Shhh.. Nak Belajar Cara Romen?

Ini Teknik Khas untuk Tahan Lama + Zakar lebih Keras


Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan Sekejap ni

12 Supplement Untuk Lelaki – Terbaik untuk Tenaga, Kesihatan, Kesuburan & Seks

Oleh J. Arman. Fakta perubatan disemak Oleh Dr. Roland Victor (MD)
1 year ago

Kesedaran terhadap penjagaan kesihatan, membuatkan permintaan terhadap supplement untuk lelaki semakin meningkat.

.

Sebenarnya dari dulu lagi dah wujud bermacam-macam jenis supplement, cumanya mungkin kesedaran kita belum ada pada waktu tersebut.

.

Supplement untuk lelaki diambil sebagai pelengkap kepada segala zat dan nutrien, yang mungkin kita tak berjaya dapatkan daripada corak pemakanan harian.

 

Jadi, dalam sharing kali ini, kami nak kongsikan dengan anda beberapa supplement untuk lelaki yang anda boleh pertimbangkan bergantung kepada keperluan anda.

.

Jom baca!

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

1. Vitamin D

.

.

Setiap kali otot anda bergerak, anda akan menggunakan vitamin D. 

.

Ditambah pula dengan keupayaan vitamin ini untuk menguatkan sistem imunisasi badan dan memudahkan proses penyerapan kalsium.

.

Selain itu, vitamin untuk lelaki ini juga berupaya untuk meningkatkan hormon testosterone dalam badan anda.

.

.

Ia turut membawa kesan terhadap peningkatan pergerakan sperma.

.

Terdapat satu kajian dijalankan terhadap 65 orang lelaki yang mengalami defisit vitamin dan paras testosterone yang rendah dengan diberikan vitamin D setiap hari.

.

Selepas setahun, paras testosterone mereka meningkat sebanyak 25%.

.

Antara sumber utama vitamin D yang boleh dianggap sebagai vitamin untuk tenaga batin adalah:

    • Susu
    • Fatty fish

.

Baca Selanjutnya : Lemah Tenaga Batin – Apa yang Anda Perlu Buat Untuk Atasinya?

.

.

2. Vitamin C

.

.

Bagi lelaki yang agak berusia, penting untuk mereka mendapatkan supplement untuk lelaki vitamin C.

.

Hal ini kerana masalah pembesaran prostat atau benign prostatic hyperplasia (BPH) mudah untuk terjadi yang akan mengakibatkan masalah untuk kencing.

.

Ia akan menjadi diantara suplemen untuk lelaki 50-an terpenting.

.

Bagi kesemua peringkat usia lelaki pula, vitamin C penting untuk membantu dalam kesuburan lelaki.

.

Berdasarkan kajian, pengambilan 1000 mg vitamin C sebagai supplement untuk lelaki sebanyak dua kali sehari boleh meningkatkan bilangan sperma sebanyak 100%.

.

.

Ia juga membantu dalam meningkatkan pergerakan sebanyak 92% dan mengurangkan pembentukan sperma abnormal sebanyak 55%.

.

DNA didalam sel sperma dapat dilindungi dengan pengambilan 1000 mg vitamin C sebanyak lima kali sehari.

.

Sumber vitamin C yang juga vitamin untuk lelaki yang kami sarankan:

  • Lada merah dan hijau
  • Buah kiwi
  • Oren
  • Anggur
  • Strawberi
  • Ubi kentang
  • Tomato
  • Brokoli

.

.

3. Kalsium

.

.

Supplement untuk lelaki seterusnya pula membantu dalam membentuk otot, sistem saraf dan tulang yang kuat dan sihat. 

.

Ia sangat penting terutamanya dalam kalangan lelaki berusia 20-an untuk mula menjaga pengambilan kalsium harian.

.

Pada masa ini, fasa pembentukan tulang yang kuat dan padat sedang berlaku sebagai persediaan untuk usia tua.

.

Antara sumber terbaik bagi supplement kesihatan lelaki ini adalah:

  • Susu
  • Yogurt
  • Keju
  • Salmon
  • Sardin
  • Sayur berdaun hijau gelap
  • Bijirin dan jus berkalsium

.

.

4. Zink

.

.

Berdasarkan kajian, lelaki yang mengalami defisit zink menunjukkan pengurangan kadar hormon testosterone dalam badan.

.

Ia juga akan mengakibatkan kualiti sperma terjejas dan turut menjejaskan kesuburan lelaki.

.

Kalau anda merupakan seorang vegetarian, anda paling berpotensi untuk mengalami kekurangan zink.

.

Supplement kesihatan untuk lelaki ini sebenarnya sangat penting dalam penghasilan protein, melawan jangkitan dan juga merawat luka.

