Anda rasa zakar anda semakin lembik dan ereksi makin kurang?
.
Bahaya tu!
.
Tapi jangan risau.
.
Bukan anda seorang jer yang tak berpuas hati dengan kekerasan zakar anda.
.
Masalah ereksi ini turut dialami oleh lelaki lain dan ramai yang dah berjaya mengatasi masalah ereksi ini.
.
Tapi, anda kena tahu samada masalah susah stim anda ini berlaku sekali sekala, atau zakar anda mula menunjukkan tanda-tanda ia tidak mampu sekeras dahulu.
.
Apapun, anda tak perlu terlalu risau kerana ada banyak cara yang anda boleh usahakan untuk kembalikan ereksi zakar anda.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
Berkomunikasi Dengan Pasangan Anda
.
.
Anda boleh mulakan dengan cara berkomunikasi dengan pasangan anda.
.
Ceritakan dengan sebaiknya apa yang anda sedang rasakan, lalui dan alami sekarang ini.
.
Jujur sahaja dengan pasangan anda berkenaan masalah ereksi ini.
.
Ada kemungkinan masalah ereksi ini timbul sebab anda dah mula kurang selesa atau kurang terangsang dengan pasangan anda.
.
Menerusi komunikasi ini, cuba untuk jujur berkenaan apa yang mengganggu anda sebenarnya.
.
.
Dibawah ini ada sedikit tips untuk anda pastikan anda boleh berkomunikasi dalam cara terbaik dengan pasangan anda:
.
- Kalau anda kurang berpuas hati dengan hidup seksual anda, bukan bermaksud anda tak puas hati dengan pasangan atau hubungan anda. Jangan salah tafsir dan jangan biarkan pasangan anda salah faham.
- Pastikan anda berlapik ketika bercakap. Jangan salahkan pasangan anda 100%. Jangan juga fikir anda perlu tamatkan hubungan apabila jadi begini.
- Ceritakan apa yang anda nak cuba buat bersama dengan pasangan anda, apa yang anda ingin ubah pada diri anda dan apa yang anda ingin pasangan anda ubah untuk menjadikan kehidupan seksual anda lebih menarik.
.
.
Cuba Sesuatu Yang Baru Ketika di Ranjang
.
.
Asyik buat benda sama jer?
.
Memang confirm anda akan cepat bosan.
.
Bila dah bosan, susah la untuk zakar anda betul-betul mengeras.
.
Apa kata anda cuba fikirkan sesuatu yang baru untuk tingkatkan lagi nafsu dan selera terhadap pasangan anda?
.
Dibawah ini cara yang anda boleh buat terlebih dahulu sebelum anda cuba untuk mengubah perkara yang lebih besar seperti diet dan juga gaya hidup:
.
.1. Try Posisi Baru
.
.
Ada terlalu banyak posisi seks yang anda boleh cuba bersama dengan pasangan anda.
.
Pilih beberapa posisi yang anda ingin cuba dan beritahu pasangan anda.
.
Pastikan pasangan anda faham kenapa anda mengajaknya melakukan posisi baru.
.
Sebab itulah penting untuk anda berkomunikasi terlebih dahulu berkenaan masalah ereksi anda dengan pasangan anda.
.
Bila pasangan anda dah faham, maka dia akan lebih terbuka untuk perubahan.
.
Bukan apa, kadang-kadang orang perempuan rasa macam pelik sangat posisi-posisi seks ni.
.
Tapi jangan risau. Bila dah ghairah, posisi macam mana pun tak kisah dah.
.
Baca juga : 30 Posisi Seks (Basic – Advanced) – Anda Baru Kahwin Perlu Belajar Ini
.
.
2. Perbanyakkan Sentuhan
.
.
Gunakan semua anggota badan anda untuk eksperimen sentuhan mana yang paling mengghairahkan.
.
Ada kemungkinan dengan menyentuh sesetengah anggota tubuh badan pasangan anda, anda akan dapat ereksi yang lebih padu.
Ada juga kemungkinan sesetengah bahagian tubuh anda apabila disentuh oleh pasangan akan menjadikan zakar anda lebih keras.
.
Jadi, anda perlu mencubanya terlebih dahulu!
.
.3. Eksperimentasi dalam Role-Playing
.
