Jenis Penyakit Jantung – Perbezaan, Risiko, Cara Mencegah, Dan Banyak Lagi

Writer Author SuamiSihat

Hadi Idham

Diagram illustrating punca injap jantung rosak

Jenis Penyakit Jantung

Pelbagai jenis penyakit jantung yang sering dihidapi oleh masyarakat negara kita pada ketika ini.

.

Hampir setiap hari kita disajikan dengan informasi-informasi berkenaan kesihatan, termasuk tentang penyakit jantung.

.

Tetapi masih ramai lagi yang masih tidak tahu dan tidak peka akan kesedaran terhadap penyakit ini.

.

.

Jangan jadi salah seorang daripada mereka.

.

Jom ketahui apakah perbezaan jenis penyakit jantung yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

.

.

.

.

Baca Juga: Tekanan Darah Normal – Paras Normal Yang Penting Untuk Kita Ketahui

.

.

Penyakit Jantung

.

Gambar rajah simptom jantung

.

Tahukah anda, 8 dari 10 individu yang menghidap penyakit jantung merupakan dari kalangan lelaki?

.

Tidak dipastikan apakah punca penyakit ini sering terjadi kepada kaum lelaki berbanding wanita.

.

Ia mungkin kerana kaum lelaki lebih ramai yang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, penyalahgunaan dadah dan pengambilan alkohol yang berlebihan, yang mana merupakan penyebab penyakit jantung.

.

 

Gambar rajah penyakit jantung

Statistik penyakit jantung di Malaysia

.

.

Bukan itu sahaja, satu daripada empat kematian penduduk di seluruh dunia adalah disebabkan oleh penyakit jantung.

.

Tidak disangkal lagi penyakit jantung adalah penyakit yang amat merbahaya dan ianya boleh sahaja terjadi kepada semua orang.

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Jenis-Jenis Penyakit Jantung

.

Senarai ringkas Jantung koronari

.

Kebanyakkan daripada masyarakat kita bila ditanya mengenai salah satu contoh penyakit jantung, mereka lebih cenderung untuk menjawab ‘serangan jantung’ sebagai salah satu penyakit jantung.

.

Sedangkan ada banyak lagi jenis penyakit yang melanda masyarakt kita sekarang ini.

.

Lain semua jenis penyakit jantung lain simptom dan cara ia mempengaruhi sistem dan fungsi jantung.

.

Carta perubatan ringkas

 

Apakah jenis penyakit jantung yang ada ya?

.

Untuk memudahkan anda untuk memahami apakah perbezaan penyakit-penyakit jantung, lihat senarai jenis penyakit jantung yang kami sediakan dibawah:

  • Penyakit Jantung Koronari (Coronary Heart Desease)
  • Aritmia (Arrhythmia)
  • Kecacatan Kongenital Jantung (Congenital Heart Defects)
  • Kardiomiopati (Cardiomyopathy)
  • Endorkarditis (Endorcarditis)
  • Penyakit Injap Jantung
  • Serangan Kardiak (Cardiac Arrest)

.

Setiap jenis-jenis penyakit jantung yang disenaraikan diatas mempunyai cara bertindak dan kesan yang berbeza-beza.

.

.

.

1) Penyakit Jantung Koronari (Coronary Heart Desease)

.

Sakit dada simptom penyakit jantung koronari

.

Penyakit jantung koronari adalah jenis penyakit jantung yang paling kerap berlaku di negara kita.

.

Ia terjadi apabila salur darah yang tugasnya membekalkan darah ke seluruh badan tersumbat dengan plak-plak yang berlebihan.

.

Orang kita selalu panggil penyakit ini sebagai penyakit jantung tersumbat.

.

Ini menyebabkan salur arteri tersebut menyempit dan mengeras.

.

Grafik pendidikan tentang punca masalah injap jantung

.

