Anda rasa anda ada tanda-tanda sakit jantung?
.
Mungkin anda ada rasa sakit di bahagian dada, atau selalu tercungap-cungap kebelakangan ni?
.
Jangan ambil mudah tuan-tuan.
.
Anda mungkin berisiko untuk menghidap penyakit jantung.
.
.
.
Penyakit Jantung
.
Penyakit jantung merupakan antara keresahan ramai rakyat malaysia.
.
Penyakit jantung(Heart Desease) yang juga dikenali sebagai penyakit kardiovaskular boleh berlaku kepada semua peringkat umur dan tanda-tandanya berbeza bergantung kepada jenis penyakit jantung yang dihidapi oleh pesakit.
.
Tanda-tanda seperti serangan jantung, sakit dada dan serangan stroke merupakan antara gejala yang sering terjadi kepada pesakit yang menghidap penyakit jantung.
.
.
Lain jenis penyakit jantung, lain tanda-tandanya.
.
Dibawah adalah jenis-jenis penyakit jantung yang perlu anda ketahui:
• Arrhythmia (Berdegup tak normal)
• Kecacatan Jantung (Congenital heart defects)
• Kardiomiopati (Penyakit otot jantung)
• Jangkitan Jantung (Endorkarditis)
• Cardiac Arrest (Jantung tiba-tiba terhenti)
.
.
Mana satu penyakit jantung yang mungkin anda hadapi?
.
Mari kita lihat tanda-tanda sakit jantung yang boleh berlaku kepada anda.
.
Teruskan membaca perkongsian kami.
.
.
Baca: Mati pucuk – Tanda Awal, Simptom, Tahap & Rawatannya (Lengkap 2020)
.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
Apa Tanda Sakit Jantung?
.
1. Penyakit Jantung Koronari
.
.
Simptom-simptom penyakit jantung koronari (Coronary Artery disease) atau jantung tersumbat boleh sahaja dikenal pasti di peringkat awal.
.
Anda hanya perlu meluangkan masa sedikit sahaja untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
.
Baiklah, secara amnya tanda sakit jantung tersumbat ialah seperti berikut:
- Sakit dada/Rasa sesak dibahagian dada/Rasa tekanan dan tidak selesa
- Selalu mengah atau tak cukup nafas
- Rasa sakit, kebas atau rasa lemah dan sejuk dibahagian kaki dan tangan yang disebabkan oleh salur darah tersumbat
- Rasa sakit dibahagian tekak, rahang, leher atau bahagian belakang
.
.
.
.
Macam Mana Penyakit Jantung Koronari Boleh Terjadi?
.
Punca penyakit jantung koronari adalah disebabkan oleh pembentukan plak berlebihan di dalam salur darah (Atherosclerosis).
.
Pembentukan plak ini pula boleh menyempit dan mengecilkan salur darah.
.
Seterusnya menghalang darah daripada melalui salur darah, untuk dibekalkan pada organ lain dan tisu.
.
Antara punca-punca penyakit jantung koronari adalah:
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Kurang bersenam
- Obesiti
- Merokok
.
.
Ini adalah 5 tanda sakit jantung atau serangan jantung akan muncul kepada anda:
1) Sakit atau tak selesa dibahagian dada
2) Pening, loya dan muntah
3) Sakit leher, rahang atau belakang badan
4) Tidak selesa atau sakit dibahagian bahu dan lengan
5) Sesak nafas
.
Penyakit jantung boleh dikenal pasti diperingkat awal jika anda rajin berjumpa dengan doktor dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
.
Jangan ambil mudah, anda mungkin tidak sedar jika anda menghidap penyakit jantung sehingga lah anda terkena serangan jantung, stroke atau kegagalan fungsi jantung.
.
.
Oleh itu penting untuk anda membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala terutama sekali jika anda merupakan individu yang bergejala.
.
.
Soalan Yang Sering Menjadi Pertanyaan
.
Q1: Betul ke tangan berpeluh tanda sakit jantung?
.
A1: Betul. Simptom ini selalu terjadi kepada pesakit yang menghidap kencing manis yang mana majority pesakit diabetis ini berpotensi besar untuk mendapat penyakit jantung koronari.
.
Q2: Tanda sakit jantung pada lelaki dan wanita berbeza tak?
.
A2: Ya, simptom-simptom penyakit jantung antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Sebagai contoh lelaki lebih cenderung untuk mendapat tanda-tanda sakit dibahagian dada manakala wanita pula lebih mudah untuk mendapat simptom-simptom yang lain.