.
Mungkin menganggap pasangan anda sebagai pasangan semata-mata sudah tidak cukup untuk merangsang anda.
.
Apa kata anda tukar pula dengan memberikan watak kepada diri dan pasangan anda?
.
Kira macam anda buat drama la sikit.
.
Anda jadi penjahat, pasangan anda jadi mangsa culik.
.
Anda jadi tukang baiki paip, pasangan anda jadi tuan rumah.
.
Anda jadi cikgu, pasangan anda jadi murid sekolah.
.
Ala.. Anda mesti tahu punya watak apa yang anda nak pasangan anda mainkan.
.
.
4. Makan Lebih Banyak Buah Dan Sayur
.
.
Nutrien yang terdapat didalam sayur, buah, bijirin dan legume mampu meningkatkan aliran darah dalam seluruh badan anda termasuklah pada bahagian zakar.
.
Untuk pengetahuan anda, aliran darah yang lancar ke bahagian zakar akan membantu ereksi zakar anda.
.
Antara makanan yang anda boleh makan untuk tingkatkan ereksi zakar anda:
.
- Buah yang kaya dengan anti-oksida dan anthocyanins seperti blueberi yang turut mampu untuk melindungi tisu badan dan juga mengurangkan risiko masalah jantung.
- Sayuran hijau yang mengandungi folate seperti bayam yang mampu meningkatkan kadar testosterone badan anda.
- Makanan yang kaya dengan B-12 seperti tempe yang menyokong sistem badan yang berkaitan dengan kesihatan ereksi anda.
- Makanan yang kaya dengan L-arginine seperti oat yang mampu melegakan otot dan meningkatkan aliran darah dalam badan anda.
.
.
5. Kurangkan Makanan Berlemak, Bergoreng dan Makanan Proses
.
.
Diet yang mengandungi lemak dan minyak yang tinggi serta makanan yang diproses mampu meningkatkan risiko masalah kesihatan yang akan memberikan kesan terhadap kesihatan seksual anda.
.
Antara masalah yang bakal anda hadapi hasil daripada makan makanan sebegini dalam kuantiti yang banyak dan kerap selain masalah ereksi adalah:
.
- Masalah jantung
- Masalah darah tinggi
- Masalah diabetes
.
Memang susah untuk berhenti daripada mengambil makanan macam ni sebab kita duduk di Malaysia, syurga makanan kan orang kata.
.
Tapi, nak ke kalau zakar tu makin lama makin lembik?
.
Kalau nak, teruskan makan.
.
Kalau tak nak, sila berhenti dan ubah corak pemakanan anda.
.
.
6. Suka Minum Kopi?
.
.
Haaa.. Kalau anda memang “hantu kopi”, ini berita baik untuk anda!
.
Kafein mempunyai khasiat yang berupaya untuk meningkatkan aliran darah badan anda dan merehatkan otot yang berkait secara terus dengan zakar anda.
.
Tapi, ada syarat dia kalau anda nak jadikan kopi sebagai ubat kepada masalah ereksi anda.
.
Anda tak boleh minum kopi yang diproses dalam tin dan yang menggunakan pemanis berlebihan.
.
Sama juga untuk teh. Minum yang original orang kata.
.
**Baca juga: Kopi Tongkat Ali yang betul-betul bagus untuk kesihatan Seks Suami.
.
.
7. Banyakkan Lagi Bersenam
.
.
Bagi anda yang malas bersenam, jangan tanya kenapa kalau zakar anda makin lama makin lembik dan anda mula dihantui dengan masalah ereksi.
.
Kajian jelas menunjukkan bahawa gaya hidup yang tidak aktif akan memberikan kesan terhadap ereksi anda.
.
.
Analogi mudahnya adalah anda nak otot yang keras dan padu, tapi anda malas bersenam.
.
Memang boleh teruskan bermimpi jer la kan?
.
Sama juga dengan ereksi zakar anda.
.
Anda perlu bersenam untuk pastikan aliran darah anda lancar termasuklah ke kawasan zakar anda juga.
.
.
Tak perlu lama. Cukup 20 minit sehari.
.
Ia bukan sahaja akan meningkatkan aliran darah malah ia turut membantu dalam mengawal berat badan.
