Seperti mana kaum lelaki, kaum wanita juga mempunyai kemaluannya yang juga dikenali dengan nama faraj wanita, ataupun vagina dalam bahasa Inggeris.
.
Setiap negara dan lokaliti dialek mempunyai pelbagai lagi istilah, untuk menamakan faraj wanita ini.
.
Bagi kaum lelaki yang baru berkahwin dan mula mendirikan rumah tangga bersama pasangan idaman, saya pasti anda pun seperti saya.
.
Faraj ini bukan sekadar untuk aktiviti hubungan intim sahaja, tetapi ia juga berkait rapat dengan sistem reproduktif manusia.
.
Di sinilah manusia dilahirkan.
.
Personally, saya sendiri mempunyai rasa misteri dan kagum dengan ciptaan Faraj yang unik ini.
.
Untuk para suami, jom kita sama-sama jadi suami yang bertanggungjawab dan kenali organ paling penting bagi setiap wanita.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
Apa itu Faraj ?
.
Faraj adalah dari perkataan Arab bererti kemaluan hadapan bagi wanita yang dikenali juga sebagai qubul.
.
Ia juga disebut vagina dalam bahasa Inggeris, dan terdapat juga nama-nama yang lain mengikut kaum dan bahasa tempatan masing-masing.
.
Faraj merupakan alat kelamin (alat sulit) bagi orang perempuan yang mempunyai berbagai fungsi di dalam kehidupan seharian mereka.
.
Faraj atau Vagina merupakan satu saluran otot nipis yang disambung dari serviks hingga ke bahagian luar tubuh badan orang perempuan.
.
Ia biasanya di antara enam hingga tujuh inci panjang, dan dindingnya diselaputi oleh lapisan mukus .
.
Ia mempunyai dua struktur “vaultlike” ; bahagian depan (anterior vaginal fornix) dan bahagian belakang (posterior vaginal fornix) .
.
Bahagian serviksnya agak menonjol ke depan di zon vagina, serta melalui satu lubang kecil di mana ia adalah merupakan laluan atau jalan bagi air mani menuju ke bahagian organ-organ reproduksi dalaman.
.
Faraj juga terdiri dari beberapa kelenjar halus bagi merembeskan cairan.
.
“Vagina” berasal dari perkataan Latin yang bermaksud ‘ selubung atau sarung’ (a sheath or scabbard); yang mana ia menjadi ‘sarung’ bila mana zakar atau penis (sword) ditusukkan.
.
Seperti ‘lambang’ di antara percintaan dan peperangan yang mana telah tertanam di minda kita sejak berzaman.
.
.
Pengertian Istilah dari Wikipedia
.
Faraj (فرج dari bahasa Arab, bermaksud “kembang”, “diluaskan”) ialah saluran tiub yang menuju dari uterus ke luar badan mamalia berplasenta dan marsupial betina, atau ke kloaka burung, monotrem, dan sebilangan reptilia betina.
.
Serangga-serangga dan invertebrata-invertebrata yang lain juga mempunyai faraj yang merupakan bahagian akhir oviduktus.
.
Dalam percakapan biasa, istilah “faraj” sering digunakan untuk merujuk kepada puki atau genitalia perempuan amnya; sebenarnya faraj merupakan struktur dalaman yang khusus dan puki merupakan genitalia luar sahaja.
.
Bibir-bibir dan bahagian-bahagian lain juga dianggap sebagai sebahagian faraj dalam penggunaan umum.
.
Sumber: Wikipedia – Faraj
.
.
Anatomi faraj dan fungsinya :
.
Terdapat pelbagai istilah penting pada bahagian luar & dalam faraj.
.
Ilmu mengenai bahagian-bahagian ini penting bagi mengetahui cara rawatan jika ada sebarang masalah, kecederaan dan penyakit yang berkaitan.
.
Terdapat dua bahagian iaitu Faraj Luar dan Faraj Dalam.
.
.
A. Bahagian-bahagian luar faraj dan Fungsinya adalah seperti berikut:
1. Bibir Luar atau Pintu faraj (Labia Majora)
.