.

Sumber zink yang anda boleh dapatkan:

  • Daging merah
  • Makanan laut

.

Kacang dan bijirin penuh juga mempunyai kandungan zink yang tinggi namun agak sukar diserap berbanding dengan zink didalam daging.

.

.

5. Magnesium

.

.

Bagi sesetengah bangsa seperti lelaki African-American, mereka agak sukar untuk mendapatkan supplement untuk lelaki ini dengan mencukupi.

.

Antara kelebihan dan manfaat yang diberikan oleh magnesium kepada lelaki adalah:

  • Menyihatkan otot
  • Membantu dalam kesihatan saraf
  • Menguatkan tulang
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Mengelakkan masalah jantung

.

Sumber untuk anda dapatkan magnesium:

  • Bayam
  • Sayurang hijau
  • Bijirin penuh
  • Kacang

.

Selain itu, ia juga termasuk dalam kategori suplemen untuk lelaki di Watson dan agak mudah untuk anda mendapatkannya.

.

.

6. Folate

.

.

Biasanya folate akan lebih dikaitkan dengan wanita.

.

Namun, hakikat yang sebenarnya adalah lelaki juga perlukan folate sebagai supplement untuk lelaki.

.

Kepentingan folate adalah :

  • Untuk menggunakan protein
  • Menghasilkan DNA
  • Menghaslkan sel darah merah yang sihat

.

Folate biasanya lebih dikenali dengan nama folic acid atau folacin.
.

.

Ia juga membantu dalam mengelakkan sebarang perubahan yang tidak sihat didalam sperma yang berkait dengan perubahan abnormal kromosom didalam kanak-kanak.

.

Sumber utama folate adalah:

    • Bayam
    • Brussels sprouts
    • Asparagus
    • Kacang
    • Hati

.

.

7. Ashwaganda

.

.

Supplement untuk lelaki ini mempunyai nama saintifiknya iaitu Withania Somnifera dan merupakan salah satu daripada herba-herba Ayurvedik.

.

Herba ini berfungsi dan sangat membantu dalam meningkatkan paras hormon testosterone.

.

Berdasarkan kajian, lelaki yang mempunyai jumlah sperma yang rendah sangat digalakkan untuk mengambil sekitar 675 mg supplement untuk lelaki ini.

.

Ia dapat meningkatkan tahap kesuburan lelaki dengan:

  • Meningkatkan 167% bilangan sperma
  • Meningkatkan jumlah air mani sebanyak 53%
  • Meningkatkan pergerakan sperma sebanyak 57%

.

Ia juga menunjukkan peningkatan terhadap hormon testosterone, kekuatan otot dan meningkatkan jumlah sperma.

.

Baca Juga : Herba Kuat Untuk Lelaki – Senarai Lengkap Tumbuhan Terbaik Untuk Seks & Kesihatan

.

.

8. Maca Root

.

.

Supplement untuk lelaki yang seterusnya, Maca Root merupakan herba yang berasal daripada Peru.

.

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan, pengambilan herba ini sebanyak 1.5-3 gram setiap hari selama 3 bulan mampu meningkatkan nafsu seksual.

.

Kajian lain pula menunjukkan dengan mengambil 2.4 gram herba ini mampu untuk mengatasi masalah ereksi dalam kalangan lelaki.

.

Antara manfaat lain yang diperoleh hasil daripada kajian-kajian lain yang dijalankan:

  • Meningkatkan jumlah sperma dan pergerakannya
  • Membantu meningkatkan sistem hormon pembiakan
  • Meningkatkan kesuburan lelaki

.

9. Asid Amino

.

.

Supplement untuk lelaki yang seterusnya pula adalah asid amino atau lebih spesifik lagi adalah asid D-Aspertic.

.

Berdasarkan kajian, asid ini sangat diperlukan dalam membantu meningkatkan kesuburan lelaki.

.

Hal ini adalah berdasarkan perbandingan tahap kesuburan dengan paras asid ini dimana lelaki yang subur mempunyai paras asid ini yang lebih tinggi.

.

Ia juga dibuktikan mampu untuk meningkatkan paras hormon testosterone dimana pengambilan 2.66 gram selama tiga bulan memberikan peningkatan sebanyak 30-60%.

.

Antara kajian lain yang dijalankan, bagi lelaki sihat yang mengambil 3 gram supplement ini setiap hari selama 2 minggu mampu meningkatkan hormon testosterone mereka sebanyak 42%.

.

.

.

.

10. Potassium

.

.

Supplement untuk lelaki potassium ini pula membantu dalam mengurangkan kesan peningkatan tekanan darah hasil daripada pengambilan sodium.

.