.
Q3: Sakit perut tanda sakit jantung, betul ke?
.
A3: Sakit perut merupakan antara simptom sakit jantung yang sering dikelirukan dengan penyakit gastrik.
.
Ini kerana sesetengah pesakit akan merasa sakit dan sesak dibahagian atas perut.
.
JIKA anda rasa sakit perut yang berlarutan, terus pergi berjumpa dengan doktor kerana ianya munkin tanda awal penyakit jantung akan berlaku.
.
.
Baca selepas ini: Penyebab Sakit Jantung; Kencing Manis – Anda Perlu Tahu Simptom, Punca & Rawatannya (Lengkap)
.
.
2. Arrhythmia
.
.
Arrhythmia merupakan satu jenis penyakit kardiovaskular yang menyebabkan jantung anda berdegup secara tidak sekata.
.
Jika anda merasa degupan jantung anda sering berdegup dengan laju dan perlahan dalam masa yang singkat, anda mungkin mengalami gejala penyakit arrhythmia.
.
Banyak simptom-simptom yang boleh dikenalpasti sekiranya anda menghidap penyakit arrhythmia atau tidak antaranya:
- Degupan jantung yang tidak konsisten (Fluttering)
- Sakit dada atau sering rasa tidak selesa di bahagian dada
- Mengah dan tak cukup nafas
- Sering pening dan sakit kepala
- Sering pitam dan rasa nak pengsan
.
Kalau anda ada beberapa simptom diatas, kemungkinan besar anda menghidap arrhythmia.
.
Apa lagi, cepat-cepat lah pergi cek dengan doktor takut-takut makin serius pula.
.
.
Sebab-Sebab Penyakit Arrhythmia
.
.
ANDA seorang individu yang sihat tubuh badan? Mempunyai keadaan jantung yang sihat?
.
Anda boleh tarik nafas lega sekarang kerana anda munkin tidak akan menghidap arrhythmia.
.
Ini kerana punca utama yang membolehkan seseorang itu menghidap penyakit arrhythmia adalah seperti dibawah:
- Menghidap penyakit jantung
- Menghidap penyakit darah tinggi
- Menghidap kencing manis
- Merokok
- Lahir dengan jantung yang tidak sempurna
- Penyalahgunaan dadah.
- Pengambilan minuman beralkohol dan kafein.
- Pengambilan ubat-ubatan yang tidak sah, supplement atau herba yang tidak jelas kesan sampingannya.
- Menghidap penyakit injap jantung.
.
JANGAN LUPA untuk segera dapatkan rawatan yang sepatutnya jika simptom dan tanda sakit jantung berlaku kepada anda.
.
.
3. Kecacatan Jantung (Congenital heart defects)
.
.
Kecacatan jantung (congenital heart defects) ini pula adalah penyakit jantung yang selalu berlaku kepada bayi baru lahir.
.
Pada jantung bayi tersebut terdapat satu laluan terbuka yang menembusi bahagian kiri jantung ke bahagian kanan jantung.
.
Keadaan ini seterusnya mengganggu fungsi jantung mengepam darah.
.
Penyakit ini juga kita biasa kenal sebagai penyakit jantung berlubang.
.
Ini antara simptom kecacatan jantung pada kanak-kanak:
- Kulit pucat/Kulit berwarna biru (Cyanosis).
- Bengkak dibahagian kaki, badan, atau serata muka
- Nafas bayi yang singkat ketika menyusu (Menyebabkan berat bayi tidak bertambah)
.
.
Dalam beberapa kes, tak ada tanda-tanda yang boleh kita lihat pada peringkat awal.
.
Tapi simptom-simptom sebegini boleh muncul kepada anda atau ketika anak anda meningkat remaja dan dewasa contohnya:
- Degupan jantung tidak sekata
- Susah untuk bernafas
- Sering rasa pening dan pitam
- Cepat berasa penat
.
Jika anda rasa simptom-simptom seperti ini berlaku kepada anda, kemungkinan tanda sakit jantung dan serangan jantung boleh berlaku kepada anda.
.
.
Apa punca kecacatan jantung?
.
Penyakit ini berkemungkinan berpunca daripada genetik ibu bapa, ataupun jumlah bilangan kromosom pada bayi.
.
Kemungkinan disebabkan oleh keadaan tubuh ibu bapa ketika bersama dan ketika mengandung.
.