.
Dua perkara ini menjadi antara faktor terpenting dalam kesihatan kekerasan (ereksi) zakar anda.
.
Antara senaman yang anda boleh lakukan:
- Jogging
- Berjalan 10 ribu langkah
- Planks
- Pushups
- Situps
- Squats
- Burpees
.
.
8. Kawal Stress Anda
.
.
Masalah psikologi seperti stress dan anxiety turut menjadi punca kepada masalah ereksi.
.
Bila anda berada didalam masalah psikologi sebegini, agak sukar sebenarnya untuk anda mempunyai rangsangan yang mencukupi untuk mengeraskan zakar anda.
.
Anda sendiri boleh lihat ketika anda dalam masalah, agak sukar untuk anda bernafsu.
.
Selain daripada masalah ereksi, stress juga akan membawa kepada masalah lain seperti:
- Masalah jantung
- Tekanan darah tinggi
- Kolestrol tinggi
- Berat badan berlebihan atau obesiti
.
Anda boleh mencuba tips dibawah untuk mengawal stress anda:
- Mendengar muzik
- Nyalakan lilin aromaterapi
- Tulis apa yang ada dalam fikiran anda dalam sebuah diari/jurnal
- Buat diri anda terhibur menerusi movie lucu dan tengok persembahan komedi.
.
.
9. Buat Appointment dengan Doktor Kesihatan Lelaki
.
.
Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda mula rasakan:
- Ada masalah dengan ereksi anda secara keseluruhan
- Sukar untuk zakar anda keras atau kekalkan ereksi
- Tertekan dengan prestasi seksual anda
.
Jangan berlengah kerana berkemungkinan besar ia merupakan simptom awal kepada mati pucuk!
.
Lagipun, zaman sekarang, dah banyak Klinik kesihatan lelaki yang OK, antaranya Klinik SuamiSihat.
.
Di sini, memang ada doktor pakar sakit tuan sendiri, Dr. Ismail Tambi (clinical andrologist) & doktor kesihatan lelaki yang lain.
.
.
.
10. Mula Ambil Pil Kekerasan (Perlukan Consultation Doktor)
.
Jika masalah ereksi anda berterusan dan tiada perubahan walaupun dengan cara-cara semulajadi yang telah diberikan, mungkin tiba masanya untuk mempertimbangkan penggunaan pil kekerasan.
.
Namun, anda perlu ingat, pengambilan pil sebegini memerlukan nasihat dan preskripsi daripada doktor.
.
Pil-pil ini bekerja dengan meningkatkan aliran darah ke zakar anda.
.
Namun, pil ini bukanlah solusi magik, dan mungkin memerlukan beberapa waktu sebelum anda melihat perubahan.
.
Pastikan berjumpa dengan doktor di Klinik SuamiSihat dan mendapatkan nasihat sebelum mengambil sebarang pil. Beberapa pil mempunyai kesan sampingan yang mungkin merbahaya jika diambil tanpa pengawasan doktor medical.
.
.
10. Buat Terapi ESWT (Shockwave) pada Zakar
.
Terapi ESWT atau dikenali juga sebagai Extracorporeal Shock Wave Therapy adalah teknik rawatan terbaru yang menggunakan gelombang kejutan untuk meningkatkan aliran darah ke zakar.
.
Proses ini membantu dalam pembentukan pembuluh darah baru, meningkatkan oksigenasi, dan akhirnya memperbaiki fungsi ereksi.
.
Kelebihan terapi ini adalah ia bukan invasif, tidak memerlukan anestetik dan biasanya selesai dalam beberapa sesi pendek.
.
Sesetengah lelaki mendapati, bahawa ereksi mereka semakin better selepas hanya beberapa sesi terapi.
.
Tetapi, seperti semua rawatan, terapi ESWT mungkin tidak sesuai untuk semua orang. .
Pastikan anda berbincang dengan doktor di SuamiSihat Clinic untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keberkesanan dan kesesuaian terapi ini untuk anda.
.
Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan dengan cara tingkatkan kekerasan atau ereksi zakar anda.
.
Diharapkan apa yang kami kongsikan mampu memberikan manfaat buat anda dan mampu membantu untuk tingkatkan ereksi zakar anda.
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?