Akhirnya darah tidak dapat lalu dikawasan tersebut, dan menyebabkan oksigen serta nutrien-nutrien lain tidak dapat dibekalkan kepada organ jantung.

.

Pembentukan plak yang berlebihan ini dipanggil sebagai Atherosclerosis

.

Apabila saluran darah yang bersambung dengan jantung tersumbat, serangan jantung (heart attack) atau angina boleh berlaku.

.

Simptom arteri koronari

.

Antara punca-punca penyakit jantung koronari seperti:

  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Kurang bersenam
  • Obesiti
  • Merokok

.

.

.

.

2) Aritmia (Arrhythmia)

.

Imej menunjukkan punca kerosakan injap jantung

.

Aritmia merupakan salah satu penyakit jantung yang terjadi kepada pesakit yang mempunyai degupan jantung yang tidak normal (irregular heartbeat)

.

Ia berlaku apabila isyarat elektrik yang dibekalkan kepada otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik dan ini menjejaskan fungsi jantung pesakit untuk mengepam darah ke seluruh badan.

.

Kesannya, jantung mereka akan berdegup dengan laju atau perlahan tanpa sebab-sebab yang munasabah.

.

Grafik serangan jantung

.

Ada beberapa jenis penyakit aritmia yang mempunyai simptom yang berbeza:

• Tachycardia: Jantung berdegup dengan laju.

• Bradycardia: Jantung berdegup dengan perlahan.

• Premature Contractions: Merujuk kepada jantung yang berdegup terlalu awal.

• Atral Fibrillation: Merujuk kepada degupan jantung yang tidak normal.

.

Pesakit yang menghidap penyakit aritmia akan sering berasa berdebar-debar atau rasa tidak sedap hati.

.

Untuk individu yang normal, perubahan degupan jantung kebiasaannya disebabkan oleh penyakit darah tinggi, kerap bersukan, dan tidur yang tidak mencukupi.

.

.

3) Kecacatan Kongenital Jantung (Congenital Heart Defects)

.

Imej terperinci punca kerosakan injap jantung

.

Kepada ibu dan bapa diluar sana, anda dan pasangan anda perlu tahu tentang jenis penyakit jantung ini.

.

Kecacatan kongenital jantung ialah salah satu jenis penyakit jantung yang berlaku kepada bayi sejak dari dalam kandungan.

.

Orang kita biasa panggil penyakit ini sebagai penyakit jantung berlubang.

.

Kecacatan kongenital jantung antara kecacatan yang paling kerap berlaku kepada bayi baru lahir. Ciri-ciri kecacatan ini berlaku pada dinding jantung, injap jantung, otot, dan saluran darah disekitar jantung.

.

Graphic explaining punca injap jantung rosak

.

Kecacatan ini boleh mengganggu fungsi jantung untuk mengepam darah, peredaran darah boleh menjadi perlahan, pergi ke arah yang lain, atau terhalang terus sama sekali.

.

Bayi yang lahir dengan kecacatan jantung kebiasaannya mempunyai simptom-simptom seperti:

• Kulit yang pucat kebiru-biruan (Cyanosis) di beberapa bahagian tubuh seperti di tapak tangan, tapak kaki, mata, dan bibir.

Bengkak di bahagian kaki dan tangan

• Selalu mengah dan kesukaran untuk bernafas

• Kerap berasa penat dan tidak bertenaga

Degupan jantung yang tidak normal

.

.

4) Kardiomiopati (Cardiomyopathy)

.

Illustration of punca injap jantung rosak

.

Kardiomiopati merupakan masalah yang berlaku pada otot jantung.

.

Mereka yang menghidap jenis penyakit jantung seperti ini mempunyai keadaan jantung jantung yang membesar atau tebal dan lebih keras berbanding jantung normal.

.

Otot yang tebal dan mengeras menyukarkan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan. Ia juga mengganggu proses jantung untuk mengembang dan mengecut.

.

Rajah perubatan menunjukkan punca injap jantung rosak

.

