Waktu Subur Isteri – Anda Suami Perlu Faham Kitaran Haid

A Hasan Hamdani

Hadi Idham

Bila sebenarnya waktu paling subur untuk isteri anda mengandung?

.

Anda pernah terfikir tak pasal ni atau anda jenis beromen jer ikut suka anda bila-bila masa dan serahkan semuanya kepada rezeki samada mengandung atau tidak?

.

Anda tahu tak kira waktu subur isteri anda?

susah kira waktu subur isteri

.

Jangan risau.

.

Dalam sharing kali ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa perkara penting yang anda perlu tahu berkenaan waktu subur isteri anda.

.

Antaranya ialah:

  • Isteri anda hanya boleh mengandung ketika berada dalam fertile window kitaran haid.
  • Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan ketika ovulating.
  • Peluang untuk mengandung akan meningkat sekiranya anda melakukan seks pada hari ovulation atau dua hari sebelumnya.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

BILA WAKTU SUBUR DAN PALING BERPOTENSI UNTUK MENGANDUNG?

.

.

Fertile window – hari didalam kitaran haid wanita yang paling berpotensi tinggi untuk mengandung.

.

Fertile window ini bergantung kepada tempoh kitaran haid.

.

Kalau anda belum tahu, kitaran haid setiap perempuan tidak sama. Jadi, anda perlu belajar dan faham kitaran haid pasangan anda. 

.

Hari yang dimaksudkan ini adalah hari dimana “telur” akan dikeluarkan dari ovari (ovulation) dan lima hari sebelumnya. 

.

Melakukan seks dalam tempoh ini antara masa terbaik yang mampu meningkatkan potensi untuk mengandung.

mitos tentang mengandung & beranak

.

MITOS : Perempuan boleh mengandung pada bila-bila masa.

.

FAKTA : Perempuan hanya boleh mengandung dalam tempoh beberapa hari dalam kitaran haidnya.

.

Semua ni disebabkan oleh telur dan sperm mempunyai kitaran hidup yang sangat singkat.

.

Waktu Subur - Tempoh Hidup Sperm

.

Tempoh hidup sperm biasanya sekitar 5 hari.

.

Bagi telur pula, ia hanya boleh disenyawakan dalam tempoh 24 jam selepas dikeluarkan dari ovari.

.

Telur dan sperm perlu datang dalam masa yang sama dan dalam masa yang tepat untuk membolehkan persenyawaan.

.

Hasilnya nanti adalah embryo. 

.

.

FAKTA BERKENAAN WAKTU SUBUR

.

.

Ovulation adalah proses dimana telur yang dah matang dikeluarkan dari ovari.

.

Telur tersebut kemudian akan bergerak melalui fallopian tube dimana ia dah boleh disenyawakan.

 

Jika ada sperm didalam fallopian tube pada waktu tersebut, ada kemungkinan besar telur tersebut akan disenyawakan sekaligus menghasilkan embryo yang kemudiannya akan membesar menjadi janin.

.

Jadi, peluang untuk mengandung hanya boleh berlaku jika anda melakukan seks dalam tempoh ini.

.

Dalam tempoh 12 sehingga 24 jam selepas ovulation, pasangan anda tidak lagi boleh mengandung dalam tempoh kitaran haid tersebut kerana telur tidak lagi berada didalam fallopian tube.

.

Kalau anda melakukan seks dalam tempoh sebelum atau selepas fertile window, kemungkinan untuk mengandung adalah hampir kepada tiada.

.

.

Baca Juga : Faraj Wanita – Kenali Miss V Pasangan Anda

.

.

Waktu Subur - Peluang Mengandung

.

Apapun kalau anda memang bercadang untuk merancang kehamilan, jangan sandarkan kepada fakta ini semata-mata.

.

Adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan ubat atau alat perancang kehamilan yang sebaiknya. 

.

Baca Juga : 3 Cara Elak Kehamilan Walaupun Pancut Dalam

.

.

MACAM MANA NAK TAHU BILA OVULATING?

.

.

Bila anda ambil tahu akan waktu subur isteri anda, anda boleh merancang bila untuk melakukan seks supaya peluang untuk mengandung tersebut adalah lebih tinggi.

.

Anda boleh ingatkan pasangan anda untuk mencatat kitaran haidnya dimana-mana yang anda boleh sama-sama lihat dan pantau.

.

Untuk mengira tempoh kitaran haid, catat hari pertama pasangan anda “keluar darah” dan tandakan ia sebagai hari pertama.

.

Hari terakhir pula adalah hari sebelum pasangan anda “keluar darah” yang seterusnya.

 

.

APA BEZA KITARAN HAID DAN PERIOD?

.

Waktu Subur - Menstrual Cycle

.

