksual suami termasuk dalam tanggungjawab isteri yang perlu dilaksanakan.

.

Jika anda sebagai isteri tidak memenuhi kehendak ini tanpa sebab yang munasabah seperti uzur, tidak sihat atau sedang berpuasa wajib, maka akan dikira berdosa dan derhaka terhadap suami.

.

Didalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah dalam al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda seperti berikut,

.

“Apabila seorang lelaki memanggil isterinya ke bilik tidur dan dia ingkar, jika suami tidur dalam keadaan marah terhadap isterinya, malaikat akan menyumpah isterinya sehingga pagi.”

.

Baca Juga : Goda Suami – Tips Mudah Supaya Lelaki Anda Terpikat & Setuju Selalu!

.

.

3. Tidak Mengizinkan Sesiapa Yang Tidak Disukai Oleh Suaminya Masuk Ke Rumah

.

Tanggungjawab Isteri

.

Hal ini mungkin kelihatan sedikit ringan bagi sesetengah wanita diluar sana kerana ramai yang terbiasa hidup bebas dan terlalu percaya dengan orang luar.

.

Jika suami anda pernah mengatakan atau berpesan supaya tidak membenarkan sekian-sekian individu daripada masuk kedalam rumah, maka wajib untuk isteri mematuhinya.

.

Jika ia merupakan seorang lelaki yang bukan mahram, adalah diharamkan untuk mempelawa lelaki tersebut masuk kedalam rumah.

.

Sekalipun anda mengenalinya, ia tetap tidak boleh dilakukan.

.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam al-Bukhari dan Muslim,

.

“Tidak boleh seorang wanita berpuasa tanpa izin suami, membenarkan sesiapa masuk kedalam rumah tanpa izin suami, dan membelanjakan harta suami sebagai sedekah tanpa izinnya.”

.

.

4. Tidak Keluar Rumah Tanpa Izin Suami

.

.

Ramai wanita masa kini menganggap soal izin dan kebenaran ini sebagai hal yang remeh.

.

Bagi wanita moden, mungkin mereka merasakan seperti dikongkong apabila terpaksa meminta kebenaran suami untuk keluar.

.

Namun, percayalah bahawa ada hikmahnya perkara ini dijadikan tanggungjawab isteri dalam Islam.

.

Menurut mazhab Shafie dan Hanbali, seorang isteri juga perlu untuk meminta izin dan kebenaran suami sekalipun jika isteri tersebut ingin pergi menziarahi ibubapa sendiri yang sedang sakit.

.

.

.

.

5. Layanan Terbaik Kepada Suami

.

.

Tanggungjawab isteri yang seterusnya ini lebih kepada perkara yang meliputi urusan rumah tangga seperti:

  • Memasak
  • Mengemas rumah
  • Menjaga anak-anak

.

Memetik kata-kata ulama Syakh al-Islam Ibn Taymiyah,

.

“Seorang isteri perlu melayani suami mengikut cara yang diterima oleh adat dan budaya masyarakat setempat selagi mana ia tidak bercanggah dengan syarak.”

.

.

6. Jaga Tempat Pandangan Matanya

.

Tanggungjawab Isteri

.

Maksudnya disini adalah jangan sampai suami terpandang sesuatu yang buruk pada anda wahai isteri.

.

Selain daripada menjaga kecantikan, keceriaan dan kebersihan rumah, para isteri juga perlu menjaga kecantikan dan penampilan diri sendiri.

.

Jangan sesekali mengambil mudah hal penampilan diri di rumah.

.

.

7. Perhatikan Bau Yang Diciumnya

.

Tanggungjawab Isteri

.

Jangan disebabkan oleh anda sentiasa berada di rumah, anda biar sahaja diri anda berbau tumisan, bawang, belacan setiap masa.

.

Memang tidak dinafikan jika anda berbau sedemikian menandakan anda seorang yang kerap memasak.

.

Tapi, anda tetap perlu untuk memastikan anda berbau wang, harum dan segar setiap masa.

.

Namun, wanita masa kini lebih fokus kepada berwangi-wangian ketika hendak keluar rumah sahaja.

.

.

8. Menjaga Makannya

.

.

Memang tak dinafikan bahawa memberi makan dan minum merupakan tanggungjawab suami.