Atau boleh jadi juga keadaan sekeliling yang boleh memberi kesan kepada perbentukan jantung semasa dalam kandungan.
.
Setakat ini tiada bukti jelas yang boleh menerangkan secara terperinci punca dan penyebab kecacatan jantung boleh berlaku.
.
Munkin juga gaya pemakanan ibu atau bapa yang tidak seimbang/kurang zat yang mencukupi untuk dibekalkan kepada kandungan menjadi punca kepada penyakit ini.
.
Jadi kalau anda nak bayi anda lahir dengan sempurna, amalkan lah gaya hidup yang sihat.
.
Jangan lupa bersenam, itu pun tak lupa pentingnya.
.
.
4. Kardiomiopati (Penyakit otot jantung)
.
.
Penyakit otot jantung (penyakit lemah jantung) ataupun kardiomiopati ialah penyakit yang menyukarkan fungsi jantung, untuk mengepam darah secukupnya bagi keperluan organ dan badan.
.
.Tiga jenis penyakit kardiomiopati.
- Dilated cardiomyopathy (DCM). Dikalangan pesakit DCM 55 – 60% adalah dari kalangan kanak-kanak. Terjadi apabila jantung pesakit dalam keadaan lemah untuk mengepam darah keseluruh bahagian.
- Hypertrophic cardiomyopathy (HCM). HCM adalah yang kedua terbanyak sekitar 35 – 40% dari kalangan pesakit kardiomiopati. Ia disebabkan otot jantung yang keras dan tebal menyukarkan jantung mengendur dan mengepam semula darah ke seluruh badan.
- Restrictive cardiomyopathy (RCM). RCM pula hanya berlaku kepada 2.5 – 5% pesakit kardiomiopati sahaja. Ia berlaku apabila jantung mengendur dengan terhad dan menyebabkan darah tidak dapat dibekalkan dengan kadar yang mencukupi.
.
Pada peringkat awal munkin tiada simptom yang penyakit ini tunjukkan kepada anda.
.
Tetapi jika penyakit ini mula menunjukkan kesan, antara tanda-tanda awal penyakit otot jantung yang boleh berlaku ialah:
- Sukar bernafas walaupun dalam keadaan rehat.
- Bengkak di buku lali, dan tapak kaki.
- Kerap berasa penat dan lesu.
- Degupan jantung yang tidak menentu dan cepat.
- Sakit kepala, pening dan pitam.
.
SILA dapatkan rawatan daripada pakar yang bertauliah, atau terus pergi Institut Jantung Negara kalau anda mempunyai tanda sakit jantung macam yang disenaraikan di atas.
.
.
Punca Penyakit Kardiomiopati
.
.
Setakat ini, pakar sendiri tak dapat kenal pasti apa punca sebenar penyakit ini boleh berlaku.
.
Sel-sel otot jantung yang menjadi tidak normal berkemungkinan berpunca daripada penyakit keturunan yang pernah menghidap penyakit kardiomiopati atau penyakit genetik yang lain.
.
Penyakit ini juga boleh berpunca dari penyakit lain atau penggunaan ubat-ubatan yang boleh memberi impak kepada sel-sel otot jantung.
.
Seterusnya menyukarkan jantung untuk berfungsi dengan sempurna.
.
Menurut pakar, penyakit jantung seperti ini berkemungkinan boleh berpunca daripada faktor usia dan penyakit-penyakit lain seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Penyakit tisu penghubung
- Penyakit hemochromatosis (penyakit pembentukan zat besi berlebihan)
- Pembentukan zat protein yang tidak normal
.
.
Baca Juga: BAHAYA CANDY B COMPLEX – Sayangi Jantung & Buah Pinggang Anda
.
.
5. Jangkitan Jantung (Endorkarditis)
.
.
Endorkarditis adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian dalam jantung.
.
Ini menyebabkan keradangan pada lapisan dalam otot jantung dan injap jantung anda.
.
Menurut pakar jangkitan kuman pada jantung sangat jarang berlaku.
.
Kuman yang menjangkiti jantung ini merebak melalui salur darah dan boleh menyebabkan kerosakan dibahagian lain seperti kerosakan gigi, dan organ penting lain.
.
Ini antara simptom jika jangkitan jantung berlaku kepada anda:
- Sering demam
- Selalu mengah dan sukar bernafas
- Rasa lemah dan cepat penat
- Bengkak dibahagian kaki dan badan
- Degupan jantung tidak menentu (Fluttering).
- Ruam di bahagian tertentu
.
Sebab-Sebab Jangkitan Jantung
.