Jadi, anda boleh ibaratkan potassium sebagai nutrien utama yang membantu mengekalkan kesihatan saluran darah dan juga mengelakkan masalah jantung, serta kencing manis.

.

Hal ini akan lebih ketara apabila semakin bertambah usia lelaki.

.

Antara sumber terbaik bagi potassium adalah:

  • Bayam
  • Cendawan
  • Tomato
  • Ubi kentang
  • Kismis
  • Pisang
  • Oren
  • Susu
  • Yogurt
  • Tuna

.

.

11.Protein

.

.

Kalau dah bercakap berkenaan supplement untuk lelaki, anda tak patut abaikan protein.

.

Kebanyakan lelaki mendapat protein yang mencukupi namun, adalah lebih baik jika anda mampu mendapatkan lebih.

.

Hal ini kerana protein membantu dalam:

  • Mengawal selera makan
  • Meningkatkan jisim dan kekuatan otot
  • Menguatkan tulang
  • Mengurangkan selera makan tengah malam
  • Meningkatkan metabolisma badan
  • Meningkatkan kadar pembakaran lemak

.

Sumber utama protein yang kami cadangkan untuk anda adalah menerusi pengambilan whey.

.

.

Alang-alang dah ambil whey, apa kata kalau anda terus workout di gym untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

.

Anda sihat, badan pun mantap!

.

.

12. Testosterone

.

.

Testosterone merupakan hormon yang dihasilkan didalam testikel lelaki dan sangat penting dalam tumbesaran serta memberikan ciri-ciri kelelakian.

.

Hormon ini sangat penting untuk:

  • Jisim otot dan tulang
  • Bulu pada wajah dan kemaluan
  • Pembentukan tubuh dan kegarauan suara
  • Nafsu seks
  • Mood dan juga kualiti hidup
  • Memori verbal dan keupayaan berfikir

.

Apabila semakin bertambah usia anda, tidak pelik jika paras testosterone anda semakin berkurang.

.

Anda mungkin berminat untuk meningkatkan paras testosterone anda jika doktor berkata anda perlu tingkatkannya.

.

Jika anda mempunyai paras testosterone yang rendah atau hypogonadismrawatan untuk menambah testosterone akan memberikan manfaat buat anda.

.

Namun, jika paras testosterone anda adalah normal, agak sukar untuk anda melihat sebarang perubahan atau kesan yang ketara.

.

.

Anda juga perlukan testosterone untuk keinginan seks yang lebih kuat kerana ia berkait dengan libido dan juga keupayaan ereksi anda.

.

Apapun anda perlu tahu bahawa masalah mati pucuk biasanya tidak terlalu berkaitan dengan testosterone kerana ia lebih kepada masalah kesihatan yang lain dan juga pengambilan ubat-ubatan.

.

Antara sumber untuk testosterone terbaik adalah menerusi pengambilan Tongkat Ali seperti apa yang ada didalam Men’s Formula Biotropics.

.

.

.

Banyak khasiat yang ada padanya dan ia juga bertindak sebagai supplement tenaga lelaki.

.

Untuk dapatkan info mengenainya, boleh klik: Biotropics Men’s Formula

.

Sebelum kami tutup artikel kami pada kali ini, jom tengok video dibawah tentang produk yang berasaskan tongkat ali oleh Biotropics.

.

.

.

Boleh Baca Juga Selepas Ini :  Tongkat Ali – Kebaikan, Kesan Sampingan & Cara Pengambilannya (Seks & Kesihatan)

.

Sekian sahaja perkongsian kami untuk kali ini.

.

Jangan lupa baca artikel-artikel kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!

 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

DISCLAIMER / PENAFIAN

  • Artikel ini ditulis perdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili pendapat organisasi secara menyeluruh.
  • Penulisan ini juga bukanlah untuk mempromosikan atau memburuk-burukkan produk tertentu. Sebaliknya hanyalah sebagai panduan dan penambahan ilmu para Suami di Malaysia untuk lebih peka akan kesihatan tubuh mereka.
  • Kami tidak bertanggungjawab keatas sebarang kesilapan penulisan atau fakta.
  • Jika ada pihak yang memerlukan sebarang pembetulan fakta & penambahan, sila emailkan ke marketing@suamisihat.com. Kami akan membuat pembetulan dengan segera.
  • Kami bukan berniat untuk memburukkan sebarang produk ataupun servis, sebaliknya ingin memberikan fakta yang tepat & absah secara professional sejajar dengan keperluan suami di Malaysia masa kini.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.

Share
Que Segak

Self-proclaimed jejaka macho yang suka menulis dan berkongsi informasi bermanfaat supaya semua lelaki berjaya kekalkan "kejantanan"!