Ada di antara mereka yang menghidap penyakit ini tidak sedar akan masalah yang berlaku kepada mereka dan dapat menjalani hidup seperti biasa. Tetapi kesannya boleh dilihat apabila mereka meningkat usia tua kelak.

.

Jika tidak dirawat, jenis penyakit jantung kardiomiopati boleh memberi kesan buruk seperti dibawah:

• Kegagalan jantung

• Degupan jantung tidak normal (Aritmia)

• Masalah pada injap jantung

• Serangan Kardiak (Cardiac Arrest)

.

Pemantau jantung mudah

.

Tekanan darah tinggi, jangkitan kuman, atau penyakit-penyakit lain, kesemuanya boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit kardiomiopati.

.

Sebahagian jenis penyakit kardiomiopati juga disebabkan oleh penyakit keturunan.

.

Rawatan seperti ubat-ubatan, pembedahan, terapi perubatan, perubahan kepada gaya hidup dan diet harian mungkin akan disarankan oleh doktor.

.

.

5) Endokarditis (Endocarditis)

.

Pesakit jantung koronari simptom

.

Endokarditis merupakan kerosakan/jangkitan yang berlaku didalam bahagian jantung seperti di dinding atau injap jantung.

.

Antara punca yang paling kerap berlaku ialah jangkitan bakteria, virus dan elemen-elemen bahaya yang masuk kedalam darah melalui mulut atau hidung.

.

Kerosakan ini jika tidak dirawat, ia boleh membawa maut dan memberi kesan-kesan buruk terhadap kesihatan jantung anda.

.

Carta faktor yang membawa kepada kerosakan injap jantung

.

Antara risiko kesan yang akan berlaku:

• Kerosakan pada injap jantung

• Penyakit aritmia

• Kecacatan pada jantung

.

Tanda-tanda endokarditis berbeza antara individu dengan individu yang lain.

.

Doktor menerangkan simptom jantung koronari

.

Secara umumnya, antara tanda-tanda yang boleh anda alami ialah demam, kesukaran untuk bernafas, ruam, dan bengkak dibahagian kaki.

.

Rawatan awal boleh membantu anda untuk mengelak komplikasi yang lain

.

Kebersihan mulut perlu dijaga, jangkitan kuman yang berlaku pada gigi dan gusi anda BOLEH masuk melalui salur darah dan menyebabkan penyakit endokarditis berlaku.

.

.

Baca Selepas Ini: Ubat Sakit Jantung – Jenis, Fungsi, Kesan Sampingan, & Petua Tradisional

.

.

6) Penyakit Injap Jantung

.

Kegagalan jantung kongestif

.

Didalam organ jantung terdapat empat injap utama yang sentiasa terbuka dan tertutup untuk mengawal pergerakan darah didalam jantung.

.

Injap kanan jantung akan terbuka apabila jantung mengembang dan ini menyebabkan darah dapat masuk kedalam ventrikel kanan ke ventrikel kiri.

.

Dan apabila otot jantung mengempis, darah akan ditolak keluar. Injap kiri tadi akan tertutup bagi menghalang darah daripada berpatah balik ke ruang yang telah dilalui.

.

Penyakit arteri koronari

.

Jika injap ini tidak berfungsi dengan baik, seseorang itu mungkin menghidap salah satu jenis penyakit injap jantung dibawah:

• Regurgitation – Terjadi apabila darah kembali masuk ke dalam jantung dan ke arah yang salah.

• Mitral Valve Prolapse – Berlaku apabila salah satu daripada injap jantung rosak dan tidak dapat tertutup dengan rapat.

• Stenosis – Bukaan injap tidak cukup besar dan menyukarkan darah untuk lalu.

.

Masalah injap jantung boleh berlaku sejak lahir atau disebabkan oleh jangkitan kuman, serangan jantung, ataupun penyakit-penyakit jantung yang lain.