.
Jangkitan jantung terjadi apabila bahan-bahan luar yang merbahaya masuk ke dalam jantung dan menyebabkan iritasi pada organ jantung contohnya:
- Bakteria
- Virus
- Parasit
.
Jaga lah kesihatan dan kebersihan diri jika anda tak nak perkara ini berlaku ke pada anda.
.
.
Boleh juga baca selepas ini: Tanda-Tanda HIV – Jika Terbuat Seks Bebas, Anda Perlu Tahu Ini
.
.
6. Penyakit Injap Jantung
.
.
Penyakit injap jatung ini disebabkan oleh pembentukan injap jantung yang tidak sempurna, ini menyebabkan proses pengepaman darah terganggu.
.
Tugas injap ialah untuk menghadkan pengaliran darah masuk kedalam jantung dan menghalang darah yang telah dipam masuk untuk keluar.
.
Dalam struktur jantung manusia terdapat empat rongga utama iaitu atrium kanan dan atrium kiri manakala dua ruang yang kedua adalah ventrikel kanan dan ventrikel kiri.
.
Injap jantung pula berada di laluan keluar setiap empat ruang utama tadi.
.
Secara amnya, tanda awal masalah injap jantung ialah seperti ni:
- Cepat berasa penat
- Mengah dan tak cukup nafas
- Degupan jantung tidak sekata
- Bengkak pada bahagian kaki
- Sakit dibahagian dada
- Sakit kepala dan pitam
.
Minta nasihat pakar tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan risiko anda menghidap penyakit jantung.
.
Sebenarnya penyakit jantung mudah untuk dirawat jika anda kenal pasti tanda-tandanya di peringkat awal.
.
Jadi pergi lah buat pemeriksaan kesihatan berkala supaya anda dapat mencegah bukan sahaja penyakit jantung malah penyakit-penyakit lain seperti penyakit diabetis, darah tinggi dan lain-lain penyakit merbahaya.
.
.
.
.
Punca-Punca Penyakit Injap Jantung
.
.
Ada banyak punca penyakit injap jantung sama ada anda sememangnya telah menghidap penyakit ini semenjak lahir lagi, atau injap jantung anda mungkin rosak akibat beberapa keadaan:
- Demam reumatik
- Jangkitan pada jantung (Endorkarditis)
- Penyakit tisu penghubung
.
.
7. Cardiac Arrest (Jantung Terhenti)
.
.
Apa itu cardiac arrest?
.
Cardiac arrest ialah situasi dimana jantung hilang kemampuan untuk berfungsi secara mengejut.
.
Ia disebabkan oleh sistem elektrik jantung yang terhenti secara tiba-tiba, menyebabkan otak mangsa tak dapat bekalan oksigen yang mencukupi seterusnya tidak sedarkan diri (unconscious).
.
Sekiranya oksigen tidak dapat dipam ke otak ini boleh mengakibatkan kerosakkan pada sel-sel tisu otak dan boleh menyebabkan kematian atau kehilangan fungsi tubuh badan mangsa.
.
Individu yang berdekatan dengan mangsa perlu memberi pertolongan cemas secepat mungkin sebaik sahaja mangsa tak sedarkan diri.
Sama ke serangan jantung dengan cardiac arrest ni?
..
Untuk pengetahuan semua serangan jantung dan cardiac arrest amatlah berbeza. Mangsa yang mengalami serangan jantung masih boleh berkomunikasi dan memberi respon manakala mangsa cardiac arrest sama sekali tidak sedarkan diri dan kemungkinan tidak bernafas.
.
Tanda-tanda seseorang itu mengalami cardiac arrest:
- Pengsan secara tiba-tiba
- Tiada denyutan nadi
- Tidak bernafas
- Tidak sedarkan diri
.
Simptom-simptom sebelum cardiac arrest mungkin akan berlaku
- Sakit dada
- Pernafasan yang singkat
- Badan berasa lemah
- Jantung berdegup dengan kencang
.
.
Apa nak buat kalau terjumpa orang yang kena cardiac arrest ni?
.
Perkara pertama yang anda kena buat mestilah jangan panik, tak pasal-pasal anda pula yang terkena panik attack. Hihi.
.
Kalau mangsa tidak bernafas dan tidak sedarkan diri, lakukan langkah dibawah:
1) Hubungi 999. Hubungi 999 untuk mendapatkan pertolongan untuk melakukan CPR
2) Lakukan bantuan CPR. Periksa pernafasan mangsa. Jika mangsa tidak bernafas dengan betul, mulakan bantuan CPR. Tekan dada mangsa dengan kuat dan laju dalam kadar 100-120 tekanan per minit.