.

Tapi, apa salahnya jika anda memasak dan menyediakan makanan kepada suami anda kan?

.

Belajar untuk cuba memasak masakan kegemarannya dan cuba untuk mengikat perutnya dengan masakan anda.

.

Hal ini kerana perut yang lapar biasanya akan membuatkan suami mudah beremosi.

.

Kalau anda tak larat untuk memasak, beli sahaja dari luar dan hidangkan kepadanya.

.

.

9. Jaga Waktu Tidur

.

Tanggungjawab Isteri

.

Tidur yang tidak teratur akan mudah membuatkan suami mudah beremosi.

.

Jika suami perlukan rehat, sebagai isteri anda perlulah berusaha untuk memberikan mereka masa untuk berehat.

.

Dengan rehat yang mencukupi, emosi suami anda akan lebih stabil.

.

Bila dah hilang segala keletihan suami, mudahlah untuk anda meminta bantuan suami melakukan kerja rumah bersama-sama.

.

.

Itu Sahaja Ke Tanggungjawab Isteri?

.

Tanggungjawab Isteri

.

Ada beberapa lagi tanggungjawab isteri yang perlu dilakukan oleh isteri seperti:

.

.

a) Menjaga kehormatan dan harta suami apabila suami tiada di rumah.

.

b) Menumpukan sepenuh perhatian kepada suami dan anak-anak

.

c) Menjaga kebersihan rumah tangga, kesihatan diri dan kesihatan anak-anak

.

d) Menjaga dan menyimpan rahsia pergaulan suami isteri

.

e) Berhias diri hanya untuk tatapan suami sahaja dan bukannya untuk orang lain terutamanya berhias ketika berada atau keluar rumah.

.

f) Menjaga kesopanan dan sentiasa menjaga auratnya apabila berada di khalayak ramai

.

.

Checklist Tanggungjawab Isteri Terhadap Mertua

.

.

  1. Taat kepada segala suruhannya kepada anak selagi mana tidak melanggar syarak
  2. Berbicara dengan penuh adab dan lembut
  3. Memberi elaun sebagai bantuan kewangan tanda mengambil berat
  4. Bangun atau berdiri sebagai tanda hormat apabila mereka datang
  5. Mencium tangan keduanya
  6. Menjaga dan memelihara naam, kehormatan dan harta mereka
  7. Memuliakan dan cuba memenuhi permintaan mereka
  8. Berbincang dengan keduanya dalam urusan berkaitan
  9. Perbanyakkan doa dan memohon keampunan buat mereka
  10. Buat sesuatu untuk menggembirakan mereka dengan ikhlas
  11. Tidak meninggi suara
  12. Tidak memotong percakapan mereka
  13. Minta izin jika ingin keluar
  14. Tidak membuatkan mereka terperanjat terutamanya ketika tidur
  15. Tidak melebihkan isteri dan anak dari mereka
  16. Tidak mencela mereka jika mereka melakukan silap
  17. Tidak ketawa dalam majlis mereka tanpa sebab
  18. Tidak mendahului mereka dalam mengambil makanan
  19. Tidak tidur atau baring ketika mereka masih duduk kecuali diizinkan mereka
  20. Tidak duduk berlunjur kaki ketika dihadapan mereka
  21. Tidak mendahului mereka masuk ke mana-mana
  22. Serta merta menyahut sebarang seruan mereka
  23. Memuliakan sahabat dan kenalan mereka ketika hidup dan mati

.

.

Sebenarnya apa yang kita lakukan terhadap ibubapa kita, begitu jugalah apa yang perlu kita lakukan terhadap ibubapa mertua kita.

.

Tanggungjawab suami dan tanggungjawab isteri serta tanggungjawab bersama bukanlah sesuatu yang membebankan.

.

Ia sangat mudah untuk kita sama-sama laksanakan.

.

.

Belajar dan fahamilah tanggungjawab masing-masing dan tanggungjawab bersama untuk menjadikan rumahtangga lebih harmoni.

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan tanggungjawab isteri terhadap suami, anak dan mertua.

.

Terima kasih kerana telah meluangkan masa membaca artikel ini.

.

Semoga perkongsian kali ini memberikan makna dan manfaat yang besar buat anda.

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?