Ia adalah daging kembar sebelah luar yang ditutupi bulu ari-ari.
.
Ia berfungsi menutupi lubang faraj ketika tidak berjimak , dan merasai sentuhan buah zakar ketika bersetubuh.
.
Bahagian ini mempunyai deria rasa seperti buah zakar lelaki.
.
.
.
2. Bibir Dalam atau Daun keladi (Labia Minora)
.
Bahagian daging kembar sebelah dalam, terletak di antara dua bibir luar dan bersambung dengannya.
.
Ia meliputi urat jarum dan kelentit dan amat peka terhadap sentuhan.
.
Ianya adalah bahagian yang paling disukai oleh perempuan bila disentuh kerana kelazatannya lembut.
.
Cara menyentuh dan membelainya ialah dari bahagian dalam, kerana bahagian ini berupaya mengeluarkan mazi bagi melicinkan rangsangan.
.
Berfungsi merasai batang zakar semasa bersetubuh dan bahagian dalamnya di selaputi mazi apabila ghairah.
.
Kelentit itu seperti pucuk keladi berada di bahagian atas bibir dalam dan bahagian paling menonjol pada bibir dalam.
.
Rangsangan kuat padanya berlaku apabila suami menjimak dari Kanan atau Kiri.
.
Makam Kanan dan juga Makam Kiri terkandung dalam Rahsia Makam Yang Lima.
.
.
3. Biji Kelentit atau Biji keladi (Clitoris)
.
Ia daging kecil sedikit yang menonjol di atas kelentit dan ditutupi oleh daging kelentit.
.
Ia adalah hujung urat jarum. sangat peka terhadap sentuhan dan menimbulkan ngilu.
.
Deria rasa padanya adalah seperti kepala zakar yang kecil.
.
.
4. Urat Jarum atau Urat kelentit
.
Ia adalah urat kecil yang berakhir pada biji kelentit.
.
Ia adalah urat yang mengalirkan darah ke kelentit dan mengambil isyarat rangsangan seluruh kelentit.
.
Ia seperti batang zakar yang kecil dan akan membesar apabila ghairah.
.
Ianya merupakan paling penting dari nafsu luar.
.
Nafsu urat jarum boleh dibangkitkan dengan samada menyentuhnya dengan sangat perlahan, atau menggosok dengan perlahan ke bawah dan ke atas.
.
Boleh juga dipegang dengan jari telunjuk dan ibu jari, atau dicubit perlahan – lahan, atau disentuh atau ditekan dengan kepala zakar.
.
Jika dirangsang dengan betul, wanita boleh mencapai inzal (orgasm).
.
.
5. Lubang faraj atau Lubang rahim (Vagina)
.
Ia adalah saluran di mana zakar dimasukkan.
.
Pada dindingnya, ia mempunyai ‘deria rasa’ dan mengeluarkan mazi bagi mengurangkan geseran zakar dan kepala zakar.
.
Ia juga mepunyai otot-otot seperti bentuk cincin, bagi mengembang dan menguncup sekaligus membolehkannya mengemut batang zakar ketika bersetubuh.
.
Otot – otot ini juga membuatkan lubang faraj boleh menyesuaikan dengan apa saja zaiz zakar.
.
Di dalamnya juga mengalir mazi dari rahim.
.
.
Bahagian Dalam – Anatomi Faraj
Anatomi bagi sistem pembiakan seseorang wanita mengandungi 2 bahagian, iaitu organ di luar kelamin wanita dan organ di dalam kelamin wanita.
.
Organ di luar kelamin wanita termasuklah mon pubis (bahagian yang di liputi bulu pada organ kelamin), labia majora (bahagian bibir kelamin yang lebih besar), labia minora (bahagian bibir kelamin yang lebih kecil), clitoris, bahagian pembukaan salur kencing dan bahagian pembukaan faraj.
.
Organ didalam kelamin wanita pula termsasuklah faraj, cervix (pangkal rahim), rahim, tiub fallopian dan ovari.
.
Bahagian di dalam faraj dan Fungsinya ialah :-
.
.
1. Faraj (Vagina)
.