3) Gunakan alat defibrilator mudah alih (Jika ada). Alat defibrilator mudah alih akan memberikan anda arahan langkah demi langkah untuk menggunakan alat defibrilator. Jika tiada, teruskan bantuan CPR sehingga alat defilbrilator dan pasukan paramedik sampai kepada anda.
.
Apa punca cardiac arrest ni?
.
Serangan cardiac arrest atau jantung terhenti ini boleh terjadi kepada semua orang tak kira umur.
.
Ia boleh berpotensi berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit jantung yang melibatkan fungsi sistem elektrik pada jantung contohnya penyakit kardiomiopati.
.
Dibawah adalah antara punca penyakit jantung Cardiac Arrest boleh berlaku:
- Penyakit jantung keturunan
- Merokok
- Tekanan darah tinggi
- Kolesterol tinggi
- Obesiti
- Diabetes
- Malas bersukan
.
Seeloknya segera berjumpa dengan doktor dan minta nasihat pakar jika anda mempunyai tanda-tanda yang telah kami jelaskan secara terperinci diatas.
.
.
Cara Untuk Mengelakkan Penyakit Jantung
.
.
Ada sesetengah penyakit jantung tidak dapat dirawat atau dicegah seperti kecacatan jantung yang dihidap sejak lahir.
.
Tetapi anda boleh cuba cara mencegah penyakit jantung yang lain seperti bersenam dan mengubah gaya hidup yang sihat yang boleh meningkatkan kesihatan jantung anda.
.
.
Baca Juga: 12 Supplement Untuk Lelaki – Terbaik untuk Tenaga, Kesihatan, Kesuburan & Seks
.
.
Dibawah kami ada sediakan cara mencegah penyakit jantung:
- Berhenti merokok
- Elakkan mendapat penyakit lain seperti penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, dan kolesterol
- Rajin bersenam dan aktiviti berat sekurang-kurangnya 30 minit setiap
- Makan makanan yang kurang kandungan garam dan lemak
- Kekalkan BMI yang normal dan elakkan
- Elak stress dan masalah
- Amalkan memakan makanan dan bersekitaran yang
.
Jika anda mengamalkan kebanyakan daripada apa yang telah disenaraikan diatas, ianya merupakan salah satu tanda bahawa anda mempunyai jantung yang sihat.
.
.
Perubahan drastik perlu diambil untuk mencegah penyakit ini daripada berlaku kepada anda.
.
Kebanyakkan penyakit jantung yang boleh datang kepada kita akan menunjukkan tanda-tanda terlebih dahulu seperti tanda serangan jantung.
.
Dibawah ni kami sediakan video tanda sakit jantung yang perlu anda ketahui sebagai input tambahan untuk anda. Ikuti perkongsian dari Astro Awani ini.
.
.
12 tanda-tanda awal sakit jantung yang perlu dipandang serius:
- Demam panas dan berlanjutan
- Sering pening dan sakit kepala
- Pitam
- Sakit dibahagian dada
- Kebas kaki dan tangan
- Kesukaran untuk bernafas
- Nafas dan stamina yang pendek
- Cepat penat dan badan sentiasa berasa lemah
- Jantung berdegup dengan laju dan perlahan dengan singkat
- Rasa sakit dibahagian tekak, leher dan bahagian atas dan belakang badan.
- Bengkak dibahagian kaki dan tangan
- Ruam dibahagian tertentu diserata tubuh badan
.
.
.
Kesimpulannya penyakit jantung adalah penyakit yang merbahaya dan boleh berlaku kepada semua orang tak kira peringkat umur.
.
Amalan pemakanan dan gaya hidup yang sihat boleh mengurangkan risiko anda untuk menghidap penyakit jantung.
.
Rawatan yang sepatutnya perlu diambil diperingkat awal jika anda mendapati tanda sakit jantung ada pada anda supaya dapat dirawat dan dicegah sebelum ia menjadi kronik dan serius.
.
Diharap apa yang telah dikongsikan oleh kami dapat di menjadi panduan kepada semua untuk menangani masalah penyakit jantung.
.
Itu sahaja perkongsian kami pada kali ini tentang tanda-tanda sakit jantung dan cara mencegahnya.
.
Baca juga perkongsian kami yang lain. Semoga bermanfaat!
.