Kitaran haid (menstrual cycle) adalah kiraan hari atau tempoh selepas pasangan anda period (atau mesntruate). 

.

Period pula adalah sewaktu “keluar darah” isteri anda.

.

Sebuah kitaran haid akan dikira normal jika ia dalam tempoh 21 ke 35 hari. 

.

Kitaran ini akan berbeza diantara setiap wanita dan juga diantara setiap kitaran.

.

Jika pasangan anda mempunyai kitaran haid yang berbeza setiap bulan, anda boleh kirakan purata kitaran haid pasangan anda.

.

Untuk mengiranya, ambil purata daripada 3 bulan berturut-turut. Tambah kesemua hari dalam kitaran haid ketiga-tiga bulan ini dan bahagikan dengan tiga.

.

.

CARA MENGENAL PASTI WAKTU SUBUR ISTERI ANDA

.

Waktu Subur - Bila Waktu Subur Isteri

.

Bila anda dah tahu kitaran haid isteri anda, lebih mudah untuk anda ketahui bila waktu subur isteri anda.

.

Ovulation akan bermula sekitar 14 hari sebelum period.

.

Contoh:

  • Jika kitaran haid = 28 hari, maka hari ke-14 adalah hari pasangan anda ovulate dan hari ke-12, 13 dan 14 adalah hari paling subur.
  • Jika kitaran haid = 35 hari, maka hari ke-21 adalah hari pasangan anda ovulate dan hari ke-19, 20 dan 21 adalah hari paling subur.
  • Jika kitaran haid = 21 hari, maka hari ke-7 adalah hari pasangan anda ovulate dan hari ke-5, 6 dan 7 adalah hari paling subur.

.

Waktu subur isteri anda adalah 3 hari sebelum dan termasuk hari ovulation berlaku.

.

Namun, ada sesetengah wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu. Jadi, cara terbaik jika anda tak dapat cari puratanya, anda boleh melakukan seks setiap 2-3 hari.

.

.

CARA LAIN MENENTUKAN WAKTU SUBUR ISTERI ANDA

.

.

Canggih tak canggih dunia sekarang ni, semuanya dah disediakan dan dipermudahkan untuk anda.

.

Sekarang ini ada ovulation calculator yang boleh membantu anda untuk mengira waktu subur isteri.

.

Hasil kiraan ini akan menjadi penanda kepada hari paling subur isteri anda dan peluang untuk mengandung juga akan menjadi lebih tinggi.

.

.

.

.

Ia juga boleh digunak untuk mengira due date isteri anda jika isteri anda mengandung pada waktu subur isteri anda yang seterusnya.

.

Cara lain yang boleh digunakan untuk menentukan bila isteri anda ovulationg:

.

.

1. Perhatikan perubahan pada vaginal mucus

.

Waktu Subur - Vaginal Mucus

.

Beberapa hari sebelum ovulation, isteri anda akan perasan pada  vaginal mucus akan menjadi lebih jernih, likat dan licin serta kelihatan seperti putih telur.

.

Ini merupakan petanda yang ovulation bakal berlaku. Jadi, ia merupakan masa terbaik untuk melakukan seks kerana sperm boleh bergerak dengan lebih mudah dalam mucus.

.

.

2. Gunakan ovulation predictor kit

.

.

Pasangan anda boleh gunakan predictor kit daripada supermarket atau farmasi untuk test air kencing untuk sebarang tanda ovulation.

.

Jika test dilakukan beberapa hari sebelum hari dijangka ovulation, keputusan positif akan keluar yang bermaksud dalam tempoh 24 ke 36 jam adalah masa ovulation akan berlaku.

.

.

3. Dapatkan masa yang paling tepat

.

.

Jika anda mencari waktu subur yang paling tepat untuk pastikan isteri anda mengandung, Dr. Karin Hammarberg ada menerangkan cara yang anda boleh cuba.

.

Melakukan seks paling dekat dengan waktu ovulation akan meningkatkan peluang untuk mengandung.

.

Jika anda dan pasangan melakukan seks sekitar 6 hari atau lebih daripada hari dijangka ovulate, peluang untuk pasangan anda mengandung hampir kepada kosong.

.

Jika anda melakukan seks 5 hari sebelum, peluang untuk pasangan anda mengandung adalah sekitar 10 peratus.

seks untuk mengandungkan isteri

.

Bagi anda yang melakukan hubungan seksual dengan pasangan pada hari ovulation atau 2 hari sebelum, peluang untuk mengandung adalah sekitar 30 peratus.

.

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian berkenaan waktu subur isteri yang anda perlu tahu terpulang samada anda ingin meningkatkan peluang kehamilan atau mengurangkannya.

.

Semoga perkongsian kali ini berikan anda manfaat dan membantu anda untuk lebih memahami waktu subur isteri anda.

 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?