Faraj seseorang wanita adalah organ yang membenarkan pengeluaran darah kitaran haid, membenarkan organ kemaluan lelaki masuk serta keluar dan sperma untuk masuk semasa bersetubuh serta ‘jalan’ pengeluaran bayi semasa proses bersalin.
.
Panjang faraj adalah 10 cm dan kelebarannya adalah 7.5 cm dengan cervik terletak di atas bahagian faraj.
Amalkan senaman kegel, bagus untuk merapatkan kembali Miss V!
.
.
2. Pintu Rahim (Cervix)
.
Pintu Rahim atau lebih dikenali sebagai pangkal rahim adalah bahagian asas kepada rahim.
.
Cervik adalah laluan kepada pertemuan sperma dan telur, laluan yang membenarkan pengeluaran darah semasa kitaran haid berlaku dan juga tempat laluan pengeluaran bayi semasa proses bersalin.
.
Rahim mempunyai panjang sekitar 7.5 cm, lebarnya ialah 5cm dan kedalamannya sekitar 2.5cm.
.
Ia juga merupakan tempat yang disentuh oleh kepala zakar semasa jimak.
.
.
3. Rahim (Uterus)
.
Rahim atau Uterus adalah sebagai tempat perkembangan bayi semasa dalam proses kehamilan.
.
Di pangkalnya, ovum akan menunggu ketibaan benih lelaki (sperma) untuk bersenyawa diikuti proses pembentukan seketul daging, iaitu satu peringkat paling awal pembentukan janin.
.
Rahim juga menyokong pundi kencing dan bahagian usus.
.
Pundi kencing terletak di hadapan rahim dan usus terletak di sebelahnya.
.
Di bahagian lapisan dalam rahim iaitu endometrium, akan meluruh pada setiap bulan sebagai darah haid jika tiada persenyawaan berlaku.
.
.
4. Saluran Telur atau Tiub fallopio (Fallopian Tube),
.
Ia juga turut dikenali sebagai salur tiub uterin atau salur ovari, terdapat dua tiub yang sangat halus yang di liputi dengan silia (rerambut halus), bermula dari rahim ke ovari.
.
Di bahagian akhir tiub yang terletak di sebelah ovari membentuk struktur seperti jejari yang dinamakan fimbriae.
.
Semasa proses ovulasi, fimbriae akan menangkap telur untuk masuk ke tiub fallopio selepas ia dilepaskan dari ovari.
.
Gelombang pergerakan yang dikenakan oleh silia di dalam tiub fallopio akan menggerakkan telur tersebut ke rongga uterin melalui tiub.
.
Setiap tiub mempunyai panjang kira-kira 9 cm.
.
Ia adalah laluan kepada telur untuk bergerak ke arah sperma lelaki yang mana dilepaskan oleh organ pembiakan lelaki.
.
.
.
.
5. Indung Telur atau Ovari (Ovary)
.
Ovari adalah organ yang meghasilkan telur untuk wanita, selalu dijumpai di kedua-dua tempat berhampiran fimbriae.
.
Berbentuk bujur dan ukurannya adalah 3cm x 1.5cm x 1.5cm.
.
Selalunya setiap ovari bergilir-gilir menjadi tempat melepaskan telur pada setiap bulan.
.
Walaubagaimanapun, jika ada sesetengah kes di mana salah satu ovari tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya, ovari yang satu lagi akan menjalankan tugasnya untuk meneruskan menghasilkan telur pada setiap bulan.
.
.
6. Tulang Ari (Pubic Bone)
.
Tulang ini mempunyai fungsi mengawal faraj daripada kecederaan yang teruk ketika jimak, kemalangan dan lain-lain.
.
.
Kesimpulan
.
Faraj wanita memang berbeza daripada zakar lelaki dari segi anatomi dan juga fungsinya.
.
Sebagai suami yang bertanggungjawab, anda perlu memastikan isteri anda dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.
.
Hubungan seks yang baik memerlukan kerjasama antara kedua-dua pihak.
.
Kesihatan alat kemaluan juga hendaklah sentiasa dijaga, dibersihkan dan dikemas agar dapat meningkatkan mood ketika bersama.
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?