.

Bunyi ‘Murmur’ pada jantung merupakan salah satu tanda utama seseorang itu menghidap penyakit injap jantung. Ia boleh didengari oleh doktor dengan menggunakan stethoscope.

.

.

7) Serangan Kardiak (Cardiac Arrest)

.

Visual representasi punca injap jantung rosak

.

Jantung manusia mempunyai sistem elektrik dalaman yang mengawal kadar degupan jantung.

.

Cardiac arrest pula berlaku apabila sistem elektrik jantung terganggu dan menyebabkan degupan jantung menjadi terlalu perlahan, atau terlalu laju, atau terhenti dengan tiba-tiba.

.

Ini berbeza dengan serangan jantung, yang mana disebabkan oleh saluran pada jantung yang tersumbat.

.

Infografik tentang punca masalah injap jantung

.

Pelbagai punca yang boleh menyebabkan berlakunya serangan kardiak. Contohnya seperti dibawah:

• Lain-lain penyakit jantung

• Kecederaan fizikal

• Penyakit keturunan

.

Tanpa pertolongan cemas yang segera, mangsa boleh meninggal dunia dalam masa kurang dari 5 minit.

.

EKG simptom penyakit jantung koronari

.

Jika ini berlaku, orang disekeliling mangsa perlu segera menghubungi talian kecemasan 999 dan melakukan pertolongan cemas CPR terhadap mangsa.

.

Dalam masa yang sama juga, minta orang disekeliling mencari bantuan alat defibrillator secepat mungkin, dan lakukan CPR sehingga degupan jantung mangsa kembali atau bantuan alat defibrillator tiba.

.

Simptom penyakit jantung

.

.

.

Cara untuk merawat penyakit jantung mungkin akan berbeza bagi setiap orang, bergantung kepada jenis-jenis penyakit jantung yang dihidapi oleh pesakit.

.

Doktor mungkin akan mengesyorkan mengubah gaya hidup dan diet harian anda, atau mungkin ubat-ubatan untuk mengawal penyakit tersebut akan diberikan, atau mungkin juga pembedahan dian ini akan ditentukan oleh pakar sama ada ia perlu dilakukan ataupun tidak.

.

Kesimpulannya penyakit jantung adalah antara penyakit yang kerap meragut nyawa masyarakat di negara kita ini.

.

Rawatan yang segera perlu diambil diperingkat awal sebelum penyakit yang dihidapi itu menjadi kronik dan serius.

.

simptom penyakit jantung koronari

.

Kesedaran dan cara mencegah penyakit jantung perlu dilakukan bagi mendidik masyarakat kita supaya celik dan peka akan masalah kesihatan yang berlaku setiap masa.

.

Perubahan kepada gaya hidup dan pemakanan sangat membantu dalam mencegah bukan sahaja penyakit jantung, malah lain-lain penyakit  merbahaya seperti penyakit darah tinggi, dan kencing manis.

.

punca injap jantung rosak

.

Tanda-tanda sakit jantung seperti sakit dada, demam, sakit kepala, dan lain-lain simptom penyakit perlu dipandang serius dan hendaklah segera mendapatkan pemeriksaan.

.

Jika ia berlaku kepada anda, kami sarankan segeralah berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan di hospital berdekatan anda.

.

Kita mestilah sedar bahawa tanda-tanda penyakit yang serius dan merbahaya tidak boleh diambil mudah.

.

.

.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan kesihatan lelaki.

.

.

Kami ingin menyajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi suami yang prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap ahli keluarga.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

.

Di kesempatan ini kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang setia bersama kami dari awal hingga ke tahap ini.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Jom Baca Sekarang: Tanda Sakit Jantung – (List Lengkap) Anda Perlu Berhati-Hati, Takut Diserang Mengejut.

.

.

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?

Tahan Lama & Lebih Keras

Nak Belajar Cara

You have Successfully Subscribed!